Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PEMBERIAN MARKAH Ujian Pencapaian 1 (UJIAN FORMATIF) Kajian Tempatan Tahun 4

Soalan Objektif Nombor Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 C B A D A D A C B B A B D A B A C C B B Jawapan

(1 markah untuk setiap soalan objektif yang betul)

Soalan Subjektif 1. a. Mendapatkan sumber makanan dengan cara memungut hasil hutan seperti buahbuahan dan pucuk-pucuk daun. (1 markah) b. Berburu binatang untuk dimakan, membuat pakaian dari kulit binatang dan senjata dari tulang binatang. (1 markah) c. Apabila berlaku kematian, mereka menganggap tempat tersebut tidak lagi sesuai. (1 markah) (5 markah penuh diberikan jika kesemua jawapan murid adalah tepat)

2.

a. Tingkap dibuat supaya udara dapat beredar di dalam rumah. (1 markah) b. Bumbung berbentuk V terbalik bagi memudahkan air hujan mengalir. (1 markah) c. Rumah bertiang tinggi bagi mengelakkan banjir dan gangguan binatang (1 markah) d. Jeriji pada tingkap dapat menghalang sesuatu daripada terjatuh. (1 markah) (5 markah penuh diberikan jika kesemua jawapan murid adalah tepat)

3.

a. Rumah Melayu Melaka merupakan reka bentuk rumah yang terdapat di Melaka. (1 markah) b. Rumah perabung lima merupakan reka bentuk rumah yang terdapat di Kelantan. (1 markah) c. Rumah limas merupakan reka bentuk rumah yang terdapat di Selangor, Johor, Terengganu. (1 markah) d. Rumah minangkabau merupakan reka bentuk rumah yang terdapat di Negeri Sembilan. (1 markah) e. Rumah panjang merupakan reka bentuk rumah yang terdapat di Sarawak. (1 markah)

(5 markah penuh diberikan jika kesemua jawapan murid adalah tepat)

4.

a. Jenis Rumah : Rumah Berbumbung Rata Ciri-ciri : Rumah berbentuk segi empat, dibina dari batu-bata, bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup kencang. (2 markah) b. Jenis Rumah : Khemah Ciri-ciri : Merupakan tempat tinggal kaum Badwi, bentuk khemahnya panjang, diperbuat dari kulit binatang atau kain tebal. (2 markah)