Anda di halaman 1dari 19

TAJUK PROGRAM: PPG TAJUK KURSUS: PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH TARIKH MULA 19.01.

2013

NAMA GURU PELATIH: SEMESTER: 4

TARIKH HANTAR

09.03. 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. 2. 3. 4. Membuat pendahuluan konsep akhlak dan moral menurut perspektif ilmuan Islam. Mengenal pasti 5 jenis akhlak mahmudah dan 5 jenis akhlak mazmumah dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Menghuraikan salah satu isu akhlak dalam masyarakat hari ini. Membuat penjelasan khusus tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah iaitu: - Adab Terhadap Ibu Bapa dan Keluarga - Adab dalam Kehidupan Bersosial - Adab Menuntut ilmu - Adab dengan Al Quran 5. Mengolah dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian tajuk Pendidikan Akhlak.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5. Objektif Kerja Kursus 1. 2. 3. 4. Guru mengetahui konsep akhlak dan moral menurut perspektif ilmuan Islam. Guru dapat mengenal pasti 5 jenis akhlak mahmudah dan 5 jenis akhlak mazmumah dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Guru dapat menghuraikan salah satu isu akhlak dalam masyarakat hari ini. Guru dapat membuat penjelasan khusus tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah iaitu: - Adab Terhadap Ibu Bapa dan Keluarga - Adab dalam Kehidupan Bersosial - Adab Menuntut ilmu - Adab dengan Al Quran Mengolah dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian tajuk Pendidikan Akhlak.

5.

Tugasan (100%) Pembinaan folio perlu mengandungi konsep akhlak dan moral secara menyeluruh menurut persepektif ilmuan Islam. Konsep akhlak ini dapat membantu guru memahami dengan jelas berkaitan akhlak dalam kehidupan muslim. Jenis-jenis akhlak mahmudah dan mazmumah perlu difahami perbezaannya dengan jelas justeru berkaitan dengan kehidupan seharian individu muslim. Pemahaman yang lengkap dan kritis dengan isu-isu akhlak masa kini menjadikan guru lebih peka dan sensitif dengan masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat hari ini. Huraian dan penjelasan khusus berkenaan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah seperti adab terhadap ibu bapa, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu dan adab dengan al-Quran, dapat membantu guru memantapkan lagi keilmuan yang mendalam berkenaan bidang tersebut. Olahan dan penghasilan RPH perlu dimaklumi oleh setiap guru dalam memantapkan lagi P & P yang sebenar.

Arahan Tugasan: Anda perlu melengkapkan tugasan berikut: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan konsep akhlak dan moral menurut perspektif ilmuan Islam. Membuat penjelasan 5 jenis akhlak mahmudah dan 5 jenis akhlak mazmumah dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Menghuraikan salah satu isu akhlak dalam masyarakat hari ini. Membuat penjelasan khusus tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah iaitu: - Adab Terhadap Ibu Bapa dan Keluarga - Adab dalam Kehidupan Bersosial - Adab Menuntut ilmu - Adab dengan Al Quran Mengolah dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian tajuk Pendidikan Akhlak.

5.

Panduan Pelaksananaan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tugasan ini boleh dijalankan secara perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Hasil perbincangan dituliskan secara individu, bertaip komputer dengan menggunakan font rumi bersaiz 12, jenis Arial langkau baris 1.5. Sumber rujukan perlu dinyatakan pada bahagian bibliografi serta kepilkan beberapa muka surat buku rujukan yang berkaitan. Dokumen-dokumen berkaitan perlu disertakan ke dalam portfolio (plan tindakan, borang kolaborasi). Amalan plagiat tidak dibenarkan. Bahagian kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapkan mengikut templet terkini.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah mengikuti format yang ditetapkan. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas. Penulisan laporan menunjukkan konsep akhlak, jenis-jenis sifat mahmudah, mazmumah, isu akhlak, penjelasan khusus tajuk-tajuk terpilih dalam sukatan pendidikan akhlak sekolah rendah dan penghasilan RPH, dengan kematangan hujah dan ulasan yang baik. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

7.

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

OBJEKTIF 1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.

2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengertian akhlak bahasa dan istilah Pengertian akhlak menurut Islam Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam Perbezaan di antara akhlak dan moral Akhlak yang agung akhlak Al-Quran Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat Ciri-ciri akhlak Islamiyyah

PENGERTIAN AKHLAK Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (alkhalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain

kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190) Menurut istilah: Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa

berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak. Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat. Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cubamenerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam

hidup ini. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut: Dilakukan dengan sedar dan niat. Dilakukan denganikhtiar sendiri. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat. Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku,

tatasusila dan budi pekerti. Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruhpengaruh sifat negatif. Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy. Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain: Beriman kepada Allah Membenarkan risalah Muhammadiyyah menjadikannya uswah hasanah dan mengamalkannya serta

Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat Keadilan syara Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

dengan

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif. Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu

menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4) dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani. Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk

manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai: Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah: Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifatsifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang. Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara

perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara. Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

BAHAN RUJUKAN 1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN 1. 2. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhlak Dalam Pembentukan Jati Diri Muslim Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang dihiasi oleh nilai-nilai akhlak, moral dan etika yang menjadi asa kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin wujudnya keamanan dan kestabilan masyarakat. Semua ajaran keagamaan menekankan peri pentingnya nilai-nilai keutuhan, akhlak dan moral. Dalam Islam nilai akhlak adalah nilai samawi yang suci dating daripada Allah SWT. dan sebarang pencabulan merupakan penganiayaan terhadap hak-hak Allah oleh hambaNya. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT. iaitu dari surah al- mukminin ayat 1 hinnga 2 yang

bermaksud Sesunnguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu dalam sembahyangnya. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadari. Akhlak, moral dan ektika berperanan penting dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat, bangsa atau juga negara. Dengan kata lain, utuh atau runtuhnya sesebuah bangsa bergangtung kepada akhlak, moral serta etika yang menjadi amalan bangsa itu sendiri. Islam sebagai agama dan cara hidup yang syumul menekankan agar umatnya menjalani kehidupan berasakan adab atau etika, akhlak dan perilaku yang mulia. Inilah misi yang dibawa oleh Rasulullah SAW. iaitu untuk memperbaiki akhlak moral manusia. Seperti di dalam Al- Quran ada menjelaskan melalui surah alQalam 68 ayat 4 yang bermaksud Bahawa sesungguhnya kamu mmpunyai akhlak yang sangat mulia. Misi yang penting ini menjadikan akhlak sebagai salah satu ciri terpenting dalam ajaran Islam. Dalam hubungan ini, Ibn Abbas pernah mengatakan bahawa setiap bangunan ada asanya dan asa bagi Islam ialah akhlak yang mulia. Malah Ibn al-Qayyim juga pernah menegaskan, seluruh aspek agama (Islam) ialah (akhlak yang mulia); oleh itu sesipa yang bertambah nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya. Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi, adapt kebiasan dan lainlain. Manusia dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan dan terdiri daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Menurut firman Allah SWT iaitu surah al-Tin ayat 4 yang bermaksud Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalm bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapansesuai dengan keadaannya). Unsur jasmani disebut dalam bahasa Arab al-khaluq dengan bacaan huruf kha berbaris di atas (keindahan bentuk luaran ). Unsur rohani pula disebut alkhuluq degaan bacaan huruf kha berbaris di depan (keindahan bentuk dalaman). Keindahan batin seseorang dapat dilihat melalui tingkahlaku, budiperketi, tutur kata ataupun tindakan zahir seseorang. Justeru itu akhlak adalah berkaitan dengan sifat-sifat batin dan dijelmakan melalui tingkahlaku. Aspek batiniah juga adalah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu perkara berdasarkan suruhan iman tersebut. Ini bertepatn dengan definisi akhlak oleh Imam al-Ghazali; sifat-sifat batin yang tertanam dalm jiwa seseorang dan ia akan lahir dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal yang mendalam. Sekiranya keadan jiw tu baik maka akan terbit perbuatan yang baik dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlah yang baik. Sebaliknya jika keluar perbuatan buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Menurut Ibn Maskawayh pula akhlak bermaksud keadaan jiwa seseorang, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu natural (tabie), jiwa yang tabie ini berpusat kepad sifat semula terhadap pejadi seperti perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil, panas baran, cepat terkejut dan lain-lain dan yang kedua pula ialah keadaan jiwa yang dibentuk malalui latihan dan kebiasaan. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama peringkat pertimbangan dan pemikiran yang telitidan peringkat kedua ialah peringkat mempraktiskan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang. Etika berasal dari perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adapt resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu. Menurut Socrates, Etika ialah hasil dari pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia. Jelasnya etika adalah sesuatu yang bersumber

daripada

akal

manusia

serta

nilai-nilai

yang

mampu

difikirkan

oleh

akal

manusia.

Moral pula adalah berasal dari perkataan mores yang bererti kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Sebagai masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tetid masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Moral juga bermaksud tingkahlaku dan tindakan manusia samada baik atua buruk yang dinilai oleh masyarakat bergangtung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral dalam pengertian ini adalah bersifat relatif. Ianya berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain dan boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Akhlak Islam terdiri daripada akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak mahmumah ialah akhlak yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, seperti keimanan yang mutlak kepada Allah SWT. , takwa, ihsan, benar, jujur, amnah, menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan dari perkara-perkara keji, memelihara lidah, lemah lembut, sabar dan tabah serta lainlain sifat yang menggambarkan kebaikan. Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang mengambarkan perlaksanaan tanggungjawad kepada perintah Allah SWT. dan akur kepada laranganNya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di khalayak ramai atau keseorangan, bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir tapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut. Akhlak mazmudah pula ialah lawan kepada akhlak mahmudah iaitu akhlak yang keji dan cela. Ia merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk dan cela. Ia merupakan segal bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak. Diantaranya ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa, khianat, sombong, benci, fitnah dan lain-lain. Sifat mazmudah juga di katakan perbuatan melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya. Ilmu, iman dan amal merupakan faktor penting dalam pembinaan dan pembentukan akhlak. Pembinaan dan pembentukan ini perlulah melalui beberapa peringkat seperti peringkat pertama iaitu sebelum berumahtangga. Generasi cemerlang adalah hasil daripada pembentukan keluarga yang baik, lantaran itu Rasulullah SAW. menasihatkan supaya mengutamakan orang yang beragama dan berakhlak mulia dalam pemilihan jodoh, supaya dia dapat menjalankan tugas yang sepenuhnya terhadap pemeliharaan keluarga, memikul semua hak suami-isteri, memelihara dan mendidik anakanak dan rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam keharmonian. Ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud Seseorang wanita yang dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau memilih yang beragama, itulah pilihan yang terbaik. Peringkat kedua ialah semasa perkahwinan. Suami isteri harus melaksanakan tanggungjawab masing-masingdengan sebaik-baiknya sebagaiman yang dianjurkan di dalam Islam. Rumahtangga hendaklah sentiasa dipupuk dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan ras kemesraan. Dengan adanya sifat-sifat tersebut kehidupan berumahtangga akan tenang dan tenteram dan seterusnya akan meninggalkan kesan yang baik dan natijah yang menggalakkan dalam pemeliharaan anak-anak. Allah SWT. menggambarkan keadaanin dalam firmanNya melalui surah al-

Rum ayat 21 yang bermaksud Dan di antara tanda-tanda yang membiktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Islam juga mengalakkan ibu-ibu yang hamil dan juga bapa memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan, seperti membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan lain-lain. Amalan-amalan ini akan memberi kesan dalam perkembangan jiwa anak-anak. Begitu juga syariat Islamiah telah menerangkan segala sesuatu yang berhubung dengan hukum hakam terhadap anak yang baru lahir, seperti di azan atau di qamatkan, tahnik, mencukur rambut, menamakan dengan nama-nama yang baik, aqiqah dan berkhatan. Peringkat ketiga ialah kanak-kanak. Kank-kank juga perlu di beri pendidikan yang seimbang di antaranay pendidikan yang seimbang, di antaranya pendidikan keimanan yang merupakan asas utama. Selain daripada itu kanak-kanak juga perlu diberi pendidikan akhlak seperti batas-batas aurat, adab-adab dengan rakan, kedua ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua. Seterusnya pendidikan jasmani, mental dan lain-lain. Oleh itu kedu ibu bapa murupekan orang yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan keimanan serta budi pekerti yang mulia. Mereka juga wajid membentuk mentak kanak-kanak supaya matang dan mendidik jiwanya supaya tahu bertimbangrasa serta memimpin mereka supaya menambah ilmu pengetahuan yang berguna. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud Seorang lelaki adalah bertanggungjawad di rumah isterinya, dan dia akan ditanya tentang tanggungjawab dan wanita juga bertanggungjawab di rumah suaminya serta dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat remaja. Menurut Kamus Dewan remaja bererti Dewasa, sudah akil baligh. Remaja merupakan golongan yang terbesar di Malaysia dan mereka adalah asset penting serta bernilai kepada bangsa dan Negara. Oleh itu mereka perlulah dibentuk dan didik denganiman, ilmu dan akhlak. Ini kerana zaman remaja merupakan mas yang paling mencabardalam kehidupan seseorang dan mereka mudah terpengaruh dengan perskitarannya. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas ibu bapa untuk memastikan pendidikan yang sempurna yang terbais terhadap anak-anak. Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak kehilangan kasih sayang dan tempat bermanja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja tidak ada kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan persekitaraannya. Golongan remaja merupakan pemimpin pada masa akan datang dan jatuh bangunnya sesebuah Negara terletak di bahu mereka. Tindak tanduk mereka sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat. Sesebuah Negara akan berbanga jika para remajanya berakhlak mulia. Justeru itu golongan remaja tidak harus dibiarkan terumbang ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada golongan tua mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Kepentingan ibadah dalam Islam bukan sahaja membuktikan kepatuhan kepada Allah SWT. , tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang Muslim, apabila ibadah itu dilaksanakan sebagaimana disyariatkan oleh Allah SWT. solat mempunyai kesan yang mendalam terhadap pembentukan akhlak. Kesannya bukan sahaja ketika mendirikan solat tetapi ianya bermula dari sebelum mendirikan solat iaitu dari azan dan wudu. Seterusnya kesan solat boleh diperolehi setelah selesai solat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid. Selain solat, zakat juga memainkan peranan dalam membentuk akhlak seseorang. Ia bertujuan untuk membersihkan diri daripada sifatsifat mazmudah dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat mahmudah. Ibadah puasa pula bukanlah sekadar mencegah atau menahan diri dari makan dan minum semata-mata tetapi

bertujuan melatih diri mengawal nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang ditetapkan. Ibadah haji difardhukan oleh Allah SWT. terhadap umat Islam bertujuan untuk mendidik jiwa mreka supaya sentiasa sedia berkorban, berjimat cermat dan memupuk kasih sayang sematamata kerana Allah SWT. Konsep pengorbanan di dalam Islam meliputi pengorbanan harta, jiwa, masa dan tenaga. Kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. telah memaparkan kepada kita tentang pengorbanan mereka yang begitu hebat demi menyebarkan agama Allah. Amalan-amalan sunat juga dapat mengawal iman dan menyuburkan jiwa untuk sentiasa gemar kepada kebaikan. Diantara fungsi amalan sunat ialah dapat menyempurnakan amalan wajib, meninggikan pangkat dan darjat seseorang di syurga. Oleh itu untuk menyempurnakan amalan wajib eloklah ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jika amalan wajib sempurna, iman menjadi tetap dan boleh meningkatkan akhlak mulia. Dalam memperbanyakkan amalan sunat, seseorang perlulah menjaga diri daripada sebarang maksiat. Ini kerana ibadah adalah perkara kebaikan sedangkan maksiat adalah perkara buruk. Sekiranya perkara baik bercampur dangan perkara buruk maka yang baik akan menjadi rosak. Akhlak seseorang boleh dibentuk melalui didikan dan latihan oleh para pendidik yang berkualiti. Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan yang berbentuk formal. Akhlak yang mulia tidak mungkin akan dapat meresap ke dalam jiwa seseorang, selagi ia tidak membiasakan jiwanya berakhlak dengan akhlak yang mulia dan meninggalkan kelakuan dan perangai yang jahat dan keji secara istiqamah sehingga benar-benar menjadi kebiasaan dan merasa suatu kenikmatan ketika melakukannya. Seseorang yang melakukan ibadah atau meninggalkan larangan agama secara terpaksa atau dalam keadaan perasaan yang amat berat dan belum terasa nikmat, maka itu sebagai petanda seseorang itu belum mencapai kesempurnaan (bahagia) dengan apa-apa yang dilakukan. Kesimpulannya, akhlak dalam Islam bertujuan untuk membentuk tingkahlaku individu yang baik dan bagi individu Muslim hendaklah sentiasa berusaha dalam kearah pembentukan akhlak mulia. Begitu juga kerjasama dari semua pihak amat diperlukan demi melahirkan sesebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni serta menghayati nilai-nilai akhlak yang luhur dalam semua aspek kehidupan. Dari perspektif tamadun agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan berakhlak mulia. Matlamat ini tidak dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai akhlak. Disediakan untuk : Disediakan oleh: Nooraini Binti Ishak Akhlak Terhadap Kedua Ibubapa Prepared For : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin Prepared By : Fadzilah Binti Rosli Al-Quran adalah kitab Islam yang paling agung sebagai sumber peradaban. Al-Quran juga yang menjadi roh kepada pendidikan Islam. Oleh kerana itu, sejak wahyu pertama lagi Islam menekankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Hanya pendidikan Islam yang pertama kali dalam sejarah pemikiran manusia yang mewajibkan penganutnya belajar, lebih 14 abad sebelum dunia Ustaz Abd Aziz bin Harjin

memperkenalkan kewajipan belajar pada awal abad ke-19M. Maka tidak hairanlah jika kita toleh kepada sejarah silam, kita akan merasa kagum dengan rekod kecermerlangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh kaum Muslimin. Mereka bangkit sebagai penggerak zaman dan menjadi pemimpin tamadun dunia yang disegani. Beberapa abad kemudian, kemajuan yang dicapai itu mulai menjadi malap dan akhirnya menjadi mangsa kolonialisme dan imperialisme. Dari pimpinan dunia yang gagah menjadi hamba abdi di negerinya sendiri. Penjajahan telah meninggalkan kesan yang amat mendalam ke atas kehidupan umat Islam, kerana mereka bukan sekadar menjajah ekonomi dan politik tapi berusaha keras menukar keperibadian, pemikiran, sistem, nilai dan aqidah umat. Alat yang paling ampuh mereka gunakan ialah sistem pendidikan. Mereka serapkan ke dalam sistem pendidikan itu faham sekular. Manusia dan masyarakat dilepaskan ikatanya daripada Allah dan nilainilai keagamaan. Akhirnya peradaban moden. Umat manusia perlu kembali semula kepada sistem pendidikan yang sesuai dengan fitrahnya. Satusatunya jalan keluar ialah dengan kembali menerima sepenuhnya pendidikan al-Quran. Pendidikan al-Quran yang mencorakkan keperibadian manusia dari sudut aqidah, ibadah dan akhlaknya. Misi Islam yang sebenarnya ialah mengangkat martabat manusia dengan menanamkan ke dalam diri mereka nilai-nilai yang luhur, sesuai dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Nilai-nilai luhur itu akan terserlah manifestinya melalui akhlak dan budi pekerti mulia yang menghiasi peribadi seseorang. Oleh itu, Islam amat mementingkan persoalan akhlak dan budi pekerti, sebagai suatu unsur kekuatan ke arah mempertingkatkan martabat manusia di dunia serta memperolehi keredaan Allah disebalik kehidupan yang sekarang ini. Menurut al-Imam al-Ghazali rahimahullah, definisi akhlak ialah : Sumber daya yang terpendam di dalam jiwa yang menyebabkan lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan fikiran dan renungan. Seterusnya dia menerangkan, sekiranya sumber daya tadi menyebabkan lahirnya perbuatanperbuatan yang elok dan terpuji pada akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik. Sebaliknya, jika ia menyebabkan lahirnya perbuatan-perbuatan yang keji, maka ia dinamakan akhlak yang buruk. Akhlak juga boleh diertikan sebagai kelakuan, tata tertib dan maruah. Bahkan ia mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan dari dorongan batiniah di dalam diri manusia. Akhlak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan iman. Akhlak yang baik adalah manifesti kesempurnaan iman. Kuat atau lemahnya iman seseorang itu dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Justeru iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia. Manakala iman yang lemah akan mewujudkan akhlak yang jahat dan kelakuan yang buruk serta mudah terjerumus kepada perbuatan keji yang merugikan dirinya dan orang lain. Justeru dalam wasiat Luqman menekan tiga aspek akhlak yang asas untuk diberikan penekanan dalam pendidikan anak-anak, iaitu berbakti kepada kedua ibubapa, muqarabah (pengawasan diri) terhadap Allah dan sifat-sifat utama

dan terpuji. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah merupakan perintah Allah. Kedua ibubapa menduduki tempat yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu, tidak ada seorang pun diatas muka bumi ini yang dapat menyamai kedudukan kedua ibubapa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Hak-hak kedua ibubapa disebut sesudah hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Demikian tinggi dan terhormatnya kedudukan kedua ibu bapa, sehingga Allah Taala menyebutkan hak-haknya mengiringi hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Keredaan Allah Subhanahu wa Taala terletak pada keredaan kedua ibubapa. Ketaatan kepada bapa adalah kunci untuk memasuki pintu syurga. Sesiapa yang menderhakainya akan kehilangan anak kunci dan tidak dapat memasuki syurga. Berbakti kepada kedua ibubapa didahulukan daripada Jihad Fi Sabilillah. Oleh kerana itu para ulama berpendapat, tidak harus keluar berjihad tanpa mendapat izin daripada kedua ibubapa, sekiranya kedua-duanya Islam atau izin daripada kedua ibubapa, sekiranya kedua-duanya Islam atau izin salah seorang daripadanya yang Islam. Andaikata kedua-duanya kafir, tidak disyariatkan meminta izin dari kedua-duanya. Dalam konteks ini, terdapat beberapa keutamaan ibu melebihi bapa. Antaranya ialah penderitaan Ibu lebih besar daripada bapa. Ibu dan bapa amat besar jasanya kepada anak, terutamanya ibu. Tiada seorang manusia pun di muka bumi ini yang menanggung derita sengsara, susah payah, lebih daripada seorang ibu. Bermula dari waktu hamil, melahirkan anak, menyusu, mengasuh dan mendidiknya hingga dewasa. Al-Quran telah melukiskan sebahagian daripada penderitaan ibu dengan ungkapan yang cukup indah. Selain itu, ibu juga lebih mengambil berat menjaga anak daripada bapa. Seorang ibu memang sudah dibekali sifat tabiinya, lemah lembut, kasih saying dan rindu kepada anaknya. Oleh sebab itu, tidak didapati satu ayat pun di dalam al-Quran yang menyuruh dan menggalakkan kedua ibubapa supaya mengasihi anaknya. Lantaran sifat-sifat ini sudah wujud secara fitrah kepada mereka. Itulah sunatullah yang tidak akan berubah. Sebaliknya al-Quran dan ajaran Islam pada keseluruhanya mengarahkan agar anak-anak sentiasa berbakti kepada kedua ibubapa, taat dan patuh terhadap keduanya selagi mereka tidak menyuruh perkara-perkara yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya adalah kasih sayang yang tulus ikhlas, tidak mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan, tidak mengenal waktu dan tempat, susah dan senang. Khususnya ketika si anak ditimpa bala bencana. Sekali pun si anak itu pernah menderhaka, menentang dan menyakitinya. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah suatu yang agung disisi Allah. Maka sudah sepatutnya orang yang berbakti kepada keduanya akan mendapat balasan yang setimpal di Akhirat kelak. Manakala di dunia ini mereka akan memperolehi balasan yang sama daripada anak-anak mereka. Sebab itu sering kita lihat orang yang berbuat baik kepada ibubapa akan dibuat baik pula oleh anak-anaknya dan sebaliknya. Selain itu, doa mereka dimakbulkan Allah serta dilepaskan dari kesulitan dan bala. Derhaka kepada ibubapa termasuk salah satu daripada dosa besar. Semasa hayat Rasulullah SAW

pernah berlaku satu peristiwa di mana seorang anak tidak dapat melafazkan dua kalimah syahadah sewaktu hendak mati, lantaran di hati ibunya tersimpan sedikit rasa marah kepada anaknya itu. Derhaka bererti melawan dan tidak menunaikan hak-haknya. Diantara bentuk-bentuk derhaka ialah memandang kedua ibubapa dengan pandangan menjeling sambil marah, menganggap dirinya sama taraf dengan bapanya, enggan mencium kedua-dua tangan mereka kerana merasa dirinya lebih besar dan mulia. Selain itu, mereka juga merasa malu untuk memperkenalkan bapanya kerana kesombongan disebabkan dia disanjung di dalam masyarakat. Sebesar-besar derhaka ialah mengucapkan kata-kata seumpama ahh, ciss, hiss dan sebagainya kepada kedua-duanya, menyergah, merasa jemu dan meninggikan suara terhadap keduanya. Menegurnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati mereka serta menghina dan mencaci peribadi mereka berdua. Kita sebagai anak mestilah memberikan hak-hak yang sepatutnya terhadap kedua ibu bapa kita. Antara hak yang sepatutnya ditunaikan oleh seorang anak ialah hendaklah bercakap dengan mereka dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak menggunakan perkataan yang kasar. Janganlah memanggil mereka dengan menyebut namanya. Selain itu, sesuatu yang menyukakan hati mereka hendaklah disokong dan gembirakanlah mereka selalu. Sebaliknya sesuatu yang dibenci oleh mereka hendaklah ditunjukkan kebencian juga. Kita hendaklah berbuat sesuatu yang menyenangkan hati mereka dan berdoa memohon keampunan buat mereka setiap kali berdoa untuk diri sendiri. Kesan daripada pendidikan berbakti kepada kedua ibubapa dapatlah dirumuskan bahawa kedudukan ibubapa di dalam Islam adalah paling utama selepas Allah dan Rasul-Nya. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa keadaan sekalipun. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah salah satu di antara asas-asas terpenting di dalam pendidikan Islam. Amatlah ditekankan disini bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah termasuk dosa besar. Berdasarkan kepada aspek-aspek seperti inilah, golongan yang prihatin dengan pendidikan Islam membesarkan anak-anak mereka. Seterusnya mereka mengajar dan melatih anak-anak mereka sehingga terbiasa dengan ketaatan dan memperkenalkan mereka sejak usia kecil lagi tentang hak-hak ibubapa yang wajib ditunaikan. Apabila anak-anak, sejak dari kecil lagi telah tahu melaksanakan hak-hak ini dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, maka mereka menjadi lebih mudah melaksanakan hak-hak yang lain seperti hak-hak kepada kaum kerabat, jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain. Ini kerana keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapa ini adalah pokok dari segala keutamaan yang wujud di dalam masyarakat. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibubapanya untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

Anda mungkin juga menyukai