Anda di halaman 1dari 8

Tajuk: Menilai keistimewaan NegeriNegeri Selat yang menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Nama

Tingkatan Subjek Guru M/P : Muhammad Harith Bin Marzuki : 2 Amanah : Sejarah : Wong Leh Bing

Latar Belakang negeri-Negeri Selat (NNS)

Negeri-Negeri Selat ditubuh pada tahun 1824 . Negeri-Negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka. Negeri-Negeri Selat ditubuh oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan Negeri-Negeri Selat ialah Francis Light dan Stamford Raffles.

Keperluan British di Kepulauan Melayu dari segi perdagangan dan ketenteraan.

SHTI memerlukan teh dari Negara China.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah. Sebagai tukaran, Negara China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut. Selain itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

Keistimewaan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Pulau Pinang Pusat Pengumpulan Barang SHTI memerlukan teh dari negera China kerana mendapat pasaran yang baik di Eropah. Sebagai pertukaran, Negara China mahukan emas, perak, bijih timah, dan lada hitam yang boleh didapati di Kepulauan Melayu.

Perlabuhan Persinggahan Perlabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton, China. Perlabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

Pangkalan Tentera British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India. Pulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu.

Kesan Dapat mengumpul barang-barang tukaran. Dapat berhenti sebelum berlayar ke negara China. Dapat mempertahankan penempatan di India daripada serangan Perancis.

Singapura Kedudukan Singapura yang strategik Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

Singapura berpotensi menjadi perlabuhan bebas Singapura sesuai menjadi perlabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi perlabuhan Belanda di Betawi.

Kesan Dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

Melaka Perjanjian Inggeris-Belanda Perjanjian ini bertujuan untuk menyelesaikan ketegangan kedua-dua kuasa.

Kesan Ia memberi peluang kepada British untuk memperluaskan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat yang lain.

Rumusan/Iktibar/Patriotisme 1. 2. Menebus maruah adalah lebih sukar daripada mempertahankannya. Kita hendaklah berwaspada dan tidak mudah meminta bantuan daripada kuasa asing. Negara memerlukan pemimpin yang bijak, dan berpandangan jauh bagi menangani muslihat kuasa asing.

3.

Anda mungkin juga menyukai