Anda di halaman 1dari 6

1.

Penubuhan Negeri-negeri Selat

Pada tahun 1824, SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan. Ibu Negeri-negeri Selat pertama ialah Pulau Pinang. Pada tahun 1832, ibu negeri Negerinegeri Selat dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan. Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India dan dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di India.Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Negeri-Negeri Selat kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah jajahan India. Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London. Pada 1 April 1867,Negeri-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British. Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat meluluskan undang-undang sendiri.

2.0

Keistimewaan/fakto-faktor 2.1 Pulau Pinang

a)Pangkalan tentera British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis. b)Pelabuhan Persinggahan Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton,China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun. c)Pusat Pengumpulan Barang SHTI memerlukan teh dari negara China.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah.Sebagai tukaran,negara China mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam.Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu.Oleh itu,Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut. d)Kedaulatan Kedah Tercabar Pada kurun ke-16,Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.Usaha mengekalkan kedaulatan Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi tentangan dan cabaran dari dalam dan luar negeri. e)Ancaman Bugis Pada tahun 1770,Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.Pelantikan tersebut tdak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.Meraka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.Pada tahun 1771,firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.Satu perjanjian telah ditandatangani tetapi sultan telah membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis. f)Ancaman Siam Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam.Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas,wang serta tenaga manusia.Sultan Kedah berasa terancam lalu meminta bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
2

2.2

Singapura

SHTI gagal memajukan Pulau Pinang kerana Pulau Pinang terletak di jauh utara Selat Melaka dan menyebabkan gagal bersaing sebagai perlabuhan di Kepulauan Melayu kerana dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga. SHTI mula menitikberatkan perdagangan dengan China kerana barang dagangan dari China seperti teh,sutera,kapas dan bahan pencelup semakin mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah. Oleh itu, SHTI memerlukan sebuah pelabuhan di selatan Selat Melaka untuk menguasai perdagangan di antara India dengan China.SHTI mendapat peluang untuk menguasai Betawi dan Melaka apabila meletusnya Perang Napoleon diEropah pada tahun 1793-1814. Singapura pangkalan perdagangan yang strategik kerana kedudukannya dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda. Singapura juga sesuai sebagai pelabuhan bebas yang dapat menyayingi pelabuhan Belanda di Betawi.

2.3

Melaka

Melaka terletak di Selat Melaka membolehkan Bitish menguasai perdangan. Selain itu, Selat Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

3.0

Peta Negeri-Negeri Selat

4.0

Faktor Pemindahan Negeri-Negeri Selat Dari India ke London (1867) 4.1 4.2 SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat membantah cadangan mengapuskan taraf perlabuhan bebas di Singapura. Kedatangan emigran Cina ke Negeri-negeri Selat tidak terkawal. Mereka menubuhkan kongsi gelap dan sering melakukan kekacauan. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang India. Keadaan ini merugikan para pedagang kerana nilainya yang rendah. Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British menjadikan Negerinegeri Selat sebagai tempat buangan banduan.

4.3

4.4

4.5

5.0

Rumusan Setelah menghasilkan folio, saya dapat memupukan semangat cinta akan tanah air dan tidak mengulangi kesilapan tokoh-tokoh terdahulu. Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh kuasa luar. Selain itu, saya juga dapat mengenali sejarah tanah air dengan lebih lanjut. Bak kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Dengan mengenali sejarah tanah air, saya memperolehi pengajaran yang berguna supaya tidak mudah diperalat oleh penjajah. Oleh itu, Negara kita memrlukan pemimpin yang bijaksana dan berkaliber dalam system pemerintahan untuk kesejahteraan Negara.

Anda mungkin juga menyukai