Anda di halaman 1dari 10

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

UNIT 7 MENGAJAR MEMBACA UNTUK BERFIKIR DAN MENGHAYATI SASTERA KANAK-KANAK


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat menerangkan beberapa perkara berikut : 1. Pentingnya penggunaan teks dalam pengajaran. 2. Cara merancang pengajaran berdasarkan teks yang dipilih. 3. Bagaimana mengkaji teks secara menyeluruh dan terperinci. 4. Bagaimana menilai keberkesanan sesebuah teks.

PENGENALAN
Menurut Koh Boh Boon (1981:57), setiap teks yang dipilih dalam pelajaran bacaan mestilah disesuaikan dengan objektif pengajaran dan kebolehan bahasa serta minat pelajar. Ini kerana, sebuah teks yang sukar perbendaharaan katanya atau ditulis dengan istilah yang terlalu teknikal tidak sesuai untuk pelajar lemah. Contoh, penggunaan istilah linguistik dan sosiolinguistik untuk murid sekolah rendah.

ISI KANDUNGAN Pentingnya Penggunaan Teks dalam Pengajaran


Pemilihan teks di sekolah kadang-kala ditentukan olah guru sendiri atau ahli jawatan kuasa tertentu. Menurut Leonard H. Clark (1981:237), terdapat banyak cara penentuan sesuatu teks. Antaranya ialah bahan yang dipilih itu hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini, ditulis oleh pakar dalam bidangnya, gaya penulisan yang baik dan jelas, tidak ada bias, mempunyai ilustrasi yang menarik, mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan dan huruf-huruf yang mudah dibaca. Berkaitan dengan teks sastera, perkara paling penting dalam pengajaran berdasarkan teks ini adalah membuat interpretasi. Guru inginkan pelajar yang dapat memberi tindak balas terhadap teks selaras dengan kehendak penulis. Cara begini melibatkan keupayaan. membuat tafsiran dengan betul dan tepat. Selain itu, guru perlu memberi latihan menggunakan pendekatan secara fleksibel seperti melangkaui bahagian yang sukar apabila difikirkan bahagian itu tidak perlu atau tidak bermakna kepada pelajar.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Perancangan yang teliti tentang pemilihan teks bermula dengan kumpulan sasaran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar (Ausubel 1968 dan Stewart 1988). Semasa bahan teks diedarkan, guru mesti mengetahui kemahiran, pengetahuan dan perbendaharaan kata. pelajar. Teks mestilah berguna, penting dan menarik perhatian pelajar agar ia dapat diingati. Pelajar juga akan berminat terhadap pembelajaran jika mereka dapat mengaplikasikan maklumat baru dan boleh menyumbang perkembangan ke arah individu. Objektif pengajaran bacaan di peringkat sekolah menengah adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. Di samping itu, pelajar dapat memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera secara ilmiah. Boydell (1974) telah mencadangkan beberapa cara penggunaan teks dalam aktiviti bacaan, iaitu dimulakan dengan memberi arahan secara Iangsung berkaitan dengan teks yang diberi, membaca teks dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar, menerangkan kandungan teks, menyelia bacaan, mendengar bacaan, membincangkan makna, mengemukakan idea dan memberi ulasan terhadap bacaan pelajar.

Perancangan
Perancangan yang teliti tentang pemilihan teks bermula dengan kumpulan sasaran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar (Ausubel 1968 dan Stewart 1988). Semasa bahan teks diedarkan, guru mesti mengetahui kemahiran, pengetahuan dan perbendaharaan kata pelajar. Teks itu mestilah berguna, penting dan menarik perhatian pelajar agar dapat diingati (Fleming dan Levic, 1978). Pelajar juga akan berminat terhadap pembelajaran jika mereka dapat mengaplikasikan maklumat baru dan boleh menyumbang perkembangan ke arah individu. Objektif pengajaran bacaan di peringkat sekolah menengah adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar membaca. pelbagai bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. Di samping itu, pelajar dapat memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera secara ilmiah. Boydell (1974) telah mencadangkan beberapa cara penggunaan teks dalam aktiviti bacaan, iaitu dimulakan dengan memberi arahan secara langsung berkaitan dengan teks yang diberi, membaca teks dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar, menerangkan kandungan teks, menyelia bacaan, mendengar bacaan, membincangkan makna, mengemukakan idea dan memberi komen bacaan pelajar.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Merancang satu pelajaran bermula dengan teks yang telah dipilih. Guru harus dapat menentukan yang dia telah mempunyai sebuah teks yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, terutama sekali tentang kebolehbacaannya. Setelah memilih sebuah teks yang sesuai, guru perlu membuat penelitian untuk mengenal pasti potensi buku itu boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan ini penting kerana tiada sebuah buku pun boleh dianggap sebagai cukup lengkap dan sempurna walaupun dalamnya telah disediakan soalan-soalan untuk menguji pemahaman. Oleh itu, guru perlu memilih teks berdasarkan aspek-aspek yang paling berguna untuk pelajar dan seterusnya membuat soalan-soalan tambahan atau tugasan lain sebagai kerja latihan mengikut tahap keupayaan pelajar. Dalam pengajaran membaca, guru mungkin akan menggunakan beberapa atau semua kemahiran yang berikut: a) Memandang sepintas lalu (scanning), membaca sekali imbas (skimming) dan latihan membaca cepat. b) Mentafsir teks dengan cara: i) ii) iii) Menggunakan maklumat bukan teks. Menggunakan kemahiran mentelaah kata. Menggunakan kemahiran mentelaah teks dengan menggunakan pelbagai jenis soalan atau tugasan lain.

c) Menghasilkan sesuatu aktiviti penutup yang berdasarkan teks secara keseluruhan. Perkara paling penting dalam pengajaran berdasarkan teks sastera, adalah membuat interpretasi. Guru inginkan pelajar yang dapat memberi tindak balas terhadap teks selaras dengan kehendak penulis. Cara begini melibatkan keupayaan membuat interpretasi dengan betul dan tepat. Selain itu, guru perlu memberi latihan menggunakan pendekatan secara fleksibel seperti melangkaui bahagian yang sukar apabila difikirkan bahagian itu tidak perlu atau tidak bermakna kepada pelajar. Terlebih dahulu guru perlu membuat pertimbangan tentang hubungan yang terdapat antara memahami bahagian-bahagian teks dengan memahami teks secara keseluruhan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Memahami Keseluruhan Teks


Objektif pengajaran bacaan di peringkat sekolah menengah adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. Di samping itu, pelajar dapat memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera secara ilmiah. Kefahaman merupakan salah satu faktor atau bahagian yang penting ketika seseorang membaca dan kita biasanya menjadikannya sebagai objektif yang penghabisan untuk pelajar mendapatkan pemahaman menyeluruh sesebuah teks. Untuk memahami sesebuah teks sebagai satu keseluruhan guru haruslah mampu menceritakan kepelbagaian teks, dan pengetahuan yang terdapat dalam teks tersebut, sebagai contoh, pengetahuan yang berkaitan dengan pengalaman individu dan sebagainya. Persoalannya, sejauh manakah kefahaman keseluruhan teks itu bergantung pada kefahaman yang terperinci dalam tiap-tiap bahagian teks? Secara amnya ia bergantung pada teks itu sendiri, sama ada terdapat atau tidak contoh-contoh dalam bentuk ringkasan, fakta secara langsung atau lain-lain cara yang sesuai. Ia juga bergantung pada tujuan pembaca. Setiap orang mempunyai tujuan membacanya sendiri yang tidak sama antara satu dengan yang lain. Persoalan juga sering timbul tentang yang mana satu perlu didahulukan di dalam kelas bacaan secara intensif, iaitu membaca secara keseluruhan atau belajar membaca secara mendalam. la mungkin logik bagi mereka yang hanya membaca secara keseluruhan teks kerana mahukan gambaran secara menyeluruh. Ini berbeza dengan mereka yang membaca bahagian-bahagian teks itu untuk menerapkan pemahaman. Sebenarnya, pemahaman yang sangat terperinci tidak digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu, Kadang--kadang ia hanya untuk mentafsirkan kesukaran bahagian-bahagian tertentu di dalam teks. Kebanyakan orang bersetuju bahawa pembaca sudah sedia maklum yang dia mempunyai satu pandangan yang tidak berat sebelah apabila cuba memahami keseluruhan maklumat dalam teks yang telah dibacanya. Memahami keseluruhan teks memungkinkan seseorang tidak membuat salah tafsir kerana pembaca tentu tidak mahu membuat sesuatu yang tidak sesuai terhadap keseluruhan maklumat yang telah sesuatu yang telah dibacanya. Walau bagaimanapun, sesetengah individu menghabiskan bahagian tertentu dalam teks untuk digunakan pada masa lain dengan cara meramalkannya sahaja. Ini bertujuan untuk membantu pembaca mengatasi kesukaran memahami keseluruhan teks.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Fabrizio, Kaplan dan Teal (1967) mengatakan bahawa banyak kajian mengaitkan beberapa format teks dengan peningkatan kebolehbacaan bahan teks. Penekanan ditumpukan pada pengumpulan perkataan kepada frasa yang bermakna dan frasa kepada klausa tertentu. Stewart (1988) pula mencadangkan agar perhatian harus ditujukan aspek dalam teks yang memberi sumbangan terhadap dimensi pada aspek afektif. Beliau berpendapat bahawa galakan membaca teks boleh dipertingkatkan melalui reka bentuk teks. Rupa keseluruhan bahan teks boleh menarik seseorang untuk membaca sebab pengamatan awal tentang bahan visual dalam teks penting untuk membangkitkan proses fisiologikal dan menggerakkan proses kognitif (Grabinger, 1989). Abdul Rahim (1990) menyatakan bahawa paparan teks ialah cara maklumat teks dibentangkan dalam satu halaman atau dalam satu bab serta rupa bentuk visual keseluruhannya. Wilson dan Flaury (1980) mengatakan bahawa paparan teks dan format merujuk reka bentuk teks itu sendiri. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa prestasi pelajaran dan paparan teks berhubung kait dalam dua dimensi, iaitu organisasi dan struktur serta kepadatan teks (Jonasen, 1985). Kajian juga menunjukkan bahawa bahan teks dengan persembahan maklumat yang disusun secara logik boleh menggalakkan pemprosesan dan kefahaman lebih baik (Glynn dan Brtton, 1984). Hartley (1986) menjelaskan tentang tiga cara bahan teks ditonjolkan: a) Memberi maklumat untuk menggalakkan pemahaman, iaitu memberi bentuk huruf berbeza, kotak, ilustrasi atau garisan. b) Penggunaan tajuk karangan dan subtajuk. c) Tajuk di tengah dan tepi halaman. d) Penggunaan ruang tepi untuk catatan. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar menganggap bahan teks sukar dan tidak menyeronokkan berbanding dengan menonton televisyen atau filem (Rowntree, 1986). Justeru, minat pelajar itu sendiri akan mempengaruhi prestasi pelajar (Keller, 1983). Guru perlu meneliti teks agar setiap aspek motivasi wujud dalam teks yang digunakan.

Meramal Teks
Kelemahan pendekatan ini ialah pembaca mungkin akan cuba membaca apa yang dia fikirkan terkandung dalam teks daripada cuba memahami tujuan penulis. Untuk mengatasi masalah tersebut, para pelajar perlu dilatih supaya memahami proses membuat interpretasi sebagai satu siri membuat hipotesis yang saintifik. Jika ramalan atau hipotesis pertama itu betul, semua kenyataan dalam teks akan menjadi bukti kebenarannya. Jika salah, pembaca akan menghadapi tugas yang

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

lebih rumit dalam membuat justifikasi ketika membaca dan menemui kenyataan yang bertentangan. Seorang pembaca yang cekap akan menilai semula ramalan dan hipotesis selaras dengan kenyataan dan maklumat yang baru. Hal ini mungkin menyebabkan pelajar membaca daripada mula supaya ia dapat mentafsirkan teks itu selaras dengan hipotesis baru. Bagi teks yang susah difahami, proses membuat hipotesis mungkin dibuat beberapa kali. Ini tidak menunjukkan bahawa pembaca itu kurang cekap, tetapi sebaliknya seseorang pembaca yang cekap dapat mengenal pasti sesuatu pertentangan antara kenyataan dan berusaha mengatasi masalah pemahamannya. Pembaca kadangkala dapat membuat hipotesis tentang teks selepas pembacaan secara sepintas lalu. Untuk melakukannya, dia mesti menggunakan daya pemikiran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Menggalakkan pembaca menggunakan kemahiran tersebut adalah salah satu 19 langkah yang positif. Contohnya, dengan mengemukakan persoalan 'Apakah yang anda tahu tentang teks ini?' 'Apakah mesej yang terkandung dalam teks?' Langkah begini lebih efektif daripada bermula dengan cara negatif seperti mempelajari perbendaharaan kata yang bara. Strategi ini baik kerana pelajar mesti belajar menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk memahami sesuatu teks. Guru boleh membuat hipotesis berdasarkan tajuk teks yang ada atau tajuk buku dari mana teks itu diambil. Guru juga boleh mengarah para pelajar membaca teks itu secara sepintas lalu dan memberikan ringkasannya. Jika terdapat huraian yang berbeza, pembacaan yang lebih teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti isi penting. Jika hasilnya masih kurang memuaskan, arahkan keseluruhan kelas membuat tugas itu semula selepas kerja kefahaman terperinci dilakukan. Meramal tentang sebuah teks atau membuat hipotesis dan pengesahan, sama ada menolak atau mengubah hipotesis adalah penting bagi seorang pembaca. Pembaca perlu bertindak secara berhati-hati apabila membaca sesebuah teks yang melibatkan pendapat atau emosi, kerana pembaca yang kurang berpengalaman kadang-kala berpendapat bahawa teks tersebut mencerminkan pandangan mereka sendiri. Ini merupakan satu anggapan yang salah.

Menilai Keseluruhan Teks


Sama ada guru bermula dengan petikan secara keseluruhan atau tidak, dia biasanya akan mengakhirinya dengan merujuk peranan pelajar secara menyeluruh. Kadangkala aktiviti dapat dibuat secara terperinci berdasarkan petikan. Perlu diingatkan bahawa guru perlu memberi pelajar latihan dan tugasan tertentu supaya tidak timbul masalah ketidakfahaman.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

Bagi melaksanakannya, guru mestilah menilai sama ada kesalahan itu kecil atau tidak dengan cara menganggarkan sejauh mana para pelajar dapat memahami keseluruhan petikan. Tugas ini tidak semudah yang disangka kerana pembaca akan mengalami kesukaran apabila membaca petikan secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian petikan yang terperinci dan terpaksa membaca petikan itu berulang kali untuk lebih memahaminya. Disebabkan prestasi yang tinggi, pentafsiran diperlukan dalam pelbagai bentuk dan cadangan. Pelajar harus diajar untuk mendekati pembacaan melalui tugas yang mudah dan diubah mengikut keadaan yang diperlukan. Kebanyakan masa biasanya digunakan untuk memastikan bahawa pelajar belajar membaca dengan betul. Ini adalah masalah biasa yang lazimnya dihadapi oleh pelajar. Selain itu , ia lebih senang untuk membaca tanpa menghiraukan kepentingan isi jika pembaca yakin dia harus memberi penekanan pada setiap bab secara keseluruhan.

Menilai Keberkesanan Teks


Pada peringkat ini adalah lebih baik untuk membaca beberapa teks dan memikirkan cara bagaimana hendak menggunakannya di dalam kelas. Dalam soal ini guru digalakkan melakukannya secara berkumpulan. Langkah awal adalah meneliti beberapa teks dan mengkajinya. Guru akan memilih teks yang sesuai untuk pengajaran di dalam kelas. Guru boleh meminta pendapat dan bantuan pelajar secara berkumpulan sebagai langkah awal mengetahui minat mereka. Tetapi, sebelum itu cuba lakukannya secara berseorangan dahulu supaya guru mendapat pemahaman yang lebih baik. Justeru itu, untuk menilai keberkesanan teks, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengkaji petikan atau teks tersebut. Pilih salah satu kaedah yang sesuai dengan tahap kelas. Kaji petikan yang dipilih sehingga anda benar-benar puas hati dan faham apa yang penulis ingin dan*pada anda atau anda akan lakukan. Kemudian fikirkan bagaimana cara guru dapat membantu pelajar memahami petikan secara terperinci dengan mengemukakan soalan-soalan: a) Apakah bentuk tugasan yang akan guru sediakan? b) Apakah soalan yang ingin guru tanya; bagaimana guru dapat membantu pelajar memahami bahagian teks yang susah. c) Bagaimana membimbing sepenuhnya. pelajar mendapatkan pemahaman yang

Kadangkala buah fikiran boleh didapati dengan senang jika guru mempunyai gambaran yang jelas dan memahami kata kunci dalam teks. la membantu pelajar untuk menghasilkan rangka (peta) atau rencana (rajah). Jika terdapat bentak gambaran grafik yang sesuai mungkin akan dapat mempertingkatkan dan

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

membantu pemahaman. Walau bagaimanapun, terdapat teks yang tidak menawarkan atau memberikan penyelesaian yang ringkas seperti itu. Malahan kebiasaan pelajar dikehendaki melakukan sendiri tugas tersebut atau melaksanakan aktiviti tertentu jika ingin mendapatkan isi penting dalam teks. Terdapat pelbagai teks yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran membaca yang telah dibincangkan di atas. Guru perlu bijak memilih dan menyesuaikannya sebagal langkah membantu pelajar untuk memahami teks dengan lebih mendalam lagi. Apabila guru minta pelajar membaca teks untuk mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan atau mencari makna perkataan, guru bukan sahaja membantu mereka memahami teks yang diberi malah membantu mereka menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu. Apabila guru pasti tentang petikan yang telah dipilih dan cara melaksanakannya, guru perlu merujuk kemahiran bahasa yang ingin diterapkan. Dengan ini, guru juga perlu memastikan bahawa petikan tersebut adalah seperti yang ada dalam bahan rujukan yang diterbitkan. Selain itu, kaji pengenalan, nota-nota, soalan-soalan, latihan dan sebagainya yang dihasilkan oleh penulis teks itu jika ada. Apakah cara yang digunakan oleh penulis untuk mencapai objektifnya? Bagaimanakah ia berbeza dengan pandangan anda sebagai guru dan apakah kebaikan serta keburukan teks itu? Guru dicadangkan supaya melakukan beberapa rujukan seperti yang telah diterangkan di atas. Dengan ini, mereka berupaya melakukan pembelajaran yang berpotensi. Guru tidak akan mendapat hasil pembelajaran yang memuaskan dengan hanya melakukan pemilihan teks secara sambil lewa. Setelah selesai menyemak latihan pengenalan, alihkan pandangan guru pada bahagian lain yang terdapat dalam teks yang akan guru gunakan untuk pelajar. Latih mereka dengan perkara yang sama sekiranya ia berunsur pemahaman. Jangan meminta pelajar menjawab soalan-soalan terlebih dahulu. la mungkin soalan yang sangat baik tetapi guru perlu berfikiran terbuka untuk memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pendapat dengan merujuk teks tersebut.

Soalan-soalan
Apakah yang guru ingin pelajar peroleh daripada rujukan tersebut? Bagaimanakah guru meminta pelajar melakukannya? Bincangkan bagaimana, guru memanfaatkan teks tersebut berdasarkan tugas dan soalan yang bakal dikemukakan dengan menggabungkan bahan daripada teks dan buku rujukan yang lain. Guru boleh mengulangi proses ini dengan bahan-bahan yang berbeza sehingga guru merasa yakin dengan kebolehan pelajar menggunakan pelbagai bahan rujukan.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

RUMUSAN
Pada bab ini penekanan telah diberikan berkaitan dengan kepentingan penggunaan teks dalam pengajaran bacaan. Turut difokuskan cara merancang pengajaran berdasarkan teks, mengkaji teks dan bagaimana menilai keberkesanan sesebuah teks yang dipilih dalam pengajaran.

RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

10

McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.

Anda mungkin juga menyukai