Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BINA INSAN GURU SEMESTER 1 TARIKH TEMPAT : : 3 MEI 2011 DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHAARI, IPG KAMPUS

TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR PENGLIBATAN : 3 PISMP PJ / PK / BM

SEBELUM PROGRAM BIG Pada tanggal 3 Mei 2011 yang lalu, kesemua guru pelatih daripada opsyen PJ/PK/BM, telah menjalankan tanggungjawab dengan mengikuti program Bina Insan Guru (BIG). Program BIG ini telah dirancang dan dilaksanakan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru sendiri. Semua guru pelatih yang terlibat telah datang ke Dewan Dato Khairuddin Ashaari tepat jam 2 petang bersama pelatihpelatih dari opsyen lain yang terlibat. Kami membawa bersama buku nota dan pen untuk mencatat isi-isi penting dan kamera untuk merakam gambar semasa Program Bina Insan Guru ini dijalankan. Setibanya di sana, kami terus mengambil tempat masing masing di dalam dewan. Kami kemudiannya diberi sedikit taklimat daripada penceramah dan bersedia untuk Program Bina Insan Guru yang bakal dijalankan selepas itu.

SEMASA PROGRAM BIG

Sebermulanya Program ini, kami terus mengambil tempat dan bersedia untuk diberi taklimat ringkas mengenai program ceramah oleh 7 PISMP SC/BC/PJ. Kami menyedari beberapa ralat yang telah dilakukan selama ini kerana kami semua tidak peka dengan etika dan protokol yang sepatutnya diamalkan semasa sesuatu majlis. Sebagai contoh, kedudukan VIP duduk di hadapan juga mempunyai susunan tertentu yang perlu diikuti. Seterusnya, kami diberikan rehat semasa 10 minit dan dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan. Setiap pelajar Program Bina Insan Guru ini mendapat sebungkus mee goreng dan secawan air mineral. Kami semua menikmati jamuan ringan ini di bahagian luar dewan. Setelah semuanya selesai, kami semua masuk semula ke dalam dewan. Seterusnya, kami telah ditayangkan dengan tayangan multimedia tentang forum yang bakal dijalankan iaitu forum Sains. Tayangan multimedia tersebut sangatlah menarik dan menyegarkan mata. Tayangan multimedia tersebut juga menarik minat kami semua untuk bersama-sama menyertau forum tersebut kerana kami tahu, forum tersebut tentunya penuh dengan informasi. Setelah selesainya tayangan multimedia, kami telah melakukan rehearsal untuk forum yang bakal dijalankan pada keesokan harinya. Kami semua telah menumpukan perhatian sepenuhnya dan mencatat sebarang protokol yang kami rasa asing bagi kami untuk rujukan masa hadapan. Akhir sekali, kami semua diminta untuk menulis refleksi tentang program Bina Insan Guru yang telah dijalankan ini. Suasana senyap seketika kerana semua pelajar tekun menulis refleksi masing-masing. Refleksi tersebut kemudiannya dihantar kepada Puan Saadah untuk tujuan semakan dan semakan kehadiran. Kami dibenarkan pulang pada jam 5 petang.

SELEPAS PROGRAM BIG

Selepas majlis penutupan kami telah diedarkan senarai semak perkara yang perlu disertakan di dalam file Bina Insan Guru. Kami diminta mengisi laporan bagi setiap aktiviti, isu dan masalah, serta cadangan penambahbaikan. Laporan aktiviti tersebut dimasukkan sekali dengan biodata dan laporan individu dalam file khas iuntuk BIG dan dihantar kepada tutor masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai