Anda di halaman 1dari 5

Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam komunikasi bagi membentuk perpaduan melalui komunikasi dalam Satu Malaysia.

Menurut Abdull Sukor Shaari et al. (2003), beliau mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Hal ini meliputi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa iaitu bahasa sapaan, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi. Kesantunan berbahasa banyak bergantung kepada pemilihan kata sapaan atau kata panggilan yang sesuai. Penggunaan kata sapaan dan kata panggilan yang tidak salah, sama ada disengajakan atau tidak boleh menyebabkan perselisihan faham dan pertengkaran. Penggunaannya mestilah sesuai dengan struktur masyarakatnya masing-masing. Pemilihan kata yang digunakan semasa berkomunikasi bergantung kepada hubungan, usia dan status. Selain itu, kata sapaan juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang itu semasa berkomunikasi. Menuru Noriati A. Rashid (2005), beliau mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Dengan itu, pertengkaran dan perselisihan faham dapat dielakkan dan hal ini dapat membentuk perpaduan dalam Satu Malaysia. Oleh hal yang demikian, kata sapaan penting untuk menjamin perpaduan dalam masyarakat.

Kata sapaan dibahagikan kepada kata sapaan ganti nama diri dan ganti nama kehormat.

Sistem Sapaan
Kata Sapaan Ganti Nama Diri Kata Sapaan Ganti Nama Kehormat

i)

Kata Sapaan Ganti Nama Diri

Ganti nama diri merupakan perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang itu. Ganti nama diri dibahagikan kepada tiga iaitu ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua dan akhir sekali ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri pertama yang sopan merujuk kepada panggilan seperti saya dan kami. Oleh hal yang demikian, masyarakat haruslah mengelakkan kata-kata ganti nama diri yang kasar seperti aku. Antara contoh kata ganti nama diri kedua ialah anda dan awak. Penggunakan kata ganti nama diri kedua seperti kamu dan engkau juga harus dielakkan. Akhir sekali, kata ganti nama diri ketiga yang sopan merujuk kepada belian dan mereka. Masyarakat haruslah mempraktikkan penggunakan kata ganti nama diri yang bersopan dan bersesuaian supaya kita menyinggung perasaan orang lain untuk menjamin kesejahteraan dan perpaduan dalam masyarakat masing-masing. Selain daripada itu, kata ganti nama diri dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kata ganti nama diri yang digunakan oleh kerabat Diraja atau dikenali sebagai bahasa istana dan bahasa diraja dan kata ganti nama yang digunakan dalam golongan rakyat biasa. Dalam komunikasi seharian, kata sapaan

memainkan peranan yang vital dalam menunjukkan penghormatan kepada orang lain.

GND Diraja beta patik tuanku baginda ayahanda bonda hamba

GND orang kebanyakan pak cik mak cik angah pak long kak long busu pak uda

ii) Kata Sapaan Kehormat Panggilan Berprotokol o Yang Bahagia o Yang Berhormat o Yang Mulia o Yang Arif Gelaran Gelaran Kurniaan Tun Tan Sri Datuk Seri Datuk Gelaran Keagamaan Haji Hajah Gelaran Kekeluargaan Kak long Pak Long Menantu Mentua

Gelaran Keturunan Tunku Tengku Raja Engku

Selain itu, fenomena kesantunan berbahasa yang dapat membentuk perpaduan melalui komunikasi dalam Satu Malaysia dapat dilihat dalam penggunaan bahasa yang sama dalam masyarakat Malaysia iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa dapat memudahkan masyarakat menguasai bahasa Melayu. Mereka yang telah menguasai bahasa Melayu dapat memahami bahasa Melayu dengan mendalam dan mempunyai pemilihan perkataan yang sopan semasa bertutur. Selain itu, masyarakat tidak akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang lain. Hal ini dapat mengelakkan wujudnya bahasa yang bercampur aduk atau dikenali sebagai bahasa rojak, Bahasa- bahasa yang kurang sopan yang selalu digunakan dalam filem-filem barat tidak akan dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia dengan mudah sekiranya mereka menggunakan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan. Dengan ini, pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan dan seterusnya menjamin perpaduan dalam masyarakat. Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan baik dalam kalangan sesama bangsa, kaum atau suku mahupun dalam kalangan antarabangsa, kaum atau suku yang berlainan, bahasa menjadi alat yang membentuk persefahaman dan perpaduan manusia. Hal ini disebut dengan jelas dalam al-quran, Surah al-Hujurat: 13 (Awang Sariyan, 2007). Di samping itu, fenomena kesantunan bahasa juga dapat dilihat melalui kesantunan bahasa melalui komunikasi non-verbal. Hal ini dapat dilihat melalui postur badan kita. Sebagai contohnya, kita harus menundukkan badan kita semasa melalui orang lain. Hal ini menunjukkan penghormatan kita terhadap orang yang kita lalui itu. Sekiranya kita tidak menunjukkan postur badan yang sesuai, maka perasaan orang lain mungkin akan tersinggung. Hal ini mungkin akan membawa kepada pertengkaran antara satu sama lain dan seterusnya mengakibatkan perpaduan tidak wujud dalam kalangan masyarakat. Kita juga haruslah sentiasa bersenyum ketika berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini dapat menunjukkan bahawa kita yang bertutur mempunyai budi bahasa dalam

diri kita. Dengan ini, pertuturan antara kami adalah sentiasa dalam keadaan harmoni. Konklusinya, kesantunan bahasa non-verbal merupakan antara fenomena kesantunan bahasa yang dapat membentuk perpaduan dalam Satu Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai