Anda di halaman 1dari 17

HBHE 1103 ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

(i)

Penghargaan

A.

BULETIN KESIHATAN 1. Gaya Hidup Sihat 1.1 Makanan Seimbang 1.2 Keburukan Makanan Ringan Kepada Kanak-kanak 2. 3. Kesihatan Diri dan Keluarga Senaman dan Rekreasi 3.1 Kelebihan Bersenam 4. Kesimpulan

3 4 4 4 5 6 6 7

B.

TEKS CERAMAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1. 2. 3. 4. Pendahuluan Definisi Pencemaran Alam Sekitar Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar 4.1 Pencemaran Udara 4.2 Pencemaran Air 4.3 Pencemaran Laut 4.4 Pencemaran Tanah 4.5 Pencemaran Bunyi 5. 6. 7. 8. Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Kesimpulan Persembahan Multimedia (PP) Pencemaran Alam Sekitar 8 8 9 10 10 11 12 12 13 14 15 16 17 18 28

C.

BIBLIOGRAFI

29

HBHE 1103 (i) PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan Pendidikan Kesihatan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya telah berusaha dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Rita Bahan yang telah banyak memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT melimpah rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan kelemahan itu datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam tugasan ini. kekurangan dan

Sekian, terima kasih.

HBHE 1103

HBHE 1103

HBHE 1103

HBHE 1103

HBHE 1103 4. Kesimpulan

Apa yang dapat dirumuskan di sini seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat perlulah mempunyai faktor-faktor pemakanan yang baik, kebersihan diri, bersenam dengan betul, menjauhi tabiat buruk dan mendapat tidur, rehat dan istirehat yang secukupnya. Seandainya amalan gaya hidup sihat tidak dipatuhi, seseorang mungkin diserang penyakit, menghadapi konflik dan stress atau terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Gaya Hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental dan sosial.

HBHE 1103 B. TEKS CERAMAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Terima kasih pengacara majlis, yang berusaha guru besar SK. Merintaman, Pn. Hjh Dayang Binti Hj. Abu Bakar, penolong-penolong kanan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian. Hari ini saya akan menyampaikan satu ceramah berkaitan dengan pencemaran khas alam sekitar.

1.

Pendahuluan

Murid-murid yang dikasihi, dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumbersumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

2.

Definisi Pencemaran Alam Sekitar

Murid-murid dikasihi sekelian, pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Manakala, takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. 8

HBHE 1103 3. Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar

Jenis-jenis pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam, iaitu:

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran laut Pencemaran bunyi Pencemaran tanah

HBHE 1103 4. Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar.

4.1

Pencemaran Udara

Murid-murid yang dikasihi sekelian, pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Pencemaran udara mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001: Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

10

HBHE 1103 4.2 Pencemaran Air

Murid-murid yang dikasihi sekelian, pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya, berusaha 11

HBHE 1103 menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.

Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar.

4.3

Pencemaran Laut

Murid-murid yang dikasihi sekelian, antara punca-punca berlakunya pencemaran laut ialah:

a. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-samanya. b. Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. c. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. d. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

12

HBHE 1103 4.4 Pencemaran Tanah

Murid-murid yang dikasihi sekelian, pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Murid-murid yang dikasihi, antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa kilang. b. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. c. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. d. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai yang terdapat di kawasan menarik dan indah.

13

HBHE 1103 4.5 Pencemaran Bunyi

Murid-murid yang dikasihi, maksud pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran bunyi ini ialah:

a. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.

c. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d. Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

14

HBHE 1103 5. Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar

Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut, bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara. Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Ini akan menyebabkan hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar semakin musnah dan terancam. Binatang-binatang yang dibawah akta kawal juga semakin pupus.

Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.

15

HBHE 1103 6. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Murid-murid yang dikasihi, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah:

a. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang pencemaran alam sekitar. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar.

b. Pegawai Jabatan Alam Sekitar juga perlu membuat rondaan terhadap hutan yang diteroka oleh pengusaha-pengusaha kilang dan pembalakan yang tidak terkawal. Mereka perlu mengawasi pembangunan-pembangunan yang melibatkan kawasan hutan.

c. Pengusaha kilang patut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum operasi perindustrian dijalankan.

d. Pengguna memainkan peranan dalam menegani masalah pencemaran iaitu memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

e. Mengadakan aktiviti pameran alam sekitar, kempen-kempen, pertandinagn dan projek riadah alam sekitar.

f. Pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan.

16

HBHE 1103 7. Kesimpulan

Murid-murid yang dikasihi, Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Sekian, terima kasih. (3459 Patah Perkataan)

17

Anda mungkin juga menyukai