Anda di halaman 1dari 25

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran

(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER


KOD KURSUS ECG 222

NAMA KURSUS

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAKKANAK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROSELAWATI MUHAMMAD

NO. MATRIK

E 30203120298

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

TN....

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN KUANTAN SEMPURNA RESORT JALAN KUANTAN-PEKAN

Penghargaan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Bersyukur kehadrat Allah SWT

kerana dengan

izinNya saya telah

berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Encik Che Mohd Zamzuri, yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya telah banyak yang dapat saya pelajari dan mendalami perkara-perkara yang saya kurang mahir sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk meningkatkan profesion sebagai seorang guru. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Guru Besar dan semua guru di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea bernas untuk tugasan ini, Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan buat suami yang dikasihi serta anakanak tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian hingga ke hari ini. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha dan pertolongan mereka semua. Amin... Roselawati bt Muhammad Sem March 2012 (PPG - AeU)

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan 1.0 Pengenalan 1.1 2.0 3.0 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan

1 - 2 2 - 3

Konsep Cabaran Cabaran Semasa Seorang Guru Sekolah Rendah 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Inovasi Dalam Kurikulum Cabaran Revolusi Maklumat Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Cabaran Masalah Disiplin dan Masalah Sosial Cabaran Dengan Pihak Pentadbiran Cabaran Dengan Rakan Sejawat Cabaran Dengan Ibu Bapa / Penjaga

3 - 4 5 - 6 6 - 7 8 9 10 11 12 13

Kesimpulan Bibliografi

1.0 Pengenalan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan Negara,berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan Negara. (Tajuk Ariffin dan NorAini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan, dan perubahan nyata. Menurut Ralph (1949),objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru jga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff,1987)

Teori Kognitif Jean Piaget Teori kognitif ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980), seorang ahli psikologi Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Menurut beliau, bayi memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

pelbagai rangsangan. Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa, kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya. Jean Piaget juga cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek, dan sosioemosi. Melalui kajian pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut perubahan umur mereka. Beliau membahagikannya kepada peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat pra-operasi (27tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun). Peringkat-peringkat juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Peringkat pertama perkembangan kognitif kanak-kanak ialah peringkat sensorimotor iaitu dari sejak lahir hingga kanak-kanak berumur 2 tahun. Pada peringkat selepas kelahiran iaitu semasa bayi, tiada persepsi yang berlaku pada diri kanak-kanak. Bayi mengetahui persekitarannya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang lain. Pada awal peringkat ini juga bayi menggunakan deria dan pergerakkan fizikal untuk mempelajari dan berinteraksi dengan persekitarannya. Pada peringkat ini juga bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka melakukan penerokaan tentang persekitaran mereka. Semasa berusia antara 4 hingga 8 bulan, bayi sudah mempunyai daya koordinasi antara penglihatan dan sentuhan. Pada akhir peringkat sensorimotor, kanak-kanak sudah mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran dalam kehidupan mereka sehari-harian. Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk membayangkan atau menggambarkan sesuatu objek dalam memorinya. Pada akhir peringkat ini juga kanak-kanak sudah mampu untuk menggunakan skema-skema mudah iaitu struktur-struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan persekitarannya bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Mereka juga sudah mula boleh belajar bahasa dan lambang-lambang yang mudah. Pada umur 2 tahun juga, kanak-kanak sudah memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu mereka percaya objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Salah satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat seperti menghisap ibu jari. Di samping itu, mereka sudah mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kanak-kanak belajar

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

daripada orang lain di sekelilingnya dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanakkanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak. Peringkat seterusnya ialah peringkat praoperasi iaitu pada peringkat kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menonjolkan sifat naluri dan pemikiran simbolik. Simbol yang digunakan ialah termasuklah bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa. Salah satu aktiviti naluri dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup.Contohnya, main masak-masak, berlagak sebagai pemandu kereta mahupun doktor. Pada peringkat ini juga, mereka semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Namun, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup dan masih belum dapat membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menamakan keadaan ini egosentrime atau egosentrik (memusatkan kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain). Pada tahap ini juga, kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Ini kerana praoperasi bermakna kanakkanak sudah mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Ciri ini dikatakan sebagai centered atau pemusatan. Oleh yang demikian, kanak-kanak peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak dari umur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud iaitu objek yang dapat dilihat sahaja. Mereka meggunakan konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih berat, lebih tinggi dan sebagainya. Mereka juga sudah memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula boleh menguasai konsep pengekalan ( conservation ) yang mana mempunyai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti yakni mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau kauntiti objek

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

adalah sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip kedua pula ialah prinsip ganti rugi ( compensation ) iaitu mereka tahu bahawa sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam sesuatu aspek yang lain. Seterusnya prinsip yang ketiga ialah prinsip keterbalikan iaitu kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri contohnya ialah pengelasan mengikut ciri, warna, saiz, isi padu, berat dan sebagainya. Daripada mempunyai pemikiran yang egosentrik, kanak-kanak telah berfikiran secara decenterd atau objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. Selain itu juga mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkaraperkara yang abstrak yang tidak boleh dilihat umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga. Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak yang terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu dari umur 11 tahun dan ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan, membuat jangkaan atau andaian dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa yang mungkin berlaku daipada apa yang bakal berlaku. Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Bahkan mereka sudah dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan. Namun, egonsentrik remaja jugamuncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egonsentrik pada peringkat praoperasi. Di sini remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain dan mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling. 4.2 Tasks. Untuk membuktikan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, saya telah melaksanakan satu kajian pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun. Kajian ini bertujuan untuk membandingbezakan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat-peringkat tertentu. Ini juga adalah bertujuan untuk membuktikan teori kognitif yang dipertengahkan oleh Jean Piaget. Golongan sasaran yang akan diuji ialah kanak-kanak yang berumur 5 dan 7 tahun. Saya telah memilih seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun yang bernama Nur Fasiha bt Hasni dan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun bernama Syaidatul Azwa bt Muhd Fauzi .Bahan ujikaji yang digunakan ialah 10 keping duit syiling 50 sen. Duit syiling tersebut disusun menjadi dua baris dan ditunjukkan kepada kanak-kanak seperti gambar di bawah : Kajian Pemerhatian Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Piagets Conservation

Rajah 1 : Susunan duit syiling Kemudian, kedua-dua kanak-kanak tersebut akan disoal adakah bilangan duit syiling dalam kedua-dua baris tersebut adalah sama banyak. Setelah mereka menjawab soalan itu, susunan duit syiling diubah daripada sama panjang kepada salah satu baris dipanjangkan lagi dan soalan yang sama ditanya kepada mereka. Gambar rajah adalah seperti berikut :

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Rajah 2 : Syazana Fatini menjawab soalan Rajah 3 : Haziq Zuhair menjawab soalan yang kedua soalan yang kedua

4.3 Aspek

Dapatan Kajian Nur Fasiha bt Hasni ( 5 tahun ) Respon soalan ditujukan kepada yang Fasiha menjawab dengan betul soalan iaitu Wawa Syaidatul Azwa bt Muhd Fauzi ( 7 tahun ) juga menjawab pertama soalan pertama dengan betul, iaitu bilangan kedua-dua baris duit syiling 50 sen adalah sama banyak. - Dia juga menjawab soalan yang kedua dengan betul, iaitu bilangan duit syiling di kedua-dua baris adalah masih lagi sama banyak walaupun

bilangan kedua-dua baris duit syiling 50 sen adalah sama banyak. - Namun apabila disoal soalan yang kedua, dia menjawab bilangan kedua-dua baris duit syiling adalah tidak sama.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

pada mulanya, dia agak raguragu dan malu. Apabila mengapa jawapannya sebegitu. Penerangan ditanya - Syazana menjawab duit syiling di baris yang kedua menjadi semakin sedikit. Duit syiling yang lebih panjang itu adalah lebih banyak. - Syazana menumpukan kepada keadaan fizikal ataupun konkrit iaitu panjang baris bukannya bilangannya iaitu konsep yang lebih abstrak. Dia juga tidak dapat Wawa menjawab tiada penambahan berlaku ke atas duit syiling tersebut dan dia mengira jumlah duit syiling tersebut. - Wawa sudah boleh berfikir secara pemikiran logik walaupun masih mereka

terikat dengan situasi konkrit iaitu baris duit syiling. - Dia juga sudah menguasai tiga prinsip asas dalam konkrit peringkat operasi

melaksanakan

transformasi

kerana dia melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan pemanjangan baris yang lama

mengikut teori Jean Piaget iaitu prinsip identiti, prinsip ganti ini, rugi, Wawa atau dan prinsip keterbalikan. Melalui ujikaji menggunakan genetik faktor boleh yang pemikiran seorang prinsip keterbalikan.

Faktor-faktor

Proses pemikiran Fasiha belum mencapai tahap kematangan biologi yang tinggi lagi. Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Selain itu juga, dia juga belum mencapai tahap keseimbagan iaitu proses individu situasi olehnya. untuk yang mengadaptasi baru dialami sesuatu kerana situasi ini adalah

Baka

menjadi

mempengaruhi bekerja sebagai

Wawa. Ini kerana bapanya Inspektor Polis dan ibunya pula seorang guru . Namun begitu, boleh jadi juga faktor persekitaran mempengaruhi cara pemikiran Wawa. Ini kerana di sekolah,dia adalah

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

seorang pelajar yang pintar.

Rajah 4 : Bandingbeza hasil pemerhatian kajian

Melalui kajian pemerhatian yang telah dijalankan, maka terbuktilah dengan jelas bahawa teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget boleh digunapakai dan diterima umum. Ini termasuklah cadangannya yang mengatakan bahawa kanak-kanak melalui perkembangan kognitif melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Melalui kajian yang dijalankan juga jelas terbukti bahawa pada peringkat praoperasi, kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahamannya mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka belum mampu berfikir secara logik dan rasional. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit yang mana mereka dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Kanak-kanak peringkat ini berupaya berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

5.0

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang dijalankan oleh ibu bapa atau guru hendaklah berpandukan kepada perkemabagan kognitif kanak-kanak pada peringkatperingkat yang telah dibincangkan sebelum ini. Susunan isi pembelajaran hendaklah mengiktu peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru, daripada kasar kepada halus dengan mengambil kira juga perkembangan fizikal individu. Pendek kata, pendekatan haruslah daripada konsep yang mudah kepada konsep yang luas dan kompleks.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Sebagai contoh, pada peringkat praoperasi, bahan bantu mengajar yang konkrit seperi menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Arahan yang pendek dan disertai dengan contoh juga haruslah digunakan untuk mengajar kanak pada peringkat ini dan penjelasan tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus dipertimbang daripada sudut pandangan kanak-kanak. Ini kerana mereka susah untuk memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Selain daripada itu juga, kanak-kanak harus diberi peluang untuk melakukan aktivitinya sendiri atau hands-on terhadap satu-satu kemahiran dengan kawalan dan bimbingan. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meningkatkan keyakinan diri dan memberi peluang mereka berdikari. Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai seperti membawa mereka melawat tempat-tempat menarik misalnya zoo,muzium dan sebagainya. Pada peringkat seterusnya, iaitu pada peringkat operasi konkrit, penggunaan

bahan bantu mengajar yang konkrit yang menarik contohnya seperti bahan tiga dimensi (3D) yang ada dipersekitarannya seperti daun, pokok dan mainan harus diteruskan terutamanya untuk mempelajari kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Satu eksperimen atau kajian boleh dijalankan melalui kaedah ini, contohnya eksperimen mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan dalam subjek sains. Kanak-kanak peringkat ini juga haruslah diberi peluang untuk membuat pembentangan dan pembacaan secara ringkas dan tersusun. Ini dapat meningkatkan keupayaan berbahasa dan kanak-kanak juga diberi peluang untuk memberikan pendapat dan idea mereka. Semasa pengajaran topik yang kompleks, penggunaan contoh-contoh haruslah sesuai dan paling bagus, hendaklah berkaitan dengan pengalaman mereka seperti pengalaman seharian di rumah dan sebagainya untuk mempertingkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu perkara. Selain itu, untuk meningkatkan daya pemikiran yang logik dan analitik, guru boleh memberi soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah dan tunjuklah jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik. Seterusnya, bagi peringkat terakhir perkembangan kognitif kanak-kanak, guru masih boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks sebagai contoh penggunaan bahan bantu mengajar tiga dimensi (3D), model, carta,

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

graf, dan pengalaman pelajar sendiri. Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Guru juga hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Bimbing pelajar untuk membuat penyelesaian dan meneroka jalan penyelesaian dalam konteks yang lebih luas lagi berbanding pendedahan yang diberikan dalam peringkat yang seterusnya. Ini menggalakkan mereka untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah tersebut. Dalam pada itu, mereka haruslah diberi peluang dan ruang untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta menyatakan sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Paling berkesan untuk meningkatkan daya pemikiran mereka, minta mereka membentangkan ideaidea dan kritik idea yang dikemukakan. Bagi menggalakkan pelajar mengkaji dan meneroka sesuatu topik, guru harus mengemukakan konsep topik itu dengan lebih luas lagi dan tidak terikat dengan fakta-fakta. Guru harus terima pendapat pelajar dan bimbing mereka juga untuk menerima pendapat orang lain.

6.0

RUMUSAN DAN CADANGAN Sebagai guru, mendalami ilmu psikologi perkembangan kanak-kanak ini adalah amat

penting bagi membantu kita mengurus dan mengendalikan bilik darjah dengan baik. Mendalami ilmu ini secara menyeluruh juga dapat membantu kita mengenali setiap potensi murid-murid yang diajar serta mengembangkan lagi potensi tersebut sehingga akhirnya suatu masa nanti murid-murid yang dihasilkan adalah murid-murid berkualiti yang dikehendaki oleh negara. Ini adalah selari dengan tuntutan negara yang ingin melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Menimba ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak juga memberi pelbagai manfaat yang berguna kepada guru. Setiap objektif

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

pembelajaran akan tercapai sekiranya guru mengaplikasikan kemahiran mengenal perkembangan kanak-kanak ini dari pelbagai sudut. Antara manfaatnya ialah ia dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pemebelaran di dalam dan luar bilik dengan penyediaan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Strategi P&P juga haruslah sesuai dengan aras dan mengikut tahap individu murid yang boleh membantu kepada perkembangan kanak-kanak daripada pelbagai aspek temasuklah jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial. Untuk itu, isi kandungannya hendaklah dirangka dan dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamat P&P dapat dicapai dengan baik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam kandungan P&P haruslah menarik minat kanak-kanak. Ini adalah bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dirancang sama ada di dalam atau di luar kelas. Isi pelajaran juga haruslah disusun dan dipertingkat agar mudah difahami dengan mengambil kira aras kefahaman murid-murid kerana mereka mempunyai tahap masing-masing, sama ada di tahap rendah, sederhana dan tinggi. Ini memberi kesan kepada murid-murid kerana murid-murid dapat mempersiapkan diri dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi arus pembelajaran pada masa akan datang. Selain daripada itu juga, penyediaan pelajaran haruslah bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada konkrit kepada yang abstrak, daripada konsep yang asas kepada konsep yang lebih luas dan daripada yang umum kepada yang lebih khusus. Proses pembelajaran hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat, mengikut bab atau silibus subjek yang akan diajar kerana ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman, penghayatan, penghafalan murid-murid dan memberi peluang kepada mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian amatlah penting bagi

guru membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Guru sebagai tunggak utama berperanan penting membantu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Tuntasnya, peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan perkembangan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

murid-murid. Tugas guru bukan hanya mengajar mereka isi pembelajaran, tetapi guru juga berperanan membimbing, memberi motivasi kepada murid-murid dan membantu mereka mengenal potensi diri. Guru juga hendaklah sentiasa mengingatkan mereka bahawa betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan`mereka. Secara keseluruhannya, dengan penulisan tugasan kerja kursus Perkembangan KanakKanak EDU3102 ini dapatlah saya menimba banyak ilmu pengetahuan dan menambahkan kemahiran saya dalam mengenali perkembangan kognitif kanak-kanak. Semoga dengan ilmu yang ditimba pada waktu ini, dapatlah saya menggunakannya pada masa akan datang untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak atau murid-murid yang akan diajar.

BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2008), Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. impreschoolteacha.blogspot.com/.../konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak.html pada 2010, Mac 23. Kamaruddin Hj. Husin.(1996), Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. Utusan Publications, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Sharani Ahmad. (2005), Psikologi Kanak-Kanak. PTS Publications, Pahang. Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor. Mok Soon Sang. (2006), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor. Kanak-kanak, [online] Diperolehi: ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak [2010, Februari 02] Perkembangan Kanak-Kanak. [online]Diperolehi: ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak [ 2010 Februari 02] perkembangan.blogspot.com/.../perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek_23.html [ 2010 Februari 10] diakses

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Rahil Mahyuddin dan Habibah Alias (2001), Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication, Shah Alam, Selangor. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2002), Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari. Mc Graw Hill, Malaysia. www.eco1.upm.edu.my/v4/.../mas_psikologiperkembangan_kanak2 Februari 19. diakses pada 2010

LAMPIRAN Lampiran 1- Latar belakang kanak-kanak yang diuji Kanak-kanak pertama Kanak-kanak kedua

Nama : Syazana Fatini Insyirah bt Azmani Umur : 6 tahun Tempat tinggal : Ipoh, Perak Pekerjaan Ayah : Polis

Nama : Haziq Zuhair b Ahmad Khir Muzamir Umur : 9 tahun Tempat tinggal : Ulu Kinta, Perak Pekerjaan Ayah : Pensyarah

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik-beradik : 6 orang ( anak terakhir ) Hobi : Melukis dan mewarna

Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik Beradik : 4 orang ( anak pertama ) Hobi : Bermain badminton

Gambar-gambar semasa ujikaji

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Kesimpulan Penggunaan BBB perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan,menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan BBB kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih BBB yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan BBB amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan BBB yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut : i. BBB dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. ii. iii. iv. Mengawal disiplin pelajar semasa proses PdP sedang berlangsung. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses PdP.( Pusat Perkembangan Kurikulum,1990) Guru dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. v. vi. vii. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan lebih terperinci Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

viii. ix. x.

Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. Dapat member satu pengalaman baru kepada pelajar. Melahirkan interaksi dan kerjasama antara pelajaar dengan guru dan oelajar dengan pelajar.

xi. xii.

Penyebaran BBB boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar. Bahan itu dapat melahirkan dorongan dayaa kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajran guru. BBB memudahkan guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi social antara guru dan pelajarnya dalam proses PdP. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Kualiti sesuatu pengajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan BBB yang sesuai. Di sekolah, Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi BBB tidak dapat membantu pelajarnya dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Sememangnya BBB memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

BORANG SOAL-SELIDIK KEKERAPAN PENGGUNAAN BBM Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) Buku Teks Poster / Carta Lembaran Kerja Buku Kerja Kad Imbasan Majalah Peralatan sebenar/ Benda Maujud OHP dan Transpparensi Komputer dan LCD Projektor Model Gambar Foto Papan flannel / papan gulung Televisyen atau video Radio dan Kaset

Sangat Kurang Digunakan

Kurang Digunakan

Kerap Digunakan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

BORANG SOAL-SELIDIK PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan.

BIL 1.

KOMPUTER DAN INTERNET Pengetahuan dan Sikap Guru terhadap Teknologi Komputer Berasaskan Multimedia. Kefahaman dan Kebolehan guru menggunakan BBM berasaskan Multimedia.

Tidak Mahir

Sederhana

Mahir

2.

BIL 1. 2.

KOMPUTER DAN INTERNET Kesediaan Guru Menggunakan BBM berasaskan Multimedia Kefahaman dan Kebolehan guru menggunakan BBM berasaskan Multimedia.

Tidak Pasti

Tidak Bersedia

Bersedia

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

BORANG SOAL-SELIDIK PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

PERISISAN MULTIMEDIA Microsoft Power Ponit Adobe Flash Adobe Director Adobe Photoshop Movie Maker Lain-lain

Tidak Digunakan

Kurang Digunakan

Kerap Digunakan

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kesediaan Guru Menggunakan BBM Berasaskan Multimedia / Masalah Tiada Komputer Tidak mahir menggunakan komputer Tidak mahir dengan perisian komputer Melambatkan proses Tiada kemudahan jalur lebar (internet) di rumah Biasa dengan kaedah tradisional.

Ya

Tidak

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

BORANG SOAL-SELIDIK GURU SEKOLAH RENDAH.

KEKERAPAN PENGGUNAAN BBM DIKALANGAN

Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan.

BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd. Rashid (2000) Wawasan & Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yaakub Isa ( 1994 ). Guru Yang Efektif . Pahang : Jawatan Kuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. Mok Soon Sang (Jan 2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI edisi ketiga . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. (2012). Modul Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Asia e University. http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius http://www.scribd.com/doc/53194686/CONFUCIUS http://www.mudah belajar.com?p=19

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

http://bicarasejarah.blogspot.com/2011/03/confucius.html http://ilmuankhalidy.blogspot.com/2008/05/al-farabi.html https://muhdhazrie.wordpress.com/tag/ahli-falsafah-islam/ http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

Anda mungkin juga menyukai