Anda di halaman 1dari 2

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN 930118-02-5539

TUGASAN SJH 3103

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN 930118-02-5539

Soalan Sejauh manakah penghayatan terhadap sejarah negara amat penting dalam kehidupan generasi alaf ke-21?

Jawapan Jika kita ingin melihat sejauh manakah kepentingan penghayatan terhadap sejarah negara dalam kehidupan generasi alaf ke-21, kita boleh merujuk kepada pendapat salah seorang tokoh sejarah yang agak terkenal iaitu Mohd Yusof Ibrahim. Menurut Mohd Yusof Ibrahim (1977), dalam Omardin Haji Ashaari (1996), berpendapat bahawa sejarah ialah sesuatu yang hidup bersama dan membiak bersama pengalaman, perkembangan dan kehidupan semuanya itu. Berdasarkan kepada pendapat diatas dapatlah disimpulkan bahawa betapa pentingnya sesuatu sejarah itu dalam kehidupan seseorang individu pada masa kini yang mana pada zaman era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang meledak. Hal ini kerana, berdasarkan kepada pendapat di atas yang menegaskan bahawa sejarah itu merupakan sesuatu yang hidup bersama dan membiak bersama pengalaman serta perkembangan dalam kehidupan seseorang individu. Perkara ini memperlihatkan bahawa betapa pentingnya sejarah itu dipelajari dan dihayati oleh semua individu terutamanya oleh generasi alaf ke-21 yang ketika ini ada sesetengahnya yang memandang enteng terhadap kepentingan sejarah negara. Mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dan tidak diberi pendedahan tentang peri pentingnya menghargai dan mencintai sejarah negara mereka itu sendiri. Konklusi daripada pendapat tokoh sejarah ini dapat

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN 930118-02-5539

disimpulkan bahawa sesuatu sejarah itu sangat bernilai dari segi kepentingannya kerana ianya beriringan dengan pengalaman seseorang individu tersebut dalam menjalani kehidupan seharian. Seterusnya, menurut Krug (1967), dalam Omardin Haji Ashaari (1996), berpendapat bahawa pembelajaran mengenai sejarah zaman silam amat mustahak sebagai asas untuk mencapai dan memperkuatkan lagi perpaduan kebangsaan di kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Hal ini kerana banyak unsur-unsur sejarah yang dapat digunakan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan generasi alaf ke-21 tentang bagaimana masyarakat pada zaman dahulu dan sekarang menggunakan perpaduan dalam mempertahankan negara mereka. Perkara ini bertujuan supaya Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah berlaku suatu masa dahulu tidak akan berulang kembali. Seperti yang kita semua sedia maklum, peristiwa tersebut merupakan cetusan daripada perbalahan antara dua suku kaum terbesar di negara ini iaitu antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Jadi, berdasarkan kepada tradegi ini, kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran supaya peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Konklusinya, istilah perpaduan sangat perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar permasalahan sebegini tidak lagi tercetus dan seterusnya menjamin keamanan dan kemakmuran negara yang kita cintai. Akhir sekali, menurut Lewenstein (1963), dalam Omardin Haji Ashaari (1996), juga berpendapat bahawa pengajaran sejarah dapat mencetuskan semangat kebangsaan dan cintakan tanah air. Pemahaman dan pengetahuan terhadap sejarah mempengaruhi kesetiaan dan semangat perjuangan masyarakat terhadap negara mereka. Mengembangkan semangat kesetiaan dan kebangsaan dalam kalangan warganegara amat penting memandangkan wujudnya corak dan keadaaan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tuntasnya, penghayatan terhadap sejarah amatlah penting dalam generasi kehidupan generasi alaf ke-21 ini bagi memberi penafsiran, gambaran, tanggapan, serta memahami keadaan yang sebenar masyarakat pada zaman dahulu supaya segala kebaikan yang dilakuan oleh masyarakat terdahulu dapat diteladani dan dipelajari oleh generasi muda pada zaman yang serba moden ini.

Anda mungkin juga menyukai