Anda di halaman 1dari 28

HBPE 2203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER :JANUARI 2013 ( SMP KHAS )

NAMA NO.K/P NO.MATRIK

:ZAINOL ABIDIN BIN JASIM :771202025915 :771202025915001

Kata-kata aluan

Bersyukur kepada tuhan dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan kali ini dengan sempurna.Banyak perkara yang perlu saya sediakan untuk mendapatkan segala maklumat bagi menyempurnakan tugasan HBPE2203.Kegigihan dan kesabaran dalam melaksanakan tugasan ini memberi manfaat kepada saya sebagai seorang pendidik bagi memastikan anak didik mendapat faedah daripada tugasan ini.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih saya kepada pensyarah-pensyarah sama ada bersemuka atau secara on-line yang banyak membantu saya menyelesaikan tugasan ini.Tanpa panduan yang diberikan, agak sukar tugasan ini dijalankan.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu dan berkongsi maklumat untuk menjalankan tugasan ini.

Saya berharap tugasan HBPE2203 ini akan dapat dijadikan permulaan untuk guru Pendidikan Jasmani menjalankan pengukuran kecergasan bersasaskan kesihatan kepada murid dengan baik.Keprihatinan guru terhadap tahap kecergasan berasaskan kesihatan murid patut dijadikan amalan di sekolah untuk melahirkan murid yang sentiasa sihat dan bersemangat.

ISI KANDUNGAN

Kata-kata aluan 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 2.0 2.1 Pengenalan Definisi ujian pengukuran dan penilaian daya tahan otot Latar belakang Sejarah Pendidikan Jasmani Latar belakang sejarah ujian ,pengukuran dan penilaian Jenis ujian Sasaran Objektif ujian Ujian pengukuran daya tahan otot ( tekan tubi/tekan tubi suaian ) Skor ujian daya tahan otot murid Tahun Lima

2.1.1 Skor ujian tekan tubi murid Tahun Lima 2.1.2 Skor ujian tekan tubi suaian murid Tahun Lima 2.2 2.3 2.4 3.0 4.0 Analisis skor ujian Analisis data mod,min dan median bagi murid lelaki Analisis data mod,min dan median bagi murid perempuan Perbincangan norma perbandingan Kesimpulan

Rujukan Lampiran

1.0

Pengenalan

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti harian tanpa merasa letih dan masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesengagangan.Menurut Falls ( 1980 ), definisi kecergasan fizikal adalah kecergasan untuk kesihatan yang merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang boleh dipercayai member seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik seperti jantung, kegemukan dan penyakit otot dan tulang.

Setiap guru Pendidikan Jasmani bertanggungjawab untuk mendedahkan amalan kecergasan kepada semua murid di sekolah.Pelbagai bentuk ujian boleh dilakukan oleh guru bertujuan mengukur tahap kecergasan murid sama ada berasaskan kesihatan atau berasaskan lakuan motor.Guru Pendidikan Jasmani memainkan peranan untuk mengukur dan menilai kecergasan murid dalam beberapa aspek sama ada aspek kelenturan,kekuatan otot,daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular,komposisi tubuh atau atau aspek lakuan motor murid.

Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap prestasi kecergasan fizikal bagi kekuatan dan ketahanan otot murid di sekolah rendah.Salah satu ujian yang dilakukan untuk mengukur daya tahan otot ialah tekan tubi bagi lelaki dan tekan tubi suaian bagi murid perempuan yang dilakukan terhadap murid di dalam sebuah kelas yang berumur 11 tahun.Ujian ini digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara murid di dalam kelas tersebut berdasarkan norma-norma yang telah ditetapkan.Oleh itu, ujian pengukuran ini menjadi salah satu tanggungjawab guru Pendidikan Jasmani untuk melahirkan murid yang sentiasa cergas,mempunyai ketahanan badan yang tinggi dan sihat tubuh badan untuk murid melakukan aktiviti seharian yang melibatkan pergerakan badan.

1.1

Definisi ujian pengukuran dan penilaian daya tahan otot

Ujian merupakan suatu intrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat tentang seseorang individu.Ujian boleh berbentuk soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku atau rekodanekdotal.Menurut Borhan Yusof ( 2008 ),ujian ialah instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum,semasa dan selepas pengajaran. Pengukuran pula ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang cirri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai membina, mentadbir dan member nilai kepada ujian.Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul,menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Setiap ujian yang hendak diukur dan dinilai perlu mempunyai prosedur dalam pelaksanaannya. Menurut Ahmad Hashim(2004) ,menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian ialah perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian sebenar.Ini bertujuan untuk menjamin segala persediaan adalah mencukupi dan pentadbiran ujian akan berjalan dengan lancar.Oleh itu, semua skor ujian perlu dianalisis dengan menggunakan teknik statistic yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Daya tahan otot adalah kebolehan otot atau kumpulan otot yang berupaya melakukan aktiviti fizikal tanpa rasa letih dalam jangka masa yang panjang.Ujian daya tahan boleh diukur melalui daya tahan mutlak atau daya tahan pengukuran relative.Terdapat tiga asas kebolehan daya tahan yang dikenal pasti iaitu daya tahan otot tangan dan sekitar bahu,daya tahan otot abdomen dan daya tahan kardiovaskular. Menurut Johnson & Nelson ( 1986 ),kekuatan daya tahan otot sebagai kemampuan fizikal yang membolehkan seseoran individu itu dapat menahan dan melakukan aktiviti-aktiviti kekuatan daya tahan otot dengan lebih lama dalam sesuatu situasi.Mereka juga mengatakan kekuatan daya tahan otot teras adalah kuasa otot yang dikenakan terhadap objek yang berada dalam keadaan static dan dinamik, yang diukur melalui satu ujian yang memerlukan satu daya maksima untuk member pergerakan atau satu kedudukan.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Zorbas dan Karporich ( 1951 ), menunjukkan bahawa latihan bebanan boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan pergerakan.Clarke ( 1974 ), dalam kajiannya menyatakan untuk mendapatkan kekuatan otot yang baik, latihan kekuatan otot haruslah dilakukan sebanyak lima atau enam kali seminggu dapa fasa persediaan, tiga atau empat kali pada fasa pra pertandingan dan satu atau dua kali pada fasa pertandingan.

Pada tahun 1880, bidang pengukuran telah berubah dari aspek saiz dan simentri dalam pengukuran antrapometri kepada kekuatan yang dipelopori oleh Dudley Sargent.Perubahan ini dijelaskan oleh Barrow dan McGee ( 1979 ),menyatakan kepentingan kekuatan mula mendapat perhatian apabila berlakunya perubahan dalam bidang pengukuran. Ujian pengukuran dan penilaian daya tahan otot yang dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap individu khususnya murid sekolah berupaya untuk melakukan aktiviti pergerakan harian mereka dengan baik.Ujian ini juga akan member dorongan kepada murid untuk menjaga kecergasan diri dan meningkatkan tahap kesihatan mereka untuk terus aktif melakukan sebarang aktiviti pergerakan sama ada di sekolah atau persekitaran

murid.Pelaksanaan ujian ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan individu yang sihat dan cergas dari aspek rohano , jasmani, emosi dan intelektual.

1.2

Latar belakang sejarah Pendidikan Jasmani

Terdapat empat fasa dalam pendidikan di Negara kita.Secara tidak langsung sejarah Pendidikan Jasmani kita juga mengalami fasa-fasa tersebut.Fasa pertama ialah Zaman PraBritish ( sebelum 1786 ), di mana tiada pendidikan secara rasmi diterapkan dan status Pendidikan Jasmani ketika itu adalah tidak jelas.Fasa berikutnya pada Zaman Pemerintahan British ( 17811941 ), system pendidikan rasmi mula diterapkan oleh Kerajaan British.Banyak sekolah-sekolah telah dibuka dan Pendidikan Jasmani mula diajar terutama di sekolah jenis cina di Melaka pada tahun 1851 dan Sekolah Menengah Rendah di Pulau Pinang,Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar sekitar tahun 1923 hingga tahun 1925.

Dalam fasa ketiga iaitu Zaman Sebelum Kemerdekaan , pelbagai usaha telah dibuat untuk membangunkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan Sultan Idris, di Tanjong Malim, Perak.Seterusnya mata pelajaran ini berkembangan dan mengalami perubahan pada zaman selepas kemerdekaan.Pada tahun 1960, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan di Kolej Latihan Pakar Perguruan.Pada tahun 1971, mata pelajaran ini telah diwujudkan dalam dua bahasa iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Fasa-fasa perkembangan mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia member gambaran kepada kita bahawa system pendidikan kita dari dahulu hingga kini amat menitikberatkan aspek kecergasan dan kesihatan murid-murid di sekolah.Banyak perubahan telah dilakukan untuk memantapkan lagi mata pelajaran ini dalam pendidikan kita.

1.3

Latar belakang sejarah ujian, pengukuran dan penilaian

Pada tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), penilaian secara formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar tingkatan satu.Markah dan gred telah dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam buku laporan pelajar.Aspek yang dinilai adalah kecergasan fizikal yang diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas ( UDTA ). Pengukuran melalui UDTA telah diperkenalkan pada awal tahun 70an yang mengandungi enam aktiviti iaitu ujian kelembutan,baling bola sofbol,lompat sarjan,mendagu,lari ulang-alik dan 600 ela lari/jalan.Ujian UDTA dikaji semula pada tahun 80an yang dibuat oleh Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah kerana ia kurang sesuai dan bermasalah.Hasil kajian tersebut UDTA telah mengurangkan aktiviti kepada empat iaitu bangkit tubi,tekan tubi,jangkauan melunjur dan larian 1500m. Pada tahun 2008, ujian UDTA telah diganti dengan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) dua kali setahun seperti yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008,Kementerian Pelajaran Malaysia.Semua murid perlu menjalani ujian ini mengikut

buku panduan SEGAK.Ujian ini menekankan aktiviti naik turun bangku ( 3 minit ),tekan tubi ( 1 minit ), ringkuk tubi separa ( 1 minit ) dan jangkauan melunjur. Pengukuran dan penilaian yang dibuat akan direkodkan bertujuan member maklumat tentang tahap kecergasan murid.Ujian ini diharapkan dapat member motivasi kepada murid untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat member sumbangan kepada Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan usaha merealisasikan Wawasan 2020.

1.4

Jenis Ujian Ujian kecergasan berasaskan kesihatan yang dijalankan adalah ujian pengukuran daya

tahan otot yang melibatkan aktiviti tekan tubi untuk murid lelaki dan tekan tubi suaian untuk murid perempuan.

1.5

Sasaran Ujian pengukuran dan penilaian daya tahan otot ini dilakukan terhadap sebuah kelas

murid tahun lima yang berumur 11 tahun.

1.6

Objektif ujian Antara objektif ujian dijalankan adalah seperti berikut: a) Membolehkan murid mengekalkan bentuk badan,dan mengurangkan rasa sakit belakang dan kecederaan otot ketika melakukan aktiviti harian.

2.0

Ujian pengukuran daya tahan otot ( Tekan tubi/tekan tubi suaian )

Objektif ujian sekitar Had umur Jantina Peralatan Kesahan & kebolehpercayaan Objektiviti Pengurusan dan organisasi

: Untuk mengukur daya tahan otot bahagian tangan dan bahu. : 11 tahun : Lelaki dan perempuan : Tilam, wisel, jam randik : Kesahan paras : 99 ( Johnson & Nelson, 1986 ) :

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur ujian: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.Badan diluruskan ( tekan tubi ). 2. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang.Badan diluruskan ( tekan tubi suaian ). 3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehinggadada menyentuh span setinggi 10cm. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.Kiraan satu ulangan lakuan. 5. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit.Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1 hingga 4. 6. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil setakat murid berhenti.

7. Ujian tekan tubi akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 4.Ujian tekan tubi suaian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan dua kali berturut-turut.

Ujian tekan tubi/ tekan tubi suaian bergambar

Gambar 1: Murid berbaris untuk melakukan ujian tekan tubi / tekan tubi suaian

Gambar 2: Tunjuk cara dilakukan oleh guru

Gambar 3: Guru menunjuk cara melakukan tekan tubi suaian

Gambar 4: Murid bersedia melakukan ujian

Gambar 5 : Ujian tekan tubi dijalankan

Gambar 6: Ujian tekan tubi suaian dijalankan

Gambar 7: Guru mengawasi murid melakukan ujian tekan tubi

Gambar 8: Murid pembantu mengira skor pelaku ujian tekan tubi

Gambar 9: Murid berbaris semula setelah selesai melakukan ujian daya tahan otot

2.1

Skor Ujian Daya Tahan Otot Murid Tahun Lima Seramai 30 orang murid Tahun 5 telah melakukan ujian daya tahan otot.Sejumlah 15

orang murid lelaki Tahun 5 melakukan ujian tekan tubi dan 15 murid perempuan melakukan ujian tekan tubi suaian yang dilakukan di SK Danau Kota untuk menilai tahan tahan otot lengan atas dan sekitar bahu.Skor ujian berdasarkan Norma Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ).

2.1.1 Skor Ujian Tekan Tubi Murid Tahun 5 Bil Nama Murid 5 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Amirul Syafiq bin Amirudin Fakrullah bin Takiyuddin Syamsul Izzat bin Jamaluddin Ahmad Syakirin bin Fauzi Aiman Mirza bin Sallehudin Mikhail bin Mohd.Yusuf Ahmad Izat bin Zulkifli Zamzami bin Alias Muhummad Afiq bin Nazif Muhammad Firdaus bin Mohd Nazri Muhammad Aiman Hakim bin Ramli Muhammad Akmal bin Hazizi Noraiman bin Mustafa Muhamad Zafran bin Zahlan Zamzuri bin Nasaruddin 15 10 7 20 5 9 13 14 12 8 7 17 16 10 4 14 Skor 3 2 1

2.1.2 Skor Ujian Tekan Tubi Suaian Murid Tahun 5 Bil Nama Murid 5 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Fatin Syamimi binti Idris Farahana Ayuni binti Mohd Tarmizi Kamaliah Sayafeqa binti Kamaruzzaman Nur Batrisya binti Khairi Nur Amalina binti Khairuddin Nurin Afrina binti Zainal Nurul Afifah binti Mohd Kamal Nurul Huda binti Khamis Nurul Adreana binti Zailani Siti Khadijah binti Abu Hassan Nur Shafeqa binti Damahuri Shazana binti Ahmad Kamal Siti Afrina Sofea binti Kamarul Jazlina Elinna binti Hashim Hureen Syamimi binti Ahmad Dahlan 19 15 24 18 18 12 10 22 21 20 17 16 14 13 4 18 Skor 3 2 1

2.2

Analisis Skor Ujian

7 6 5 4 3 2 1 0 Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor 5

Lelaki Perempuan Series 3

Graf 1: Bilangan skor ujian daya tahan otot murid Tahun 5 lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada graf 1 di atas menunjukkan bilangan murid yang mendapat skor 1 hinnga 5 hasil daripada ujian daya tahan otot yang dilakukan.Secara keseluruhannya menunjukkan bilangan murid perempuan mendapat skor yang lebih baik adalah tinggi.Tiada murid perempuan yang mendapat skor 1.Murid lelaki mendapat skor 2 lebih 1 daripada murid perempuan.Skor 4 menunjukkan bilangan murid perempuan melebihi bilangan murid lelaki sebanyak 2.Manakala bilangan murid lelaki dan perempuan yang mendapat skor 3 dan skor 5 adalah seimbang.

4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor 5 Lelaki Column1 Column2

Graf 2: Bilangan murid yang mendapat skor dalam ujian tekan tubi

Graf 2 di atas menunjukkan bilangan murid yang mendapat skor 1 hingga skor 5 dalam ujian tekan tubi yang dilakukan ke atas 15 orang murid tahun lima.Graf menunjukkan bilangan murid yang mendapat skor 3 hingga skor 5 adalah sama banyak iaitu 4 orang setiap skor.Hanya seorang murid sahaja yang mendapat skor 1 dan 3 orang murid yang mendapat skor 2.Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid lelaki tahun lima masih mempunyai daya ketahan otot yang baik.

Perempuan

Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor 5

Carta pai 1: Bilangan skor ujian tekan tubi suaian

Carta pai di atas menunjukkan bilangan murid perempuan mendapat skor 1 hingga skor 5 dalam ujian tekan tubi suaian yang dilakukan.Seramai 15 orang murid perempuan daripada 30 murid sebuah kelas telah membuat ujian daya tahan otot.Tiada murid yang mendapat skor 1.Bilangan murid yang mendapat skor 4 adalah yang paling ramai iaitu 6 orang manakala murid yang mendapat skor 5 adalah 3 orang sahaja sama dengan bilangan murid lelaki.Murid yang mendapat skor 3 adalah seramai 4 orang dan skor 2 berjumlah 2 orang sahaja.Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid perempuan dapat melakukan ujian tekan tubi suaian ini dengan baik.

12

10

8 Bil.Murid 6 Column1 Column2 4

0 Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor 5

Graf 3: Bilangan murid Tahun Lima yang mendapat skor 1 hingga 5

Graf 3 menunjukkan bilangan 30 orang murid tahun lima yang memperoleh skor 1 hingga skor 5 dalam ujian daya tahan otot iaitu tekan tubi dan tekan tubi suaian.Bilangan murid yang mendapat skor 4 adalah yang paling ramai iaitu 10 orang.Perbezaan antara murid yang mendapat skor 4 dengan skor 5 adalah sebanyak 4 orang murid.Bilangan murid tahun lima yang mendapat skor 3 ialah 8 orang manakala murid yang mendapat skor 2 hanya 5 orang sahaja.Murid lelaki penyumbang kepada bilangan yang mendapat skor 1 iaitu seorang sahaja.

2.3

Analisis data mod,min ,dan median bagi murid lelaki

Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data.Berikut ialah set data yang diperoleh daripada bilangan skor murid lelaki dalam ujian tekan tubi:

5,7,7,8,9,10,10,12,13,14,14,15,16,17,20 Berdasarkan set data di atas, nombor yang kerap berulang adalah 7,10 dan 14.Terdapat 3 mod yang terhasil dalam set data ini.Ini menunjukkan bahawa kekerapan murid mendapat bilang 7, 10 dan 14 melebihi nombor lain semasa melakukan ujian tekan tubi.Namun begitu,mod jarang digunakan kerana kerap kali nilai mod tidak ada,atau berlaku pengulangan dalam set data yang mengandungi lebih dua atau tiga mod.Ini menyebabkan ia sukar ditafsir atau membuat perbandingan.

Min ialah kaedah yang mewakili purata arimetrik suatu set pencerapan.Min boleh dikira seperti berikut:

M=Min = Jumlah semua skor N=Jumlah bilangan skor

Skor 5 7 8 9 10 12 13 14 15 16 17 20

Kekerapan 1 2 1 1 2 1 1 2 1 1 1 1

Min

= 146/15 = 9.73

Berdasarkan data dan pengiraan min yang diperoleh menunjukkan kebanyakan murid lelaki tahun lima yang melakukan ujian tekan tubi boleh membuat tekan tubi sempurna sekitar 9 kali hingga 10 kali sahaja.Min menunjukkan daya tahan otot murid lelaki masih boleh dibaiki atau boleh dibincangkan lagi.

Median adalah satu nilai tunggal daripada set yang mengukur item memusat dalam data.Berikut adalah cara mendapatkan median bagi ujian tekan tubi murid tahun lima yang telah dilakukan: 5,7,7,8,9,10,10,12,13,14,14,15,16,17,20 Median bagi set data hasil ujian tekan tubi ini ialah 12.Ini menunjukkan skor 3 adalah titik paling tengah iaitu 12 berada dalam senarai set nombor yang telah diperoleh hasil ujian tekan tubi ini.

2.4

Analisis data mod,min ,dan median bagi murid perempuan

Berikut adalah senarai bilangan skor yang dikumpul oleh murid perempuan tahun lima dalam ujian tekan tubi suaian: 10,12,13,14,15,16,17,18,18,18,19,20,21,22,24 Berdasarkan senarai nombor di atas kekerapan yang dilihat adalah 18.Ini bermakna mod bagi bilangan skor murid perempuan dalam ujian ini ialah 18 kerana nombor tersebut berulang sebanyak tiga kali.Oleh itu, terdapat 3 orang pelaku ujian telah melakukan sebanyak 18 kali tekan tubi suaian dengan sempurna. Bagi mengira min bagi ujian tekan tubi suaian adalah seperti berikut:

M=Min = Jumlah semua skor N=Jumlah bilangan skor

Skor

10

12 1

13 1

14 1

15 1

16 1

17 1

18 3

19 1

20 1

21 1

22 1

24 1

Kekerapan 1

Min

= 221/15 = 14.73

Median bagi ujian tekan tubi suaian murid perempuan tahun lima ialah: 10,12,13,14,15,16,17,18,18,18,19,20,21,22,24

Berdasarkan senarai set data di atas, median bagi bilangan skor murid perempuan ialah 18.Susunan ini menunjukkan murid perempuan yang melakukan tekan tubi suaian 18 kali sempurna berada pada pusat tengah senarai sekumpulan data yang diperoleh.

3.0

Perbincangan norma perbandingan Lengkok norma dihasilkan bagi membantu para pendidik untuk memudahkan cara

perbandingan markah atau skor seseorang murid dengan murid lain.Lengkok norma digunakan untuk menjelaskan tentang min,median dan mod secara serentak.Lengkok norma ada dua jenis iaitu lengkok norma positif dan lengkok norma negative.

Berdasarkan statistic ujian daya tahan otot yang dilakukan, kita boleh membuat perbandingan menggunakan skala pengukuran selain menggunakan lengkok norma.Terdapat empat skla pengukuran iaitu skala nominal,skala ordinal,skala sela dan skala nisbah.Dalam ujian daya tahan otot yang dilakukan,skala pengukura sela digunakan untuk melihat perbezaan sebenar terhadap cirri-ciri pemboleh ubah yang diukur.Jadual di bawah menggambarkan perbandingan antara murid yang mencapai bilangan skor tinggi, sederhana dan rendah dalam ujian tekan tubi.

11 7 12

Muhammad Aiman Hakim bin Ramli Ahmad Izat bin Zulkifli Muhammad Akmal bin Hazizi

20 12 5

Berdasarkan data di atas menunjukkan item 11 dalam ujian tekan tubi telah mendapat 20 ulangan dalam masa seminit dan item 12 pula mendapat 5 ulangan dalam masa seminit.Jadi

pelaku ujian item 11 mendapat lebih 15 ulangan daripada pelaku ujian item 12.Kenapa terdapat jurang yang begitu jauh dengan pelaku ini?Berdasarkan temubual antara dua pelaku ini, murid item 11 merupakan seorang pemain bola sepak yang mewakili sekolah.Ini member kelebihan kepada pelaku item 12 mendapat banyak ulangan.Pelaku item 12 pula mempunyai saiz badan yang besar.Rujukan melalui rekod kesihatan item 12 menunjukkan tahap komposisi badannya tidak sesuai kerana terlebih gemuk.Jadi kesimpulannya , murid tersebut tidak dapat mengimbangan berat badan dan melakukan ujian tekan tubi dengan sempurna.Item 7 mempunyai perbezaan yang agak sama dengan item 12 dan item 11.Pelaku item 7 merupakan murid yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti sukan dan lebih kepada aktiviti lain.Jadi pengukuran skala sela digunakan untuk membuat perbandingan antara murid dan dikaitkan dengan factor-faktor lain juga sebagai penyebab kepada kegagalan untuk melakukan tekan tubi dengan sempurna. Pengukuran skala sela bagi ujian tekan tubi suaian menunjukkan beberapa perbandingan antara murid yang boleh dibincangkan berdasarkan beberapa aspek yang mempengaruhi murid daripada melakukan tekan tubi suaian dengan sempurna.

9 13

Nurul Adreana binti Zailani Siti Afrina Sofea binti Kamarul

24 10

Jadual di atas menunjukkan bilangan skor yang tinggi dan bilangan skor rendah yang diperoleh dalam ujian tekan tubi suaian.Item 9 merujuk kepada murid yang mendapat skor 5 iaitu 24 ulangan sempurna manakala item 13 adalah murid yang mendapat skor 2 iaitu sebanyak 10 ulangan.Jadi, murid item 9 mendapat lebih 14 ulangan berbanding murid item 13.Murid yang mendapat ulangan yang tinggi adalah seorang murid yang aktif dalam aktiviti sukan di sekolah.Murid yang rendah jumlah skornya seperti item 13 mempunyai masalah kesihatan ( merujuk rekod kesihatan murid ) iaitu penyakit asma.Secara psikologinya murid tersebut berasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti seperti ini. Kesimpulannya , melalui norma-norma yang dibandingkan memang ada perbezaan antara murid yang mendapat skor tinggi dan skor yang rendah.Antara factor yang mempengaruhi perbezaan tersebut adalah tahap kesihatan, penglibatan dalam aktiviti sukan dan komposisi tubuh

badan.Ketiga tiga factor ini menghalang murid untuk mendapat ulangan yang sempurna dengan banyak.

4.0

Kesimpulan Hasil ujian daya tahan otot yang dilakukan terhadap sebuah kelas tahun lima

menunjukkan tahap kecergasan murid dalam ujian tekan tubi bagi lelaki dan tekan tubi suaian bagi murid perempuan.Ujian ini dilakukan untuk mengetahui ketahanan otot bahu dan lengan murid.Beberapa langkah ditelah diambil sebelum ujian ini dilakukan supaya murid dapat melakukan setiap ulangan dengan baik.Ujian ini juga member maklumat yang berguna kepada guru untuk guru merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kecergasan murid. Berdasarkan data yang diperolehi dari penganalisian data ujian tekan tubi dan tekan tubi suaian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara murid yang aktif beraktiviti dengan murid yang kurang aktif beraktiviti.Guru boleh menggunakan data tersebut untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan kecergasan murid berasaskan kesihatan.Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru untuk menunjukkan tahap kecergasan murid-murid melalui ujian tekan tubi dan tekan tubi suaian ini. Pemilihan ujian,pengukuran dan penilaian kecergasan berasaskan kesihatan yang dijalankan terhadap murid tahun lima ini bertujuan untuk menilai tahap daya tahan otot di bahagian bahu dan lengan murid.Jadi ujian yang dijalankan adalah ujian tekan tubi dan tekan tubi suaian.Pelaksanaan ujian ini untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kecergasan murid dari aspek daya tahan otot.Melalui ujian ini juga, guru dapat menjelaskan hasil ujian melalui carta dan graf serta membuat norma perbandingan bagi setiap murid berdasarkan skor yang diperoleh.Data-data yang dikumpul ini akan dinilai dan dianalisis oleh guru untuk merancang aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Setiap skor yang diperoleh oleh murid akan menjadi rujukan oleh guru untuk menilai keupayaan murid melakukan sesuatu beban.Guru boleh mencadangkan kepada murid untuk melakukan sesuatu aktiviti bagi meningkatkan daya tahan otot bahagian bahu dan lengan dan sentiasa berdisiplin dalam kehidupan supaya kecergasan fizikal dapat dikekalkan.

Rujukan

Mohd.Khairi Zawi . 1987 . Asas Latihan Bebanan.Johor: Unit Sukan Universiti Teknologi Malaysia. Abraham,W.C.1991.Foundation of Physical Education,Exercise and Sports

Science.Philapedhia:Lea&Febiger. Open Univesity Malaysia.2012.Modul HBPE2203:Ujian ,Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani.Selangor.Meteor .Doc.Sdn.Bhd. Fall,H.B.1980.Exercise Physiology.Academic Press Inc.New York Mohd. Sofian Omar Faizee, Hasmadi Ghaza, badrul Hisham Ramli & Mohd Hanafiah Hamzah. 2008.Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Bola Sepak. Selangor Darul Ehsan :Karisma Publications Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/18244146/Kaedah-Latihan-Kecergasan-Fizikal#fullscreen:on http://akitom.blogspot.com/2008/04/latihan-beban.html http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html