Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBML4403 PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN (BONEKA) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA MURID

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

730714025280002 730714-02-5280 013-4134609 zuraida737@gmail.com

NAMA TUTOR

EN. MOHAMMAD NIZAM B. HAMID

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS.

HBML4403 730714025280

ISI KANDUNGAN Pengenalan 1.1 1.2 2.1 Definisi Media dan Boneka Matlamat Penggunaan Boneka Sebagai Media Pengajaran Faktor Pemilihan Boneka Sebagai Media Pengajaran 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 3.1 Objektif Pembelajaran Sifat Fizikal Media Ciri-Ciri Pelajar Kaedah Pengajaran Kesesuaian Harga dan Mutu

Muka Surat 1 2 4 6 6 6 7 8 9 9 10 10 11 12 13

Aplikasi Boneka Dalam Kemahiran Berbahasa 3.1.1 3.1.2 3.1.3 Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Rumusan Rujukan

HBML4403 730714025280

Pengenalan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran, penggunaan media amat penting bagi menjelaskan sesuatu konsep yang akan disampaikan oleh guru kepada para pelajarnya. Namun begitu, proses pengajaran dan pembelajaran kerap terhalang dan maklumat yang disampaikan oleh guru tidak mampu diterima dengan berkesan oleh pelajar. Sekiranya maklumat gagal diterima, pelajar tidak akan menunjukkan perkembangan tingkah laku. Kegagalan penyampaian maklumat daripada guru kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak mampu mentafsir diri dan kehidupan sekelilingnya dengan tepat, malahan pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri, apalagi untuk membantu pihak lain (Noriati A. Rashid et. al, 2012). Sehubungan itu, proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran yang memanfaatkan pelajar ke peringkat optimum. Bagi mencapai matlamat tersebut, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran berbahasa pelajar. Kemajuan yang dicapai dalam bidang sains dan teknologi telah mendorong kepada anjakan paradigma dalam bidang pendidikan negara kita. Bagi memenuhi matlamat pendidikan bertaraf dunia, guru perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam semua aspek sama ada kemahiran generik mahupun pedagogi agar dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna kepada para pelajar. Justeru, penggunaan media dalam pengajaran merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu sentiasa bersikap proaktif dan kreatif serta inovatif dalam mempelbagaikan penggunaan media di dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan kesesuaian, fungsi dan keberkesanan serta kerelevanannya sebagai media pengajaran. Hakikatnya, media dalam pengajaran perlu menjadi penghubung antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Kepelbagaian media yang melibatkan pelbagai pancaindera memberikan pengalaman baharu di samping mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna. 3

HBML4403 730714025280

1.1

Definisi Media Dan Boneka

Terdapat beberapa definisi mengenai media. Di antaranya, media ialah ... apa juga alat atau perkakas yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat di antara manusia. Dari segi pengertian ini maksud media itu adalah luas yang meliputi apa juga perkakas yang digunakan dalam menyampaikan maklumat. Sebatang kapur tulis dan sekeping papan untuk tempat menulis boleh dimengertikan sebagai salah satu daripada media. Sehelai daun dari jenis relia yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah juga merupakan media (Ab. Rahim Selamat, 1993). Menurut Noriati A. Rashid et. al (2012), media juga dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh penerima saluran komunikasi yang disebut sebagai media. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Menurut B.J Enright dalam Hasnah Awang (2010), menyatakan media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperoleh, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupun cara mekanik. Menurut Reiser dan Gagne dalam Wan Zah Wan Ali (2009), menyatakan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media. Berdasarkan definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan media ialah pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan dan saluran komunikasi massa yang berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada penerima dengan jelas. Oleh itu, boneka juga boleh dianggap sebagai media dalam pengajaran kerana dapat 4

HBML4403 730714025280

digunakan untuk menyalurkan pesanan kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Dengan memahami pelbagai definisi media ini akan membantu kita bukan sahaja mengenali apa itu media, tetapi juga membantu meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan media dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seiring dengan fungsi media membantu meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam pelbagai aspek. Manakala boneka boleh didefinisikan sebagai bahan atau objek dalam bentuk tertentu yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan (Husin Fateh Din, 2011). Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987), boneka ialah barang permainan yang diperbuat menyerupai patung orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Oleh hal yang demikian, boneka yang dikategorikan sebagai media pameran dapat dijadikan sebagai salah satu media pengajaran (Yusuf Hashim, 1997). Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), mendefinasikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Justeru, boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seseorang yang mahir. Boneka adalah objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan, orang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak dalam sesebuah cerita. Dari segi binaannya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit bergantung kepada kreativiti penciptanya. Penggunaan boneka sebagai media dalam pengajaran mempunyai matlamatnya yang tersendiri dalam mewujudkan pengajaran yang menarik dan berkesan. 5

HBML4403 730714025280

1.2

Matlamat Penggunaan Boneka Sebagai Media Pengajaran

Dalam proses pembelajaran bagi kanak-kanak, unsur permainan amat penting. Hal ini demikian kerana otak kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan dalam setiap proses bermain. Pertumbuhan otak pada anak yang jarang bermain 20-30% lebih kecil daripada otak normal anak seusia mereka. Pada usia 5-10 tahun otak kanak-kanak akan mengalami masa perkembangan paling berpotensi. Oleh itu alat permainan sangat diperlukan sebagai medium pembelajaran untuk membantu dan perkembangan kanak-kanak. Salah satu medium pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid di sekolah rendah ialah boneka. Boneka merupakan hasil gabungan konsep bermain dan belajar. Boneka boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak kerana mampu membantu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, kemahiran melakukan secara spontan dan meyelesaikan masalah dan mengenali diri. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh digunakan oleh guru seperti boneka tangan, boneka benda maujud, boneka wayang kulit dan sebagainya. Matlamat pemilihan boneka sebagai media pengajaran ialah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui atensi. Atensi merujuk kepada keupayaan guru untuk menarik perhatian pelajar. Dengan kata lain, penggunaan pelbagai media pengajaran seperti boneka, grafik, model, video dan sebagainya mampu mengekalkan minat dan tumpuan pelajar sepanjang tempoh pengajaran guru. Selain itu, penggunaan media dalam pengajaran juga bertujuan untuk meningkatkan keseronokan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, penggunaan media mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan bermakna kepada murid-murid. Ini kerana penggunaan media pengajaran seperti boneka dapat menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru terutama aktiviti yang menggalakkan komunikasi. 6

HBML4403 730714025280

Menyedari hakikat kesukaran pelajar untuk menanggap konsep-konsep abstrak khususnya murid-murid rendah keupayaan kognitif mereka, media berupaya untuk memperjelas sesuatu konsep daripada abstrak kepada konkrit. Hal ini sejajar dengan konsep perkembangan intelektual Piaget (1977) yang menyatakan bahawa, manusia berupaya mengingat dengan lebih baik melalui visual dan audio yang diterima. Melalui media dalam pembelajaran, guru secara tidak langsung akan mewujudkan interaksi dua hala dengan pelajar. Hal ini kerana, dalam proses merangsang minda pelajar, guru akan menggunakan rumus 5W1H untuk menggalakkan pelajar memberi respons terhadap media yang ditunjukkan seperti boneka ini. Oleh itu, interaksi dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung menggalakkan kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Fhayrus Abdullah, boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak. Tuntasnya, penggunaan boneka sebagai media dalam pengajaran dan

pembelajaran, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menarik, bermakna, memperjelaskan sesuatu konsep, dan meningkatkan pemahaman isi pelajaran. Di samping memupuk daya kreativiti dan imaginasi murid, boneka juga dapat memupuk semangat koperatif dalam kalangan pelajar, menggalakkan murid aktif, memupuk sikap afektif dalam diri murid dan juga merangsang penggunaan pelbagai deria pembelajaran. 7 dalam

HBML4403 730714025280

2.1

Faktor dan Rasional Pemilihan Boneka Sebagai Media Pengajaran

Boneka merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Boneka ini sesuai digunakan dalam semua aktiviti pengajaran sama ada kemahiran lisan, bacaan ataupun bertulis. Pemilihan media dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Model ASSURE terbahagi kepada beberapa faktor asas iaitu objektif pembelajaran, sifat fizikal media, ciri-ciri pelajar, kaedah pengajaran dan praktikal (Wan Zah et.al, 2009). 2.1.1 Objektif Pembelajaran

Pemilihan sesuatu media dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting agar sesuai dengan objektif pembelajaran yang dipilih. Pemilihan media seperti boneka ini amat bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang memerlukan murid berinteraksi dengan menggunakan sebutan, gaya dan intonasi yang sesuai. Bahan-bahan pembelajaran membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah bersifat kontekstual. Guru akan memilih bahan yang paling relevan dengan kehidupan harian murid-murid kerana ini akan memudahkan proses pemahaman oleh murid. Penggunaan boneka sebagai media pengajaran yang bersifat kontekstual ini adalah selaras dengan teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura yang terkenal dengan peniruan tingkah laku. Melalui boneka murid dapat meniru watak binatang yang terdapat di dalam sesebuah cerita yang didengar oleh mereka. 2.1.2 Sifat Fizikal Media.

Sifat fizikal media mengandungi enam elemen iaitu visual, perkataan bercetak, bunyi dan suara, pergerakan, warna dan bahan sebenar atau maujud. Elemen visual merupakan langkah awal iaitu mengenal pasti objektif pembelajaran untuk mengetahui sama ada 8

HBML4403 730714025280

objektif pembelajaran memerlukan penggunaan visual atau tidak. Penggunaan bunyi dan suara boleh menguatkan penyampaian mesej yang jelas kerana dapat membantu pelajar mengenal pasti bunyi seperti muzik, suara binatang dan sebagainya. Selain itu, elemen pergerakan amat penting jika pengajaran tersebut memerlukan pelajar meniru pergerakan seperti tarian. Pergerakan boleh dipercepat atau dilambatkan bergantung kepada keperluan pembelajaran pada masa itu. Jika murid perlu mengikuti pergerakan dalam aktiviti tersebut, maka pergerakan gambar atau peristiwa perlu dilambatkan supaya murid dapat memahami, meniru atau mengikuti dan menguasai aktiviti tersebut. Manakala elemen warna dapat menarik perhatian pelajar dan juga meningkatkan tahap pemahaman pelajar, lebih-lebih lagi jika pengajaran dan pembelajaran lebih berkisar tentang alam semula jadi. Oleh itu, penggunaan boneka sebagai media dapat memenuhi sifat fizikal pemilihan media. Penggunaan media akan membantu guru-guru menyampaikan kandungan pelajaran dengan cara yang lebih baik dan dapat menarik minat pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media pengajaran lebih berkesan dan mendatangkan hasil yang lebih baik kerana penggunaan media melibatkan pancaindera seperti mendengar, melihat, merasa dan menyentuh. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai bahan dan media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (Fatimah Ali, 1980). 2.1.3 Ciri-Ciri Pelajar

Pemilihan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ciriciri murid kerana keberkesanan penggunaan media bergantung kepada latar belakang murid itu sendiri. Berdasarkan Model Assure, analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam pengguna media pengajaran secara sistematik. Terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini iaitu ciri-ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.

HBML4403 730714025280

Aspek utama yang perlu diambil kira ialah ciri-ciri umum. Guru perlu mengetahui aspek umur, jantina dan latar belakang sosial pelajar supaya mereka dapat mengetahui tahap pelajaran, konteks pelajaran dan penggunaan contoh yang dapat memberikan kesan yang baik. Bagi murid sekolah rendah penggunaan boneka sebagai media pengajaran dapat menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian dan meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti pengajaran guru. Azizah (1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Mereka belajar dengan membuat learning by doing, aktiviti yang mereka sendiri lakukan sangat penting. Mereka suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah bermain sambil belajar. Levy (1984), yang telah membuat kajian semula terhadap kajiankajian lepas yang melibatkan hubungan main dengan perkembangan bahasa telah membuat kesimpulan seperti berikut. i. ii. iii. iv. v. Main memberangsangkan inovasi dalam bahasa. Main memperkenalkan dan menerangkan perkataan dalam konsep yang baru. Main menghubungkaitkan penggunaan dan praktis bahasa. Main memperkembangkan kesedaran metalinguistik. Main menggalakkan pemikiran secara lisan.

Kajian beliau mendapati main dapat memperkembangkan bahasa kanak-kanak. Penggunaan boneka merupakan salah satu cara kanak-kanak bermain. Kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan perbendaharaan kata dengan bermain boneka.

10

HBML4403 730714025280

2.1.4

Kaedah Pengajaran Lebih Terancang

Selain itu, penggunaan boneka sebagai media pengajaran dapat membantu dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan sistematik. Guru menyalurkan maklumat kepada murid mengikut langkah demi langkah yang telah dirancang rapi dengan bantuan penggunaan media. Penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu guru untuk menarik minat murid agar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru memerlukan media sebagai pembantu bagi menyalurkan maklumat. Contohnya, guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka dalam set induksi, perkembangan isi pelajaran dan juga pada aktiviti pengukuhan. Aktiviti yang dirancang dan dipilih mengikut urutan berdasarkan kesesuaian media yang digunakan menjadikan pengajaran lebih tersusun dan sistematik, seterusnya mencapai objektif yang diharapkan pada akhir pengajaran. 2.1.5 Faktor Praktikal

Faktor praktikal ini meliputi kesesuaian media dengan kehendak isi dan objektif pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kepada murid-murid pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, penggunaan media yang digunakan itu juga dapat membantu memudahkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru, memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya, menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan, mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan selamat digunakan oleh murid ketika melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. 2.1.6 Harga dan Mutu

Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu 11

HBML4403 730714025280

membebankan. Justeru, penggunaan media seperti grafik, gambar, model, realia, boneka dan sebagainya ini boleh digunakan oleh guru kerana harganya lebih rendah berbanding dengan penggunaan media elektronik. Penggunaan media seperti boneka ini hanya memerlukan guru yang kreatif dan rajin kerana guru boleh menggunakan pelbagai bahan terbuang untuk menciptanya dan kos penciptaannya lebih rendah dan mudah dibina. Selain itu, mutu atau kualiti sesuatu media juga memainkan peranan penting dalam menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media dalam pengajaran juga mestilah yang bermutu agar dapat memenuhi kehendak isi pelajaran. Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas. Justeru, faktor kualiti perlu diambil berat oleh guru dalam penggunaan media dalam pengajaran agar dapat berfungsi dengan efisyen. 3.1 Aplikasi Boneka Dalam Kemahiran Berbahasa

Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya memilih boneka sebagai media utama dalam melaksanakan aktiviti kemahiran berbahasa. Dalam pengajaran ini penggabungjalinan kemahiran lisan, bacaan dan tulisan amat penting agar murid dapat menguasai pelbagai kemahiran. Justeru, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, penggunaan media boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, bahkan boleh berbentuk haiwan atau objek lain sesuai dengan situasi dan jalan cerita. Namun begitu, penggunaan boneka tangan berbentuk haiwan sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 dengan menggunakan teknik bercerita dan dan main peranan dalam kisah teladan yang bertajuk Sang Kura-Kura dan Sang Arnab. 3.1.1 Kemahiran Lisan Sang Kura-Kura dan Sang Arnab, pemilihan boneka amat sesuai untuk

Berdasarkan teknik bercerita yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan cerita yang bertajuk menarik perhatian murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru akan menggunakan boneka pada peringkat set induksi, perkembangan pelajaran dan 12

HBML4403 730714025280

juga semasa aktiviti pengukuhan. Untuk merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan rakan dan guru, penggunaan boneka ini dipamerkan kepada mereka pada permulaan pengajaran atau set induksi. Boneka berbentuk arnab dan kurakura yang digunakan selalunya mempunyai warna yang menarik dan terang dapat menarik minat murid untuk memberikan perhatian dan motivasi kepada mereka. Melalui aktiviti lisan, penggunaan boneka dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kemahiran berkomunikasi. Ini kerana semasa boneka dimainkan, guru dan murid akan menggunakan dialog yang telah dihasilkan bersesuaian dengan watak dalam cerita tersebut. Dalam keadaan ini, suara latar atau muzik diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka itu. Boneka boleh dimainkan oleh seorang atau beberapa orang mengikut kesesuaian watak, situasi dan jalan cerita. Semasa berdialog ini, murid akan menggunakan suara dan intonasi yang sesuai dengan watak yang dibawa. Ini secara tidak langsung dapat melatih murid berkomunikasi dengan lebih baik dan betul. Selepas set induksi, langkah pengajaran seterusnya ialah guru melaksanakan aktiviti main peranan mengikut kumpulan masing-masing. Guru sendiri boleh memainkan boneka tersebut atau guru meminta murid-murid untuk memainkannya secara berpasangan dengan berpandukan dialog yang direka oleh guru ataupun oleh murid mengikut kreativiti mereka. Aktiviti main peranan ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan masing-masing. Situasi pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan muridmurid akan terangsang dengan penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dan memupuk sikap kolaboratif dalam kalangan murid. 3.1.2 Kemahiran Membaca

Dalam kemahiran membaca pula, penggunaan boneka boleh diaplikasikan oleh murid semasa membaca dialog yang diberikan oleh guru. Dua orang murid yang memegang watak Sang Kura-Kura dan Sang Kancil akan melafazkan dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai berdasarkan dialog yang telah dihasilkan oleh 13

HBML4403 730714025280

guru. Aktiviti membaca dialog ini dibuat secara berpasangan dengan bimbingan oleh guru. Ini bagi memastikan murid dapat membaca dialog yang diberikan itu dengan gaya pergerakan yang sesuai dan intonasi yang betul. Latih tubi membaca dialog dengan gaya yang sesuai dan intonasi yang betul dilaksanakan secara berpasangan. Selepas aktiviti membaca dialog ini, guru menggunakan teknik 5W1H untuk menguji tahap pemahaman murid terhadap teks yang dibaca oleh murid yang meliputi maksud perkataan, frasa dan ayat. Aktiviti soal jawab secara lisan dilakukan oleh guru untuk menggalakkan komunikasi dalam kalangan murid di samping merangsang daya pemikiran mereka ke arah berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran bernilai tambah. 3.1.3 Kemahiran Menulis

Dalam memastikan kemahiran berbahasa murid dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid aktiviti bertulis dilakukan pada sesi sebelum penutup pembelajaran. Aktiviti menulis dengan meminta murid menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan dialog cerita yang telah dibaca. Selain itu juga, bagi aktiviti pengukuhan murid diminta membina dialog menggunakan perkataan yang diberikan oleh guru dan melukiskan watak boneka mengikut kreativiti masaing-masing. Semasa penutup guru akan merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni dengan menggunakan boneka. Rumusan Penggunaan boneka sebagai media pengajaran dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan dan membantu meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih terancang, dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga memperkayakan pengalaman murid. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila watak yang dihasilkan itu bersesuaian dengan jalan cerita yang ingin dipersembahkan. 14

HBML4403 730714025280

Sehubungan itu, peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dan penggunaan media yang berkesan bergantung kepada jenis media dan kualiti media yang digunakan. Dalam hal ini, guru-guru perlu merancang dan memilih jenis media yang bersesuaian dengan tajuk pembelajaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Tuntasnya, media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan mesej dengan berkesan kepada penerima. Heinich (1993), menyatakan bahawa manusia belajar 10% melalui penglihatan, memahami dan mengingati sebanyak 20% daripada deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Oleh itu, penggunaan boneka sebagai media dalam pengajaran dapat dapat memenuhi kehendak pelbagai deria. Namun begitu, kita tidak boleh membataskan media dalam pengajaran hanya melibatkan peralatan semata-mata, sebaliknya media dalam pengajaran turut melibatkan pemilihan teknik sehingga para pelajar melalui pelbagai pengalaman bermakna semasa menempuh proses pembelajaran. Pelbagai faktor mempengaruhi pemilihan media untuk disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan keupayaan kognitif agar penggunaannya menjadi berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Sebagai rumusannya, penggunaan boneka sebagai salah satu media dalam pengajaran mempunyai pelbagai matlamat dan fungsinya yang tersendiri. Kecekapan guru dalam memilih, merancang, mengolah dan membina sesuatu media itu sangat penting agar memenuhi segala prinsip penggunaan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media pengajaran menjadi keperluan yang amat penting dalam kehidupan dunia tanpa sempadan khususnya kepada guru kerana keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar dipengaruhi oleh ransangan daripada media yang 15

HBML4403 730714025280

digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan kesan yang maksimum, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggabungkan semua pancaindera pelajar semasa proses penyampaian maklumat. Kesimpulannya, media pengajaran merupakan medium yang dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan jelas dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid.

16

HBML4403 730714025280

RUJUKAN Ab. Rahim Selamat. (1993). Teknologi sistem pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizah Lebai Nordin. (1995). Pengajaran pembelajaran prasekolah, masalah pendidikan, Jilid 19. Fakulti Pendidikan: Universiti Malaya. Dr Ali Mahmood et. al. (2009). HDML1103/HBML1103 Pengenalan pendidikan bahasa Melayu. Selangor: Open University Malasyia. Fatimah Ali. (1980). Keberkesanan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin. (2010). Literasi bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Husin Fateh Din. (2011). Literasi bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1993). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (1988). Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. ... (1987). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid et. al. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali et. al. (2009). HBEF3103 Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Mohd Fhayrus Bin Abdullah. Penggunaan Boneka Bagi Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Di Prasekolah. IPG Kampus Bahasa Melayu. Sekolah Kebangsaan LKTP,Tembangau 3, Kemayan, Pahang Darul Makmur. Boneka (http://www.slideshare.net/rafizaabdulrazak/86494264- 30 Oktober 2012). 17

HBML4403 730714025280

Christopher Anak Barat. Tahap keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu (khb) di sekolah menengah. Falkulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. ( images.christopherbarat.multiply.multiplycontent.c... Tarikh: 30 Oktober 2012). Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran (http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/mengapa-guru-perlu-menggunakanmedia.html Tarikh 26 Oktober 2012). KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah (http://www.slideshare.net/Lichingching/13-unit-9 Tarikh 30 Oktober 2012)

18

Anda mungkin juga menyukai