Anda di halaman 1dari 47

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan teguran dan cadangan membina kepada kami demi kebaikan tugasan kerja kursus pada kali ini. Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Rakiyah bt Ali, selaku pensyarah Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang telah memberikan

sokongan padu terhadap tugasan pada kali ini. Terima kasih atas ulasan dan perbincangan mengenai beberapa aspek dalam tugasan ini. Terima kasih daun keladi disampaikan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana sudi memberi beberapa pandangan dan tidak lokek untuk berkongsi idea bagi memantapkan lagi tugasan pada kali ini. Kerjasama antara rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai. Jutaan terima kasih juga ditujukan khas buat ibu bapa kami yang tercinta kerana tidak putus-putus memberi sokongan dan nasihat samada dari segi mental mahupun fizikal. Semoga tugasan pada kali ini berjaya mencapai hasrat dan objektif yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

BIODATA PELAJAR

NAMA : NAJIDDATUN BINTI RAMLI ALAMAT : KG. BINJUL DALAM, 09310 KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN NO. IC : 900316025188 NO. MATRIK : 123434 MAKANAN KEGEMARAN : SAYUR-SAYURAN MINUMAN KEGEMARAN : AIR BUAH HOBI : MENONTON CERITA KOREA WARNA KEGEMARAN : UNGGU (PURPLE) CITA-CITA : MENJADI SEORANG GURU YANG CEMERLANG DALAM DUNIA PENDIDIKAN

BIODATA PELAJAR

NAMA : NOR MASHITAH BT KAMARULAZAHAR NO.K/P : 900430065466 NO.MATRIK : 123433 UNIT : PISMP PENDIDIDKAN SENI VISUAL AMBILAN : JANUARI 2010 ASAL : RAUB, PAHANG
HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ......................................................................

Nama Penulis : NOR MASHITAH BT KAMARULAZAHAR

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ......................................................................

Nama Penulis : NAJIDDATUN BT RAMLI

PENGENALAN

PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu kaedah atau pendekatan yang diguna pakai untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Namun begitu, bimbingan dalam pendidikan perlu diberi perhatian oleh semua pihak di sesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir, guru kaunseling dan

guru biasa supaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan efektif dan berkesan.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan, bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan keadaan alam sosial di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahan, potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai guru kaunselor dan murid pula diistilahkan sebagai klien atau orang yang menghadapi masalah.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid mereka. Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid.

Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek melalui aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan semasa berlangsungya proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh hal yang sedemikian, bagi mengatasi murid-murid bermasalah, penyelidik telah memainkan beberapa peranan sebagai guru pembimbing dalam tugasan ini. Antaranya, memberi motivasi dalam peningkatan kendiri pelajar. Sebagi contoh, bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan, malu, rendah diri dan sebagainya, guru hendaklah memberi motivasi terhadap murid-murid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

Hal ini merujuk kepada kes Noor Farah Hani bt Zain yang mempunyai masalah sosioemosi berkaitan dengan rasa rendah diri yang dihadapai akibat kecacatan fizikal. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan sampingan terhadap klien semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Klien juga kelihatan tidak bergaul dengan murid-murid yang lain dan lebih suka bersendirian. Sehubungan dengan itu, penyelidik membantu klien dengan memberi suntikan motivasi dan serta memberi kata-kata semangat yang sewajarnya supaya klien lebih berkeyakinan.

Di samping itu juga, guru biasa turut berperanan dalam menolong murid membuat penyesuaian diri dengan persekitaran. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir murid yang mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru biasa boleh membantu klien dengan memberi peluang kepada klien yang bermasalah untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan supaya klien berasa tidak dipinggirkan. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada klien untuk percaya terhadap kebolehan dan keupayaan diri sendiri.

Selain daripada itu juga, guru biasa juga berperanan dalam membantu murid membuat keputusan yang rasional. Misalnya, murid berhadapan dengan masalah tingkah laku yang menyebabkan dirinya malas untuk datang ke sekolah. Justeru, guru hendaklah membantu murid tersebut membuat keputusan yang rasional dengan menjelaskan bahawa kebaikan datang ke sekolah dapat memberi jaminan hidup pada masa akan datang serta
9

menerangkan akibat yang bakal berlaku sekiranya malas untuk belajar dan datang ke sekolah. Sehubungan dengan itu, merujuk kepada kes Mohd Zairie bin Abdul Wahab yang merupakan salah seorang klien yang bermasalah dengan kehadirannya ke sekolah. Penyelidik membantu klien membuat keputusan yang rasional di samping menyatakan sebab dan akibat jika tidak hadir ke sekolah serta menyatakan kelebihan sekiranya hadir ke sekolah.

Guru biasa juga turut berperanan dalam menyedarkan murid dari peringkat awal tentang kepentingan pelajaran. Hal ini bermaksud, guru harus memberi kesedaran terhadap murid dengan memberi galakkan dan motivasi. Hal ini demikian kerana, pelajaran merupakan ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat terhadap murid. Oleh itu, guru perlu

merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pelajaran dan pengurusan

kemudahan.

Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid mencapai objektif pelajaran mereka.

Pemilhan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik, lebih bermakna dan lebih berkesan.

10

Lantaran itu, guru biasa juga berperanan dalam kerja merancang pengajaran yang meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi dan meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

Umum mengetahui bahawa, guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka, guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.

Di samping itu juga, penyelidik mendapati bahawa, guru biasa turut berperanan dalam menolong murid dalam pelajaran. Sebagai contoh, sekiranya murid yang bermasalah kurang memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru hendaklah menumpukan perhatian kepada murid yang bermasalah ini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya supaya murid tidak hanyut dan leka dalam pelajarannya. Oleh hal yang sedemikian, merujuk kepada kes Wan Rabiatul Adawiyah bt Wan Azmi sebagai klien yang mempunyai masalah, penyelidik mendapati bahawa klien mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, klien mempunyai masalah keluarga.

Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba membantu klien dengan memberi bimbingan dan dorongan yang sepatutnya supaya klien tidak ketinggalan dalam pelajaran. Selain daripada itu juga, semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran guru harus memberikan tumpuan dan perhatian yang sewajarnya terhadap murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Oleh hal yang sedemikian, guru harus cakna dan peka dengan persekitaran yang dialami oleh murid-murid.

11

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ialah berusaha untuk memberi motivasi dalam peningkatan kendiri murid, menolong murid dalam pelajaran, menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Bahkan bukan itu sahaja, guru biasa juga boleh menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya, guru biasa juga boleh menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, dengan menghargai diri sendiri di samping berusaha untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.

12

TEORI-TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORIS GAMBARAN KESELURUHAN


Pelopor utama , BF Skinner, Arnold Lazarus dan Albert Bandura. Pendekatan ini mengunakan prinsip-prinsip pembelajaran dalam penyelesaian kecelaruan tingkah laku.

Hasil-hasil tetapi sentiasa dieksperimentasi. Teknik terapi sentiasa diubah suai.

13

FALSAFAH ASAS

Percaya bahawa tingkah laku manusia adalah pembelajaran. Manusia adalah produk dan pengeluar produk (product and producer) persekitaran.

KONSEP-KONSEP UTAMA

Memfokuskan pada tingkah laku zahir (yang jelas di depan mata), ketepatan dalam pengspesikasian matlamat rawatan, pembinaan pelan rawatan dan penilaian objektif hasil terapi. (Sebab itu dia percaya tingkah laku boleh diubah) Contoh seperti ponteng, guru cuba kurangkan hari pontengnya dahulu.

Tingkah laku kini diberi perhatian. Terapi berdasarkan prinsip-prinsip teori pembelajaran. Tingkah laku normal dipelajari daripada inforcement (peneguhan) dan immitttion (Peniruan).

Tingkah laku tak normal berpunca daripada pembelajaran yang salah (faulty).

HUBUNGAN TERAPUTIK

Ahli terapi aktif dan direktif. Dia berfungsi sebagai guru atau jurulatih yang membantu klien mempelajari tingkahlaku efektif.

Klien perlu aktif dalam proses pembelajaran dan mencuba tingkahlakutingkahlaku baru. Kualiti hubungan klien ahli terapi tidak cukup untuk membuat klien berubah tetapi ia adalah penting dalam implementasi prosedur-prosedur tingkahlaku.

TEKNIK-TEKNIK
14

Systematic

desentralisation,

kaedah-kaedah

relaxation,

flooding,

eye

movement, desentization (EMDR), teknik-teknik reinforement, modelling, cobnition, restructuring, latihan assertion, latihan kemahiran sosial, programprogram self management dan behavioral reheasl.

Diagnosis dan penilaian dibuat sebelum proses teraputik untuk mengenalpasti pelan rawatan.

Soalan-soalan memfokus pada Apa? Bagaimana? Bila? bukannya Mengapa?.

MATLAMAT TERAPI

Untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak sesuai dan belajar tingkah laku yang lebih efektif.

Untuk memfokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan mencari cara-cara menangani tingkahlaku bermasalah.

APLIKASI

Bantu kanak-kanak yang fobia (spt fobia ke sekolah) Kemurungan Kecelaruan seksual Kecelaruan tingkahlaku kanak-kanak Masalah gagap Pencegahan penyakit kardiovaskular

KEKURANGAN

Mungkin mengubah tingkah laku tetapi tidak perasaan Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi Tidak memberi insight Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi tingkahlaku semasa.

15

TEORI KAUNSELING PEMUSATAN PERORANGAN SIFAT MANUSIA 1) Manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan kendiri. 2) Berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya.

16

3) Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan saling percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. 4) Dapat mengasingkan hasil pengalaman yang positif dan negatif. 5) Boleh menerima / menolak dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya. 6) Desakan dalaman bergerak ke arah kesejahteraan kendiri. TIGA SUASANA YANG PERLU ADA PADA KAUNSELOR

Keredhaan , kejujuran, keihlasan, dan kebenaran Penerimaan tanpa syarat Kefahaman yang mendalam / empati

TIGA UNSUR PENTING DALAM TEORI PCC.


Organisma seorang individu secara holisik (keseluruhan) Bidang Fenomenologi keseluruhan pengalaman Kendiri Satu unsur yang terdapat di dalam fenomenologi yang disebut saya atau aku

MATLAMAT KOUNSELING PCC


Kesediaan meneria klien dan mengalami realiti yang sebenar. Yakin akan diri sendiri. Kaunseli akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.

CIRI-CIRI KAUNSELING PC

Penglibatan klien yang aktif dalam meneroka masalah.


17

Kemampuan untuk berkembang (emosi, intelek). Perkembangan kefahaman. berlaku dalam suasana mesra, permisif dan penuh

PERANAN KAUNSELOR YANG MENGAPLIKASI PCC


Fasilitator Mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan. Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri defensive bagi setiap tingkahlakunya.

Memperlihatkan kepada klien bahawa ia dianggap sama taraf dengan dirinya.

TEKNIK & TATACARA KAUNSELING

Perhubungan yangbersifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat.

Berkeupayaan berempati secara tepat. Mendorong Individu bergerak ke arah memperkembangkan diri menuju nirwana kendiri.

TIGA ELEMEN :
i. ii. iii.

Keredhaan Kongruen Empathi

TEORI TERAPI RASIONAL EMOTIF PELOPOR ALBERT ELIS

REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda yang tak patut).

18

FALSAFAH ASAS

Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. Kalau dapat posting kat Sarawak habislah kat sana nanti nampak tengkorak di rumah orang orang Sarawak). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.

Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan. Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.

REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif.

KONSEP UTAMA

Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanakkanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruhpengaruh semasa.

Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Klien menerokai tanggapan yang salah menjadi regid dalam diri.

MATLAMAT UTAMA TERAPI

Untuk mencabar klien untuk melihat pemikiran salah dengan bukti-bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri.

Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid Untuk sedar pemikiran automatik dan pemikirannya.

HUBUNGAN TERAPUTIK
19

Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar. Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC.

TEKNIK-TEKNIK

Ahli Terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah suai supaya sesuai dengan keperluan khusus individu.

Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiranpemikiran tak rasional, membuat kerjarumah, mengumpulkan data dan sebagainya.

APLIKASI

Rawatan Kemurungan Gelisah Masalah rumah tangga Pengurusan tekanan Latihan kemahiran Penyalahgunaan dadah Kecelaruan pemakanan Serangan panik Performance anxiety Fobia sosial

APLIKASI TEORI
20

KAUNSELING

PROFIL KLIEN
Kajian Kes : Murid Tahun 4 Jantina : Perempuan Nama : Wan Rabiatul Adawiyah Binti Wan Azmi Umur : 10 Tahun Alamat : Kampung Pancur Sejuk Kes : Masalah Keluarga

21

Latar Belakang : Anak sulung dalam keluarga yang mempunyai 3 orang adik beradik. Ayah dan ibunya telah bercerai. Ibunya tinggal jauh daripada tempat tinggal klien bersama adiknya yang bongsu. Manakala klien dan adik yang kedua dijaga oleh ayah mereka. Selain itu, klien turut mengalami masalah kurang kasih sayang seorang ibu kerana ibunya hanya datang melawat setahun sekali sahaja. Masalah : Masalah yang dihadapi oleh klien ini adalah masalah tidak dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Setelah diselidik, klien ini mengalami masalah keluarga iaitu masalah penceraian kedua ibu bapa klien. Hal ini adalah kerana klien kurang mendapat kasih sayang seorang ibu kerana klien dibawah jagaan bapanya. Manakala, ibu klien pula sibuk bekerja dan tinggal jauh di Kemaman. Selain itu, ibu klien juga jarang datang untuk menziarahi anak beliau. Apabila ditanya, ibunya hanya datang melawat setahun sekali dan hanya datang pada Hari Raya Aidil Fitri. Keadaan sedemikian menyebabkan klien tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran akibat daripada kisah kehidupan dan latar belakang klien yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Tambahan pula, klien sering mengingati ibunya sehingga menyebabkan klien kurang bercakap dan sentiasa kelihatan sedih di dalam kelas. Teori : Teori yang boleh diaplikasikan pada kes ini adalah Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan. Teori ini membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Menurut teori ini, sifat negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Teori ini lebih menumpukan pada pengalaman kini, perasaan-perasaan dan interaksi sebagainya yang terjadi kepada klien. Masalah yang dihadapi oleh klien adalah berkaitan dengan konflik yang wujud antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman hidup. Teori ini diaplikasikan dengan menggalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien diterima dan dijelaskan. Hal ini membolehkan klien meluahkan segala perasaan sedih, marah, tidak puas hati dan perasaan rindu perhadap ibunya dapat diluahkan melalui penceritaan. Setelah itu, kaunselor perlu memberi semangat dan dorongan kepada klien agar lebih tabah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh klien.

22

PROFIL KLIEN
Kajian Kes : Murid Tahun 4 Jantina : Lelaki Nama : Mohd Zairie Bin Abd Wahab Umur : 10 Tahun Alamat : Kampung Pandu, Batu Rakit Bil Adik-Beradik : 5 Orang Pekerjaan Bapa : Tidak Bekerja Pekerjaan Ibu : Cuci Pinggan Di Kantin Sekolah Tok Jiring Kes : Ponteng Sekolah

23

Latar belakang : Anak bongsu daripada lima adik beradik. Bapanya tidak bekerja dan sudah uzur manakala ibunya bekerja di kantin sekolah. Klien mengalami masalah kurang perhatian daripada keluarga kerana bapa yang sudah uzur dan ibu yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk mencakna pembelajaran anaknya. Klien juga ponteng sekolah selama 82 hari dalam setahun. MASALAH : Klien berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti sering ponteng sekolah dan kurang memberikan tumpuan semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Hal ini adalah disebabkan kurang kecaknaan ayah dan ibu terhadap klien. Tambahan pula, keadaan ayah klien yang sudah tua dan uzur menyebabkan beliau kurang memberi perhatian kepada klien, manakala ibunya pula sibuk bekerja untuk mencari nafkah bagi sesuap nasi untuk menyara kehidupan seluruh ahli keluarga klien. Oleh itu, ibunya tidak mempunyai masa untuk mengambil tahu hal klien sama ada hadir ke sekolah ataupun tidak. Hal ini menyebabkan klien membuat keputusan sendiri supaya tidak hadir ke sekolah kerana tiada dorongan daripada keluarga.

TEORI : Sehubungan dengan itu, Teori Behavioris dipilih bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Teori ini diaplikasikan dengan memberi perbandingan mengenai kelebihan hadir ke sekolah dan kekurangan apabila ponteng sekolah. Klien didedahkan dengan kelebihan hadir ke sekolah seperti memperoleh ilmu dan menjadi seorang insan yang berguna pada masa akan datang bagi membantu keluarga klien keluar dari kepompong kemiskinan. Di samping itu, pelaziman operan turut digunakan iaitu tingkah laku yang diingini diberi penegasan secara serta merta. Misalnya, apabila klien mula menghadiri sekolah secara berterusan, pihak sekolah ataupun guru perlulah membuat peneguhan seperti memberi pujian diatas kehadiran klien sepanjang minggu tersebut. Oleh itu, klien akan merasa dirinya sentiasa diperhatikan dan diambil berat oleh pihak sekolah.

24

PROFIL KLIEN
Kajian Kes : Murid Tahun 6 Jantina : Perempuan Nama : Noor Farah Hani Binti Zain Umur : 12 Tahun Alamat : Kampung Darat Batu Rakit Bilangan Adik Beradik : 5 Orang Kes : Kurang Keyakinan Diri Disebabkan Kecacatan Fizikal.

25

Latar belakang : Anak keempat daripada lima orang adik beradik. Klien menghadapi masalah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan rakan-rakan disebabkan kecacatan fizikal dan klien turut mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. MASALAH : Keadaan fizikal menyebabkan klien kurang keyakinan diri di dalam kelas serta mengalami masalah untuk belajar dan berkawan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan klien merasa rendah diri sekiranya berlangsungnya aktiviti pembelajaran secara berkumpulan, hal ini sedikit sebanyak menjejaskan tahap pencapaian klien dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, klien turut mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M. TEORI : Terapi Rasional Emotif merupakan teori yang diplih untuk diaplikasikan kepada klien bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Terapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya memperbetulkan fikiran yang tidak rasional. Oleh itu, klien perlu sentiasa berfikiran positif dan bersikap rasional kerana tidak semua yang dikehendaki akan diperolehi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh klien sendiri iaitu klien merasakan dirinya kurang dari pelbagai segi terutamanya daripada segi keadaan fizikal yang menyebabkan klien kurang keyakinan untuk berhadapan dengan rakan sekelas. Selain itu, klien juga mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan disebabkan perasaan rendah diri yang keterlaluan sehingga menyebabkan klien kurang digemari oleh rakan-rakannya. Sehubungan dengan itu, kaunselor mengeshorkan supaya klien mula berfikiran rasional untuk menghadapi masalah tersebut secara berperingkatperingkat. Misalnya klien harus belajar untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan seperti mula untuk berkawan dengan rakan di meja sebelah untuk meningkatkan keyakinan diri klien. Sehubungan dengan itu, klien akan mula membuat perubahan dari masa ke semasa kerana teori ini menekankan kepada tindakan klien daripada mengharapkan bantuan orang lain untuk membantu klien. Oleh itu, kaunselor perlu sentiasa memberi bimbingan supaya klien lebih bijak untuk menyesuaikan diri dan melupakan kecacatan fizikal yang dialaminya kerana masih ramai orang yang mempunyai kecacatan fizikal boleh berjaya dan mempunyai ramai kawan. Secara keseluruhannya, klien perlu mengubah diri klien daripada bersikap tidak rasional kepada bersikap lebih rasional untuk memajukan dirinya sendiri.

26

Berikut adalah jadual ringkas mengenai masalah dan teori yang diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah klien.

BIL.

NAMA KLIEN

MASALAH

TEORI YANG DIAPLIKASI

Wan Rabiatul Adawiyah Binti Wan Azmi

Kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Mempunyai masalah keluarga disebabkan penceraian kedua ibu bapanya. Seorang murid yang bijak tetapi pencapaian pembelajaran semakin

Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan. Teori ini diaplikasikan dengan menggalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka. Hal ini membolehkan klien meluahkan segala perasaan sedih, marah,
27

merosot apabila klien berumur 10 tahun iaitu tahun 4 di sekolah.

tidak puas hati dan perasaan rindu terhadap ibunya.

Mohd Zairie Bin Abd Wahab

Menghadapi masalah sering ponteng sekolah, masalah kewangan dan sikap kendiri klien yang tidak mahu ke sekolah serta kurang perhatian daripada keluarga.

Teori Behavioris. Pelaziman operan turut digunakan iaitu tingkah laku yang diingini diberi penegasan secara serta merta. Misalnya, apabila klien mula menghadiri sekolah secara berterusan, pihak sekolah ataupun guru perlulah memberi peneguhan seperti pujian diatas kehadiran klien.

Noor Farah Hani Binti Zain

Masalah yang dihadapi oleh klien ini adalah masalah kurang keyakinan diri dan sering memikirkan mengenai kelemahan yang terdapat pada diri klien. Masalah kecacatan fizikal.

Terapi Rasional Emotif. Terapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya memperbetulkan fikiran yang tidak rasional. Kaunselor mengeshorkan supaya klien mula berfikiran rasional untuk menghadapi masalah tersebut secara berperingkat-peringkat.

28

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


29

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran asas dalam kaunseling adalah penting bagi guru-guru pembimbing dan kaunselor untuk membantu pelajar berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah tersebut. Manakala, kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Prof Datin Dr Aizan (2002), menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.
30

Kemahiran membina hubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara duduk dalam sesi kaunseling. Selain itu, kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya, apabila klien dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling, maka kaunselor haruslah menyambut kedatangan klien dengan mesra dan penuh kasih sayang, menjemput klien duduk dan menenangkan klien supaya klien tidak takut untuk menghadiri sesi tersebut. Hal ini membolehkan perasaan terapeutik wujud di antara klien dan kaunselor. Oleh itu, klien akan meletakkan sepenuh kepercayaannya terhadap kaunselor tanpa wujudnya perasaan yang membuatkan klien merasa dirinya terancam. Seterusnya, kemahiran asas yang penting adalah kemahiran menyoal. Setiap kaunselor perlu memiliki kemahiran menyoal bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya kemahiran menyoal yang betul maka kaunselor boleh mendalami dan mengkaji masalah serta memikirkan cara untuk membantu klien untuk menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, kemahiran menyoal amat mempengaruhi jawapan serta tindakan klien untuk menceritakan masalah mereka kepada kaunselor.

31

Tambahan pula, soalan yang boleh dikemukakan terdiri daripada dua jenis iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Selain itu, soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal sesi rundingan tersebut. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan ataupun soalan tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien untuk menjawab soalan tersebut dengan rela.

Seterusnya, adalah kemahiran berempati. Kemahiran berempati merupakan satu kemahiran dimana kaunselor cuba untuk memahami serta merasai apa yang dirasai oleh klien. Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi juga merasai perasaan yang dialaminya. Di samping itu, kemahiran ini penting bagi kaunselor untuk menyelami masalah klien dengan lebih mendalam serta memberi peluang kepada klien untuk bercerita kepada kaunselor tanpa wujudnya perasaan ragu-ragu dan saling mempercayai di antara satu sama lain. Hal ini penting untuk membantu kaunselor memahami kesulitan klien dengan lebih lanjut serta jelas. Apabila senario keseluruhan dicapai, barulah kaunselor berada dalam keadaan yang baik untuk membantu klien menyelesaikan masalahnya. Selain itu, kemahiran dorongan minima turut digunakan bagi membimbimg klien yang mengalami masalah. Oleh yang demikian, dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima ialah menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!. Oleh itu, klien
32

akan merasakan kaunselor sentiasa memberi perhatian serta mendengar dengan teliti semasa klien menceritakan masalah yang dihadapi kepada kaunselor. Dengan adanya respon daripada kaunselor, klien tidak akan teragak-agak untuk meneruskan sesi dan menceritakan masalah yang dihadapi. Walaupun terdapat sesetengah klien yang tidak suka meluahkan masalah tetapi dengan adanya dorongan serta respon daripada kaunselor maka klien akan merasakan diri mereka dihargai dan disayangi. Di samping itu, dalam sesi kaunseling ada kalanya berlaku kesenyapan. Penghentian sementara ini mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat dengan lebih lanjut. Mungkin klien sedang mengadakan penerokaan diri, iaitu klien akan mendapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan juga klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien mula bercakap selepas kesenyapan itu. Dengan adanya kemahiran kesenyapan maka, klien diberi masa untuk berfikir sebelum menceritakan masalah yang dialami oleh klien tersebut. Selain itu, kemahiran ini membolehkan klien merasakan kaunselor tidak tergesa-gesa untuk mengetahui masalah klien dan memberikan peluang kepada klien untuk menenangkan diri sebelum menyambung sesi untuk menjawab pertanyaan kaunselor. Seterusnya, seseorang kaunselor boleh menggunakan tindak balas yang sesuai untuk mengakhiri kesenyapan. Misalnya, mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang difikirkan tadi . Secara tuntasnya, kaunselor yang memiliki berbagai-bagai kemahiran kaunseling individu lebih berupaya membantu murid-murid dari segi sosioemosi mahupun akademik. Layanan individu akan mendorong murid yang bersifat pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselornya. Lantaran itu, suatu suasana yang lebih kondusif serta menjamin keberkesanan sesi kaunseling akan dapat diwujudkan.

33

Berikut adalah jadual ringkas mengenai contoh dialog beserta kemahiran asas yang diaplikasikan semasa sesi kaunseling diadakan.

BIL

KLIEN / MASALAH

CONTOH DIALOG

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Klien 1 Masalah : Tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan masalah keluarga.

Kaunselor : Jemput masuk. (sambil bersalaman dengan klien). Adakah kamu sudah makan? Klien : Sudah cikgu. Saya makan masa rehat tadi. Kaunselor : Apa khabar hari ini? Klien : Baik Kaunselor : Terima kasih

Kemahiran membina hubungan

34

kerana sudi datang untuk sesi kaunseling Klien : Sama-sama

Kaunselor : Boleh kamu ceritakan mengenai keluarga kamu? Klien : Saya tinggal dengan ayah saya, mak tinggal tempat lain. Kaunselor : Boleh kamu ceritakan mengenai mak kamu?

Kemahiran menyoal

Klien : Mak kerja di Kemaman, mak tinggal dengan adik yang bongsu, saya rasa mak dah tak sayang saya lagi ........ Kaunselor : Saya faham perasaan kamu, mak kamu kerja jauh, kamu harus tabah....... Kemahiran berempati

Klien 2 Masalah : Masalah kewangan dan masalah kendiri. Sentiasa ponteng sekolah.

Kaunselor : Kamu suka datang sekolah? Klien : Suka. Kaunselor : Jika kamu suka datang sekolah kenapa

Kemahiran kesenyapan

35

kamu selalu ponteng? Klien: Errmmmm...... ....(kesenyapan) Kaunselor : Nampaknya kamu sedang memikirkan sesuatu. Boleh berkongsi dengan saya?

Klien 3

Kaunselor : Adakah kamu

Kemahiran dorongan minima

Masalah : Masalah fizikal mempunyai kawan rapat di dan kurang kayakinan diri dalam kelas? untuk berkawan dan belajar di dalam kelas Klien : Tiada, sebab tidak ada yang mahu berkawan dengan saya. Saya suka berkawan tetapi semua orang menjauhkan diri daripada saya ...... Kaunselor : Mmmm...mmmm (sambil mengangguk kepala)

36

REFLEKSI
37

NOR MASHITAH BT KAMARULAZAHAR PISMP PSV SEMESTER 7 900430065466 123433 REFLEKSI Umum mengetahui bahawa, tugas seorang guru biasa sebagai guru bimbingan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dikaji serta diselidik untuk menjadi seorang guru yang efektif dan berkesan dalam khidmat memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang bermasalah. Lantas, tugasan EDU 3107 ( Bimbingan Kaunseling dan Kanak-kanak ), merupakan salah satu tugasan yang mampu membantu guru biasa menjadi guru bimbingan yang hebat dan bersikap profesional. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inyahnya, saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan meskipun terdapat beberapa kekangan semasa melaksanakan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah saya peroleh sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

38

Antara

pengetahuan

dan

pengalaman

yang

saya

peroleh

semasa

melaksanakan tugasa ini ialah mengetahui tentang peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dalam membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan ialah menolong murid dalam pelajaran, menolong murid dalam membuat penyesuaian diri, memberi motivasi dalam peningkatan kendiri murid dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, melalui peranan-peranan tersebut, saya telah memainkan peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dengan sebaik mungkin bagi membantu murid yang mempunyai masalah. Sebagai contoh, saya cuba membantu murid untuk membuat penyesuaian diri dengan memberikan kata-kata semangat dan nasihat yang sewajarnya supaya murid tersebut berasa lebih yakin terhadap diri sendiri. Hal ini demikian kerana, merujuk kepada salah seorang klien yang saya kaji, saya dapati bahawa klien tersebut mempunyai masalah keyakinan diri yang kian merosot akibat kecacatan fizikal yang dialaminya. Oleh hal yang sedemikian, saya perlu memberi motivasi yang sepatutnya untuk membantu klien dalam peningkatan kendiri. Justeru, semasa melaksanakan tugasan ini juga, hati saya cukup tersentuh apabila mendengar dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh klien-klien yang saya kaji. Namun begitu, saya harus cekal dan tidak boleh mempamerkan kesedihan di hadapan murid. Lantaran itu juga, saya berpendapat bahawa, tugas untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir murid yang bermasalah tidak mahu berkongsi masalah yang di hadapi dengan guru. Oleh itu, guru biasa harus bijak dalam mengaplikasikan kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling untuk mencungkil masalah murid berkenaan. Kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling meliputi kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran membina hubungan, kemahiran refleksi, kemahiran konfrantasi dan banyak lagi. Aplikasi kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling adalah penting semasa proses bimbingan dan kaunseling dilaksanakan. Tuntasnya, melalui tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kemahiran yang sepatutnya untuk memberi bimbingan kepada murid yang bermasalah. Pada pandangan saya, kemahiran membina hubungan adalah penting
39

untuk mendapatkan kepercayaan klien terhadap kaunselor. Kepercayaan klien yang tinggi terhadap kaunselor boleh memudahkan proses bimbingan. Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini, saya turut mengetahui beberapa teori kaunseling yang boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang bermasalah. Antara teori-teori tersebut ialah, teori kaunseling behavioris, teori pemusatan perorangan dan terapi rasional emotif. Pada pendapat saya, setiap teori mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Antara teori yang saya gunakan ialah, terapi rasional emotif. Terapi rasional emotif merupakan terapi berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Melalui tugasan ini juga banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya, saya belajar untuk menjadi guru bimbingan yang baik terhadap klien saya yang mempunyai masalah. Kesimpulannya, tugasan pada kali ini merupakan salah satu tugasan yang mencabar kerana tugasan ini berkait rapat dengan alam persekolahan. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi saya pendedahan awal tentang perkara yang bakal berlaku di alam persekolahan kelak. Pendek kata, tugasan pada kali ini bukan sahaja mendidik saya untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan berwawasan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada masa akan datang, malah tugasan pada kali ini juga turut mendekatkan saya dengan jiwa kanak-kanak untuk menyelami perasaan mereka dengan lebih mendalam di samping membantu mereka keluar daripada kepompong masalah yang dihadapi. Sekian, terima kasih.

40

REFLEKSI NAMA : NAJIDDATUN BINTI RAMLI NO K/P : 900316025188 NO MATRIK : 123434 TUGASAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING (EDU 3107)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya dan rakan menyiapkan tugasan EDU 3107 iaitu (Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak) dengan jayanya. Di samping itu, tugasan ini turut merangkumi peranan guru biasa sebagai guru pembimbing, teori-teori yang boleh diaplikasikan kepada klien untuk menyelesaikan masalah dan juga kemahirankemahiran asas yang digunakan semasa sesi kaunseling dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa tugasan yang kami laksanakan ini merupakan tugasan yang agak rumit kerana ianya melibatkan murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Kekuatan tugasan ini adalah dari segi pengalaman untuk mengenalpasti muird yang menghadapi masalah pembelajaran. Murid dapat dikenali melalui sikap, cara pemakaian, kahadiran di sekolah serta tumpuan yang diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga mendapati murid yang bermasalah tidak semestinya murid yang kurang bijak malahan murid yang bijak turut
41

mempunyai masalah sehingga menyebabkan pembelajaran mereka terganggu oleh faktor-faktor yang lain seperti masalah keluarga, masalah fizikal dan masalah kewangan serta masalah kendiri. Melalui tugasan ini juga saya dapat melihat kecaknaan guru kaunseling bagi membantu murid yang bermasalah. Hal ini adalah kerana, jika murid tersebut tidak dibantu mungkin akan menyebabkan mereka mengalami masalah sosial pada masa akan datang ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya, supaya didikan pada hari ini akan membentuk generasi yang berkualiti pada masa akan datang. Saya juga dapat melihat murid yang bermasalah boleh berubah dengan adanya nasihat, dorongan dan kasih sayang seorang guru tidak kiralah guru biasa mahupun guru kaunseling. Saya berharap agar murid-murid ini dapat berubah menjadi lebih tabah untuk menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan dugaan. Di samping itu, pengalaman yang paling berharga adalah apabila saya dan rakan berjaya mengadakan sesi kaunseling walaupun tidak mempunyai pengalaman untuk mengadakan sesi tersebut. Oleh itu, ia memberikan kesan yang mendalam kepada saya semasa proses mengaplikasikan teori dan kemahiran asas yang telah dipelajari semasa kuliah di IPG. Sebelum proses pengaplikasian teori, guru perlulah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien terlebih dahulu supaya teori yang dipilih bersesuaian dengan masalah tersebut. Oleh itu, semasa sesi kaunseling berlangsung, kemahiran-kemahiran asas kaunseling sangat penting supaya klien lebih selesa dan tidak merasa curiga dengan kaunselor serta klien tersebut lebih bersedia untuk menceritakan masalahnya secara terbuka disebabkan sikap saling mempercayai itu wujud diantara kaunselor dan klien. Sehubungan dengan itu, berdasarkan tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai teori dan juga kemahiran asas yang sering digunakan oleh kaunseling untuk menyelesaikan masalah murid. Dengan adanya tugasan ini secara tidak langsung saya dapat melihat dan mengenalpasti murid yang bermasalah berdasarkan sikap mereka di sekolah. Selain itu, kecaknaan guru amat penting supaya murid yang bermasalah ini dapat dibantu agar mereka sedar bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian. Walaupun sekecil-sekecil masalah yang dihadapi oleh murid ia merupakan masalah yang patut dikongsi bersama kaunseling agar masalah tersebut tidak menggangu pembelajaran murid tersebut.

42

Secara keseluruhannya, saya berharap agar tugasan yang dilaksanakan ini dapat diaplikasikan semasa saya ditempatkan di sekolah kelak. Lantaran itu, kecaknaan seseorang guru terhadap muridnya sangat penting agar murid yang bermasalah dapat dikenalpasti dan dibantu supaya murid tersebut dapat berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupannya.

RUJUKAN

43

RUJUKAN BUKU
Lee Keok Cheong, Eh Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2012), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zuraidah, A.R (1988), Boleh Saya Tolong Anda? Kuala Lumpur, Times Books International.

INTERNET
Wan Siti Aisyah, Teori Pemusatan Perorangan ( Person Client Centered Theory), diperoleh daripada http://iconkarismatik.blogspot.com/2009/03/teorikaunseling.html pada 20 Januari 2013.

Sharifah, (1986), Bimbingan Kaunseling dan Kanak-Kanak : Peranan Guru Biasa sebagai Guru Bimbingan, diperoleh daripada /maklumat%20bnk/pengumpulanmaklumat-murid-peranan-guru.html pada 24 Januari 2013.

Chegu Man, Kemahiran Asas Kaunseling, diperoleh daripada http://cheguman.blogspot.com/2012/01/kemahiran-dalam-sesi-kaunseling.html Januari 2013. pada 26

44

Haslinda

Umar,

Kemahiran

Asas

Kaunseling

diperoleh

daripada

http://leeborn71.blogspot.com/2011/07/bahan-bahan-untuk-kemahiran-asas.html pada 02 Februari 2013.

LAMPIRAN

45

LAMPIRAN SEMASA SESI KAUNSELING DIJALANKAN

46

SUASANA DI BILIK KAUNSELING

47

Anda mungkin juga menyukai