Anda di halaman 1dari 2

2.

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

2.2. Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara menyeluruh.

Berdasarkan hasil pemerhatian saya semasa berada dalam bilik darjah iaitu kelas prasekolah yang telah kami masuk pada hari itu untuk memuat pemerhtian dan kajian, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai bahan dan sumber pembelajaran yang dipamerkan di dalam bilik darjah tersebut. Namun, bahan dan sumber pengajaran yang terdapat dalam bilik darjah tersebut bukanlah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana, guru hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tema yang dipelajari sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan ketika itu. Murid-murid prasekolah diberi peluang untuk meneroka sendiri bahan dan sumber pengajaran yang terdapat dalam bilik darjah tersebut. Sebagai contoh, di dalam bilik darjah tersebut dibahagikan kepada beberapa ruang seperti ruang membaca, ruang bercerita, ruang IT dan juga ruang belajar. Murid-murid berpeluang untuk menggunakan buku cerita yang disediakan disamping itu terdapat ruang IT di mana murid-murid juga diberi satu masa untuk menggunakan kemudahan IT tersebut. 2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid. Di dalam bilik darjah tersebut terdapat pelbagai bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan. Antara bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid adalah buku-buku yang disediakan. Selain itu, murid juga dapat menggunakan ruang aktiviti bebas untuk menjalankan aktiviti mereka.

2.3 sememangnya murid memang diberi peluang untuk menggunakan sumber pengajaran yang berasaskan ICT. Ini kerana di dalam bilik darjah

tersebut

terdapat

ruangan

IT

di

mana

murid

akan

berpeluang

menggunakannya. 2.5 Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran? Menurut pemerhatian saya, semasa dalam proses pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan, sememangnya murid diberi peluang dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Ini kerana penglibatan secara aktif akan membantu murid untuk dapat meluahkan perasaan meraka dan seterusnya membina keyakinan diri murid. Guru tidak mengehadkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui setiap aktiviti yang dijalankan kelihatan semua murid akan melalukan perkara yang sama di antara setiap murid. Selain itu, guru juga menggunakan pendekatan interaksi dua hala dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran apanila melaksanakan aktiviti dengan murid-murid. Sebagai contoh, guru

memperbanyakkan sesi soal jawab ketika interaksi berjalan. Di samping itu, saya dapat melihat bahawa guru seharusnya merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberikan peluang kepada murid agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. 2.6 Kenal pasti cara murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Berdasarkan pemerhatian saya, melalui aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pemerhatian saya pada masa itu murid-murid dibahagikan mengikut jantina dan juga mengikut bulan kelahiran.

Anda mungkin juga menyukai