Anda di halaman 1dari 16

Tatabahasa

KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. 2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu: Jenis Kata Bilangan kata bilangan tentu kata bilangan talk tentu kata bilangan pecahan kata bilangan pisahan kata bilangan himpunan contohnya satu, dua, tiga, dan seterusnya beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengahsetengah, dan sebagainya suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya setiap dan tiap-tiap kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya Berapa

kata bilangan tingkat kata bilangan tanya

Jenis Kata Bilangan Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

Kata bilangan tak tentu 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. Kata bilangan tingkat 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. Kata bilangan pisahan

contoh 1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. 1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

KATA TANYA
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 5. Partikel kah tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. contoh a. Apakah benda itu ? b. Buku siapakah ini ? kenapa bila siapa mengapa apa bagaimana berapa mana Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? Engkau ini siapa ? Mengapakah baju awak ini basah ? Apakah nama binatang itu ? Bagaimanakah rupa hantu ? Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? Nelayan itu dari mana ?

KATA HUBUNG 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan (a) (b) (c) (d) 3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Tunggal

Contoh agar apabila atau bahawa dan hingga Jika Jikalau kecuali kerana lalu manakala sambil serta semenjak sementara sungguhpun supaya walaupun tetapi

Ayat Contoh Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. Mukanya pucat apabila disoal. Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. Leela dan Siu Lan berjiran. Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Saya berpayung jika hujan. Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. Semua murid Nadir kecuali Gopal. Aini menangis kerana terlalu sedih. Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. Zalifah bernyanyi sambil menari. Zahid serta abangnya menonton wayang. Saya berkawan dengannya semenjak kecil. Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Baik - mahupun Baik- baik bukan sahaja malah entah entah Jangan pun Kian kian Sama ada ataupun sedangkan...inikan pula semakin...semakin sungguhpun...tetapi walaupun...namun

Ayat Contoh Baik lelaki mahupun perempUan lama-sama bergotong- r0y0ng membersihkan balai rays itu. Baik Daud balk adiknya sama-sama pintar. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan Dengan Kerana demikian atau

hingga yang serta walhal demi

Lalu tetapi kalau walau supaya

ketika jika kemudian agar

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara semoga seketika setelah sesungguhnya sewaktu seandainya mudah-mudahan moga-moga padahal contoh ayat 1. menggabungkan dua ayat Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag. 2. Menggabungkan dua rangkai kata

seharusnya sebaliknya walaupun meskipun jikalau

andaikata sedangkan itupun sekali[un bagaimanapun

Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut. 3. Menggabungkan ayat-ayat Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

KATA SERU
1. 2. 3. 4. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. Kata Seru aduh Penggunaannya untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum untuk menyatakan perasaan sedih untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu Ayat Contoh 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! Aduhai, malang sungguh nasibku! 1. Ah, says tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

aduhai ah

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum untuk menyatakan perasaan marsh dan bend

1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa Ad

cis/cih

eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini! 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

hai

Contoh lain kata seru dan ayat Kata Seru wahai maksud menyatakan perasaan sayang atau merayu menunjukkan perasaan kagum Contoh ayat Wahai adik ku sayang !

amboi hai nah aduh wah ceh bedebah cis oh

Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! Nah, terimalah habuanmu ! Aduh, sakitnya tanganku ini ! Wan, cantiknya merak ini ! Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! Eh, bila ia terjadi ! Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

perasaan sakit perasaan hairan marah marah atau jijik terkejut hairan, gembira atau mengharap hairan gembira, puas, memuji atau ucap tahniah menghina terkejut hairan terkejut hairan atau marah

eh syabas

alahai alamak ha Ya-Allah Masya- Allah

Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! Ha, budak itu yang menang ! Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA GANDA 1. 2. 3. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu : a. Gandaan Seluruh Kata b. Gandaan Separa / Separuh c. Gandaan Berirama d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata 1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. 1. 2. 3. 2. Contoh : Gandaan kata nama buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan Gandaan Kata kerja baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik Gandaan Adjektif /sifat manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, Jan kata keterangan.

alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat, kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan samaada sebahagian atau seluruhnya. 2. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 1 Kata Ganda Seluruh 1. 2. 3. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh alat-alat, awal-awal, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing--cacing , dan lain-lain

2 Kata Ganda Semu 1. 3. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang. Kata ganda semu terdiri daripada kata name. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.

Senarai Kata Ganda Semu kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, layang-layang, oleh-oleh, onde-onde, dan lain-lain

3 Kata Ganda Separa 1. 2. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

Senarai Kata Ganda Separa bebawang bebenang bebudak cecair dedalu dedaun dedawai gegendang geguli jejari jejarum jejentik kekabu kekisi kekunci kekuda lelaki lelangit lelayang pepejal pepijat pepenjur u rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima

1.

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di

hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: (a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya. Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian Bunyi di Pangkal di Hujung Seluruhnya batu-batan anak-pinak bolak-batik beli-belah calar-balar compang-camping bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik corat-coret comot-momot gopoh-gapah degap-degup gotong-royong gunung-ganang dentam-dentum karut-marut haru-biru desas-Jesus kaya-raya huru-hara gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang gerak-geri pindah-randah kacau-bilau Gandaan Separa Separuh 1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. 2. Hanya diambil hujung perkataan itu. Contohnya : lelaki kekuda bebola jejentik lelabah kekabu Pepohon Dedaun jejari kekisi

Gandaan Berirama 1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. 2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh : lauk-pauk tunggang-langgang batu-bata tanah-tanih saudara-mara semak-samun bukit-bukau bengkang-bengkok kacau-bilau gelap-gelita

Gandaan Menyalin 1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. 2. Perkataan keduanya ditambah me ( N ) contoh : tahu-menahu sulam-menyulam tari-menari tolong-menolong tawar-menawar tangis-menangis jahit-menjahit kata-mengata rampas-merampas tarik-menarik sepak-menyepak tumbuk-menumbuk kejar-mengejar karang-mengarang simpan-menyimpan

KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-, men ...i, men ...kan, memper-, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. (a) (b) (c) (d) (e) (f) Pak Abu menjala ikan. Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. Untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih. Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Dia suka Jamilah Abidin Ramli Kereta itu

Kata kerja transitif membaca memukul menjual berjalan melanggar

penyambut ( Objek ) buku seekor ular kuih-muih ke sekolah seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya : 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kami Dia Saya Hassan 7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. 2.

Kata kerja tak Transitif mandi senyum menyanyi berjalan

keterangan di tasek itu. semasa berjalan dengan kuat ke sekolah

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-, men-, ter-, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau I di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif 1. 2. 3. 4. 5 Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men-. Contohnya: Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

kupelajari, dan kupersilakan. dan kaupersilakan. dipersilakan

Murid-murid Tahun 4 Mutiara, Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.

NOTA: PENJODOH BILANGAN 1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. Penjodoh Bilangan baris Penggunaan Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buahbuahan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buahbuahan, dan sebagainya Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkairangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

batang

biji

cucuk

das ekor gugus

ikat

jambak

keping

ketul

laras

lembar

pasang

sikat ulas

utas

Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya Untuk pisang Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Tip Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan: 1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah) (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul) Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah) (b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul) Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. 3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah) (b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. 1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri. A utas B gulung C gelung D bidang 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia Sejambak Sekuntum Sejambangan Sebatang Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang. utas untai gulung lembar "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah. cuit cubit colet genggam __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara. Segugus Sekelompok Sehamparan Sekumpulan Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand. kelompok tompok buah biji Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya. patah potong cebis untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar. A biji B ulas

C buah D buku 9 A B C D Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya. cebis bentuk lembar cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu. A butir B das C biji D pucuk 11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ . A papan B keping C naskhah D rangkap 12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun. A baris B patah C rangkap D buah Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1 13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu. A gelung B papan C mata D biji 14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai. A puntung

B berkas C kotak D pucuk 15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat __________ . A sebiji B seruas C sehiris D seketul 16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota. A pintu B papan C bidang D rangkai 17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas. A seutas B sebilah C sejambak D serumpun

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya. A ulas B butir C keping D potong 19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya. A segulung B segelung C sekajang D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali. A sekeping B selembar C senaskhah D sehelai 21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah. A biji ... buah B sisir ... ikat C tandan ... gugus D sikat.....longgok 22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya. A biji ... batang B buah ... batang C bekas ... bilah D butir ... bilah 23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas se __________ almari. A kuntum ... biji B bakul ... buah C jambak ... deret D jambangan ... buah 24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan __________ tali untuk mencari rotan. A sebentuk ... selembar B sebatang ... segelung C selaras ... segulung D sebilah ... seutas 25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu. A seekor B secubit C seketul D segenggam 26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan. A segugus ... setangkai B segugus ... seikat C sebiji ... selonggok D setangkai ... segugus 27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena. A sekuntum ..... sebilah B sejambangan ..... seberkas C setangkai ..... sepucuk D sejambak ..... sebatang 28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16. A butir ..... pucuk

B das ..... laras C biji ..... batang D laras ..... das 29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai Payang. A sehelai ..... segulung B secarik ..... segelung C secebis ..... sehamparan D sehelai ..... sebidang 30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu. A genggam ..... segerombolan B batang ..... sekumpulan C ketul ..... sekawan D kepal ..... seekor 31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu. A Sebatang ..... biji B Sedas ..... buah C Selaras ..... butir D Sekaki ..... butir 32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini? A sebakul ..... seberkas B selonggok ..... seikat C seberkas ..... seikat D sekawan ..... segulung 33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah. A sepotong .. biji B sehiris .. ulas C seketul .. biji D sekeping .. biji 34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa. A ulas .. sikat B biji .. tandan C ikat .. tandan D ikat .. sisir 35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat. A jalur .. pintu B kaki .. baris C batang .. deret D baris .. buah 36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih. A seketul .. sekeping B segenggam .. sehelai C sepotong .. selembar D sekepal .. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa __________ penggali dan beberapa __________ dawai. A sebatang .. gelung B sebuah .. gelung C sekerat .. lembar D sebilah .. utas 38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya. A baris .. pucuk B deret .. kelompok C batas .. rumpun D ikat .. jambak 39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan. A sekepul B segugus C setompok D segumpal Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan. A Sepasukan B Sekawan C Serumpun D Segerombolan

Anda mungkin juga menyukai