Anda di halaman 1dari 5

MAAF KUPINTA Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya.

Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan. Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama. Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya. Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran. Tema: Keinsafan akan membawa kebahagian. Setelah Fauzi memasuki asrama, dia akhirnya sedar bahawa bapa tirinya amat menyayanginya. Segala larangan dan teguran bapa tirinya adalah demi kebaikan dirinya. Dia insaf dengan sikap dirinya yang menyalahkan bapa tirinya itu. 1. Persoalan persahabatan. Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama. 2. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak. Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi. 3. Persoalan ketegasan semasa mendidik. Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.

Teknik Penceritaan 1. Monolog dalaman. Contoh: Benar kata-kata Syahir itu? Fauzi berkata-kata sendiri. 2. Dialog Contoh: Emak kamu tahukah kamu ke sini? Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal. 3. Imbas Kembali Contoh: Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung. 4. Imbas Muka. Contoh: Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti nanti. 5. Pemerian Contoh; Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.

Fauzi Tinggal di Asrama A Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri Mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir Ayahya meninggal dunia akibat penyakit barah. Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan Pintar dalam pelajaran Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama. Ayah Tiri Ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya. Memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama Baik kepada anak tirinya. Tegas dalam mendidik anak. Sering memberikan wang saku kepada Fauzi. Ibu Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi. Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama.

Latar Masa 1. Waktu malam Contoh: Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur. 2. Waktu pagi Contoh: Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung. 3. Cuti sekolah akhir tahun Contoh: Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya. 4. Lima Minggu Contoh: Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.

Latar Tempat 1. Rumah Contoh: Fauzi menonton televisyen 1. Asrama A Contoh: Fauzi tinggal di Asrama A 2. Rumah Nenek Sapiah Contoh: Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya. 3. Stesen Bas Contoh: Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampong 4. Sekolah Contoh: Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi. Latar Masyarakat 1. Masyarakat Pelajar Contoh: Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A 2. Masyarakat Petani Contoh: Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah. 3. Masyarakat Pendidik Contoh: Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama. 4. Masyarakat yang bersifat prihatin Contoh: Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan. 5. Masyarakat yang mementingkan pelajaran Contoh: Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi. Gaya Bahasa 1. Kata Ganda Contoh: Berbalam-balam, buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja 2. Sinkope Contoh: Ayahku tidak seperti ayahmu. 3. Hiperbola Contoh: Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam 4. Peribahasa Contoh: Buah tangan

1. Nilai berdikari Contoh: Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di Asrama A. 2. Nilai kerajinan Contoh: Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama. 3. Nilai kasih sayang

Contoh: Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi. 4. Nilai kesyukuran Contoh: Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya. 5. Nilai hormat menghormati Contoh: Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.

1. Kita hendaklah taat kepada kedua orang tua kita. Contoh: Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya. 2. Kita perlulah berbincang dalam membuat satu keputusan penting. Contoh: Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama. 3. Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita Contoh: Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya. 4. Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan. Contoh: Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama. 5. Kita hendaklah meminta maaf apabila melakukan kesalahan. Contoh: Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya.

Anda mungkin juga menyukai