Anda di halaman 1dari 10

Peristiwa 13 Mei 1969 Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan

terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasankawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang 3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
2

tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . 6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
3

bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan

negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969 Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah MENANG BESAR di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk BERARAK meraikan kemenangan parti tersebut di Sgor yang menyaksikan 50:50 di Sgor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu , berasa TERANCAM dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah BERARAK dengan mengikat PENYAPU kepada kenderaan mereka sebagai LAMBANG KEMENANGAN mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (MENYINGKIRKAN) orang Melayu ke laut atau ke kampung-kampung. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang NEGATIF. Ada yang MENCACI dan MELUDAH dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan. Perarakan kematian Cina Di Jinjang, Kepong, KEMATIAN seorang Cina akibat SAKIT TUA diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian BERTUKAR menjadi perarakan kemenangan PILIHANRAYA dengan MENGHINA Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan KEBIADAPAN semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan MAAF sudah TERLAMBAT.

Rumah Menteri Besar Selangor Orang MELAYU telah mengadakan PERARAKAN BALAS pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, KL. Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu CUBA mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa SENJATA pedang dan parang pajang dan hanya menunggu ISYARAT lampu hijau dari Dato Harun Idris untuk MENGAMUK. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang KEBIADAPAN orang CINA TERSEBAR dan MELUAP LUAP. Jam 3 petang datang berita kejadian PEMBUNUHAN orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang 2 penunggang motosikal CINA yang melalui Jalan Kampung Baru telah DIPANCUNG. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya DIBUNUH. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari (Parti Komunis Malaya) PKM dan kongsikongsi gelap telah BERTINDAK BALAS. Mereka MEMBUNUH orang-orang Melayu
6

di sekitar KL. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini LENGKAP dengan pelbagai SENJATA besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

RUSUHAN besar terjadi. Perintah DARURAT dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL. Rejimen Renjer Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. MALANGNYA pasukan ini terdiri dari orangorang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut MENEMBAK orang MELAYU dan ini menyebabkan KEMARAHAN orang Melayu semakin MELUAP LUAP. Menurut laporan, KETUA pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa CINA. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lainlain MENGAMUK merasakan diri mereka TERKEPUNG antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke ARAH rumah Menteri Besar Selangor. Askar Melayu Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan DIGANTIKAN dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
7

Ramai orang Cina DIBUNUH dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini. Panggung Odeon Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah BERTINDAK mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina KELUAR dari panggung. Penonton MELAYU di panggung tersebut ramai yang MATI. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena TETAKAN di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang MELAYU mulai BERTINDAK BALAS, dan dikatakan kepala orang Cina yang DIBUNUH diletakkan di atas pagar . Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan TENTERA SABIL (baca; TS) dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang (baca; kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan). Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah PARANG TERBANG yang terbang dan MEMENGGAL kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM. Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan POLITIK dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang HARMONI. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu. Angka korban Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang HILANG NYAWA dalam peristiwa 13 Mei. Di mana Tunku Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Mageran (Majlis Gerakan Negara) Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman DIPERSALAHKAN oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku MELETAK jawatan pada tahun 1970.

Keadaan akhirnya DAPAT DIKAWAL dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari JALAN PENYELESAIAN termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman MENYINGKIR Singapura dari Malaysia TIDAK menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan KEMUNCAK kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri. Tahun 1969 PILIHANRAYA diadakan semula dan memberi KEMENANGAN 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. BARISAN NASIONAL dibentuk dan beberapa AHLI POLITIK yang dianggap BERBAHAYA telah DITAHAN melalui AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

Read more: http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2012/06/inilah-rupa-pencetusperistiwa-13.html#ixzz2I9CipINR

10

Anda mungkin juga menyukai