Anda di halaman 1dari 6

1.

0 BIODATA

MAKLUMAT PELAJAR NAMA JANTINA STATUS PERKAHWINAN KUMPULAN AMBILAN SEMESTER STESYEN/ALAMAT ALAMAT TETAP MUHAMMAD SYAHARUDDIN BIN IBRAHIM LELAKI BUJANG PISMP PENGAJIAN AGAMA JANUARI 2011 TIGA (3) NO. 28, JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 47, BANDAR SULTAN SULEIMAN, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

NO. TELEFON SEKOLAH/PEJABAT NO. H/P 017-2089838 MAKLUMAT WARIS NAMA WARIS IBRAHIM BIN HASAN NO. H/P 012-2168607

Refleksi Pada tanggal 5 Julai 2013 yang lepas, sebanyak dua belas buah kelas pengajian PISMP ambilan Januari 2011 telah terlibat dalam siri lawatan penanda aras ke SMK Tabuan Jaya yang mana wajib dijalani oleh semua guru pelatih PISMP ambilan 2011 untuk semester 6 ini. Lawatan ini telah melibatkan seramai lebih kurang 200 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Satu sesi taklimat telah diadakan oleh guru pengiring iaitu seorang daripada pegawai di Jabatan Ko-Kurikulum. Sesi taklimat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwi dan diakhiri dengan bacaan doa. Beliau telah menyampaikan beberapa amanat penting seperti menjaga adab-adab sebagai seorang guru semasa berada di sekolah nanti dan mengumpul segala bahan dan maklumat yang berkaitan untuk dijadikan sebagai panduan semasa membuat refleksi kendiri nanti. Pada jam 7.15 pagi, penghulu mula membahagikan semula kumpulan untuk menaiki bas kerana kekurangan sebuah biji bas. Pada awalnya kami telah menempah 6 buah bas dan yang datang menjemput kami hanya 5 buah bas sahaja. Maka dengan itu penghulu BIG siri ini iaitu Mohamad Azmi Bin Mohamad Jaafar telah merombak kumpulan bas enam supaya tidak ada seorang pun guru pelatih yang tertinggal. Pada tepat jam 7.45 pagi, kami semua telah menaiki bas dan mula bertolak ke SMK Tabuan Jaya. Perjalanan dari IPG Kampus Batu Lintang ke SMK Tabuan Jaya mengambil masa lebih kurang 15 minit kerana jaraknya tidak jauh. Pada lebih kurang jam 8.00 pagi, kami semua telah sampai di sekolah tersebut.

Kami telah disambut oleh Tuan Pengetua SMK Tabuan Jaya dan penolongpenolong kanannya yang lain. Semua peserta program lawatan penanda arasan ini telah dibawa ke satu dataran untuk sesi fotografi bersama. Masa yang diambil untuk menyusun kedudukan semua peserta yang begitu ramai mengambil masa yang agak lama. Sesi fotografi tersebut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Seterusnya, semua peserta dibawa ke dewan untuk taklimat mengenai sekolah tersebut oleh pihak sekolah. Taklimat tersebut telah disampaikan Tuan Pengetua En. Hassan Hj. WaGani dan Penolong Kanan Kokurikulum En. Abdul Rashid. Taklimat tersebut berkenaan maklumat umum sekolah tersebut seperti visi, misi dan objektif sekolah. Menurut pihak sekolah, setiap negeri terdapat sekurangkurangnya sebuah sekolah sukan negeri dan satu-satunya sekolah sukan negeri Sarawak adalah SMK Tabuan Jaya. Terdapat juga dua buah Sekolah Sukan Negara iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) yang dulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut, bilangan kemasukan pelajar serta syarat kelayakan untuk memasuki sekolah tersebut. Menurut pihak sekolah, syarat kelayakan kemasukan atau pemilihan pelajar adalah seratus peratus kepada kokurikulum (sukan) mereka. Sekurang-kurangnya mereka pernah mewakili bahagian masing-masing dalam sukan sekiranya mereka mahu memasuki SMK Tabuan Jaya. Terdapat empat jenis sukan yang telah dikhususkan di sekolah ini. Sukan-sukan tersebut adalah olahraga, bola sepak, bola jaring dan sepak takraw. Dalam masa yang sama, pihak sekolah juga turut menyatakan pencapaian sekolah bagi setiap sukan yang diambil bahagian seperti olahraga, bola sepak dan sepak takraw. Ramai antara pelajar dan bekas pelajar dari SMK Tabuan Jaya yang

sudah mewakili Sarawak dan Malaysia. Menurut pendapat saya, sukan yang paling berjaya di sekolah ini adalah sukan olahraga kerana hampir semua atlet dari sekolah ini telah berjaya mewakili negeri Sarawak dan ramai di antara mereka yang mewakili Malaysia. Setelah selesai sesi taklimat, kami telah bergerak ke kantin sekolah untuk sesi rehat dan jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah dan pihak kantin sekolah telah menyediakan kami dengan bihun, mee goreng, karipap, air teh dan air kopi sebagai makanan untuk kami makan pada jamuan makan pagi. Semua peserta begitu berselera menjamu hidangan yang telah disediakan. Seterusnya kami semua telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada kelas PISMP Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kumpulan kedua pula terdiri daripada 10 kelas selebihnya. Kumpulan kami telah melawat bahagian pendidikan khas untuk melihat kelas dan hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Tabuan Jaya. Ketika kami membuat lawatan ke kelas pendidikan khas, pelajar-pelajarnya sudah pulang kerana pelajar pendidikan khas pulang lebih awal berbanding pelajar aliran perdana. Maka dengan itu, kami hanya boleh melihat hasil-hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar ini dan membelinya sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas di sekolah ini. Kumpulan kedua pula telah melawat Kompleks Sukan Sekolah tersebut. Sepanjang lawatan, sekolah tersebut mempunyai kemudahan padang yang baik dan kemudahan gymnasium. Di dalam gymnasium tersebut, terdapat pelbagai jenis alatan. Lawatan kami tamat pada jam 11.30 pagi. Kami telah berkumpul semula dihadapan sekolah untuk bersurai.

Apa yang saya dapati daripada lawatan tersebut adalah, saya sebagai seorang bakal guru perlu belajar dalam memastikan pencapaian murid tidak boleh diukur dari aspek kurikulum semata-mata, tetapi ia perlu diambil kira dalam aspek ko-kurikulum. Perkara ini jelas selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mana seorang guru perlu melahirkan seorang pelajar yang seimbang dalam pelbagai aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial (JERIS). Selain itu, kelengkapan sukan di sekolah perlu sesuai dan lengkap bagi memastikan sesuatu sukan yang dijalankan di dalam sekolah dapat dijalankan dengan bantuan fasiliti-fasiliti dan kelengkapan sukan yang ada. Dengan adanya kelengkapan sukan, ia juga dapat memastikan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan dan olahraga. Murid juga lebih selesa dan sihat untuk belajar dan menuntut ilmu. Sehubungan itu, apa yang saya dapat inspirasi juga setelah melawat sekolah ini ialah patuh dengan arahan ketua. Kejayaan sekolah ini mendapat pelbagai anugerah kerana kesemua guru mematuhi dan menghormati guru besarnya. Segala arahan yang diberikan oleh guru besar akan dilaksanakan dengan penuh komited oleh semua guru. Hal ini menjadi tunggak kejayaan sekolah ini kerana dengan menjalankan arahan yang diberikan oleh guru besar tanpa banyak soal maka ini akan menyebabkan struktur pentadbiran akan menjadi mudah dilaksanakan. Memiliki ketua yang memahami guru-gurunya akan menjadikan guru tersebut patuh dengan arahan yang diberikan kepadanya tanpa adanya sebarang rungutan. Mempunyai ketua yang baik dan sentiasa mendengar pendapat orang bawahan akan menjadikan sekolah tersebut cemerlang, gemilang dan terbilang..

Antara kekuatan lawatan penanda arasan ini adalah peserta program dapat mengetahui pencapaian Sekolah Sukan Tabuan Jaya yang selama ini kami tidak pernah mengetahuinya. Selain itu, kami juga didedahkan tentang bagaimana cara untuk menguruskan sebuah sekolah sukan. Pengurusan dari segi pemilihan pemain, kelayakan, pencapaian sebelum dan pencapaian semasa seseorang atlet. Infrastruktur khususnya infrastruktur dan kemudahan alatan untuk sukan juga boleh dikatakan agak lengkap. Hal ini dapat membantu meningkatkan pencapaian sukan seseorang atlet. Namun begitu terdapat juga sedikit kelemahan yang dapat saya perhatikan antaranya masalah kekurangan bas untuk menampung jumlah perserta program yang agak ramai. Hal ini menyebabkan peserta terpaksa berasak-asak di dalam bas untuk pergi ke SMK Tabuan Jaya. Kesimpulannya, program penanda aras ini adalah sesuatu program yang bagus kerana dengan adanya lawatan penanda aras seperti ini, para guru pelatih dapat mempelajari sesuatu dari segi pengurusan sukan di sekolah tersebut. Pemilihan sekolah untuk lawatan tersebut adalah sangat sesuai berdasarkan prestasi dan pencapaian sekolah tersebut dalam bidang sukan dan olahraga. Saya berharap agar saya dapat menguruskan aktiviti ko-kurikulum di sekolah nanti dan memastikan para pelajar tidak hanya pergi ke sekolah untuk belajar di dalam kelas semata-mata, tetapi mereka aktif dalam sukan dan olahraga demi memastikan kecerdasan intelek mereka seimbang dengan kecergasan jasmani mereka. Saya akhiri dengan kata-kata pujangga Arab, Akal Yang Cerdas Ada Pada Badan Yang Sihat. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai