Anda di halaman 1dari 2

KAEDAH MENGHAFAZ JIBRIL Pengenalan Diambil bersempena dengan nama malaikat pengantar wahyu, Jibril.

Nama malaikat Jibril digunakan sebagai konteks perlambangan supaya setiap kali menghafal menggunakan teknik ini, kita dapat mengenang kembali betapa istimewanya detik-detik Rasulullah menerima al-Quran daripada malaikat Jibril.

KAEDAH 1: 3 BARIS SEHARI Rasional dihadkan hafalan kepada 3 baris sahaja: 1. Mampu dihafal dalam sehari 2. Mudah mendisiplinkan diri 3. Tidak mengambil masa yang lama untuk dihafal 4. Hafal mengikut baris memudahkan jumlah sasaran ayat dalam sebulan KAEDAH 2: 30 MINIT SEHARI Ada 3 peringkat: 1. Pembiasaan (5 minit) Permulaan dalam mempersiapkan mental dan fizikal. 4 perkara perlu dilakukan:

a. Mulakan dengan membaca 3 baris sekilas pandang sebanyak 3 kali. b. Lihat tafsir dan makna tiga baris itu bagi memahaminya. c. Bahagikan setiap baris kepada beberapa potongan pendek bagi memudahkan hafalan. d. Sebelum mula menghafal, ulangi bacaan tersebut sebanyak dua kali sebagai persiapan terakhir. 2. Hafalan dan penggabungan (15 minit) Hafal 3 baris mengikut bahagian yang sudah dibuat. Cara menghafal setiap potongan ada dua langkah: a. Baca setiap bahagian 3 kali secara melihat al-Quran, kemudian 3 kali tanpa melihatnya.

b. Selepas 1 baris ayat berjaya dihafal, baca baris itu 3 kali tanpa melihat al-Quran, tanpa sangkut dan gagap sebelum beralih kepada baris seterusnya. 3. Pengukuhuan (10 minit) Tempoh 10 minit terakhir adalah waktu yang penting kerana menentukan hafalan kekal dalam fikiran ataupun hilang. Ada 2 cara: a. Gabungkan hafalan setiap baris dengan yang lain. b. Apabila semua berjaya dihafal, beranikan diri mencuba dan jangan takut gagal (salah satu cara-jadi imam dan baca ayat yang dihafal semasa solat). KAEDAH 3: ULANG 3 KALI (SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS SOLAT) Langkah 1: Sebelum Menunaikan Solat Langkah 2: Ketika Menunaikan Solat Baca ayat yang dihafal pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah. Jika terlupa di tengah-tengah bacaan, ulang semula dari awal. Jika masih terlupa, tukar kepada surah atau ayat lain. Langkah 3: Selepas Menunaikan Solat Ulangi 3 baris tersebut sebanyak 3 hingga 5 kali sebagai zikir tambahan harian. Ulangi bacaan secara istiqamah. Antara azan dan iqamah-ulang kembali 3 baris yang telah dihafal. Ulang bacaan sebanyak 3 hingga 5 kali tiap kali sebelum solat.

KEDAH LANJUTAN: SERAMPANG 3 MATA Bagaimana mengekalkan hafalan sedangkan semakin hari semakin bertambah ayat yang dihafal? Serampang 1: Menghafal 5 harisahaja Serampang 2: Jadikan hujung minggu sebagai hari mengulang Serampang 3: Empat muka surat al-Quran sebulan

Anda mungkin juga menyukai