Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Selain itu,para guru adalah bertugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas mereka itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang dan banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuatkeputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional ( initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

2.0 Kaedah Pengumpulan data Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat. Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan guru besar sekolah di daerah Meradong, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik, menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini rendah tetapi rumusannya

ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.

3.0 Hubungan matlamat PSV dengan FPK

4.0 Ciri-ciri guru PSV yang berkesan Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan pelajar kerana guru membimbing dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada para pelajar. Jika salah pengajaran guru itu, maka salahlah apa yang dilakukan oleh pelajar. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai strategi dan cara yang berkualiti semasa mengajar murid-murid dengan cara yang berkesan dan efektif. Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang diajarnya. Dalam pengajaran pendidikan seni visual, guru tersebut hendaklah mempunyai kemahiran dalam bidang kesenian seperti melukis,membuat corak dan rekaan, mengenal semua jenis kraftangan dan sebagainya agar murid-murid dapat manfaat ilmu dengan lebih banyak. Guru-guru hendaklah bekerja kuat untuk memastikan pengetahuan dan kemahirannya terkini dan tepat. Selain itu, guru-guru hendaklah mempunyai kesediaan kognitif. Guru-guru yang berkesan hendaklah membuat persediaan untuk berfikir,menganalisis, membentuk konsep, dan sebagainya sebagai persediaan untuk mengajar. Guru-guru hendaklah melakukan analisis awal mengenai perkara yang akan diajar kepada murid. Sekiranya guru itu tidak mempunyai kesediaan kognitif, murid-murid mungkin akan mempertikaikan ilmu yang akan diberikan oleh guru itu. Sebagai contoh, guru bagi pendidikan seni visual hendaklah melakukan analisis atau menambahkan ilmu mengenai cara-cara melukis ataupun sejarah-sejarah mengenai kesenian sebelum mengajar murid-murid. Disamping itu, guru yang berkesan juga mempunyai kualiti pengajaran. Guru itu boleh melakukan program yang sistematik dalam pengajaran seperti aktiviti dalam kumpulan kecil, melakukan beberapa permainan yang boleh menghilangkan bosan pelajar. Melalui aktivitiaktiviti ini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar kerana tidak tertekan dengan sesuatu pembelajaran yang baru. Tambahan lagi, guru itu juga hendaklah bijak untuk berinteraksi dan tahu keinginan murid agar proses P&P berjalan dengan lancar dan lebuh berkesan. Guru itu juga boleh bimbingan untuk murid itu memberanikan diri untuk bercakap dihadapan untuk memberi keyakinan kepada murid tersebut. Melalui cara ini, guru itu boleh menggunakan pendekatan behavior learning.

Ciri-ciri guru yang berkesan juga bijak memberi motivasi pelajar untuk belajar. Seseorang guru boleh memberi motivasi untuk meningkatkan semangat belajar, semangat mencari ilmu dan sebagainya. Guru itu boleh mencipta peluang pembelajaran melalui kerja hands.on, aktiviti dalam kumpulan, bimbingan rakan sebaya dan pengajaran individu. Tambahan lagi, guru itu juga boleh menceritakan kebaikan menuntut ilmu agar memotivasikan semangat pelajar untuk tidak berputus asa dalam pencarian ilmu.

Anda mungkin juga menyukai