Anda di halaman 1dari 24

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

1
Tajuk 1 DAKWAH DALAM PENDIDIKAN

1.0 Sinopsis

Tajuk ini membahaskan tentang konsep dakwah dalam Islam. Dalam unit ini,
perbincangan mengenai konsep dakwah, peranan guru dan juga teknik serta
kesan dakwah dalam pendidikan. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru Pendidikan Islam. Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk
tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan
menghayati amalan dakwah dalam pendidikan sebagaimana yang digariskan oleh
ajaran Islam.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan konsep dan pengertian dakwah Islamiyah.
2. Menghuraikan persediaan dan peranan sebagai seorang guru.
3. Menganalisa ciri-ciri, teknik dan keberkesanan guru sebagai Daei.


Kerangka Konsep Tajuk



Dakwah Dalam
Pendidikan
Konsep Dakwah Peranan Guru Teknik dan Kesan
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

2

1.1
KONSEP DAKWAH

Pelajar-pelajar sekelian !

Tahukah anda, guru adalah seorang Daie ?


1.1.1. Pengenalan

Menyampaikan ilmu dan menyeru ke arah kebaikan adalah merupakan
tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini. Justeru, semua manusia
berperanan untuk menyebarkan ajaran Islam yang benar kepada insan lain
seiring dengan tuntutan dakwah dalam Islam. Melaksanakan tuntutan dakwah
adalah merupakan suatu tuntutan dalam agama Islam. Ia juga merupakan suatu
tugas yang amat mulia yang meneruskan kesinambungan tugas para nabi dan
rasul.


1.1.2. Definisi Dakwah

Dari segi bahasa bererti mengajak, menyeru, memanggil. Manakala dari segi
istilah, dakwah bermaksud menyeru manusia kepada jalan Allah Taala dengan
mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran dengan cara
berhikmah dan bijaksana. Amalan berdakwah hendaklah dilakukan sepanjang
hayat dan selari dengan dakwah para daie, nabi dan rasul.

Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu program
yang lengkap, yang meliputi semua peringkat, mengandungi semua ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tugasan dan
matlamat hidup.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

3
Manakala Dr. Yusuf al-Qardawi menjelaskan dakwah sebagai suatu usaha
yang membawa orang lain kepada Islam seperti mengikuti perintah agama,
melaksanakan ketetapan di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk
perhambaan diri, taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala
kongkongan yang bukan daripada Allah.

Kesimpulannya dakwah bermaksud sesuatu proses membawa, mengajak,
menyeru orang lain, masyarakat dan murid-murid kepada Islam, mengamalkan
ajarannya, meninggalkan apa yang dilarang dan menumpukan perhambaan diri
kepada Allah Taala sahaja.



1.1.3. Dalil Berkaitan Dakwah ;


i. Surah Aali-Imran ; Ayat 104




Maksudnya :

Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru
kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Mereka inilah orang
yang beruntung





}74^4 74g)` OE`q 4pONN;4C O) )OOC^- 4pNON`4C4 NOuO^) 4pOE_uL4C4
^}4N @O4^- _Elj^q4 N- ] O )U^^- ^j
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4
ii. surah an-Nahl; 36



Maksudnya :

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka di antara umat
itu, ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya
orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya


1.1.4. Meneruskan Tanggungjawab Para Nabi

Menjadi seorang pendakwah bermaksud meneruskan tanggungjawab yang telah
ditinggalkan oleh para nabi dan rasul. Justeru, pekerjaan dan amalan tersebut
dipandang mulia oleh agama dan masyarakat.

Antara tugas seorang daie dalam meneruskan tanggungjawab para nabi dan
rasul ialah :

1. menyeru masyarakat kepada Islam dengan mengamal syariahnya.

2. membetulkan akidah masyarakat kepada akidah yang benar.

3. memberi penerangan dan bimbingan tentang ibadah dalam Islam.

4. membentuk dan mendidik akhlak yang mulia dalam kalangan murid.

;4 4Lu1E4 O) ] lOE`q OcO ] W-+:;N- -.- W-O+lg[4-;_-4 = O7-C- W _u4g ;}E`
OEE- +.- _u4g`4 ; E` ;eOEO gO^OU4N 7-U_- _ W-+OOO O) ^ O- W-NOO^ E-^OE
] ~E O4l4N - -)O^- ^@g
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

5
5. menjadikan diri sebagai contoh tauladan dan ikutan.

6. menanamkan nilai-nilai agama dan rasa patuh kepada Allah dan
RasulNya.


Kesinambungan meneruskan tanggungjawab berdakwah bukan saja terletak
di bahu guru dan alim ulama semata-mata, malah ia turut menjadi tanggungjawab
kepada semua warga muslim yang cintakan Allah Taala, Rasulullah s.a.w. dan
agama Islam itu sendiri.




Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda
mengenai persamaan dan perbezaan tanggungjawab para nabi
dan rasul dengan pendakwah. Lakarkan hasil perbincangan
dalam grafik banding beza.
















PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

6
1.1.5. Rukun Dakwah







Rukun Dakwah terbahagi kepada lima iaitu :

i. Daie (Pendakwah)

ii. Madu (Sasaran Dakwah)

iii. Maudhu (Kandungan)

iv. Qawaid (Kaedah)

v. Uslub (Pendekatan)





Rukun
Dakwah
1.
Da'ie
2. Mad'u
3.
Maudhu'
4.
Qawaid
5.
Uslub
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

7
1. Daie bermaksud pendakwah atau orang yang melakukan dakwah.
Antara ciri-cirinya ;

i. Memiliki akidah yang teguh lagi sahih.
ii. Mempunyai akhlak yang terpuji.
iii. Istiqamah dalam amalan.
iv. Mampu dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh ikutan).
v. Berpengetahuan luas tentang ilmu agama dan semasa.
vi. Berkemahiran dalam uslub dakwah.




2. Madu bermaksud sasaran dakwah atau orang yang didakwah dan diajak
ke arah kebaikan seperti murid, rakan, ahli masyarakat dan sebagainya.
Golongan ini perlu kepada bimbingan dan didikan untuk menjadi insan
yang soleh.

3. Maudhu atau madu bihi bermaksud isi kandungan dakwah. Ia adalah
bahan yang cuba disampaikan oleh daie. Ia merupakan bimbingan
mengenali Islam melalui ;

i. Pengenalan asas-asas Islam
ii. Ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
iii. Keistimewaan sistem Islam
iv. Isu-isu semasa



4. Qawaid bermaksud kaedah yang digunakan dalam proses berdakwah. Ia
amat penting untuk dakwah yang berkesan. Ia dilaksanakan melalui 3
strategi iaitu ;


PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

8
a. Melalui lisan ( ). Contoh ;
ceramah dan tazkirah selepas solat zohor, motivasi dan
sebagainya.

b. Melalui penulisan ( ). Contoh ;
risalah yang diedarkan kepada murid.
memberi nasihat dalam blog.
menulis dalam majalah, buku, surat khabar dan sebagainya.

c. Melalui hal/ situasi ( ). Contoh ;
melalui peribadi/ contoh teladan yang baik.
mengadakan usrah.
menganjur program-program kerohanian seperti kempen
solat jemaah, menutup aurat, sambutan hari kebesaran Islam
dan sebagainya.


5. Uslub bermaksud pendekatan, jalan dan cara. Ia penting untuk menarik
perhatian dan minat madu melalui ;

i. berhikmah dan bijaksana
ii. gaya bahasa yang sesuai
iii. dialog dengan bijaksana
iv. kasih sayang
v. prihatin


1.1.6. Keperluan Berdakwah

Dakwah merupakan satu keperluan kepada manusia. Sebagai seorang individu
yang lemah yang sentiasa memerlukan bimbingan dan panduan dalam meneroka
kecemerlangan hidup, manusia sentiasa dahagakan seruan-seruan yang bakal
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

9
membawa diri mereka ke arah kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat.
Antara sebab-sebab yang menjadikan dakwah sebagai suatu keperluan ialah :

i. Amanah Allah.

Manusia sebagai khalifah di muka bumi, diberi akal fikiran sebaik-baik
kejadian. Justeru sebagai duta Allah, seseorang individu itu perlu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran
Islam dengan sebaik-baiknya.


ii. Keadaan masyarakat sekarang.

Situasi masyarakat dewasa kini yang semakin membimbangkan akibat
kegagalan menangani arus globalisasi dunia tanpa sempadan. Akhirnya
pelbagai unsur-unsur negatif dan keruntuhan akhlak seperti permasalahan
sosial, keruntuhan akidah, isu murtad dan pengaruh ajaran sesat yang
berleluasa. Dunia seolah-olah kembali kepada zaman jahiliyah yang
mengikuti hawa nafsu, dorongan syaitan dan cintakan dunia.


iii. Kejahilan manusia.

Jahil bukanlah bermaksud bodoh dari sudut ilmu pengetahuan, tetapi lebih
kepada kebodohan dalam mengenali dan mengakui Tuhan yang Esa.
Manusia yang jahil memandang ilmu agama tidak penting. Mereka
bersikap seolah-olah tiada beza halal dan haram, tidak membaca al-Quran,
menunaikan solat dan sebagainya lagi. Orang yang berilmu turut berada
dalam kejahilan apabila melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak
bermaruah.




PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

10
iv. Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah Taala.

Allah bukan sahaja menurunkan bala kepada orang yang melakukan
maksiat saja tetapi semua manusia termasuk orang alim yang tidak
menasihati atau berdakwah kepada orang yang melakukan maksiat.
Justeru, menjadi tanggungjawab orang yang ada ilmu agama untuk
membela dan menyelamatkan bangsanya daripada kehancuran dan
kemurkaan Allah Taala.


v. Manusia mudah lupa.

Sifat fitrah manusia yang mudah lupa, lalai dan leka dengan keseronokan
duniawi. Lantaran, mereka perlu diingatkan agar tidak sesat ke dalam
hasutan syaitan dan kembali ke pangkal jalan yang benar.


vi. Menjelaskan hikmah di sebalik suruhan dan larangan

Setiap suruhan dan larangan Allah memiliki pelbagai alasan dan hikmah
yang tersendiri. Maka setiap manusia yang berakal waras akan
berkeinginan untuk mengetahui alasan dan hikmah tersebut. Apabila
mengetahui kebenaran yang hakiki, mereka akan lebih mudah menerima
Islam.

Dengan itu, seorang ibu bapa atau guru perlu menjelaskan hikmah dan
kelebihan di sebalik perintah Allah supaya pelajar tidak rasa terpaksa atau
dipaksa melakukannya. Akhirnya mereka akan melakukan sesuatu dengan
ikhlas dan bukannya kerana rasa takut ataupun terpaksa.


vii. Mesej yang sesuai dengan sasaran

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

11
Berkomunikasi mengikut kesesuaian tahap orang yang
mendengar.Kerana itu, mereka perlu menggunakan ayat-ayat yang mudah
difahami. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. sering menggunakan ayat yang
mudah dan ringkas bagi memastikan para sahabat berasa senang dalam
mengamalkan ajaran Islam.


Bincangkan dengan rakan anda mengenai cara-cara
berdakwah yang berkesan. Buat catatan isi-isi penting,
kemudian bentangkan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.






















PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

12

1.2
PERANAN GURU

Pelajar-pelajar sekelian !
Siapakah Guru ?




1.2.1. Guru Sebagai Satu Profesion

Menurut Kamus Dewan, guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Pendidik
bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar didefinisikan sebagai
seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain. Manakala pengasuh merujuk
kepada orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

Sedangkan profesion, profesional dan profesionalisme dianggap
mempunyai hubungkait rapat dengan kemahiran dan kepakaran yang diiktiraf.
Profesion boleh ditakrifkan sebagai kerjaya, manakala professional ialah individu
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

13
yang bekerjaya dan profesionalisme adalah nilai yang menjadi pegangan oleh
seseorang individu dalam menjayakan kerjayanya.

Justeru, timbul persoalan. Adakah profesion perguruan itu merupakan satu
kerjaya yang profesional?

Adakah kerjaya seorang guru itu setaraf dengan kerjaya doktor, penguam
ataupun jurutera ?

Berikut adalah pandangan beberapa orang tokoh yang melihat kerjaya guru
sebagai satu profesion :

1. Cormin (1965), Havighurst dan Levine (1979), Howsam et al.(1976)
beranggapan bahawa kerjaya pendidik layak diiktiraf sebagai professional.

2. Amital Etzioni (1969) meletakkan kerjaya guru sebagai separa
professional.

3. Awang Had Salleh (1980) berpendapat bahawa guru lebih mirip kepada
pekerjaan daripada profesion.

4. Pratte et al.(1993) menggariskan 4 kriteria yang perlu wujud sebagai
profesion iaitu gaji, status sosial, berautonomi dan mempunyai kuasa
autoritatif.

Rumusannya, kerjaya guru bolehlah dianggap sebagai profesion yang
profesional apabila mengambil kira tahap perkembangan masa kini yang semakin
mencabar dan kerjaya guru yang lebih bersistematik. Di Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Tatasusila Profesion Keguruan
sebagai garis panduan kepada setiap guru dalam menjaga imej mereka selaku
kakitangan awam.



PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

14
1.2.2. Persediaan Sebagai Seorang Guru

Seseorang yang ingin menjadi guru perlu membuat persedian dan melengkap diri
terlebih dahulu agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang.
Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang bakal guru adalah :

1. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu-ilmu semasa.
Bakal guru perlu melengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
Bukan sekadar ilmu mata pelajaran yang akan diajar, malah juga
ilmu-ilmu lain dan ilmu-ilmu semasa. Contoh :
i. Menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
ii. Ilmu tentang mata pelajaran yang diajar
iii. Perkembangan isu-isu semasa sama ada dalam dan luar
negara
iv. Membudaya ilmu dengan cara banyak membaca dan
membuat kajian atau penyelidikan.

2. Mengukuhkan keimanan dalam diri. Seorang bakal guru juga perlu
mengukuhkan keimana dalam diri mereka melalui :
i. Memiliki akidah yang sahih
ii. Memelihara dan menjaga iman daripada perkara yang
membatalkan iman
iii. Menambah keimanan setiap masa

3. Mengamalkan amar maruf nahi munkar. Sebagai seorang muslim
sejati, seorang guru perlulah sentiasa peka dan menjadi agen
penggerak kepada masyarakat. Mereka sewajarnya menerapkan
amalan Islam melalui pelaksanaan suruhan Allah dan menjauhi
segala larangannya dengan cara berikut :
i. Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup (way of life)
ii. Melaksanakan amalan wajib dan sunat
iii. Menjauhkan diri daripada perkara haram
iv. Meninggalkan perkara makruh dan syubhah
v. Istiqamah dalam melakukan ibadah
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

15

4. Melengkapkan diri dengan asas kemahiran terkini. Seorang guru
yang hebat akan sentiasa meneroka ilmu pengetahuan dan
menyiapkan diri dengan perkembangan arus semasa yang
berkembang dengan pesat. Justeru, mereka perlu menyiapkan diri
dengan pelbagai kemahiran terkini seperti :
i. Menguasai kemahiran asas-asas Islam seperti al-Quran, jawi,
bahasa Arab dan sebagainya.
ii. Kemahiran kepimpinan masyarakat
iii. Kemahiran komunikasi dan bersosial (inter & intrapersonal)
iv. Menguasai pelbagai bahasa (B.Arab, Inggeris, Cina, Tamil)
v. Kemahiran ICT (internet, PPT, dll)

Melalui persediaan yang telah dibuat, maka seseorang guru akan dapat
memainkan peranannya dengan sebaik mungkin u tuk membimbing warga pelajar
ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.


1.2.3. Sifat Guru




PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

16
Menurut Abdul Halim al-Muhammadi, sifat wajib bagi guru adalah seperti berikut :

1. Zuhud dalam kerjaya. Melaksanakan amanah dengan niat mencari
keredhaan Allah dan bukannya kerana mengharapkan balasan kebendaan.

2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan jiwa. Membersihkan diri dengan
penampilan diri yang kemas. Manakala membersihkan jiwa daripada
kekotoran seperti riak, hasad dan dengki.

3. Menjaga kehebatan dan penghormatan diri seperti menjaga peribadi,
bersifat rendah diri dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh
menjatuhkan maruah sama ada dalam bentuk pemakaian, percakapan
serta perbuatan.

4. Bertindak sebagai ibu atau bapa kepada murid dengan mengasihi mereka
seperti anak sendiri, menyelidiki dan mengetahui latar belakang murid
serta melayan murid dengan baik dan adil.

5. Memahami tabiat murid melalui mengetahui taraf, latar belakang dan
kemampuan murid serta menyesuaikan kemampuan murid dengan kaedah
dan bahan bantu mengajar.

Manakala menurut Imam al-Ghazali, ciri-ciri guru yang efektif ialah ;

1. rasa simpati kepada murid dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
2. mengikut tingkah laku dan sunnah Rasulullah saw.
3. tidak mengharapkan ganjaran
4. memberi nasihat dengan lemah lembut dan bukannya memarahi
5. tidak merendahkan disiplin ilmu di hadapan murid
6. menyediakan bahan pengajaran yang mudaah difahami dan sesuai
dengan tahap murid.



PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

17
1.2.4. Peranan Guru

Guru berperanan sebagai muallim, mudarris, muaddib, mursyid dan murabbi
kepada para pelajar dan ahli masyarakat sekitarnya.

1. Guru sebagai Muallim. Sebagai seorang muallim, setiap guru
hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid secara
berkesan.

Mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang benar dan
menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan melalui
proses yang berperingkat-peringkat.

Berikut adalah ciri-ciri muallim :
i. Memiliki niat yang ikhlas.
ii. Bermatlamatkan untuk menyelamatkan murid daripada azab
neraka dan mendekatkan mereka kepada Allah.
iii. Mengetahui dasar-dasar dan asas-asas pendidikan dalam
negara.
iv. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
v. Dapat memotivasikan murid.
vi. Memiliki kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan.
vii. Memberi perhatian kepada semua pelajar khususnya yang
lemah.
viii. Mengamalkan apa yang diajar.
ix. Berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
x. Meningkatkan kemahiran ikhtisas dengan menghadiri kursus dan
seminar dari masa ke semasa.
xi. Mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.
xii. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas dan tepat.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

18
2. Guru sebagai Mudarris. Sebagai mudarris, seorang guru sewajarnya
dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan kondusif.

Berikut adalah ciri-ciri mudarris :
i. Zuhud; mengajar bukan untuk ganjaran.
ii. Medapat keredhaan Allah
iii. Bersih jiwa daripada sifat riak, pemarah dan ujub.
iv. Menjaga kebersihan diri dan pakaian.
v. Berkeperibadian mulia.
vi. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
vii. Rendah diri
viii. Pandai menjaga diri

3. Guru sebagai Muaddib. Sebagai muaddib, guru bertanggungjawab
mendidik dan membentuk akhlak dan tingkah laku murid. Mereka
juga perlu menimbulkan semangat dan minat murid dalam
megamalkan ajaran Islam sehingga menjadi kebiasaan.

Contoh :
i. Solat berjemaah, berpuasa, rajin belajar, menjaga
kebersihan.
ii. Melahirkan minat pelajar melalui program-program seperti
tilawah, azan, nasyid.
iii. Mengajar adab dan budi pekerti.
iv. Proses mendisiplinkan murid melalui pendekatan kerohanian
dan jasmani.
v. Melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat.
vi. Melibatkan penguasaan ilmu pengetahuandan perubahan
sahsiah dengan tujuan untuk mencapai akhlak mulia.

Berikut adalah ciri-ciri muaddib :
i. Perlu menjadi contoh teladan yang baik.
ii. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

19
iii. Menyematkan kepercayaan yang benar dalam diri murid.
iv. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai kepentingan
ibadah.
v. Menaikkan semangat murid.
vi. Menimbulkan minat murid untuk mengamalkan ajaran Islam.

4. Guru sebagai Mursyid. Sebagai mursyid, mereka perlu memberi
dorongan dan motivasi kepada murid dengan cara memberi
petunjuk dan membentuk kepimpinan insan. Guru juga perlu
bersedia menjadi seorang penasihat yang baik serta menjadi
pengajar, penasihat dan pendorong.

Mereka hendaklah membantu murid untuk berkembang dan
mencapai kecemerlangan diri. Malah sebagai mentor kepada murid
mereka menjadi rujukan dalam perkara yang berkaitan dengan
permasalahan agama kepada rakan sejawat, murid-murid dan
masyarakat.

Berikut adalah ciri-ciri mursyid :
i. bersifat ikhlas, penyayang dan murah hati.
ii. mengambil berat dan seorang pendengar yang baik.
iii. sentiasa menerima tugas dan bertanggungjawab.

5. Guru sebagai Murabbi. Sebagai murabbi, seseorang guru akan
mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid. Mereka bertindak
untuk mendidik pelajar dengan cara mencurahkan kasih sayang,
memelihara, mendidik, mengembangkan, dan menyuburkan
pendidikan jiwa pelajar. Proses mendidik dan membentuk akhlak
murid sehingga wujud kasih sayang dan saling mempercayai.

Berikut adalah ciri-ciri murabbi :
i. Menyayangi murid seperti anak sendiri.
ii. Memberi nasihat dalam pengajaran dan tingkah laku murid.
iii. Menjaga disiplin muridnya.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

20
iv. Mengguna pendekatan menegur secara baik.
v. Menggalakkan perlakuan maruf secarakasih sayang.
vi. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid.
vii. Adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang.
viii. Merahsiakan maklumat sulit murid.
ix. Membimbing murid melalui cara berpakaian, pertuturan, tingkah
laku dan contoh teladan.




1.2.5. Tanggungjawab Guru

Tanggungjawab guru amat berat untuk dipikul dan dilaksanakan. Tanggungjawab
tersebut tidak tertumpu kepada pihak sekolah dan murid semata-mata. Malah
mereka juga bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Antara tanggungjawab guru di sekolah ialah :

i. Guru sebagai pemimpin sekolah, panitia, kelab dan murid.
ii. Guru sebagai pengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
iii. Guru sebagai contoh teladan yang terbaik kepada murid.


Tanggungjawab guru kepada murid ialah :

i. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada yang lain.
ii. Bersikap adil kepada semua murid tanoa mengira bangsa, agama dan
sebagainya.

Jelaskan perbezaan antara muallim, murabbi, mudarris, mursyid
dan muaddib. Bincangkan !
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

21
iii. Penampilan imej yang baik melalui pertuturan, berpakaian, tungkah laku
dan pergaulan.
iv. Sentiasa meningkatkan profesionalisme pernguruan.


Tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara ialah :

i. Menyebarkan ilmu yang benar.
ii. Membimbing murid menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna.
iii. Menghormati masyarakat dan tempat berkhidmat.
iv. Berkerjasama dan menjaga tingkahlaku dalam kehidupan seharian.



















Fikirkan tanggungjawab Guru Pendidikan Islam kepada pelajar,
masyarakat dan negara. Bincangkan !
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

22

1.3
TEKNIK DAN KESAN

Pelajar-pelajar sekelian !

Bagaimanakah ANDA berdakwah di sekolah ?


1.3.1. Bentuk Dakwah di Sekolah

Dakwah di sekolah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah :

i. Penulisan dan risalah
ii. Ceramah dan tazkirah
iii. Contoh teladan
iv. Usrah
v. Program keagamaan seperti hari kebesaran Islam, festival nasyid
dan sebagainya


1.3.2. Teknik Dakwah di Sekolah

Teknik berdakwah di sekolah memerlukan perancangan dan strategi yang amat
teliti bagi menjamin kejayaan dan kecemerlangan diri pelajar. Antara teknik
berdakwah di sekolah ialah :

i. Penjelasan yang nyata dan jelas.
Teknik berdakwah yang berkesan amat mementingkan penjelasan
yang tepat dan benar terhadap sesuatu perkara. Teknik ini bertujuan
untuk memudahkan dan memberi kefahaman kepada orang lain.

Sebagai seorang guru, kita tidak boleh membiarkan anak murid
didedahkan dengan sesuatu tanpa penjelasan kerana ditakuti akan
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

23
terpesong dan salah tafsiran. Rasulullah s.a.w. akan menjelaskan
sesuatu dengan terperinci berdasarkan firman Allah di dalam al-
Quran melalui hadith Baginda s.a.w.

ii. Berperingkat-peringkat.
Dakwah di sekolah hendaklah dijalankan secara berperingkat-
peringkat. Ini akan memudahkan penerimaan madu (murid) kerana
perubahan memerlukan masa. Perubahan secara drastik akan
mengejutkan dan membebankan pelajar. Ini sejajar dengan ajaran
Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para
sahabat secara berperingkat dan bukannya sekaligus.

iii. Mudah.
Islam itu mudah dan fleksible. Guru perlu mendidik pelajar dengan
pendekatan yang memudahkan dan bukannya terlalu rigid terhadap
sesuatu perkara. Sebagai contoh ; Tuntutan solat ; bagi yang tidak
mampu berdiri, perlu solat secara duduk, jika tidak mampu, secara
berbaring, mengiring dan isyarat mata.

iv. Lemah lembut, berhikmah dan bijaksana
Dakwah juga hendaklah disampaikan secara lemah lembut,
berhikmah dan bijaksana. Ini kerana menjadi fitrah manusia lebih
mudah menerima teguran secara berhikmah dan bukannya secara
kekerasan dan kasar.


1.3.3. Kesan Dakwah

1. Individu (murid).

Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :

a. menjadi perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur
kehaiwanan yang semulajadi wujud dalam diri manusia.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

24
b. menjadikan manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang
mulia.
c. berjaya membentuk akhlak terpuji murid.

2. Masyarakat

Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :

a. melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara-cara hidup
Islam.
b. membina khairu ummah
c. mewujudkan muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya
dan teguh akhlaknya.
d. menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan
bertaqwa.
e. masyarakat yang penuh dan mengabdikan diri kepada Allah,
berkasih sayang, bekerjasama dan bertanggungjawab.
f. memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan bernegara.



Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan berdakwah di
sekolah melalui sesi mentor-mentee. Bincangkan kepentingan dan
permasalahan yang mungkin akan berlaku.


Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran
tajuk ini dengan jayanya!
.

Terima Kasih
~ @r@~

Anda mungkin juga menyukai