Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH

34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,


PERAK DARUL RIDZUAN.

MINIT CURAI
KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP SEJARAH TAHUN 4 2013
DAERAH KERIAN

TARIKH
TEMPAT
MATA PELAJARAN
DARI
KEPADA
1.0

: 4 7 SEPTEMBER 2013
: DEWAN MALINJA, SK WAWASAN, PARIT BUNTAR
: SEJARAH
: CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER
: GURU BESAR/ PK 1 / GURU PANITIA

KSSR SEJARAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi
menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dihasilkan untuk membantu
guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman
terhadap matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dapat membantu
guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat
direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran.

Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah ialah menyemai ilmu
pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat
patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui
pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan
sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat
perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri
mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas
tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

2.0

MATA PELAJARAN SEJARAH

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai
kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh
dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.
Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sejarah adalah selama dua masa iaitu satu jam
seminggu. Mata pelajaran ini digalakkan diasingkan kepada 30 minit pada hari yang
berlainan kerana dikhuatiri guru tidak langsung bertemu dengan murid pada minggu tersebut
jika satu jam diajar pada hari yang sama terutama jika guru terlibat dengan mesyuarat atau
taklimat.
Sejarah boleh diertikan sebagai masa lalu itu sendiri umumnya dan sejarah adalah catatan
masa lalu serta catatan tentang tindak tanduk manusia khususnya. Maka guru diminta
mengajar murid secara kronologi dan konversi masa. Guru boleh mempelbagaikan kaedah
pengajaran untuk menarik minat murid.
Pengajaran dan pentaksiran guru berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) serta bahan sokongan seperti buku teks, Buku Panduan Pengajaran, Buku Panduan
Kreativiti dan Buku Panduan EMK.

Perbezaan mata pelajaran Tahap I dan Tahap II boleh dirumuskan seperti dalam jadual di
bawah:-

TAHAP I
TAHAP II
Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum(DSK) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Prestasi (DSP)
Pentaksiran murid berdasarkan Band 1 Pentaksiran

murid

berdasarkan

Tahap

hingga Band 6.
Penguasaan 1 hingga Tahap Penguasaan 6.
Guru perlu memasukkan pencapaian band Guru tidak perlu memasukkan pencapaian
murid dalam sistem online SPPBS.

band murid dalam sistem online SPPBS.


Guru hanya memasukkan tahap penguasaan
murid

dalam

sistem

secara

offline

menggunakan tapak Excel.


Sistem fail terdiri daripada Fail Guru, Fail Tiada sistem fail diwujudkan. Fail murid
Murid dan Fail Showcase diwujudkan.

Tahap I tidak dibawa ke Tahap II. Namun


jika pihak sekolah masih memerlukan
sistem fail peringkat sekolah diwujudkan
untuk memudahkan pengurusan secara

sistematik ia tidak menjadi satu kesalahan.


Evidens murid dijalankan dan disimpan Tiada evidens dijalankan dan diganti
sebagai bahan bukti untuk penilaian.

dengan lembaran kerja untuk penilaian


secara berterusan sepanjang masa. Guru
juga boleh menjadikan lembaran kerja
sebagai ujian formatif dan sumatif.

3.0

KAJIAN KES

Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan.
Kajian kes boleh dijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakan kurikulum mata
pelajaran Sejarah. Salah satu pedagogi penting yang dapat dilaksanakan dalam
menjalankan kajian kes ialah kemahiran inkuiri. Kajian kes dapat meningkatkan
kebolehan murid untuk mengenal pasti permasalahan, merancang, mengolah isi dan
memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat
menggalakkan penglibatan murid, di samping memupuk kemahiran penyelesaian masalah
dan sikap ingin tahu.
Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkah
berikut:
i.

Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa
persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul,di samping memberikan
pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat mengenal pasti inti pati cerita atau
peristiwa yang hendak dikaji.

ii.

Memahami persoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang terkandung


dalam kurikulum Sejarah.

iii.

Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah berkaitan cerita atau peristiwa


tentang perkara yang hendak diselesaikan.

iv.

Mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara menganalisis, menaakul


dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut.

v.

Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada


maklumat yang telah dianalisis.

Kajian kes perlu dibuat secara individu atau kumpulan tidak lebih daripada tiga orang.
Guru boleh memilih mana-mana standard kandungan dalam mata pelajaran Sejarah
Tahun 4 untuk dijadikan kajian kes. Kajian kes mestilah meliputi pernyataan masalah,
kajian literature, objektif kajian, rujukan sumber, analisis kajian dan laporan kajian.
Laporan kajian perlu mengandungi tajuk, pendahuluan, perbincangan, kesimpulan dan
rujukan. Penghasilan laporan adalah sebnyak 1-5 halaman. Jika murid memberi lebih

muka surat ia tidak menjadi satu kesalahan. Persembahan laporan boleh dibuat
menggunakan kaedah bertulis, lisan atau perbentangan. Penggunaan TMK digalakkan.
Satu tahun sekurang-kurangnya satu kajian kes dihasilkan oleh murid.

4.0

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Penilaian dibuat secara langsung atau tidak langsung serta berterusan sepanjang tahun.
Bentuk pentaksiran adalah seperti pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku
skrap dan folio, demostrasi, simulasi, kuiz serta ujian bertulis.
Pentafsiran dibuat menggunakan tapak Excel yang telah disediakan. Penerangan lanjut
tentang tafsiran tahap penguasaan murid dijelaskan dalam DSKP mata pelajaran Sejarah.
Lembaran kerja murid perlu disediakan oleh guru mata pelajaran tersebut.

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Guru perlu menulis rancangan pengajaran berdasarkan format yang berikut:Tajuk


Fokus

: Mari Belajar Sejarah


: SK : 1.2 SP 1.2.1, 1.2.2, K1.2.7

Objektif

: Murid dapat
i. menyatakan biodata diri
ii. Mengenal pasti salasilah keluarga
:

Langkah
i.
ii.
iii.
iv.

Guru menayangkan video dan bersoal jawab dengan murid


Guru menunjukkan biodata dan carta keluarga
Murid membuat biodata diri dan salasilah keluarga masing-masing.
Murid melengkapkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.

Emk

: Nilai : Menyayangi diri dan keluarga, bersyukur.


: KPS : Elemen asas sejarah
: EMK : TMK

BBM

: Video, Carta, Lembaran kerja

Refleksi

: 23 /26 orang murid mencapai objektif pengajaran. Selebihnya


guru memberi bimbingan dan latihan pemulihan.

6.0

PENUTUP

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke


peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai
satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara
Malaysia. Semoga guru mata pelajaran Sejarah pada tahun hadapan maklum dan bersedia
memikul tanggung jawab dan amanah ini.

Disediakan oleh;

(CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER)


PESERTA KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP
SEJARAH 2013
Disahkan oleh:

(NORDIN BIN SHAAFIE)


GURU BESAR
SK SAMA GAGAH

Anda mungkin juga menyukai