Anda di halaman 1dari 30

HBEF 3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI

810710135562001

NO. KAD PENGNEALAN

810710-13-5562

NO. TELEFON

013-7820148

E-MEL

ratna5562@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

HBEF3503

HBEF3503

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH
1.0. MUQADIMAH
Istilah Pendidikan Inklusif telahpun bermula pada tahun 1990.

Pendidikan

Inklusif adalah dasar pembelajaran sama rata kepada semua pelajar termasuklah pelajar
yang mempunyai masalah pembelajaran.

Hal ini demikian agar pelajar yang

berkeperluan khas dapat menikmati pembelajaran yang sama di sekolah biasa bersama
dengan rakan-rakan seusia mereka. Dengan ini mereka juga dapat bergaul dan mengikuti
cara hidup seperti pelajar normal yang lain.
Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang
melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang
lain. Namun begitu bantuan yang sesuai akan diberikan bagi membolehkan mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Abraham, Morris
and Wald 1993 pula berpendapat one in which children with and without disabilities
learn and play together.

Menurut Sapon-Shevin dalan ONeil 1994, Pendidikan

Inklusif adalah sistem layanan pendidikan yang mensyaratkan anak berkeperluan khas
belajar di sekolah-sekolah terdekat di kelas biasa bersama teman-teman seusianya.
i.
2.0. LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah
bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan Inklusif menitikberatkan hak pelajar
untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan
pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memudahkan
3

HBEF3503

guru-guru mata pelajaran, guru pendidikan khas akan memberi bantuan dan sokongan
apabila diperlukan. Segaris dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan
pembelajaran seimbang kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
( JERIS ).
Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme,
Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan
sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas
yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti
pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih
berkesan.
3.0. RASIONAL
Pendidikan insklusif merupakan satu faktor utama dalam usaha meningkatkan
intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua
pelajar. Program insklusif akan dapat memastikan:
i.

Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

ii.

Peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

iii.

Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

iv.

Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

v.

Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

vi.

Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa


dengan kanak-kanak lain.

4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)


Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1.

Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal

di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan

HBEF3503

khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan
dan keperluan yang berbeza.
2.

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersamasama pelajar normal.
3.

Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-

awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam
komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari
dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.
4.

Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran

tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka


mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka
boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
5.

Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam

pelajaran serta kerjaya yang dibina.


5.0. OBJEKTIF PENUBUHAN
1.

Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan


pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran
perdana.

2.

Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada
mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam
konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role
model ).

3.

Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan


murid di aliran perdana.

4.

Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka


5

HBEF3503

menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka.


Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5.

Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6.

Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi


masyarakat.

7.

Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan


khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

6.0. SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan
berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana. Selain
telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid
berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak
mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru
mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga murid-murid tersebut telah
mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk
mengikuti program ini.
NAMA MURID SASARAN :
NAMA

: NOR HANA BT. ABDUL KADIR

NAMA AYAH

: ABDUL KADIR BIN LAU

ALAMAT

: LOT 3321-L, KAMPUNG PERTANIAN,


81750 MASAI, JOHOR.

KAUM

: KADAZAN

NO. KAD PEN.

: 041028-01-0966

NO. SIJIL LAHIR

: BH 57295

TARIKH LAHIR

: 20 OKTOBER 2013
6

HBEF3503

7.0. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF


Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan
Pendidikan Inklusif di sekolah ini.
SebelumProgram
1.

Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .

2.

Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat


pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian
diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.

3.

Mengumpul , menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan


mengikuti Program Inklusif.

4.

Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru


Pendidikan Khas dan PPM .

5.

Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan


pentadbir
dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. Setiap guru telah mendapat taklimat
yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar muridmurid Pendidikan Khas tersebut.

6.

Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dipanggil
untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti
membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas
biasa.

7.

Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.

8.

Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata


pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.

9.

Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

10.

Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga
sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah
7

HBEF3503

diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan
kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif
dijalankan.
11.

Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 3
Aman .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di
buat ke atas kelas yang dipilih. Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM
bertindak sebagai mentor kepada mereka.

12.

Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam


satu-satu kelas . Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau
papan tulis dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan
sebaliknya.

14.

Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

15.

Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang


bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu
di kelas PPKI8.

Semasa Program
1.

Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.

2.

Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru


yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

3.

Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan
murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri
dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan
Bercerita, Pertandingan Koir antara kelas, sukaneka dan sebagainya.

4.

Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan. Ini juga
menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.

5.

Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain
dan diberikan tugasan yang sama . Murid khas yang tiada masalah akan terus
melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. Ini
membuktikan murid khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru
pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan
8

HBEF3503

kepada guru khas sekiranya diperlukan.


7.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid-murid ini sudah boleh


berkomunikasi
dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi
biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga
sebaliknya. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar
sekolah.

8.

Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan


impak positif kepada pembelajaran murid khas.

Selepas Program
1.

Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian


akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.

2.

Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara


berperingkat-peringkat.

3.

Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.

4.

Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau


penjaga.

5.

Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit


Pendidikan Khas , Jabatan Pendidikan Negeri dan Salinan kepada Pejabat
Pelajaran Daerah.

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN


KERAJAAN
Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara
bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang
diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi
kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan
9

HBEF3503

Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar
tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi
cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan
inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana
merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan
keperluan sosial.
8.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi
Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk
setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta
Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah
untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk
belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah
suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas
juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa
pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang
komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip
Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk
sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang
lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi
pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala
10

HBEF3503

aspek lain.
8.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia
seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi
gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa
panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di
Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu
termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan
untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan
dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif
juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif
menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.
8.3. Keperluan Sosial

11

HBEF3503

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan


kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan
di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak
tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap
prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan
Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk
menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif
berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan
sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang
akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus
perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar
bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri
serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

12

HBEF3503

9.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN


BUKAN KERAJAAN
Setakat ini perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,
pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan
sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),
ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas
tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu
serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai
pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan
yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan

Kanak-kanak

Spastik

(Spastic

Childrens

Assocation)

yang

menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16
tahun.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan

Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi

kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak diantara umur
6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang

komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanakkanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk
kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

13

HBEF3503

10.0. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan

khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la


diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan
Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara
yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah
pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan
kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti
murid biasa.
Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil
peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti
kurikulum alternatif.
Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran
Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis
dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

14

HBEF3503

Program Pendidikan Pemulihan Khas:

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu

(PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan


3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi
kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan system

pengasingan sementara.
Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan

Khas)

berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah

Pendidikan Khas)

berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah)

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif


Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun
mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Artikel 28 Akta Orang Kurang
Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan
sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.
Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian
komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan
inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian
akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1
memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan
tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani
15

HBEF3503

pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang
3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam
melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi
seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special
Education (SEAMEO-SEN).
Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada.
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas
yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk
berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam
program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula
digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari
kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial.
Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi
mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam
opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha
meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional
seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas,
meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah
pendidikan

khas,

meningkatkan

pusat

khidmat

kemudahan

pendidikan

khas,

menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul
latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada
pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan
murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15%
daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015.
Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan
inklusif.
Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif.
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan
mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh.
16

HBEF3503

Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan
khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan
berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar
dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif.
Semasa Gelombang ini, KPM akan bekerjasama dengan organisasi lain seperti NGO,
organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi
sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan
dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama
untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan
terapi.
Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.
Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah
dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan
pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses
kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan
khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

17

HBEF3503
11.0.

PERCALONAN

Hanya kanak-kanak yang boleh diajar, belajar dan berpotensi untuk belajar layak
mengikuti program ini. Ibu bapa juga diberi peluang untuk menilai program ini dan
menentukan sama ada ingin melibatkan diri dalam program ini atau sebaliknya. Bagi ibu
bapa yang ingin menempatkan anak masing-masing dalam program ini harus bersetuju
bahawa anak mereka akan melalui beberapa peringkat penapisan sebelum disahkan layak.
Selain itu juga, persetujuan daripada semua pihak seperti ibu bapa, golongan
professional, guru besar, guru kelas dan murid itu sendiri serta staf di sekolah amat
penting sebelum penempatan boleh dilakukan.
12.0. KEPERLUAN LOGISTIK
Guru Pakar dan Berkemahiran Pendidikan Inklusif
Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang
tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini
kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan
perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.
Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar
dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat
dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam
mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami
kemurungan.
Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota
dalam Kosmo terbitan 2008, beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan
diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanakkanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan baik. Pendapat ini disokong
oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan
dengan kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.
Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik
murid-murid berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid18

HBEF3503

murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi
menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan
mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang
tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru
itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk
menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny
Chin (Utusan Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid
pendidikan khas perlu pendekatan kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran
tersendiri.
Jika guru disiplin perlukan sifat yang tegas, guru pendidikan khas pula perlukan
sifat pandai memujuk murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif.
Murid seperti ini tidak boleh dimarahi kerana mereka akan menjadi lebih agresif.
Disinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran yang tinggi. Layanan yang
diberikan kepada pelajar ini perlulah dengan penuh berhemah. Sebagai contoh, Cikgu
Alizah Abdul Malek telah mengalami situasi murid telah memanjat pokok dan pujukan
diperlukan untuk murid tersebut turun dengan selamat. (Utusan Online, 2011)
Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam
mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh
berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai
perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan
sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan
perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga
menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya
usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan
masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya
permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita Harian, 2011)
Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu
yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu
19

HBEF3503

yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan
mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja
melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian
dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu
yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi
muird-murid.
Teknik, Kaedah Pengajaran serta Bahan Bantu Mengajar
Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen
(1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan
kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas
itu.Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk
murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi attitud atau
intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi
mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.
Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan
sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping
mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan
mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat
menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran
dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan
pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling
berkesan dalam pembelajaran.
Analisis dapatan kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang berkenaan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas
Pemulihan menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi iaitu 3.60 dan peratus sebanyak
60% bersetuju dan 20% amat bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu
20

HBEF3503

mengajar membolehkan pengajaran. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd


Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang
dilibatkan

semakin

banyak

pengalaman

pembelajaran

yang

diperolehi

bagi

mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan


bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja
dalam menyampaikan pengajarannyaterutama sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan
dalam menguasai kemahiran asas bacaan.
Namun demikian, wujudnya permasalahan berkaitan dengan bahan pengajaran
untuk guru-guru Pendidikan Khas ini. Mereka bemasalah untuk membina alat bantu
mengajar dengan menggunakan kreativiti sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkara ini
mungkin disebabkan kebanyakkan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang
cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, serta
kurangnya alat bantu mengajar yang disediakan oleh pihak lain. Situasi ini disokong
melalui kajian Charlie Anak Ungang yang mendapati bahawa 60% daripada responden
menyatakan bahawa kelengkapan bahan bantu mengajar di sekolah tidak lengkap.
Keadaan sebegini menurut Koh Boh Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru
pemulihan yang akan membawa kesan yang negatif kepada pelaksanaan program
pemulihan di sekolah.
13.0. SOKONGAN
Sokongan Pentadbir Sekolah
Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar kepada guruguru dan murid-murid masalah pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik
sangat penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum
demikian kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang
dalam pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negatif
melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu
menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid

21

HBEF3503

yang boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak
memberi makna dalam kepimpinan mereka.
Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai
program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa menyebarkan
maklumat melalui seminar dan mesyuarat di peringkat daerah dan negeri. Namun begitu
masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan
negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup meminta guru
Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan menggantikan guru yang tidak hadir di
kelas aliran perdana. Anggapan bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting
kerana bilangan mereka sedikit dalam satu kelas jika dibandingkan dengan aliran
perdana.
Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan kewangan
Pendidikan Khas. Kemudahan kemudahan yang sepatutnya diutamakan dalam kelas
Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak pengurusan menggunakan peruntukan
tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya
wang yang diperolehi tidak digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagai-bagai aktiviti
dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan Pendidikan Khas.
Murid-murid Pendidikan Khas yang terencat akal ini tidak perlu berbelanja banyak
kerana ianya tidak mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah.
Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua kepada program
inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target seperti yang diharapkan
sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam. Kebanyakan
mereka sukar menerima hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang lebih baik daripada
murid aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas yang
boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi sekolah akan jatuh hanya
semata murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi
sekolah tidaklah cemerlang mana pun.

22

HBEF3503

Sokongan Pihak Ibu Bapa


Penglibatan ibu bapa dalam menentukan penempatan anaknya ke dalam kelas
inklusif merupakan peringkat permulaan seseorang murid dimasukkan ke dalam program
pendidikan inklusif. Ibu bapa diberi peluang menilai, menentu serta melibatkan diri
dalam semua perancangan program pendidikan inklusif. Golongan murid istimewa yang
diserapkan ke dalam program pendidikan inklusif, perlu melalui pelbagai peringkat
penapisan sebelum disahkan layak. Golongan murid yang tidak mencapai kelayakan tidak
akan diterima masuk dalam program ini. Hanya kanak-kanak yang boleh diajar, belajar
dan berpotensi belajar dipertimbangkan mengikut program ini. Persetujuan daripada
pelbagai pihak seperti ibu bapa, golongan profesional, guru besar, guru kelas dan murid
itu sendiri serta staf di sekolah amat penting sebelum penempatan boleh dilakukan.

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam
pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah
mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak
kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka
mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu,
adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak
mereka.
Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas
diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak
sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka.
Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru
yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak
begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling
rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan
ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam
perkembangan anak mereka.

23

HBEF3503

Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan
khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja
tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan
datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves
(1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak
sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut:
Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa
Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia
mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya.
Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan
berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu,
pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang
dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya
penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan
sebagainya)
1. Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa
Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila
mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti
guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka
mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan
yang teratur. Contohnya:
Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?
Ini bukan salah anda
Anak anda berkemampuan untuk lebih maju
Mendengar apa yang dikatakan oleh Ibu Bapa
Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia
perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini,
dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.
24

HBEF3503

2. Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa


Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa
perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa
guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.
3. Meyakinkan Ibu Bapa
Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak
mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat
yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan
kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk
kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa
hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang
keluarga.
Sokongan pihak PIBG
Pihak PIBG juga berperanan penting dalam member sokongan padu pada program
ini.

Hal ini kerana, PIBG merupakan sebuah pertubuhan yang menjadi perantaraan

antara pihak sekolah dan ibu bapa. Sebarang program yang memberi manfaat kepada ibu
bapa harus disambut baik dan diwar-warkan kepada pihak yang terlibat.

25

HBEF3503

14. SENARIO TERKINI


Pendedahan luar.
Beberapa kajian menunjukkan pelajar bermasalah pembelajaran dan berkeperluan
khas ini kurang mendapat perhatian daripada guru-guru selain daripada guru pendidikan
khas. Guru besar beranggapan bahawa tugas seorang guru pendidikan khas mudah dan
ringan sehingga ada guru pendidikan khas yang diberikan tugas sampingan seperti guru
perpustakaan, guru media dan sebagainya. Dengan adanya program seperti ini, guru-guru
serta staf di sekolah akan mendapat pendedahan luar yang sewajarnya agar mereka akan
dapat menerima dan memberi sokongan yang sewajarnya kepada program-program
peningkatan pembelajaran seumpama ini.
Boleh terima pendidikan inklusif
Bagi mencapai objektif dan membantu golongan berkeperluan khas ini, semua pihak
harus memahami dan menyedari akan kepentingan program pendidikan inklusif diadakan
di sekolah. Lazimnya, ibu bapa yang kurang berpendidikan tidak memahami akan
kepentingan program ini kepada anak mereka. Sebagai warga pendidikan dan kakitangan
sekolah, sewajarnya turut membantu ke arah perkembangan intelek kepada semua pelajar
tanpa mengira masalah yang dihadapi oleh mereka. Sehubungan dengan itu beberapa
cadangan dirasakan perlu dalam memastikan pendidikan inklusif di sekolah boleh
diterima oleh semua pihak. Antaranya :
i.

Memaklumkan kepada semua guru dan staf sokongan maklumat pendidikan


khas.

ii.

Memasukkan perbincangan tentang pendidikan inklusif

ke dalam agenda

tiap-tiap mesyuarat.
iii.

Menggalakkan guru kelas biasa melibatkan diri dalam pendidikan inklusif di


sekolah. Setidak-tidaknya melawat ke kelas-kelas yang mengikuti program
pendidikan onklusif bagi mendekatkan diri kepada pelajar pendidikan khas..

26

HBEF3503

iv.

Menjalankan latihan in house training dalam pendidikan inklusif. Ini akan


memberikan keyakinan kepada guru-guru sekiranya diminta untuk menjadi
guru ganti.

v.

Menghantar guru-guru pendidikan khas mengikuti kursus dalam perkhidmatan


pendidikan khas bagi memantapkan lagi kecekapan guru pendidikan khas
apabila diminta membuat in house training.

15.0. KESIMPULAN
Sikap adalah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan
seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari di mana sikap mempunyai
hubungan yang rapat dengan responsibility pelajar itu sendiri untuk memahami dan
menyelesaikan tugasan dan aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap
wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang disekelilingya ( Rahil,
Abd. Majid dan Zaidatul Akmar, 1998 ). Sikap kemungkinan besar mempengaruhi
pencapaian seseorang dan adalah pengaruh penting terhadap tingkah laku. Berdasarkan
penyelidikan oleh seorang pendidik Sharifah Alwiyah Alsagoff ( 1983 ), sikap adalah
keadaan di mana seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tidak balas secara
positif dan negative terhadap individu lain. Dengan itu adalah amat penting sebagai
seorang pendidik, sewajarnya kita haruslah memahami akan tingkahlaku pelajar dan
berusaha mendorong mereka ke arah pendidikan yang lebih baik walaupun pelajar yang
kurang upaya dan bermasalah pembelajaran. Program yang dirangka dengan teliti dan
mendapat perhatian dan sokongan daripada semua pihak pasti akan dapat mengubah
tingkahlaku pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka juga wajar mendapat
pendidikan yang sama seperti pelajar normal yang lain agar proses tumbesaran dan
pembelajaran mereka seiring dengan usia dan tahap yang sepatutnya mereka perolehi.

27

HBEF3503

Disediakan oleh:

( RATNA BINTI BORHAN )

28

HBEF3503

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.


Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan,
21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

29

HBEF3503

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak


Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis
Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf
http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-inklusif/
http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf

30

Anda mungkin juga menyukai