Anda di halaman 1dari 17

Sample of good assignment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY / TAHUN 2012

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN )

Sample of good assignment

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Pengenalan

ISI KANDUNGAN

M/SURAT 3-5 6-12 12-13 14-15 15-16 17

Permainan Serangan dan Jaring Kemahiran Asas dalam kategori Serangan dan Jaring Rumusan Refleksi Bibliografi

Sample of good assignment

1.0

Pengenalan Di Malaysia, permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Permainan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani dan semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran (Holt, Strean & Bengoecha, 2002; Rovengno, Nevett & Babiarz, 2001).Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka Bagi murid sekolah rendah dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia.Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain ianya juga menyeronokkan.Aplikasi permainan kecil ini melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana sahaja. Setiap permainan kecil tersebut hendaklah berasaskan TGFU iaitu Teaching Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.

Sample of good assignment

Menurut Turner (1996) pendekatan model kemahiran terlampau berstrukturdan tidak memberi peluang kepada murid untuk bermain secara berkesan dalamsituasi permainan.Dalam model kemahiran, berikut adalah aktiviti pelajaran yangdikatakan berstruktur.Mula-mula dijalankan aktiviti memanaskan badan.Diikuti puladengan fasa kemahiran yang merupakan tumpuan utama pelajaran dan hanya padapenghujung pelajaran murid-murid diberi peluang untuk bermain. Model kemahirandianggap tidak sesuai digunakan dalam situasi permainan kerana pemain tidakdapat memindahkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan (Mitchell,Griffin & Oslin,1994; Werner, Thorpe & Bunker,1996). Mereka menyarankan modeltaktikal atau TGFU (Teaching Games for Understanding) sebagai pendekatan yangmemberi peluang untuk murid bermain secara berkesan dalam situasi permainan.Berikut adalah aktiviti latihan model TGFU, dimulakan dengan aktiviti memanaskanbadan, diikuti dengan aktiviti situasi permainan mini dan menganalisis permainan.Seterusnya disambung dengan aktiviti situasi permainan mini dan aktivitimenyejukkan badan sebagai aktiviti penamat pelajaran atau latihan (Crespo, Reid &Mileyo, 2004; Turner & Martinek, 1999). Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee).

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah 4

Sample of good assignment

yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama iaitu: 1. Sasaran (Target) Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf 2. Striking/ Fielding Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket. 3. Jaring/ dinding (net/wall) Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola.Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang.Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis. 4. serangan (Invasion) Permainan berpasukan.Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata.Contoh permainan seperti soccer, basketball dan handball.

Sample of good assignment

2.0

Permainan Serangan dan Jaring 2.1 Objektif Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979): 1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor. Membangunkan kemahiran lokomotor. Membangunkan kemahiran bukan lokomotor. Membangunkan kemahiran pengawalan bola. Membangunkan kecergasan fizikal. 2. Objektif Pembangunan Kognitif Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan. Menolong dalam pemahaman peraturan. Menggalakkan kreativiti dan imaginasi. Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak. 3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial. Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial. Menggalakkan keadilan. Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan. Membangunkan semangat kesukanan yang baik. Membangunkan kualiti kepimpinan. Membangunkan semangat kerjasama. Oleh itu, melalui aktiviti permainan serangan dan jaring ini, murid-murid dapat: Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori permainan kanak-kanak. Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan. 6

Sample of good assignment

Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara kominunikasi dengan pelajar yang lain. Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainanpermainan lama yang boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah. Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan. Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi segala kemahiran mereka. Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa. Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan. Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam penyelesaian sesuatu masalah. 2.2 Struktur Permainan Serangan dan Jaring Misi Melalui aktiviti permainan serangan dan jaring ini, murid-murid dapat: Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya. Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai-bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa. Memperolehi kemahiran-kemahiran baru, lebih memahami konsepkonsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru. Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan. 7

Sample of good assignment

Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka. Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Menambah pengetahuan tentang bahagian-bahagian anggota tubuh badan dan memahami mekanisme serta fungsi otot-otot badan dalam tubuh badan mereka. Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan. Visi Mempertingkatkan dan memantapkan mutu permainan sukan terutamanya dalam permainan serangan dan jaring di Malaysia menerusi program pembangunan untuk atlet dan kepegawaian. Ciri-ciri Penting dalam Permainan Serangan dan Jaring: Memerlukan kemahiran-kemahiran asas. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum. Sedikit atau tiada alat yang digunakan. Tidak menggunakan masa yang panjang. Ruang permainan yang sederhana atau kecil. Perjalanan permainan data diubahsuai. Senang untuk dijalankan. 2.3 Taktik dan strategi Permainan Serangan dan Jaring Berikut adalah beberapa taktik dan strategi bagi permainan serangan dan jaring: 1. Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menyerang serta menjaring untuk mencapai kemenangan. 2. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan.

Sample of good assignment

3. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. 4. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. 5. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. 2.4 Contoh Permainan Serangan dan Jaring Kategori Serangan Permainan dilaksanakan dalam secara berpasukan.Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperolehi mata.Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan, iaitu berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bagi mendapatkan mata. Kategori Jaring Permainan dilaksanakan dalam secara berpasukan.Berusaha menjaring untuk untuk memperolehi mata.Bagi kategori ini, setiap pasukan berusaha mendapatkan mata dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Permainan Serangan NAMA PERMAINAN ALATAN BILANGAN PEMAIN ORGANISASI: 1. Bahagikan dua kumpulan. 2. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya 3 ahli. 3. Letakkan satu kon di tempat yang rata. 4. Letakkan penanda untuk tempat melontar dengan jarak 2 meter dari kon. 9 : Gelung Kon : Gelung, pundi kacang dan kon. : 3 orang setiap kumpulan

Sample of good assignment

OBJEKTIF: Melatih kemahiran dalam menyerang dengan menggunakan gelung. Melatih kemahiran dalam pertahanan dengan mengganggu atau melengahkan kumpulan semasa bermain. Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap dalam sesuatu permainan. CARA BERMAIN: 1. Permainan dimulakan oleh kumpulan A yang memainkan peranan untuk melontar gelung.

10

Sample of good assignment

2. Gelung tersebut hendaklah masuk ke dalam kon. 3. Kumpulan A hanya boleh melontar gelung sebanyak tiga kali dengan hanya menggunakan satu gelung sahaja. 4. Kumpulan B pula berperanan untuk menganggu kumpulan A daripada berjaya memasukkan gelung ke dalam kon. 5. Ahli kumpulan B akan cuba menjatuhkan kon tersebut dengan pundi kacang dengan jarak yang sama dengan tempat kumpulan A melontar gelung. 6. Sekiranya kon tersebut jatuh sebelum kumpulan A berjaya memasukka gelung tersebut, mereka dianggap kalah. 7. Giliran diteruskan kepada kumpulan B untuk melontar gelung.

Permainan Jaring NAMA PERMAINAN ALATAN ORGANISASI: 1. Bahagikan dua kumpulan. 2. Permainan dikendalikan sekurang-kurangnya dua orang. 3. Meletakkan penanda untuk membaling bola tenis dengan jarak 2 meter. 4. Jarak antara bakul dan dinding ialah 1 meter. BILANGAN PEMAIN OBJEKTIF : Sekurang-kurangnya 2 orang. : : TUNG TUNG : Bola tenis dan bakul.

Melatih kemahiran dalam menggunakan alatan dan tempat sekeliling. Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap dalam sesuatu permainan. CARA BERMAIN :

1. Permainan dimulakan dengan seorang pelajar memasukkan bola tenis ke dalam bakul dengan melantunkan bola tenis tersebut ke dinding. 2. Permainan akan berlangsung selama 1 minit.

11

Sample of good assignment

3. Peserta yang membuat balingan bola tenis terbanyak di dalam bakul akan dikira pemenang.

3.0

Kemahiran Asas dalam kategori Serangan dan Jaring Kemahiran-kemahiran dalam apa jenis sukan sekalipun merupakan pergerakanpergerakan yang diperlukan untuk bermain dengan lebih berjaya. Setiap sukan mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri. Kemahiran Asas Serangan Ketika Menyerang, objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukanbertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampirigarisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukanmenyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnyamenghampiri garisan skor pihak bertahan.

12

Sample of good assignment

Dalam pertahanan, ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruangpihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang darimenghampiri dan menguasai kawasan skor. Kemahiran Asas Jaring 1. Jaringan Bahu Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan. 2. Jaringan Lompat Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat.Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul.Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol.Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat. 3. Jaringan Dive Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang. 4. Jaringan Rendah Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

13

Sample of good assignment

4.0

Rumusan Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak

kecil.Permainan kanak-kanak biasanya dimainkan oleh beberapa kanak-kanak di kawasan perumahan atau kampung pada masa lapang.Permainan-permainan begini perlu dimainkan selalu supaya badan sihat dan mengisi masa lapang denganpenuh faedah.Permainan ini berpandukan kepada kaedah jaringan dan serangan. Kedua-dua pihak akan sentiasa berwaspada kerana pihak penyerang akan menumpukan perhatian untuk menyerang mangsa mengikut kemampuan mereka manakala pihak pemain pula akan mengelakkan diri daripada serangan untuk menyelamatkan diri. Tambahan pula permainan ini juga merangsangkan pemikiran kedua-dua pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah. Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan-peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan-permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib 14

Sample of good assignment

menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupnya dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/dinding dan serangan.

5.0

Refleksi Ketika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak

faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan guru yang lain, saya mula lebih mengenali apa itu pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya sebagai guru. Contohnya melalui tugasan ini, saya mula mempelajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa kebanyakan murid belajar melalui bermain.Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain.Keseimbangan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain.Di samping itu juga, saya juga perlu menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan. Tambahan pula, melalui tugasan ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masingmasing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi 15

Sample of good assignment

menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu. Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dari semuaaspek, penganjuran, pengelolaan, kepimpinan dan juga kepengadilan.Biarpun terpaksa berhadapan dengan beberapamasalah dari segi kesempitan masa dan juga kurang kerjasama daripada peserta, namun segala masalah dapat diatasi dengan penuh jayanya hasil kegigihan semua pihak yang terlibat. Permainan Gelung Kon ini ialah hasil daripada modifikasipermainan bola baling.Oleh kerana permainan inidisasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan Bunker & Top menekankantujuan untuk keseronokan dalam kalangan pelajar, maka saya mengubahsupaya permainan ini menjadi lebih seronok di samping aspek-aspek yangterjaga.Antaranya, saya menggunakan gelung sebagai ganti bola, kon sebagai pengganti tiang gol dan pundi kacang sebagai halangan.Kesemua alatan ini digunakan bagi menggantikan bola baling kerana ianya lebih ringan dan lebih selamat dimainkan.Selain itu, saya mengubahsaiz gelanggang supaya lebih sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak iaitu jaraknya adalah 2 meter dari kon. Permainan Tung Tung pula merupakan permainan kategori jaring.Permainan ini hasil daripada modifikasi permainan bola jaring.Saya turut mengubah gaya permainan supaya permainan ini menjadi lebih seronok di kalangan kanak-kanak yang terdiri daripada murid sekolah rendah. Saya menggunakan bola tenis menggantikan bola jaring kerana ianya lebih kecil dan juga ringan.Bakul pula digantikan tiang gol bola jaring.Dalam permainan bola jaring, hanya pemain GA dan GS yang perlu memasukkan dalam jaring tiang gol. Sebaliknya, dalam permainan ini, saya mengubah cara permainan dimana setiap pemain perlu memasukkan bola tenis ke dalam bakul dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 1 minit. Didapati kedua-dua permainan ini berjaya dilaksanakan dengan teratur.Kesemua pemain menunjukkan sikap yang positif dan berminat dalam permainan yang diadakan ini iaitu kategori serangan dan jaring.Akhir sekali, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. 16

Sample of good assignment

6.0

Bibliografi

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis: VC Mosby Caly Setiawan & Soni Nopembri.(2004). Teaching Games for Understanding (Konsep dan Implikasinya dalam Pembelajaran Pendidikan Jasmani).Jurnal Nasional Pendidikan Jasmani dan Ilmu Keolahragaan. Hal : 54-61. Direktorat Jenderal Olahraga Depdiknas. Hamzah Dadu (1994).Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah.Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006).Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications Sdn. Bhd. Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th United states of Amarica allyn and Bacon Inc Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan fajar bakti Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua, Selangor , siri Pendidikan Longman Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah, Selangor, siri pendidikan Fajar bakti

17

Anda mungkin juga menyukai