Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN Lazimnya murid saya yang merupakan kanak kanak khas atau secara spesifiknya dipanggil murid murid bermasalah pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai golongan yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Murid khas boleh ditakrif sebagai sebagai mereka yang tidak mencapai pertumbuhan biasa dari aspek intelek, fizikal, sosial dan emosi (Chua Tee Tee 1981). Murid khas ini sangat berbeza dengan murid normal yang belajar di kelas aliran perdana dari aspek fizikal, intelek dan juga sosial. Jika dirujuk pada aspek fizikal, bentuk badan dan koordinasi motor murid khas bermasalah pembelajaran ini tidak mempunyai beza yang terlalu ketara dengan murid normal yang lain. Namun begitu, murid khas bermasalah pembelajaran ini mempunyai tahap penumpuan yang singkat terhadap apa yang dilihat dan didengar oleh mereka disebabkan oleh sedikit kecacatan dan kerosakan pada deria penglihatan dan pendengaran, perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan input yang diterima oleh mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah lebih sedikit berbanding murid normal.

1.1 Pengenalan Kegunaan matematik dalam kehidupan harian sememangnya bukan sesuatu yang asing lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata amatlah meluas termasuklah bidang sains semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seluruh dunia. Maka dalam hal ini, murid khas juga turut sama mempelajari matapelajaran ini. Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak. Matlamat matlamat ini hanya akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika yang kmited dalam mengimplementasikan kurikulum matematik secara berkualiti.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Anda mungkin juga menyukai