Anda di halaman 1dari 3

K2_SSA Tugasan 1 T2 Tajuk : Nutrisi Sosio saintifik isu/konteks : Obesiti Masalah Pemakanan Tingkatan : 2 Elit Tema Pembelajaran : Pengurusan

dan Kesinambungan Hidup Tajuk : Nutrisi Objektif pembelajaran : Kepentingan diet yang seimbang Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar dapat : (i) Menyatakan faktor yang perlu diambil kira semasa merancang diet seimbang (ii) Merancang diet seimbang Pengetahuan sedia ada: (i) Pelajar telah mengetahui kelas-kelas makanan

Obesiti Masalah Pemakanan Kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah masalah pemakanan yang kian meningkat di sebilangan negara di dunia. Ia berkaitan perubahan cara hidup, kekurangan aktiviti fizikal di samping perubahan dalam tabiat pemakanan. Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina.

BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa. Kira-kira satu pertiga daripada obesiti di kalangan dewasa bermula dari usia kanak-kanak.

Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid), Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan), Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Bagi prevalens obesity (obesiti lazim) ia dipengaruhi, variasi genetik, tradisi kawasan, persekitaran, f aktor iklim dan tabiat budaya. Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam risiko obesiti. Ciri paling menonjol di kalangan kanak-kanak bermasalah ini ialah ahli keluarga lain juga menghadapi masalah sama. Selain kecenderungan genetik, faktor luaran (exogenous) semasa awal hayat juga memberi kesan ke atas risiko obesiti, satu fenomena yang dinamakan 'metabolic programming' atau 'metabolic imprinting'. Antaranya; Kajian menunjukkan penyakit kencing manis ketika hamil dan kekurangan makanan/kebuluran pada wanita mengandung pada tiga trimester yang berlainan juga memberi kesan ke atas risiko obesiti anak-anak pada masa dewasa. Penyusuan susu ibu dan jangkamasa penyusuan yang panjang melindungi anak-anak daripada masalah obesiti. Prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu adalah 1.6 kali lebih tinggi berbanding dengan yang menyusu susu ibu. Faktor persekitaran juga mempengaruhi kejadian obesiti. Obesiti adalah hasil dari keseimbangan tenaga yang positif dalam jangka waktu lama iaitu pengambilan kalori melebihi penggunaan kalori untuk aktiviti fizikal, tumbesaran dan proses metabolisme badan yang lain. Soalan KBAT 1. Apakah yang anda faham tentang obesiti? Jangkaan jawapan : Obesiti ialah kelebihan berat badan atau kelebihan tisu lemak dalam badan 2. Apakah gaya hidup yang boleh menyumbang kepada obesiti? Jangkaan jawapan : Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dan kurang bersenam 3. Apakah kesan jangka panjang kepada kanak-kanak yang mengidap obesiti? Jangkaan jawapan : Boleh mendapat penyakit kardiovasular, lumen arteri tersumbat dan akhirnya membawa kepada serangan jantung dan strok. Juga boleh membawa kepada penyakit kencing manis 4. Rancangkan diet pemakanan yang boleh diamalkan oleh kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya obesiti di kalangan kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun? Jangkaan jawapan : Pengambilan diet seimbang iaitu mempunyai semua kelas makanan dalam kuatiti yang sepatutnya. Contohnya seperti berikut : Sarapan pagi : 1 biji telur rebus, 1 keping roti bijiran gamdum penuh dan segelas susu Tengah hari : 1 pinggan nasi, daging panggang, 1 mangkuk sup sayur, 1 biji buah epal, segelas jus buah tanpa gula Makan malam : 1 pinggan nasi, ikan bakar, 1 pinggan sayur kukus, 1 biji buah oren, air kosong

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berat ideal? Jangkaan jawapan : Mempunyai BMI anatara 18 hingga 25 / berat badan yang sesuai dengan ketinggian

Panduan pelaksanaan : 1. Pelajar dibahagi dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diedarkan rencana mengenai isu obesiti seterusnya membaca dan membincangkannya di dalam kumpulan masing-masing. 3. Setiap kumpulan di minta membina peta pemikiran. 4. Setiap kumpulan di minta untuk membentangkannya di hadapan kelas. 5. Pelajar lain diminta untuk memberi pandangan dan hujah-hujah berkaitan hasil pembentangan rakan mereka. 6. Guru membuat rumusan berkaitan dengan isu yang telah di bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai