Anda di halaman 1dari 22

Ke

Arah Menjana Insan Adabi

Page 2

Edisi Sept 2013

SIDANG REDUKSI

RISALAH MADANI
E-mel: rimagptd@gmail.com

Penasihat
En.Izwan Suhadak Bin Ishak

Editor
Asyeirah M.Zaki

Pen.Editor
Hareez Haiqal Kolumnis Edisi Oktober
Harris Fadhilah Muhammad Fakhrul Amiruddin Mohamad Azhaari Shah Qalam_Qasidah Ummahatul Hamimah Muhamad solehuddin Siti Nur-Alia Mohd Arif Zaki

Diterbitkan Oleh :
GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA (GPTD) UNISEL TEL FB : 013-3917122 : Gptd Unisel

E-mel : gptdunisel@gmail.com

November 2013

NOTA EDITOR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Moga para pembaca dalam keadaan yang terbaik,insyaAllah! Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih dipinjamkan nyawa sehingga saat ini dapat kita memasuki tahun baru yang menemui kita iaitu Awal Muharram.Tersirat kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W yang boleh diselami melalui penulisan kolumnis pada edisi kali ini dan pelbagai penulisan menarik daripada kolumnis berbakat.Diharap agar para pembaca tidak pernah jemu untuk setia menyokong Risalah Madani pada masa akan datang.

Menoleh pada 2 Nov yang lalu,kita dikejutkan dengan pemergian saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman yang kembali menghadap Ilahi.Allahyarham adalah satu-satunya permata hati lelaki Tuan Haji Ahmad Azzam juga pengasas kepada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Allahyarham yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul . Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga GPTD Unisel mengucapkan takziah diatas kehilangan bintang yang bersinar ini.Semoga kita mengambil pengajaran untuk mengikuti jejak langkah Allahyarham dalam perjuangan islamiah,insyaAllah..

Al-Fatihah...

Salam Ukhwah,

Asyeirah M.Zaki
-Editor Risalah Madani -

November 2013

HADIS

Hadis ke-38 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

MAKSUD HADIS

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya AllahTaala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia..

November 2013

MADAH BERANTAI

haripun, biarlah nampak kesungguh ketika kita BERDOALAH WAHAI HATI berdoa, nampak kita amat mengharap agar doa kita

Kebaikan pada zahir berasal dari kecantikan di hati dimakbulkan. dan didalam hati itu adanya cahaya. Suluhan Usah hanya menumpang orang lain berdoa cahaya itulah yang akan memandu pergerakan sedangkan dalam hati tiada langsung permintaan anggota tubuh untuk melakukan sesuatu perkara. kepada Allah. Jangan hanya meminta sekadar di Kebaikan itu akan melimpahkan dari dalam ke mulut tetapi di dalam hati kosong tanpa sebarang luar. Ia bukan saja akan dirasi oleh diri sendiri, permintaan. Lidah ini hanya sebagai jurubahasa malah turut dirasai dan dinikmati oleh orang lain. sahaja, dan doa sebenarnya adalah dari hati dan Jika seseorang itu tidak ada sedikitpun diri sendiri. suluhan cahaya Ilahi dalam dirinya, maka tidak Biarlah bulat dari dalam hati apa yang kita akan melimpahlah diatas anggota zahir, tubuh,, hajati. Doa kita biarlah datang dari dalam hati kecantikan adab dan akhlaknya seperti yang terlebih dahulu. Maka kita pun menadah tangan diteladani Rasulullah SAW. Demikianlah kepada Allah. Doa yang kita ulang-ulang itu memohon agar hajat di hati dimakbulkan. Perlu diingat, doa bukan bergantung pada keterangan mengenai cara Allah mengajar adab adalah sebagai tanda kita bersunguh-sungguh kepada kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. Sebagai kekasihNYa, Rasulullah sentiasa

bersikap merendah diri. Baginda juga seorang tok guru, ustaz atau sesiapa, sebaliknya kepada yang tenang, pintar dan gemar tersenyum. Selain Allah semata-mata. Tok guru atau ustaz hanya memilik sifat penyabar dan pemaaf, baginda juga mengajar tetapi yang akan meminta kepada Allah seorang yang tegas dalam membela agama Islam. adalah diri kita sendiri.Bayangkanlah, mengapa Begitu juga akhlak Rasulullah yang jelas ada di antara kita yang boleh pergi berjumpa orang terpancar ketika berdoa. Ketika baginda berdoa, itu, berjumpa orang ini, mengadu masalah ini, Nabi akan berdoa dengan bersungguh-sungguh. mengadu masalah itu. Tapi, mengapa tidak Baginda akan menangis, merayu dan merintih mengadu terlebih dahulu kepada Allah? Dia yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Cara Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan. Jika ikutkan doa Rasulullah, terlalu banyak doa yang baginda pohonkan. Maka, berdoalah. Rasulullah berdoa menampakkan yang baginda bersunguh-sungguh dalam memohon doa.

Itu Nabi. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai seorang hamba, kita mempunyai pelbagai Maka sebagai umat Nabi Muhammad, kita perlu perkara yang diinginkan daripadaNya. Kita perlu mencontohinya. Jika kita tidak dapat menangis tiap ingat kita ini serba tiada. Hanya Allah yang memiliki segala-galanya.

November 2013

MADAH BERANTAI

Sepatutnya apabila kita sedar bahawa kita ini serba tiada, maka semakin banyaklah kita meminta kepada Allah. Tetapi ada malangnya, dalam kalangan kita, ketika meminta nampak sangat seperti kita ini tidak terlalu berkehendak kepadaNya. Berbeza dengan Rasulullah yang sering menunjukkan baginda sentiasa meminta-minta.Tiada masa yang Nabi tidak meminta-minta. Sebelum solat Nabi berdoa. Selapas solat Nabi berdoa. Sebelum dan selepas tidur pun Nabi turut berdoa. Sebelum dan selepas makan juga Nabi berdoa. Bahkan sedang berjalan pun Nabi meminta. Dalam apa jua keadaan, Nabi tetap berdoa dan meminta kepada Allah Maha Mendengar.Mungkin ada sesetengah yang beranggapan bahawa Tuhankan pemurah, buat apa kami nak minta lagi. Bukankah Tuhan Maha Mengetahui? Benar, memang Allah Maha Mengetahui, tetapi bukankah lebih bagus jika kita luahkan permintaan, pengaduan dan pengharapan kita kepadaNya? Allah mengetahui akan diri kita lebih daripada diri kita sendiri. Sebenarnya Allah mahu dengar dari mulut kita sendiri. Allah mahu lihat bibir kita digerakkan untuk meminta kepadaNya. Allah hendak mendengar suara hambaNya. Janganlah dikunci mulut itu untuk tidak meminta dan berdoa kepadaNya. Mintalah apa sahaja. Jika tidak ingat dalam bahasa Arab, berdoalah dalam bahasa apa sahajapun. Asalkan kita tidak mengunci mulut untuk berdoa kepada Allah.Mintalah seperti Rasululullah di mana baginda sentiasa berdoa bersungguh-sungguh. Di dalam banyak-banyak doa yang baginda minta, baginda meminta agar menjadi akhlak baginda sebagai akhlak yang baik dan menjadikan kejadian diri sebagai kejadian yang baik. Begitu jugalah dengan kita, kita wajar meminta agar diberi tubuh badan yang baik, di samping turut berdoa agar akhlak kita juga cantik. Kita orang Islam diminta sentiasa seiring di antara kecantikan tubuh badan dan juga akhlak.Sewaktu kita menatap wajah di depan cermin, sudah tentulah kita mahu melihat wajah yang cantik dan indah. Tetapi ketika kita melihat keindahan wajah sendiri, berdoalah agar Allah mencantikkan juga akhlak kita. Jangan menjadikan pakaian kita lebih mahal daripada perangai. Pakaian kita yang mahal tidak menjamin akhlak yang baik. Nabi juga berdoa meminta agar dijauhkan segala akhlak yang mungkar. Akhlak yang mungkar bermakna akhlak yang kita tidak mahu berakhlak sedemikian rupa, begitu juga dengan orang lain. Orang lain kalau lihat kita buat perangai macam ini pun orang marah, kita sendiri jika lihat orang lain buat perangai macam inipun, kita akan marah.Jadi sebanyak mana perangai mungkar yang kita tidak mahu dan orang lain pun tidak mahu, maka mohonlah, Ya Allah, Engkau jauhkanlah. Misalnya, berbohong dalam percakapan. Jangan jadi jika orang berbohong, kita marah. Sedangkan kita sendiri pun berbohong sama. Renungkanlah bersama.

November 2013

SENYUM SENGET!

Rompakan yang menginspirasikan!

Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil berfikir " di luar kotak." berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" *Ini dipanggil sebagai " Profesional."- Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut." *Ini dipanggil " Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas! Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!". *Ini dipanggil " inovatif."- Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda! Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelap kan duit" *Ini dipanggil " berpandangan jauh."- merancang masa depan selangkah lebih awal!

November 2013

SENYUM SENGET!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri." *Ini dipanggil "Pengetahuan."- pengetahuan kunci kejayaan hidup! Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu. *Ini dipanggil " sambil menyelam minum air."- mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Perkongsian oleh : Azhaari Shah bin Sulaiman Pelajar Tahun 2 jurusan Bachelor Of Education (Hons) TESL di Universiti Selangor cum Exco Kajian GPTD Unisel.

November 2013

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

PROGRAM SUKAN BERKUDA GPTD UNISEL | Mohd Arif Zaki Bin Ali |

3 November 2013, Ahad Program Sukan Berkuda (SUKDA) adalah dibawah anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel dengan kerjasama Kudagalak.com, telah Berjaya dijalankan pada 3 November 2013 yang lepas. Seramai 27 orang peserta dari Unisel Bestari Jaya dan tenaga pengajar iaitu Encik Azahari yang telah menjaga kuda disitu selama lima tahun telah mengikuti program ini. program ini telah dijalan di Taman Ekuestrian Putrajaya, Jalan Kandang Kuda, Persint 5. Diantara objektif program ini adalah untuk mendekat diri perlajar Unisel Bestari jaya dengan melakukan sukan berkuda yang merupakan sunnah rasullullah yang perlu dilakukan secara berterusan untuk mendekat diri dengan sunnah rasullullah. Melalui program berkuda ini peserta dapat melakukan bagaimana cara untuk mengurus kuda dengan betul untuk pembelajaran dan menambah pengetahuan tentang kuda dalam sunnah rasullullah. Pejalanan dari Unisel Bestari Jaya ke Taman Ekuestrian Putrajaya mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Peserta di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A membersih kandang kuda terlebih dahulu dan kumpuln B mempelajari menguruskan kudan dan belajar menunggang kuda. Daripada program berkuda ini perserta dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan kuda, membersih kuda, menunggang kuda, membersih kandang kuda dan memberi kuda makan. Kawasan berkuda yang sangat luas bagi menempatkan pelbagai jenis dan warna kuda tersebut di tempat tersebut. Dalam program ini semua para peserta dapat merasai menunggang kuda dengan betul, bagi yang pertama kali mencubanya sangat teruja dan ingin melakukannya lagi. Sesetengah peserta yang takut pada mulanya akhirnya berani berhadapan dengan kuda -kuda disitu. Semua peserta dapat merasakan bagaimana membersihkan kandang kuda yang dipenuhi dengan najis -najis kuda. Menunggang kuda sangat baik untuk kesihatan seluruh badan kita lengkuk pada bahagian belakang kuda apabila di tunggang dapat merawat sakit tulang belakang kita apabila tulang belakang bergesel antara satu sama lain. Disebelah petang pula kumpulan A dan B bertukar dengan kumpulan A belajar menunggang kuda dan kumpulan B membersih kandang kuda pula. Program ini berakhir pada pukul 6 petang dan sebelum pulang peserta mengambil gambar sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan program berkuda ini akan dijalankan secara berkala.

November 2013

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Sesi Penerangan Sukan Sunnah Berkuda

Membersihkan Kandang Kuda

Sukarelawan bersama Kuda

Bergambar Selepas Program Sukan Sunnah Berkuda

Sesi Grooming Bersama Kuda

Mozad Sedang Berehat

November 2013

CERITA DALAM CERITA

Penghijrahan Adalah Sebuah Kemajuan


Bismillahirrahmanirahim. . Alhamdulillah syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT, kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan perjuangan dibumi pinjaman ini. Alhamdulillah juga pada tanggal 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435H kita umat islam telah meraihkan tahun baru. Apakah itu hijrah? Saya yakin ramai di antara kita yang sudah tahu dan faham apa itu hijrah, dan saya juga yakin ramai di antara kita yang tidak tahu sejarah disebalik hijrah. Tidak mengapa dan masih belum terlewat jika berlaku keadaan sedemikian. Dengan ini saya akan menjelaskan secara ringkas tentang hijrah. Hijrah adalah simbol penghijrahan Rasulullah SAW dan umat islam dari Mekah ke Madinah. Untuk lebih jelas, Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Oleh itu, Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa selama lapan hari. Bermula dari Makkah- Gua Thur- Yathrib- Masjid Quba- Madinah. Ibnu Khaldun juga pernah berbicara seperti ini bangsa yang maju adalah bangsa yang berhijrah. Benarlah bicara beliau jika kita perhatikan, kemajuan sesebuah Negara adalah bermula dari penghijrahan orang kebandar, dan juga dapat dibuktikan melalui kesan penghijrahan Rasulullah SAW. Jika dalam konteks kita sebagai mahasisiwa pula, jika kita berhijrah untuk mencari ilmu, insyaALLAH banyak ilmu baru yang kita perolehi, yang boleh kita aplikasikan dalam diri kita sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai banyak pengetahuan. Dengan banyak pengetahuan itulah kita mahasiswa akan maju. Kesimpulannya, berhijrahlah selagi ada peluang dan kesempatan, kerana dengan berhijrah dapat melahirkan insan yang cemerlang dan bersatu padu, dengan niat kerana Allah. . Allahualam. .

Qalam Qasidah

November 2013

November 2013

matlamat kehidupan mereka serta mereka tidak nampak suatu perkara yang menimpa akan mereka suatu masa kelak. Lalu, mereka yang terpedaya dengan perkara tersebut seperti dibuai dan dilalaikan sehingga tidak nampak akan dunia yang indah tersebut. Kadang kala seperti orang yang tidur diulit kelenaan yang tidak bertepian entah bila kan bangkit dan tersedar dari lamunannya. Sehingga seperti tiada usaha untuk Pada suatu ketika dahulu, pernah ada riwayat yang mendapatkannya. mengatakan bahawa disana terdapat suatu dunia yang lain dari dunia ini. Dikatakan bahawa, dunia Ada pula yang mengatakan untuk memperoleh di sana mempunyai keindahan yang sangat luar dunia tersebut mempunyai syarat-syarat yang lain. biasa sehinggakan tidak tergambar di dalam kotak Antaranya adalah ia perlu sentiasa berdampingan atau benak pemikiran manusia akan keindahannya bersama tidak ada tolak bandingnya di dunia ini. mereka-mereka yang mempunyai serta mempunyai kelengkapan yang sempurna yang pengetahuan tentang dunia yang indah tersebut untuk mengetahui selok belok dan bagaimana untuk mendapatkannya serta menjauhi dari tipu Namun begitu, ramai mereka yang berusaha ke daya dunia di sini. Namun begitu, tentang desasarahnya untuk memiliki dan menikmati alam dunia desus yang dinyatakan hampir dikaburkan oleh yang indah tersebut tetapi sebelum untuk ke sana ia pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk perlu melalui liku-liku, cabaran perih getir yang memadamkan riwayat yang dinyatakan tersebut. pelbagai untuk mendapatkannya. Caranya adalah Walau bagaimanapun, perkara seperti itu bukanlah bahawa mereka yang hidup di dunia yang nyata ini mudah untuk memadamkannya kerana setiap yang perlu melakukan ketaatan yang sebenar kepada benar itu akan terus menerus terselah kebenarannya Sang pencipta melalui panduan yang diberi, serta sedangkan yang batil akan tenggelam jua walau ia berusaha untuk melakukan amal bakti yang mana pernah timbul suatu ketika dahulu. Sang pencipta meredhai akan kebaikan yang dilakukan.
Oleh : Mohamad Solehuddin Bin Sanuri

Di samping itu, ramai pula mereka yang masih tertipu dengan dunia yang mereka duduki kerana hanya tertumpu kepada keseronokan dan hiburan semata-mata, seolah-olah begitulah

ISM (Kepujian) Pendidikan Awal Kanakkanak Universiti Selangor, Bestari Jaya

November 2013

November 2013

November 2013

FIKRAH GERAKAN

Kesemuanya amat mempengaruhi pergerakan mahasiswa. Kelesuan dan ketidakupayaan SINDROM LESU DI KALANGAN mahasiswa kembali ke tengah masyarakat dan memperjuangkan nasib dan masa depan umat MAHASISWA telah meletakkan taraf mahasiswa ke tempat yang rendah sehinggakan masyarakat yang suatu ketika Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN dahulu meletakkan status mahasiswa begitu tinggi Tahun Akhir Jurusan Teknologi Industri (Kejuruteraan) kini telah meremehkan kualiti siswazah yang Fakulti Sains & Bioteknologi Universiti Selangor, dilahirkan daripada institiusi pengajian tinggi di Merupakan aktivis mahasiswa, negara ini. Melihat perkembangan di kalangan generasi pelajar yang sudah kurang kepekaannya terhadap sebarang isu berbangkit sama ada yang melibatkan pelajar ataupun masyarakat (ummah). Mereka langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Mahasiswa kampus pusat pengajian tinggi pula lebih tertumpu kepada dunia akademiknya sehingga tiada masa terluang untuk meneliti dan memerhati persoalan masyarakat di sekitarnya. Penumpuan yang berlebih-lebihan terhadap hal-hal yang berkaitan akedemik telah memperbodohkan mahasiswa dan menjerumuskan mahasiswa itu sendiri kepada kejumudan tindakan dan kepasifan pemikiran serta idea untuk diketengahkan kepada masyarakat. Sungguhpun begitu, kita amat menyanjung tinggi sikap segelintir mahasiswa yang mengambil tahu mengenai keadaan sekelilingnya walaupun di belenggu dengan hambatan akademik tetapi masih mampu dan bersedia untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat. Seterusnya, orientasi peperiksaan dan latihan mental di kampus pusat pengajian tinggi telah meletihkan mahasiswa yang sibuk dengan tutorial, kuliah, esei, peperiksaan dan lain-lain. Kesibukan ini ditambah pula dengan terbentuknya budaya takut (culture of fear) di kalangan mahasiswa akibat daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) walaupun ada beberapa Akta yang dipinda tetapi mahasiswa di kampus masih fobia apabila mendengar perkataan AUKU. Kampus pusat pengajian tinggi adalah pusat dan gedung berkembangnya segala ilmu. Gerakan mahasiswa yang berkembang dalam suasana keilmuan mestilah merealisasikan fungsi tersebut di dalam masyarakat. Kriteria ini menjadikan mahasiswa sebagai egen penting dalam menerajui perubahan dalam masyarakat. Kini suasana yang kontradik telahpun berlaku. Penentuan arah perjuangan mahasiswa ditentukan dan dipengaruhi oleh suasana luar sehingga menyebabkan gerakan mahasiswa mula hilang kredibiliti dan kewibawaannya. Mereka menjadi boneka kepada parti politik luar. Justifikasinya , kita melihat sendiri siri perpecahan di kalangan mahasiswa dan masyarakat kampus di sebabkan perbezaan parti yang disokong dan wadah yang disokong. Seharusnya, kita mencari titik-titik persamaan sehingga persoalan yang lebih besar, global dan holistik dapat diperjuangkan oleh mahasiswa itu sendiri. Suasana mendung ini mesti segera di ubati seterusnya di tangani. Generasi pelajar dan mahasiswa mestilah diberikan pengarahan yang setepatnya kerana mahu tidak mahu mereka merupakan generasi penyusul dan pewaris kepada kepimpinan umat masa hadapan. Justeru itu, generasi pelajar dan mahasiswa seharusnya mendalami dan menghayati matlamat perjuangan supaya pengelibatan dalam gerakan pelajar ini adalah pengelibatan yang penuh pengertian.

November 2013

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

PROGRAM PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (KAMOS) 2013 | Siti Nur-Alia Binti Che Burhan |

20 September 2013, Jumaat - Program Perkampungan Orang Asli (KAMOS) 2013 di bawah anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah berjaya dijalankan pada 20 -22 September 2013 yang lalu. Seramai 50 orang peserta dari Unisel Bestari Jaya telah mengikuti program KAMOS ini. Program ini telah dijalankan di Kampung Songkok, Batang Kali, Hulu Selangor. Program ini juga berjaya dijalankan dengan kerjasama dari Malaysian Relief Agency (MRA) serta Global Peace Mission (GPM) dalam memberi sumbangan berupa pakaian dan penginapan di sana. Antara objektif program adalah untuk membina jalinan antara mahasiswa Unisel dan Penduduk Perkampungan Orang Asli, memberi khidmat sosial dan melaksanakan pemetaan komuniti di Perkampungan Orang Asli, Kampung Songkok. Perjalanan dari Unisel ke Kampung Songkok mengambil masa selama 1 jam 30 minit sahaja. Antara program yang dijalankan di sana adalah gotong-royong, menziarahi penduduk kampung dari rumah ke rumah dan pemetaan komuniti. Tambahan, aktiviti sukaneka, jamuan makan dan wayang pacak juga turut dijalankan bagi menarik penduduk kampung untuk turut serta dalam program yang dianjurkan. Hasil daripada pemetaan komuniti, kami dapati bahawa isu utama di kampung ini adalah masalah sosial di kalangan remaja iaitu Hisap gam dan minum arak. Hal ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung dan menghadkan pergerakan penduduk kampung terutama sekali pada waktu malam. Pada hari Ahad pula, kami menjalankan aktiviti sukaneka yang disertai oleh peserta dari Unisel sendiri dan penduduk kampung Songkok. Dalam majlis penutupan bersama penduduk kampung Songkok tersebut turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka. Program Perkampungan Orang Asli berakhir pada 22 September 2013. Hasil daripada perlaksanaan prograam. Perkampungan Orang Asli (KAMOS), kami akan menjalankan program mesra bersama Orang Asli (PROMOS) secara berkala di kawasan perkampungan orang Asli yang tertentu.

November 2013

JEJAK SANA,JEJAK SINI

Travelog Jejak Patani 2013


Oleh :Ummahatul Hamimah Binti Yatim ISM Sains Kepujian Matematik Dengan Satistik,Unisel BJ

26 Mei 2013 (Ahad) | Hari Kelapan

Hari ini merupakan hari terakhir projek Jejak Patani 2013. Hari ini kami pergi bersolat Subuh berjemaah di Masjid Kg Datok. Segar sekali udara pagi tetapi dalam masa yang sama terasa sayu dalam hati kerana pada hari ini kami akan kembali semula ke tanah air meninggalkan bumi Patani yang sangat mendamaikan ini. Secara peribadinya bumi Patani ini sudah saya anggap seperti kampung halaman saya. Sesuatu perkara yang agak baru melihat kambing bertempiaran tidur di sepanjang jalan raya di kampung ini. Mulanya rasa takut juga untuk berjalan menuju ke masjid daripada tadika kerana banyak kambing berkeliaran. Risau nanti ditanduk pula oleh kambing -kambing itu. Tapi kami beranikan juga berjalan melalui kambing tersebut. Sudah berjalan barulah tahu rupa -rupanya kambing itu sangat sopan sekali. Bila kami berjalan kambing tersebut akan beralih ke tepi dengan sendirinya. Suatu pelajaran yang sangat berharga daripada kambing -kambing itu saya perolehi pagi ini. Kambing juga bisa memahami inikan pula kita manusia yang berakal. Selesai solat Subuh kami mempersiapkan diri untuk menyambut adik-adik yang akan datang ke tadika. Sekitar pukul 8 pagi sudah ada adik-adik yang hadir ke tadika bermain-main di gelangang yang terletak di hadapan tadika. Gelagat adik-adik itu bermain sangat mencuit hati saya dan teman-teman. Hari ini seperti hari sebelumnya mereka berhimpun di hadapan bangunan tadika menyayikan lagu sekolah, membaca ikrar dan berdoa. Selesai sahaja perhimpunan kami pun membawa adik-adik masuk ke dalam kumpulan. Untuk hari yang terakhir ini kami membawa adik-adik berlatih untuk pertandingan dan persembahan kumpulan. Mereka semua Nampak begitu bersemangat pada hari ini. Mereka menyanyikan lagu dengan begitu semangat. Sekitar pukul 10.30 pagi majlis penutupan pun dilaksanakan. Dimulakan dengan ucapan pengarah program saudari Farhanan, ucapan wakil GPM encik Wan Ab Rahman, wakil mudir Cikgu Din dan Tok Nebeng Encik Abdul Rahim. Kemudian diikuti dengan persembahan adik-adik daripada kumpulan Syeikh Daud yang memenangi pertandingan antara kumpulan yang telah dijalankan sebelum majlis penutupan. Kemudian majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan penyampaian hadiah kepada peserta. Kami semua merasa sangat berbesar hati pada hari ini kerana beberapa orang sahabat -sahabat daripada PSU dan PNU datang ke Kampung Datok untuk bersama-sama kami sebelum kami berangkat pulang. Syuhaida, Zuhree dan empat orang teman yang lain datang bertemu dengan kami.

November 2013

JEJAK SANA,JEJAK SINI

Selesai majlis kami pun bersalam-salaman bersama guru-guru, adik-adik dan teman-teman di Kg Datok sebelum bertolak meninggalkan kampung tersebut. Aktivis lelaki bertolak dahulu mengikuti En We manakala kami yang perempuan dihantar oleh Tok Nebeng dan keluarganya menaiki kereta beliau menuju ke Sungai Golok. Dalam perjalanan ke Sungai Golok kami sempat singgah ke Masjid Teluk Manok antara masjid tertua di Patani. Tapi sayangnya kami tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam masjid kerana pada masa itu ada majlis sedang dijalankan di masjid tersebut. Sampai sahaja ke sungai Golok kami pun bertemu dengan encik Wan. Beliau membelanja kami memakan Som Tam sebelum menghantar kami ke imigresen Sungai Golok. Hujan turun sangat lebat petang ini sepertinya memahami kesedihan yang muncul didalam hati. Selepas selesai mencop passport kami pun kembali semula ke Malaysia meninggalkan bumi Patani dengan azam akan datang lagi pada lain waktu insha Allah. Sesungguhnya seminggu di bumi Patani meninggalkan pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Melalui perkongsian ini rasanya tidak cukup untuk menggambarkan semua perkara yang berlaku sepanjang kami di sana. Anda semua harus pergi sendiri ke Patani, anda pasti akan beroleh penggalaman yang sangat berharga dan pasti terpukau dengan kemesraan dan kesantunan masyarakat di sana.

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon dan email) anda ke gptdunisel@gmail.com ataupun sms ke nombor: 013-3917122

Anda mungkin juga menyukai