Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI Nur Hanisah Bt Mahzan ( PISMP Semester 5 BM/ PJ/ KS 1 )

Assalamualaikum w.b.t... Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Perniagaan dan Keusahawanan ( RBT 3119 ) yang diberi ini walaupun masa yang diberi agak terhad . Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pengajaran dan pengalaman dapat saya ambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini di samping menjadikan saya lebih matang dari segi tahap pemikiran terutamanya apabila bergelar bakal seorang guru dan juga hasil kerja yang akan datang. Banyak juga perkara baru serta tambahan ilmu dapat saya kuasai hasil daripada tugasan ini. Pada mulanya, saya berpendapat tugasan ini tidak begitu sukar untuk disiapkan. Namun, telahan saya tidak benar. Pengalaman membuat portfolio ini walaupun memerlukan banyak maklumat dan data tapi ianya memberi kepuasan kerana saya dapat merasai bagaimana untuk menjalankan sesuatu perniagaan melalui portfolia yang dibuat. Portfolio ini penting kerana dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi saya dan rakan-rakan perlu mempelajari tajuk perniagaan. Walaupun sebelum ini saya mempunyai pengalaman berniaga, namun pengalaman

menyiapkan portfolio ini memberi ilmu yang cukup luas. Hal ini kerana saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengendalikan seseuatu perniagaan, membuat iklan, promosi, poster dan sebagainya. Jika sebelum ini ilmu berkaitan selok belok perniagaan kurang, setelah saya menyiapkan portfolio ini, saya dapat meningkatkan lagi perniagaan. Saya juga dapat memperkenalkan jenama saya sendiri iaitu Shes Sparkle melalui portfolio ini. Sebenarnya saya dan rakan-rakan sukar untuk memulakan tugasan ini disebabkan tiada pendedahan. Saya dan ahli kumpulan buntu dan tidak tahu untuk bermula dari mana. Pembinaan laman web E-Dagang juga begitu sukar untuk dibuat kerana tiada pendedahan. Saya dan ahli kumpulan tahu membuat

promosi dan pengiklanan melalui facebook dan twitter sahaja. Mujurlah ada tugasan ini yang memberi pendedahan kepada saya untuk membuat laman web E-Dagang. Disitu lah saya dan rakan mengenali E-Dagang. Sebelum melakukan tugasan ini, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang bersesuaian untuk pembinaan laman web E-Dagang. Setelah segala maklumat dikumpul, saya dan rakan diajar bagaimana untuk memulakan laman web ini sebanyak sekali sahaja. Mujurlah segala penerangan oleh pensyarah En Osman Bin Abdul Kadir telah dicatat dan melalui catatan itulah kami menyambung untuk membuat laman web E-Dagang. Disebabkan kurang tunjuk ajar untuk membuat laman web ini saya telah lambat untuk membuat laman web E-Dagang dan ianya bukanlah mudah untuk melakukan laman web tersebut. Dalam melaksanakan tugasan ini bahan- bahan rujukan daripada internet sangat membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya mengalami sedikit kesukaran bagi menyiapkan tugasan ini kerana terdapat kekeliruan dan kesukaran dari segi penyusunan ayat dan isi-isi penting bagi soalan tugasan ini. Selain itu itu, antara kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini ialah ketandusan idea dan ketidakpastian dengan maklumat yang diperolehi. Pada waktu kami menerima tugasan ini pula, saya dan rakan-rakan agak sibuk dengan pengurusan Kejohanan Olahraga Tahunan. Jadi masa persiapan untuk menyiapkan tugasan ini amat terhad. Tetapi, semua kekangan ini dapat saya atasi dan banyak mengajar saya untuk lebih konsisten dalam melakukan kerja serta masalah ini juga mengajar saya untuk lebih bersabar dalam melakukan sesuatu. Walaupun pada masa kini seluruh warga institut dihimpuni dengan pelbagai tugasan namun ianya tidak menjadi alasan kepada saya untuk tidak menyiapkannya. Segala penerangan dari pensyarah pembimbing amat berguna kepada saya. Setelai melalui detik yang sukar semasa menyiapkan tugasan ini, pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari. Saya akan berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam bidang ini.

Para pensyarah juga telah banyak memberi tunjuk ajar terutamanya Pn. Rasidah Bt Samat selaku pensyarah pembimbing bagi kelas saya kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai tugasan ini walaupun beliau juga mempunyai tanggungjawabnya yang lain. Hasil bimbingan pensyarah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberi ini pada waktu yang di tetapkan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Ini semua telah memudahkan saya untuk menyempurnakan tugasan ini dengan tunjuk ajar pensyarah. Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugasan ini, banyak manfaat yang saya perolehi sebagai bekalan menjadi seorang guru pada masa hadapan. Ianya membantu saya menjadi lebih kreatif dan kritis. Saya begitu berpuas hati dengan tugasan ini kerana telah membantu dalam usaha untuk menjadi seorang guru.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini terutamanya rakan-rakan yang banyak memberi komen yang bernas tentang tugasan saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai