Anda di halaman 1dari 35

HBPE3203

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE


SEMESTER JANUARI 2014

HBPE3203:
PENDIDIKAN LUAR


MATRICULATION NO : 810131015961001
IDENTITY CARD NO. : 810131015961
TELEPHONE NO. : 0137795961
E-MAIL : mq_rahmat81@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre









HBPE3203

PENGHARGAAN

Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana
dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik
insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa
En.Abd Kadir bin Abd.Rahim yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam
merealisasikan menghasilkan tugasan ini. Begitu juga buat GPK Ko-kurikulum di sekolah saya
En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-
anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik
dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan
tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan
tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.
Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat
rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh
melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring
dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul.
Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion
keguruan.
Salam hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...









HBPE3203




BAHAGIAN A





HBPE3203

1.0 PENGENALAN
Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik
darjahuntuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi
meningkatkandan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kokurikulum yang sedia adauntuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pendidikan luar jugabertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupukperasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam
sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajaruntuk menggunakan masa lapang dengan
bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.Program-program
pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkatsekolah malah
keseluruhan masyarakat.
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yangberasaskan gerak kerja yang
tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan diluar bilik darjah.
program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat.
Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuansemakin
kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau
pihakinstitusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti
rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya.Dengan
adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu
meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakatserta
meningkatkan tahap disiplin diri.
Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yangbesar dalam melahirkan
individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangankepada
masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama
secaraberpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti
dijalankan.Menurut Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang
meliputipenggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajarankurikulum yang sedia ada ini merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan sikapkhususnya penggunaan masa senggang.

HBPE3203

2.0 DEFINISI PENDIDIKAN LUAR
2.1 DefinisiPertama (Meier dan Mitchell, 1993)
Pendidikan luar merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaranmelalui
pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan
bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yangmeningkatkan
pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkankita lebih
menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor danafektif
dalam pendidikan luar akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-
esteem),ke arah pembentukan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka,
melaluipendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran
yangmenyatakan kepentingan bagi keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman
sebenardan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan
fizikal yangdiingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.2 Definisi Kedua (Ford, 1986)
Pendidikan luar juga boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan
pembelajaranyang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau
di luar bilikkuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara
langsung denganalam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan
luar menumpukankepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk
mendapat pengetahuan.Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar
dapat memahami isikandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar
merupakan suatu pendekatanpembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen
kognitif, psikomotor dan afektifyang berpusat kepada pelajar . Beliau juga menegaskan
bahawa konsep definisi pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti
fizikal, aktiviti mengembara atauaktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses
yang berasaskan pada aktivitiberstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi atau
persekitaran tiruan untukmenentukan kekuatan individu atau intrapersonal dan interpersonal
kumpulan.


HBPE3203

2.4 DefinisiKetiga (Abu Bakar Sidek, 2004)
Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam
semulajadi dimana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang
kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar
rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar.
Ia bolehdigabungjalinkan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman
danmemupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani
dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah
kesepaduannasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.4 Definisi Keempat (Brookes, 1994)
Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman
yangmembolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi ( Brookes, 1994).
Olehitu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan
diridengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahan termasuk dalam
sukatanpelajaran dalam sesuatu pendidikan. Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar
objektif, diantaranya termasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni
dengan alam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama
lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan
deria, belaja rdalam makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu
dalam kalangan pelajar.

2.5 Definisi Kelima (Knapp, 1990)
Pendidikan luarjuga pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-
sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp,
1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh
dijalankan denganpelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain
untuk pendidikan.Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum.
Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman
iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam
persekitaran terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.
HBPE3203

KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan
mengikut pandangan tokoh-tokoh terkemuka,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan
pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagaisatu pendekatan untuk mencapai objektif
pembelajaran menerusi pengalaman seseorang melakukan sendiri di kawasan persekitaran
terbuka ataupun semulajadi. Ia juga adalah suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses
pembelajaran berlaku di alam luar.Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan,
pendidikan konservasi, pendidikan cabaran,perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan
beberapa aspek rekreasi luar.

Pendidikan Luar juga merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara elektif dan bijaksana.
Pendekatan, pemeringkatan, pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal
jugaakan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.Alam semula jadi
merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan pelbagai sumber ilmu. Ia boleh
digabungjalinkan dengan amalan-amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan,
pengalamandan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi
mental, rohanidan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke
arah perpaduannasional dan memupuk jati diri.Oleh itu, pendidikan luar juga boleh dijadikan
satu kaedah untuk mengorentasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman
dan pengukuhan pembelajaran









HBPE3203

3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden
Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk
mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam
persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba
lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk
mendapatkan sumber makanan.
Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulan di dalam
aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasak seperti berkayak,
aktiviti tali,meredah hutan dan sebagainya. Ada yang berpendapat aktiviti sebegini tidak perlu
dilakukan kerana menyebabkan pelajar terbabit menghadapi risiko terdedah kepada
kecederaan dan ancaman-ancaman lain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan
menjalani aktiviti pendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh
mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesan positif
kepada bakal guru(Isjoni, 2004).
Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa dengan cara
memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas
akan menghasilkan individu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi
dugaan (Normar, 2000).
Ketika zaman prasejarah kegiatan pendidikan luar ketika itu didorong oleh perasaan
untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan
manusia.Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah
segalanya kerana manusia kini lebih moden bergiat cergas dalam kegiatan pendidikan luar atas
dasar kepentingan penerokaan dan pembelajaran.
Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan bahan makanan.
Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk
membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih untuk membina kehidupan mengikut
zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu,membina tempat
tinggal,menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar mereka.

HBPE3203

Terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar era moden ini. Displin pendidikan
tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah diperluaskan kepada elemen
kognitif dan efektif. Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan
dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar.Program pendidikan luar mula
dikomersialkan secara meluas. Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan
ekopelancongan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang
pendidikan,program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat
swasta.Selain itu program Pendidikan Luar telah menjadi program yang wajib disertai oleh
semua guru pelatih di semua Institut Perguruan Malaysia.
















HBPE3203

CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN PURBA














Aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar
di Zaman Purba
HBPE3203


CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN ERA MODEN













Aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar
Di Zaman Era Moden
HBPE3203



BAHAGIAN B










HBPE3203

3.0 Pendahuluan

Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik
darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi
meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan
berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.
Program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat
sekolah malah keseluruhan masyarakat. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di
luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan,
pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli
masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan
sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai
matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.Menurut Ford (1981)
mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran
semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada
ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan
masa senggang.










HBPE3203


KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SK.SERI MACHAP
TAHUN 2014

KELOLAAN
Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap
Simpang Renggam

TARIKH
1 Februari hingga 2 Februari 2014
( Dua hari satu malam)

TEMPAT
Hutan Lipur Gunung Lambak
Kluang,Johor.

MASA
8.00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5.00 petang (2 Februari 2014)







HBPE3203

1.0 PENGENALAN

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu.
Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan,
pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi
mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke
arah perpaduan nasional
Pendidikan luar ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sk.Seri Machap, Simpang Renggam. Program ini
disertai oleh pelajar tahun enam dan tahun lima yang terpilih daripada setiap kelas. Ia
akan diadakan di Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor pada 1 Februari 2014 hingga
2 Februari 2014. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan
tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti Pendidikan Luar ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan
dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Selain itu, melalui program ini
dapat memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah
yang melibatkan pelbagai kemahiran iktiar hidup, kecekapan mengurus diri dan juga
ketahanan dari segi emosi, mental dan jasmani. Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi
dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

HBPE3203

3.0 OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan
Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Hutan Lipur Gunung Lambak adalah
hutan rekreasi dan terjaga dari segi persekitaran dan terjamin keselamatan.
Peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sekolah Sk.Seri Machap sahaja.
Mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan sesuai untuk pelajar sekolah rendah
seperti tandas, surau dan pengawal keselamatan.
Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas dan untuk pelbagai aktiviti.
Mengurangkan kos perbelanjaan terutamanya dari segi pengangkutan
sekiranya diadakan di luar daerah.
Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.
Guru-guru dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kerana tiada masalah untuk
datang ke tempat program kerana jarak dari sekolah ke tempat perkhemahan hanya
21km sahaja.


HBPE3203

5.0 BUTIRAN PROGRAM
Nama Program : Program Pendidikan Luar
Tarikh :1 Februari hingga 2 Februari 2014
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8:00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5:00 petang (2 Februari 2014)
Tempat : Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor.
Perasmi : En. Abd.Rahim bin Kassim Pengerusi PIBG SK. Keb Seri Machap.

6.0 KUMPULAN SASARAN
Program pendidikan luar ini melibatkan 80 orang pelajar murid tahun enam dan tahun lima.
Setiap kelas tahun lima dan tahun enam akan menghantar 20 orang pelajar dari setiap kelas.















HBPE3203

7.0 Jawatankuasa Pengelola

Ahli Jawatankuasa Induk
Aktiviti Pendidikan Luar di Hutan Lipur Gunung Lambak
Anjuran Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap


Penasihat
En.Mazlan bin Othman
( Guru Besar )

Pengerusi
En.Mazlan bin Ahmad
( Penolong Kanan KO-Kurikulum )

Timbalan Pengerusi
Pn.Hjh Maznah bt.Abdullah

Setiausaha
En.Aminuddin bin Sayuti

Penyelaras
En.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman
(Unit Kokurikulum)

Bendahari
Pn.Noorazreena bt Bahari








HBPE3203

7.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA

Kem Komandan : En.Mohd.Aminnudin bin Sayuti
Tim.Kem Komandan : En.Tuan Rozaimi bin Tuan Rani
Keselamatan : En.Mohd.Fadzli bin Aman
: En.Mohd.Faizal bin Saim
: Cik Mashitah bt Suandi
: Pn.Rafedah bt Jailani
Peralatan khemah/ : En.Awaluddin bin Miskam
Persiapan tempat : En.Mohd.Faizal bin Saim
: En.Sahat bin Zaim (Ajk PIBG)
Buku aturcara : Cik Norainey bt Muhammad
: En.Mohd.Khir b Nadirin
Hadiah & Cenderamata : Pn.Haniesah bt Embong
: Pn.Aida bt Basar
Siaraya : En.Ahmad Sobri bin Ahmad
: En.Fadhli bin Othman
Dokumentasi/Publisiti : En.Sobri bin Ahmad
Juruacara : Pn.Norhaizah bt Ahmad
Makanan & Minuman : Pn.Sahidatulseha bt Samaon
: Pn.Zabedah bt Abu Bakar
: Pn Rozilah bt Nordin
Bertugas malam : En.Norazman bin Mohaimin
: En.Masrom bin Saidi (Ajk PIBG)







HBPE3203

7.2 AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN / AKTIVITI PESERTA

Kuliah maghrib /Kerohanian : En.Mahadhir bin Lahuri
: Pn.Norhaya bt Isa
Senaman pagi : En.Mazlan bin Ahmad
Persembahan murid : Pn.Maizatul bt Muhamad Jiwa
: Pn.Norazreena bt Bahari
: Pn.Hjh Tumirah bt Kiran
: Pn.Rafedah bt Jailani
Kawat kaki : En.Norazman bin Mohaimin
: En.Mohd.Faizal bin Saim
: Pn.Umi Khalthom bt Mahbeb
Night Trecking/ : En.Jailani bt Saad
Jalan berhalangan : En.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman
: En.Ezzad bin Abd Razak
: En.Abd Rahim bin Isa (Ajk PIBG)
Latihan dalam kumpulan : Pn.Zarinah bt Mion
: En.Fadhli bin Othman
: Pn.Rosmini bt Basri
Persembahan Kebudayaan : Pn.Zalila bt Hujan
: Pn.Norhaizah bt Ahmad
: Pn.Aidah bt Maidin








HBPE3203

8.0 SUMBER KEWANGAN
8.1 Sumbangan PIBG = RM1000.00
8.2 Duit Kokurikulum = RM1200.00
8.3 Kutipan yuran setiap peserta =RM 960.00 (80 peserta x RM12 )
8.4 Sumbangan dari orang perseorangan = RM 400.00
Jumlah keseluruhan = RM3560.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Amaun
1. Peralatan aktivti RM 400.00
2. Bayaran tapak perkhemahan RM4.00 x 80 orang RM 320.00
3. Mineral water RM 120.00
4. Hadiah berbentuk hamper & sijil RM 250.00
5. Makanan
1. Sarapan pagi RM2.50 x 80 orang x 1 kali
2. Makan malam RM3.50 x 80 orang x 1 kali
3. Makan tengahari RM3.50 x 80 orang x 2 kali
4. Minum petang RM2.00 x 80 orang x 2 kali

RM 200.00
RM 280.00
RM 560.00
RM 320.00
6. Banner RM 80.00
7. T-shirt perkhemahan RM12.00 x 80 orang RM 960.00
JUMLAH RM3490.00






HBPE3203

9.0 Panduan Pelaksanaan
Program Pendidikan Luar ini dilaksanaan oleh Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap dengan
bantuan Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mengawal
keselamatan murid semasa program berlangsung. Peserta akan mendaftar dengan AJK
Pendaftaran pada hari Sabtu jam 8:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang pada hari Ahad.
Disamping itu peserta juga akan dinilai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan
oleh penganjur disepanjang program berlangsung untuk mendapatkan mata yang akan
dinilai oleh AJK pertandingan untuk pemberian hadiah pada akhir program.

















HBPE3203

10.0 JADUAL PROGRAM PENDIDIKAN LUAR & JUSTIFIKASINYA
Tarikh/hari Masa Aktiviti Justifikasi

1 Feb 2014
(Sabtu)



8.00 pagi-
8.45 pagi











8.45pagi
9.30 pagi








9.30 pagi-
10.00 pagi







10.00pagi-
10.30pagi









10.30 pagi-
11.00 pagi






Pendaftaran peserta dan guru /
bertolak ke kawasan
perkhemahan Gunung Lambak
menaiki bas yang disewa.

Sessi mengagihkan peserta dan
guru mengikut kumpulan
nama-nama haiwan yang telah
ditetapkan




Perhimpunan bersama guru
pengiring.
Nyanyian lagu:
1. Negaraku
2. Lagu Negeri Johor
Menyiapkan khemah mengikut
setiap kumpulan yang
diagihkan.


Taklimat program dan
penerangan tentang peraturan-
peraturan sepanjang
perkhemahan ini berlangsung





Sesi berkenalan mengikut
kumpulan nama-nama haiwan
yang diberikan dengan
menyanyikan lagu Tanya
Sama Kawan(dengan tempo
lagu Tanya Sama Pokok
Tanya sama kawan,
Siapa nama kawan?
Nama saya Azman,
Siapa nama kawan?

Mencipta logo dan motto
kumpulan.Setiap kumpulan
diberi kain putih (saiz kain
bendera).Secara berkumpulan
berbincang mencipta idea
menghasilkan logo dan motto
kumpulan yang baik.

Pengurusan pelajar dan penempatan

Pelajar mengikut khemah serta guru
pengiring yang ditugaskan bagi setiap
kumpulan.

Menjaga keselamatan dan memupuk
displin kendiri.

Membentuk budaya bekerjasama dan
saling hormat menghormati dalam satu
kumpulan.

Membentuk daya kempimpinan
berkumpulan.

Bertolenrasi sambil berkongsi
pengalaman serta kemahiran.

Pemberitahuan program-program yang
akan dilaksanakan sepanjang dua hari
perkhemahan.

Dapat memupuk diri pelajar agar
patuh pada arahan dan peraturan untuk
mendisplinkan diri dan sentiasa
menepati masa

Memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajar.


Saling menghargai dan menyayangi
satu sama lain.

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni
dan komunikasi pelbagai hala.



Dapat memupuk semangat
bekerjasama dalam kumpulan.

Dapat menyelesaikan tugasan yang
diberi dengan jayanya.

Merangsang sikap bekerjasama di
dalam diri pelajar agar mereka
bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu kerja.
HBPE3203






11.00 pagi-
12.00 tghri










12.00 tghri-
2.00 ptg



2.00 ptg-
4.00 ptg























4.00 ptg-
5.00 ptg











Ceramah (Penjagaan Alam
Sekitar) oleh penceramah
jemputan yang terdiri daripada
fasilitator dari Jabatan Hutan
Lipur Gunung Lambak itu
sendiri.






Makan tenghari / solat zohor
berjemaah / kerohanian
( Tazkirah dari ajk kerohanian)


Aktiviti Kajian Alam sekitar.

Pelajar dibawa masuk ke
dalam hutan mengikut
kumpulan masing-masing oleh
fasilitator-fasilitator yang
dilantik.

Pelajar dikenalkan nama-nama
saintifik pokok dan tumbuh-
tumbuhan dan ditunjukkan
juga akar-akar kayu dan
tumbuh-tumbuhan yang boleh
dibuat ubat.

Secara berkumpulan pelajar
dikehendaki menyenaraikan
seberapa banyak nama
saintifik tumbuh-tumbuhan
dan kegunaannya jika boleh
dibuat ubat dan hasilnya
hendaklah diserahkan kepada
pihak urusetia.


Minum petang / solat asar
berjemaah.






Sentiasa menghormati alam semula
jadi sebagai benda hidup yang terdapat
di bumi kita dengan memelihara alam
sekitar.

Dapat menanamkam perasaan rendah
diri pelajar tentang kebesaran Pencipta
di dalam jiwa.

Membentuk kehidupan dan cara hidup
yang seimbang terhadap alam sekitar.

Membentuk sahsiah dan peribadi
pelajar menjadi insan yang sentiasa
tidak lupa pada penciptanya dan
menunaikan kewajipannya.

Memupuk sikap pelajar menghargai
hasil hutan dengan menganggapnya
sebagai khazanah yang paling
berharga.

Menikmati keindahan alam sekitar dan
seterusnya menyedari akan
kepentingan alam semula jadi.

Kita perlu bertanggungjawab untuk
bersama-sama di dalam penjagaan
semula jadi.

Menjana idea dan minda pelajar dalam
menghasilkan sesuatu tugasan dengan
bersungguh-sungguh.

Mewujudkan sikap bekerjasama dan
tanggungjawab di dalam kumpulan.











Membentuk sahsiah dan peribadi
pelajar menjadi insan yang sentiasa
tidak lupa pada penciptanya dan
menunaikan kewajipannya




HBPE3203


5.00 ptg-
6.30 ptg








6.30 ptg-
9.00 mlm



9.00 mlm-
10.00 mlm














10.00 mlm-
11.30 mlm











11.30mlm

Aktiviti riadah / sukaneka
(aktiviti berhalangan)
Pelajar dikehendaki melepasi
halangan mengikut stesen yang
dibina.
Kumpulan yang Berjaya
melepasi halangan tanpa gagal
dan mendapat masa yang
terpantas dikira pemenang.

Mandi / makan malam / solat
berjemaah / Kuliah maghrib



Aktiviti latihan dalam
kumpulan LDK.
(Pertandingan pakaian Rimba)
Setiap kumpulan perlu
menghiasi salah seorang ahli
kumpulannya yang dipilih
dengan menggunakan surat
khabar lama yang dibekalkan
dan sumber-sumber dari
tumbuh-tumbuhan semulajadi
yang terdapat disekeliling.
Ketua kumpulan perlu
menerangkan konsep pakaian
dan kegunaan pakaian rimba
yang dihasilkan.

Kembara malam (Night
Treckking)
Semua pelajar dibawa masuk
ke dalam hutan oleh fasilitator
dari jabatan hutan lipur
Gunung Lambak mengikut
kumpulan menyusuri jalan
hutan yang telah disediakan.





Kudapan /Rehat / Tidur

Mewujudkan sikap bekerjasama dan
tanggungjawab di dalam kumpulan.

Menjadikan pelajar seorang yang
sabar,tabah dan berani menerima
cabaran.




Membentuk sahsiah dan peribadi
pelajar menjadi insan yang sentiasa
tidak lupa pada penciptanya dan
menunaikan kewajipannya

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni
dan komunikasi pelbagai hala.

Dapat menjana idea dan kreativiti
setiap pelajar .

Mewujudkan sikap bekerjasama dan
tanggungjawab di dalam kumpulan.

Dapat menunjukkan potensi dan
kemahiran setiap pelajar mengikut
aras yang berbeza-beza.




Pelajar dapat menghayati alam sekitar
di waktu malam.

Menjadikan pelajar lebih berani dan
bersedia pada bila-bila masa untuk
melakukan sebarang aktiviti di waktu
malam.

Menjadikan pelajar lebih sensititf
terhadap alam sekitar dan hidupan
yang ada di dalam hutan di waktu
malam.

Menghilangkan keletihan selepas
seharian melakukan aktivti.


2 Feb 2014
( Ahad )

5.30 pagi -
7.00pagi





Mandi / Solat subuh berjemaah
/Kuliah subuh





Membentuk sahsiah dan peribadi
pelajar menjadi insan yang sentiasa
tidak lupa pada penciptanya dan
menunaikan kewajipannya


HBPE3203


7.00 pagi-
8.00 pagi






8.00 pagi-
8.30 pagi




8.30 pagi-
9.00 pagi


9.00 pagi-
1.00 tghari
















1.00tghari-
2.30ptg







2.30 ptg-
3.30 ptg








Senaman pagi /J-Robik
(dikelolakan oleh AJK
senaman pagi)





Sarapan pagi





Taklimat eskpedisi mendaki
Gunung Lambak.


Ekspedisi mendaki gunung
lambak

Jarak pendakian lebih kurang
1km.

Semua pelajar terlibat dalam
ekspedisi ini kecuali murid
yang ada masalah kesihatan
dikecualikan.

Ekspedisi ini akan diketuai
oleh fasilitator dari Jabatan
Perhutanan Gunung Lambak
dan dibantu oleh guru-guru.



Makan tengahari / Solat Zohor
berjemaah /rehat







Persembahan kebudayaan
setiap kumpulan.








Dapat menjadikan pelajar seorang
yang seimbang dari segi rohani dan
jasmani serta sihat dan cergas.

Aktivti regangan sebagai persediaan
untuk ekspedisi mendaki gunung
lambak.

AJK makanan juga membekalkan
setiap pelajar bungkusan makanan
yang mengandungi air mineral dan roti
sebagai bekalan sepanjang ekspedisi
mendaki gunung lambak.

Dapat memupuk diri pelajar agar
patuh pada arahan dan peraturan untuk
mendisplinkan diri.

Dapat tanamkan perasaan rendah diri
tentang kebesaran Pencipta di dalam
jiwa dengan melihat flora dan fauna
sepanjang pendakian.

Merangsang sikap kerjasama dan
setiakawan di dalam diri pelajar
sepanjang menempuh cabaran
sepanjang ekspedisi.

Tabah dan berani menghadapi
cabaran-cabaran yang datang.

Memupuk diri pelajar agar sentiasa
prihatin dan bertanggungjawab di
dalam menjaga pemuliharaan hutan
dan alam sekitar dengan baik.

Membentuk sahsiah dan peribadi
pelajar menjadi insan yang sentiasa
tidak lupa pada penciptanya dan
menunaikan kewajipannya

Merehatkan diri dan memulihkan otot-
otot dan tenaga yang telah digunakan
sepanjang aktiviti mendaki.

Menggabungjalinkan nilai estitik,seni
dan komunikasi pelbagai hala.

Dapat memupuk nilai-nilai murni di
dalam diri pelajar.

Pelajar dapat menunjukkan kreativiti
dan menjana idea masing-masing.

HBPE3203


3.30ptg-
4.00ptg



4.00ptg-
4.45ptg








5.00 ptg

Mengemas peralatan dan
menurunkan khemah mengikut
kumpulan masing-masing


Majlis penutupan /
Penyampaian hadiah dan sijil.

Peserta terbaik
Kumpulan terbaik
Hadiah kumpulan
setiap aktiviti yang
dipertandingkan.

Bersurai / Bertolak balik


Merangsang sikap bekerjasama di
dalam diri pelajar agar mereka
bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu kerja.

Sebagai motivasi dan penghargaan
kepada pelajar atas kesungguhan
mengharungi segala cabaran dan
rintangan setiap aktiviti yang
dilakukan.

Setiap pelajar rasa dihargai dan
memotivasikan mereka untuk terus
lebih berjaya di masa akan datang.



11.0 PERATURAN PERKHEMAHAN
1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.
2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 11.00 malam kecuali jika
terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai yang
bertugas pada waktu tersebut.
3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan sebaliknya
kecuali kepada pegawai / guru yang bertugas.
4. Ahli kumpulan hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikut prinsip yang
terkandung dalam undang-undang perkhemahan.
5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri akan
mengakibatkan kebakaran.
6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan
kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.
7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya
terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.
8. Perserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai berdasarkan aktiviti yang
djalankan.
9. Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala aktiviti
berkumpulan.
10. Dilarang membawa barang kemas yang berharga.
HBPE3203

12.0 PENUTUP
Program Pendidikan Luar merupakan satu pendidikan di luar bilik darjah
yang menitikberatkan kefahaman dan penghayatan individu tentang betapa pentingnya
pengetahuan,kemahiran dan pengalaman dalam pelaksanaan pendidikan luar.Selain itu,
pendidikan luar juga dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas sebagai budaya hidup orang Malaysia. Oleh kerana itu, adalah
diharapkan semua aktiviti pendidikan luar Sekolah Kebangsaan Seri Machap Tahun 2014 ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
----------------------------------- -----------------------------
(Mohd.Rahmat bin A.Rahman, (En.Mazlan bin Othman,
Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap, Guru Besar
Sk.Seri Machap) Sk.Seri Machap)














HBPE3203

RUJUKAN
Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia

Ab.Alim Abdul Rahim. (1999). Panduan perkhemahan, sipulan dan pioneering: Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.

Hasrul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah dan Shaifol Bahary Sulaman. (2010).
HBPE3203 Pendidikan Luar.Selangor Darul Ehsan:Meteor Doc.Sdn.bhd.

Ab.Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://www.docstoc.com/docs/20995139/SENARAI-SEMAK-PENYEDIAAN-KERTAS-
KERJA

http://www.freeweds.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%APA%20ITU%20PENDIDI
KAN%20LUAR.pdf

http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm








HBPE3203



LAMPIRAN







HBPE3203

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX: 07-7541005



Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,
Guru Besar,
Sk.Seri Machap,
Simpang Renggam,Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT
SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program
Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan
dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014.

3. Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik darjah dalam kehidupan
seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.

4. Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima
kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,


------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
Setiausaha Program Pendidikan luar
Sk.Seri Machap.


HBPE3203


RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX: 07-7541005


Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,
Ketua Polis,
Ibu Pejabat Polis Kluang,
Johor.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program
Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan
dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014 di Hutan Lipur Gunung Lambak Kluang.

3. Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat membantu untuk
memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk mengelak perkara yang tidak diingini
berlaku.

4. Dengan ini kertas kerja dilampirkan sekali untuk rujukan pihak tuan.

4. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima
kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,


------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
Setiausaha Program Pendidikan luar
Sk.Seri Machap.

HBPE3203

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX: 07-7541005


Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01)
Tarikh :1 Januari 2014

Kepada,
Semua Ibu bapa /penjaga,
Murid tahun lima dan enam,
Sk.Seri Machap.

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program
Pendidikan Luar mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh : 1& 2 Februari 2014
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang johor.
Bayaran : Bayaran RM12.00 seorang (T-Shirt perkhemahan)

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk membantu ahli uniform mendapat
kemahiran perkhemahan yang patut mereka perolehi disamping member pendedahan aktiviti
kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4. Tuan / puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa yang lengkap seperti
dilampiran kepada cikgu Mohd.Rahmat bin A.Rahman sebelum atau pada 10 Januari 2014.Segala
pertanyaan sila hubungi beliau ditalian 013-7794141

3. Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat membantu untuk
memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk mengelak perkara yang tidak diingini
berlaku.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah
HBPE3203

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX: 07-7541005



Ruj.Kami : JBA 2009/500-1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari 2014

Kepada,
Ketua Pengarah,
Pejabat Pelajaran Pendidikan Kluang,
Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT
SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan menganjurkan aktiviti Program
Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan
dijalankan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Februari 2014.

3. Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik darjah dalam kehidupan
seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.Denga
ini disertakan sekali kertas kerja untuk program ini.

4. Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului ucapan terima
kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,


------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
Setiausaha Program Pendidikan luar
Sk.Seri Machap.


HBPE3203










CONTOH-CONTOH GAMBAR SUASANA AKTIVITI
PENDIDIKAN LUAR YANG AKAN DIJALANKAN

Anda mungkin juga menyukai