Anda di halaman 1dari 31

2

ULANGKAJI EDU 3108 20 markah



Jawab semua soalan.

1. Selain daripada keperluan menguasai pengetahuan, sesuatu profesion perlu
mempunyai kod etika. Apakah tujuan sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika?

(A) Untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
(B) Nilai tara profesion diukur dengan kod etika
(C) Supaya ada asas untuk dapat emolumen
(D) Masyarakat memandang tinggi kerjaya yang ada kod etika

2. Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut berikut

(A) Berilmu, Bersahsiah dan berketrampilan
(B) berimej, berwawasan dan bebas pendirian diri
(C) bermoral, berperibadi mulia dan berkepentingan diri
(D) menampil watak terpuji, iltizam tinggi dan taat setia terhadap ketua jabatan

3. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat dan berguna,
tanggunjawab guru dalam Kod Etika Keguruan Malaysia manakah mempamerkan
ciri tersebut?

(A) Pelajar
(B) Ibubapa
(C) Masyarakat dan Negara.
(D) Rakan sejawat dan profesion perguruan

4. Guru Y meminta para pelajar kelasnya menjawab soalan-soalan dalam buku latihan
harian sebagai pengukuhan pada pengajaran yang telah disampaikan.
Bagaimanapun latihan tersebut tidak disemak oleh beliau.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah kedudukan akauntabiliti guru
terhadap pengajaran dan pembelajaran? Guru Y

(A) tidak tahu akan tanggungjawabnya
(B) cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya
(C) seorang yang malas dan tidak bertanggungjawab
(D) tidak melaksanakan tanggungjawab Etika Profesion Keguruan

5. Guru penting menghayati konsep kesantunan guru, mengikut Noriati Ab. Rashid
(2004), kesantunan

(A) Menghargai daan menghormati semua pihak walaupun di kalangan yang lebih
muda, cacat, miskin dan kurang cerdas
(B) Mampu mengawal perlakuan dan etiket mengikut budaya masing-masing bagi
membantu pergaulan dalam masyarakat.
(C) Perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan intim supaya
pergaulan berada dan keadaan berharmoni

(D) Bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur menzahirkan perlakuan sama ada
perlakuan berbahasa atau bukan berbahasa yang boleh menyenangkan
semua pihak
3

6. Apabila guru memahami dan bahawa tugas mereka ialah mementingkan
perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, kita boleh
berpendapat bahawa guru faham akan isu berkaitan dengan?

(A) Kesantunan guru
(B) Kepedulian guru
(C) Penampilan guru
(D) Pengurusan masa guru

7. Bermulanya kerjaya sebagai guru, seseorang perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan bermula dengan novis, yang manakah BUKAN satu peringkat
perkembangan yang dinyatakan oleh Trotter (1986) :

(A) Cekap
(B) Mahir
(C) Pakar
(D) Cemerlang

8. Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran, antara kemahiran
yang perlu dimiliki ialah

I. Agen sosialisasi
II. Agen perubahan
III. Pengurus masa dan keluarga
IV. Pengamal ilmu dan kemahiran

(A) I, ll dan lll sahaja
(B) Il, lll dan IV sahaja
(C) I, ll dan IV sahaja
(D) I, lll dan lV sahaja

9. Kaji rajah di bawah (Proses Reflektif) dalam buku Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru muka surat 74 (Noriati, et.al : 2010), dan jawab
soalan.











Proses refleksi yang bertanda A ialah

(A) Uji Kaji
(B) Sintesis
(C) Penilaian
(D) Hipotesis

Diskripsi
Perasaan
A
Analisis
Kesimpulan
Pelan Tindakan
4
10. Penyelidikan tindakan, iaitu satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru
untuk guru dan tentang guru. Tujuan penyelidikan tindakan dijalankan ialah


I. Guru menyiasat amalan diri dalam situasi sekolah
II. Menambah kejelasan teori, meningkat ilmu pengetahuan
III. Jelma daripada perasaan ingin tahu tentang permasalahan di sekolah
IV. suatu kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyambung pelajaran dan
peningkatan profesionalisme

(A) I, ll dan lll sahaja
(B) II, lll dan IV sahaja
(B) I, ll dan IV sahaja
(D) I, lll dan IV sahaja

11. - Berorientasi pencapaian
- Berorientasi kreativiti dan inovasi
- Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi
- Berkeyakinan diri yang tinggi
- Keperluaan menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain
- Sanggup menanggung risiko
- Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif

Ciri-ciri tersebut dimiliki oleh

(A) Kepemimpinan Teragih
(B) Kepemimpinan Birokratik
(C) Kepemimpinan Berkarisma
(D) Kepemimpinan Semula Jadi


12. Robbins, S. P. (2003) dalam buku Organizational Behaviour menjelaskan konsep
kepemimpinan sebagai

(A) Gabungan sifat pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah
organisasi
(B) Kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli lain kumpulannya untuk mencapai
sesuatu matlamat.
(C) Kebolehan untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan penuh terhadap
sekumpulan manusia untuk capai matlamat
(D) Keupayaan untuk pengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan
nilai supaya akur kepada ketuanya












5
13. Salah satu teori kepemimpinan menyatakan pemimpin sekolah harus mempamerkan
nilai etika yang boleh dicontohi pelajar, ibubapa dan komuniti kerana mereka diharap
boleh melindungi hak, nilai sosial dan budaya semua pelajar. Pendapat tersebut
adalah amalan dalam teori ?

(A) Situasi
(B) X dan Y
(C) Transformasi
(D) Kepemimpinan Moral



14. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan
Malaysia terlibat dalam mengendalikan pelbagai urusan.
Manakah urusan berikut termasuk dalam bidang kuasa Bahagian
ini.

I. dasar dan perancangan sumber manusia

II. naik pangkat dan tatatertib

III. kaunseling dan keutuhan

IV. perlantikan tenaga pengajar IPTA

V. pembangunan manusia dan latihan

(A)

I ,II dan III sahaja

(B) I, III dan IV sahaja

(C) I, II , III , dan V sahaja

(D) II, III ,IV dan V sahaja



15. Dalam struktur organisasi sekolah, seorang pengetua dibantu oleh tiga orang
penolong kanan. Yang manakah BUKAN jawatan penolong kanan

(A) kokurikulum
(B) Hal ehwal murid
(C) Kurikulum dan pentadbiran
(D) Hal ehwal guru dan profesional

16. Jangkaan guru terhadap pentadbir sekolah atau pengurus merangkumi aspek-aspek
berikut KECUALI

(A) Pengurusan bersikap adil dan saksama
(B) Kepimpinan yang penuh amanah dan berintegriti
(C) Memberi laporan penilaian tinggi supaya tidak jejas kenaikan pangkat
(D) Menjaga kebajikan guru dengan sikap toleransi, memahami dan penyayang

6
17. Tujuan utama Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang diadakan di sekolah-sekolah
adalah untuk


(A) meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensi
(B) memberi motivasi supaya guru tidak cepat rasa putus asa
(C) membantu guru lulus dalam peperiksaan yang disyaratkan semasa dalam
perkhidmatan
(D) menyediakan guru-guru supaya lebih bersedia untuk menjawat jawatan lebih
tinggi dalam perkhidmatan


18. Manakah antara tajuk kajian berikut sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian
tindakan?


(A) Persepsi guru terhadap perlaksanaan program PPSMI
(B) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan guru
(C) Penguasaan penggunaan kata nama khas dalam kalangan pelajar Tahun 5
(D) Kesan pemansuhan UPSR sistem peperiksaan dan penilaian di sekolah
rendah


19. Pemikiran reflektif melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat
serta menggunakan pemikiran secara kreatif dan kritis.

Pernyataan yang manakah paling tepat merujuk kepada pemikiran reflektif?


(A) Menggunakan teknik inkuiri
(B) Memperkenalkan masalah secara terbuka
(C) Mencadangkan pelbagai alternatif penyelesaian masalah
(D) Menggunakan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah


20. Kenyataan di bawah manakah BENAR mengenai Education Resources Information
Center


(A) Pelajar Institusi Pengajian Tinggi perlu berdaftar dengan ERIC
(B) Hanya terdapat buku rujukan kertas-kertas seminar dan persidangan
(C) Guru dan murid sahaja boleh buat rujukan di ERIC
(D) Koleksi ERIC boleh didapati dengan percuma











7
BAHAGIAN B
40 Markah


Jawab semua soalan

1. Kesantunan ialah perlakuan yang mampu membantu menjalin hubungan baik antara
guru dan ahli masyarakat setempat. Apabila guru memahami budaya setempat, mereka
akan lebih dihormati masyarakat tempat mereka bertugas dan hal ini memudahkan tugas
harian mereka. Kesantunan berbahasa merupakan satu ciri penting dalam corak
komunikasi guru.

(a) Antara kesantunan berbahasa yang perlu dihormati setiap guru ialah :.

i. _____________________________________________________

_____________________________________________________

ii. _____________________________________________________

_____________________________________________________

iii. _____________________________________________________

_____________________________________________________

iv. _____________________________________________________

_____________________________________________________

v. _____________________________________________________

_____________________________________________________



( 5 markah )



(b) Ikhlas dan jujur adalah antara ciri kesantunan, Huraikan dua lagi
ciri kesantunan yang perlu ada pada guru

i. ____________________________________________________

____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

____________________________________________________


( 5 markah )

8
2. Trotter (1986) mengemukakan Teori Lima Peringkat perkembangan
untuk menjadi pakar dalam bidang diceburinya.


Dengan merujuk kepada kerjaya perguruan beri penjelasan ringkas lima
peringkat tersebut mengikut urutannya


i. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________


ii. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________


iii. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________


iv. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________



v. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

( 10 markah )










9
3. Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan
yang luas untuk mendidik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkembangan pendidikan kini menuntut guru melaksanakan peranan dan
tanggungjawab yang pelbagai.Rumuskan EMPAT daripada peranan dan
tanggungjawab guru sekolah.



(i)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(ii)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(iii)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(iv)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________







10


4. Guru Cemerlang (GC) diperkenalkan bagi pemimpin guru supaya tidak
meninggalkan bilik darjah dan tidak kehilangan guru pakar yang
dedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka naik pangkat.


Jelaskan dua tanggungjawab guru cemerlang dalam kepemimpinan guru di sekolah

i. ____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________


ii. ____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

( 10 markah )



























11
BAHAGIAN C
40 markah

Jawab dua daripada tiga soalan.

1. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan.


Ulaskan bagaimana anda boleh bertanggungjawab ke atas akauntabiliti anda
sebagai guru terhadap Etika Profesion Keguruan


(20 markah)



2. Bagi membantu dan memastikan pentadbiran sekolah diurus dengan baik, seorang
pengetua mempunyai tiga orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Kurikulum &
Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan
Kokurikulum.


Jelaskan fungsi dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


(20 markah)



3. Guru patut amalkan Membaca Jambatan Ilmu supaya boleh menguasai ilmu demi
untuk berusaha membina modal insan kelas pertama yang berdaya saing dalam
abad ke 21 ini.

Jelaskan panduan-panduan bagaimana anda boleh mengurus masa dan
mengamalkan budaya membaca ?


(20 markah)















12

STRUKTUR

1. penjawat awam perlu patuh kpd arahan.
a) nyatakan 3 isu berkaitan dgn etika seorg guru yg bersifat professional
i. Kesantunan
ii. kepedulian guru
iii. penampilan
iv. berniaga
v. kerjaya sambilan
vi. pengurus masa
vii. pengurus kwangan

b) 2 cara guru menunjukkn pnampilan yang baik dalam usaha mningkatkn etika profesionalisme
i. Patuh kpd pekeliling
ii. Mengikut prosedur kerja
iii. Patuh kpd undang2
iv. Jawapan lain

2. Petikan dari FPK
a. 3 peringkat pkembangan seorg guru
i. Permulaan (novice)
ii. Cekap (competent)
iii. Berkesan (effective)
iv. Mahir (expert)
v. Pakar (master)

b. 2 kmahiran mjadi guru pakar
i. Mguasai dan mhayati kndungan m/pelajaran
ii. Menjdi pakar rujuk PnP
iii. Bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pngajaran/pmbelajran
iv. Pngetahuan dan kmhiran ICT
v. Jawapan lain

3. Dalam usaha mengharungi cabaran sms, guru perlu mempunyai kmahiran terkini. Kmahiran
diperolehi mlalui kursus/sminar
a. Jelaskn 3 tujuan KT
i. Mperbaiki amalan profesionalisme
ii. Mmbentuk sifat kritis
iii. Mngnalpasti masalah pembelajran murid
iv. Jawapan lain

b. 2 cara bgaimana guru boleh mningkatkan kemahiran
i. Mngamalkan budaya ilmu
ii. Mngamalkan budaya penyelidik
iii. Hadir kursus/seminar pndidikan

4. Pndidik alaf baru komitmen tinggi dlm tugas
a. 3 ciri kualiti diri yg msti dimiliki olh pentadbir skolah
i. Kpimpinan
ii. Sahsiah
iii. Ilmu pngetahuan
iv. Sosial
v. Dinamik
vi. Penyelidik
vii. Jawapan lain




13
b. 2 cara mngeratkan hubungan INTERPERSONAL dgn rakan skerja
i. Hormat- mhormati
ii. Bertolak ansur
iii. Bkerjasama
iv. Jawapan lain (minum kopi d kedai)

ESEI
1. Kod etika pguruan mjd pnduan dlm mjalankn tugas. Aspek pnting adalah tggjawab thadap
pelajar.
a. Huraikn 5 cara bgmana guru dpt mnunaikn tggjawab thadap plajar
i. Utmakan kbajikan dn kselamatan murid
ii. Bsikap adil thadap stiap org murid tanpa mngira faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, kturunan @ agama
iii. Mrahsiakn maklumat ikhtisas @ sulit mengenai murid kecuali kpd mereka yg berhak
mengetahuinya
iv. Mmbimbing dn mngajar seorg murid dlm darjah sendiri @ dlm m/pljrn yg diajar di bilik
darjah tnpa sebarang bayaran
v. Mngelakkn diri dari menggunakan @ dipengaruhi oleh kedudukan sosio-ekonomi murid

b. 5 cara guru mgubah pndangan masyrakat dlm konteks akauntibiliti guru
i. Mgelakkan diri dan menyebarkn sesuatu ajaran yg bertentangan dgn norma masyarakat
ii. Meghormati masyrakat setempat
iii. Mwujudkan kejasama dgn PIBG
iv. Meninggikan khidupan moral,kebudayaan dan nilai masyarakt
v. Btingkahlaku sopan dan dterima msyrakt

2. Struktur organisasi
a. 5 jawatan y trdapat dlm organisasi sekolah dan dan huraikan peranannya

Jawatan Peranan
GB http://skdarau.tripod.com/tugasgb.html
PK Kurikulm http://skdarau.tripod.com/tugaspk1.html
PK HEM http://skdarau.tripod.com/tugaspk2.html
PK KO http://skdarau.tripod.com/tugaspk3.html
K. panitia -Penyelaras Panitia Dalam Bidangnya
-Mesyuarat Ketua Bidang
-Perancangan Tahunan
-Melaksanakan Tugas P & P
-Jadual Waktu
-Pemantauan &Pencerapan
-Kemajuan Staf


b. 5 ciri profesionalisme kguruan y perlu dimiliki sorg guru
i. Mberikan pkhidmatan y bkualiti
ii. Mmenuhi kperluan murid dlm plbagai aspek
iii. Sbagai pmudahcara, mmberi bimbingan, motivasidan menggerakkn murid
iv. Kmahiran mengurus bilik darjah
v. Pmbentuk nilai dan secara lgsg menjadi role model.

3. Cikgu aisah berumur 25 tahun
a. 5 kemahiran yg perlu dimiliki utk mjadi seorg guru yg professional
i. Pelan pmbelajaran peribadi
ii. Budaya mbaca
iii. Budaya menyelidik
iv. Budaya bfikir/reflektif
v. Budaya musyawarah/berbincang
vi. Budaya kolaborasi/koperatif
vii. Dan seterusnya

14
b. 5 kriteria pmilihan baha yang hendak didedahkan kpd murid
i. Selaras dgn FPK
ii. X bercanggah dgn nilai masyarakat
iii. Releven dgn kurikulum
iv. Selaras dgn prinsip pedagogi
v. Mberi mkluamat terkini
vi. Cost effective
vii. Mudah diperolehi
viii. Mudah digunakan
ix. Mudahalih
x. Dan yg seterusnya







A. ULANGKAJI EDU 3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;

- Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan,
kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial
yang
penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas
untuk
masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas
mengikut satu
tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan
kemasukan,
mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion



15

3) Konsep Profesional;

- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

- Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
- Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti
peranan, tugas
dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL

Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala
aktiviti
profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru
tersebut tidak
mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan


6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
16
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah
bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu

Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p

Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi
Bahan
Kaedah
Teknologi

17

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid


10) Refleksi

- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam
profesion
keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan profesional keguruan?
- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi
membantu
guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.






























18


BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

1.Konsep Etika
- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

2) Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap pelajar
- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.
- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi
ibu
bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau
negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi
pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama
baik
rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
19
perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3) Akauntabiliti Guru;

Konsep
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
- Tanggungjawab kepada profesion perguruan
- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;
kualiti guru
kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan
- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Akauntabiliti terhadap profesion
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.
- Membantu rakan sejawat
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara
- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

4) Integriti Guru
- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada
individu
dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi
20
mewujudkan
budaya kerja organisasi yang bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai
keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang
terbaik

5) Refleksi Kendiri
- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru
yang anda
sanjung sebagai guru yang berintegriti.
- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda
bahawa
guru berkenaan berintegriti.



































21


BAB 3 ISU ETIKA GURU

Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling
menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta
boleh
menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang
berhubung
dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak
bertentangan
dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan

1.0 ISU KESANTUNAN GURU

- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.






22


2.0 ISU KEPEDULIAN GURU

- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada
sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu
yang dihadapi
semasa melaksanakan tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan
(Havelock
1995)

- Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan

- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
- Kepedulian terhadp tugas pengajaran
: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
- Kepedulian terhadap impak pengajaran
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
Cadangan :
- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas
daripada guru
lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.












23


BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak

Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
24
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan
Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem
pendidikan kearah
kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.

Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid
semangat belajar
bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpesonaliti
sihat dan serba boleh.


25


Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan
sehingga ia
mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri
mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)

Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan
mghasilkan
suasana pembelajaran yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan
cara sentiasa
aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar

Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran
tinggi dalam
mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

26

Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan
mesej yang
berkesan.

Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas
sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan
dan berkongsi
idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di
IPG atau
university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu
dalam konteks
sosial sekolah selepas penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial












27


BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran

2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran
- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari
idea
baru.

3) Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan
seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,
sosioemosi &
kesihatan.

4) Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek
kandungan
pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran
berfikir kritis
& kreatif.

5) Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan
tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal
selidik,
pemerhatian & temubual.
28

6) Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah,
sikap dan
nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

7) Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan

8) Pengganti Ibu Bapa
- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku
murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau
diskriminasi.

9) Pembentuk Tingkah Laku
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi
membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan,
kerajinan,
ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

10) Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan
sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan
membuat
rujukan pada bahan lain yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.





29


BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

VISI DAN MISI KPM

1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek
kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan
persekitaran
sekolah tersebut.
- Misi KPM: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang
progresif,
berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global
tetapi
pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara

2) carta organisasi (http://www.moe.gov.my/?id=143)
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan
Pendidikan Negeri
(JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab
terhadap
kurikulum dan pentadbiran
- PK2 bertanggungjawab dlm HEM
- PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum

4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;
- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk
- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa

5) Jangkaan Guru;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu
ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan



30

4 bentuk jangkaan:

- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat
memimpin
dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg membina
jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru
berpeluang yg luas
dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan



BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU


1) Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana
pendidikan
sendiri mengalami pelbagai perubahan.
- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.

2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan
- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik

3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian
dan
peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.

4) Pembelajaran Peribadi
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana
belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru
sendiri.
5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahu

Sebagai contoh
- Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru
31
boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara
on-line.
- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan
menjadi satu
landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan professional guru Bahasa
Inggeris
(Mohamed Amin Embi,

6) Budaya Membaca;
- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa
kemaskini
dengan ilmu pengetahuan.
- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan
guru
tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

7) Mengapa dan bagaimana?

Budaya Menyelidik
Kajian Tindakan
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian
terhadap
tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru
perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan
kendiri.

8) Amalan Reflektif;
Antaranya amalan refleksi melalui :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we
wouldnt be
teaching because education is a constant process of change. Every single time
you
teach something to someone, it is ingested, something is done with it,and new
human
being emerges (Leo Buscaglia).







32

9) Kolaborasi dan Musyawarah
- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang
mempunyai
matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat
terhadap
sesuatu tindakan yang diambil

10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha
berterusan
tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan KDP)
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini

12) Pembelajaran Autentik
- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang
membolehkan
seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber
- Program Adobe
- Program ERIC
- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal
Soalan Refleksi
- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan.

Anda mungkin juga menyukai