Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)




1. Isu / Perkara yang difokus:

Menceria dan menaik taraf bilik pemulihan khas


2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya.
Objektif dan matlamat program dapat dicapai.
Pelaksanaan program ini memberi satu peluang yang baik kepada guru
pelatih untuk merancang, melaksana dan menilai sesuatu projek.
Ini merupakan satu persediaan kepada guru pelatih untuk melaksanakan
satu bilik pemulihan di sekolah kelak.
Sistem fail dapat diuruskan dengan baik dan sebagai persediaan kepada
guru pelatih dalam pengurusan sistem fail di sekolah kelak.
Sudut ICT dan multimedia diwujudkan dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru.
Hubungan antara guru pelatih dan guru pembimbing dapat dieratkan.
Pelaksanaan kerja pembaikan dan pembersihan menjadikan bilik
pemulihan kelihatan lebih ceria dan kondusif.


2.2 Kelemahan:
Menggunakan masa yang agak lama dalam menyempurnakan sesuatu
tugasan.
kekurangan idea dan pengalaman dalam melaksanakan program
menceriakan bilik pemulihan sedemikian.



3. Cadangan penambahbaikan:
Sebelum melaksanakan sesuatu projek, kami harus membuat
perancangan masa dengan lebih sistematik dan teliti dalam melakukan
sesuatu projek agar tidak mempengaruhi projek seterusnya yang perlu
dilaksanakan.
Berdasarkan masalah kekurangan idea sehingga menggunakan masa
yang banyak untuk berfikir idea-idea, guru pelatih boleh merujuk pendapat
rakan-rakan dan juga guru pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai