Anda di halaman 1dari 10

1 | P a g e

Penulis : Normah binti Jainudin@Mohamad


Emel : nommie_007@yahoo.com
Alamat jabatan : Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak
No. Telefon : 082845596




TAJUK : INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PENGGUNAAN PROGRAM EpicFEM DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI
KURSUS CC205 (MECHANICS OF STRUCTURES)

Abstrak
Kursus CC205 (Mechanics of structure) adalah satu kursus yang wajib di ambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan
Awam di politeknik. Kursus ini menyediakan pelajar dengan fakta dan prinsip asas seperti daya, beban, kekuatan
bahan dan sifat-sifat bahan tersebut apabila dibebankan. Di dalam kursus ini, pelajar digalakkan untuk berfikir
secara kognitif dari peringkat yang rendah kepada peringkat yang lebih tinggi termasuklah pengetahuan asas dan
mengaplikasi pengetahuan di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan.

Terdapat 7 topik terdapat di dalam kursus ini yang harus difahami oleh pelajar. Salah satu topik yang amat penting
untuk dikuasai oleh pelajar adalah Topik 2 iaitu ; Equilibrium Forces, Shear Force and Bending Moment. Di dalam
topik ini, pelajar akan mempelajari tentang daya, daya ricih dan momen lentur yang berlaku di dalam rasuk sahaja.
Malahan mereka juga mempelajari bagaimana setiap satu perkara ini berkaitan diantara satu sama lain (James M.
Gere and Barry J. Goodno (2009)).

Kecanggihan teknologi dan inovasi pada masa kini telah memudahkan tugas pengajar seperti pensyarah untuk
menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar tentang sesuatu pekara. Bagi kursus CC205, pelbagai inovasi telah
diketengahkan dan salah satu program yang mudah di gunakan dan didapati adalah program EpicFEM.

Program EpicFEM telah memberi impak yang baik kepada pelajar yang mengambil kursus CC205 ini kerana ramai
pelajar telah mengaplikasikan penggunaan program ini didalam pembelajaran mereka.
2 | P a g e

Pengenalan Inovasi EpicFEM

Pelajar kurang memahami proses pengiraan tindakbalas bagi penyokong rasuk, gambarajah daya ricih dan
gambarajah momen lentur. Ketiga-tiga proses ini adalah konsep asas di dalam kursus CC205 (Mekanik Struktur)
malahan bagi kursus di peringkat yang lebih tinggi seperti CC505 (Analisis Struktur 1).

EpicFEM ialah Finite Element Method Analysis Beam Structure merupakan satu program yang mudah untuk
digunakan dan di muat turun secara percuma melalui aplikasi Android. Menurut G.R. Liu dan S.S.Quek (2003),
The Finite Element Method (FEM) has developed into a key, indispensable technology in the modelling and
simulation of advanced engineering systems in various fields like housing, ttransportation, communication and so
on.

Program ini membolehkan pelajar menyemak jawapan pada masa yang singkat kerana ia menunjukkan nilai
tindakbalas yang berlaku dalam rasuk sekaligus melukis gambarajah daya ricih dan momen lentur yang betul.

Selain itu, program ini juga boleh mendapatkan nilai pesongan dan kecerunan yang berlaku di dalam rasuk
tersokong mudah, terjulur, selanjar dan terjuntai.

3 | P a g e

Pernyataan masalah

Kursus CC205 (Mekanik Struktur) adalah kursus yang wajib di ambil oleh pelajar semester 2 bagi program Diploma
Kejuruteraan Awam, Politeknik sebelum mereka layak mengambil kursus CC505 (Analisis Struktur 1) di semester
5. Kursus CC205 adalah pengenalan kepada asas mekanik struktur seperti jenis-jenis rasuk, penyokong, beban,
momen, momen lentur, daya dan tegasan.

Proses-proses pengiraan dan melukis jasad bebas menjadi masalah kepada pelajar untuk memahami topik-topik yang
terdapat di dalam kursus ini. Bermula dari pengiraan tindakbalas penyokong sehingga pesongan dan kecerunan akan
menjadi sukar jika konsep asas mekanik struktur tidak difahami.

Sebelum ini software seperti Finite Element amat mahal dan proses penggunaannya juga sukar untuk difahami. The
FEM was first used to solve problems of stress analysis, and has since been applied to many other problems like
thermal analysis, fluid flow analysis, piezoelectric analysis and many others. (G.R. Liu and S.S.Quek (2003)).
Ini bermakna penggunaan software atau program Finite Element terhad kepada penyelesaian masalah aras sukar.

Tujuan Inovasi
Antara tujuan penggunaan program EpicFEM di dalam kursus CC205 adalah untuk memudahkan pelajar menyemak
jawapan mereka berkenaan dengan topik-topik yang berkaitan dengan cepat dan betul. Selain itu, dengan
penggunaan program ini, ia boleh menjimatkan masa pensyarah untuk menyediakan skema jawapan kerana jawapan
yang diberi boleh disimpan di dalam bentuk PDF dan dicetak untuk tujuan penyemakan jawapan dan disimpan.
Selain itu, teknologi dan inovasi dalam pendidikan seperti ini menggalakkan para pelajar dan pensyarah untuk
mencipta sendiri teknologi sedemikian untuk memudahkan dan menyeronokkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran.

Impak inovasi dalam pendidikan
Penggunaan program EpicFEM masih di dalam tempoh percubaan bermula sesi Disember 2012.
Walaubagaimanapun, program ini hanya boleh digunakan di dalam telefon pintar (smartphone) ataupun tablet yang
mempunyai aplikasi Android. Sepanjang tempoh percubaan ini, pelajar kurang menggunakan program ini
terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Namun demikian, kebanyakan pelajar tahu
menggunakan program ini.
Kumpulan sasaran adalah pelajar Semester 2 (DKA2-S2) sesi Disember 2012 yang mempunyai 28 orang pelajar dan
pelajar Semester 2 (DKA2-S2) sesi Jun 2013 yang mempunyai 34 orang pelajar. Berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan keseluruhan bagi kursus CC205 sesi Disember 2012, bagi pelajar Semester 2 (DKA2-S2), pelajar yang
gagal dalam kursus ini adalah sebanyak 17.86% sahaja berbanding hanya 5.88% yang gagal keseluruhan pada sesi
Jun 2013. Bagi keputusan penilaian kerja kursus untuk Ujian 1, jumlah pelajar yang gagal bagi sesi Disember 2012
4 | P a g e

60.71% berbanding hanya 2.94% yang gagal Ujian 1 dalam sesi Jun 2013. Dan untuk penilaian Kuiz 1 pula, bagi
sesi Disember 2012, jumlah pelajar yang gagal adalah sebanyak 32.14% manakala bagi sesi Jun 2013, terdapat
38.24% pelajar yang gagal di dalam penilaian Kuiz 1. Peningkatan pelajar yang lulus dalam kursus CC205 bagi dua
sesi ini menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan program EpicFEM telah memberi impak yang positif
kepada keputusan peperiksaan pelajar. Selain daripada itu, melalui pemerhatian di dalam kelas dan di makmal,
hampir 50% pelajar sudah boleh mengaplikasi penggunaan program EpicFEM didalam menyemak jawapan kuiz,
ujian dan praktikal.
Jadual 1 dibawah menunjukkan simbol dan ikon yang terdapat di dalam program EpicFEM


Simbol Deskripsi Simbol












Ikon Program EpicFEM di dalam aplikasi
Android.



















Preferences yang membolehkan pengguna
menamakan projek atau kerja yang dibuat. Selain
itu, di dalam preferences ini, pengguna boleh
mengubah unit mengikut kesesuaian.












Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
mengetahui daya tindakbalas yang berlaku pada
penyokong.





Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
mengetahui gambarajah momen lentur.


5 | P a g e






Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
mengetahui gambarajah daya ricih.






Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
mengetahui nilai sudut yang berlaku dalam
pesongan.



Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
mengetahui gambarajah pesongan dalam rasuk.




Simbol ini di tekan/sentuh untuk menentukan
jenis-jenis penyokong pada rasuk yang
dikehendaki. Untuk menukar penyokong, hanya
tekan/sentuh ikon penyokong yang dikehendaki
dan pilih.


Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
meletakkan spring pada sambungan rasuk.




Simbol ini di tekan/sentuh untuk memasukkan
nilai-nilai beban tumpu (point load), momen dan
beban teragih seragam (distributed load).




Simbol ini di tekan/sentuh jika hendak
menggunakan rasuk yang mempunyai keratan
rentas yang berlainan.









Gambar menunjukkan contoh rasuk yang telah
ditentukan penyokong dan bebannya.

6 | P a g e


















Gambar menunjukkan pemilihan beban yang
ingin dikenakan pada rasuk.




























Gambarajah daya ricih (GDR) ditunjukkan.
Dengan menyentuh titik yang ada pada (GDR),
setiap nilai daya ricih boleh dibaca dengan
mudah.























Sentuh/tekan butang setting dan pilih untuk
write to PDF dan projek akan di simpan
dalam bentuk PDF. Kemudian pilih untuk hantar
ke emel pengguna.









7 | P a g e























Gambar menunjukkan contoh projek yang telah
lengkap di buat.
















Gambar menunjukkan contoh projek yang telah
siap di simpan dalam bentuk PDF untuk dicetak
dan disimpan.


Jadual 1 : Simbol dan ikon yang terdapat di dalam Program EpicFEM
8 | P a g e

Kesimpulan
Program EpicFEM adalah program yang senang didapati dan mudah difahami oleh pelajar dan pensyarah bahkan
kepada sesiapa sahaja. Ini kerana penggunaannya tidak terlalu komplikated dengan simbol yang amat jelas dan
mudah difahami. Selain daripada itu, jawapan yang diberikan cepat dan tepat menjimatkan masa pelajar untuk
menyemak jawapan mereka. Oleh itu dicadangkan agar semua pelajar yang mengambil kursus CC205 atau kursus
yang berkaitan untuk memuat turun program ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjimatkan
masa dan menyeronokkan.

Rujukan

G.R.Liu and S.S.Quek (2003). The Finite Element Method A Practical Course. Elsevier Science Ltd.

James M.Gere and Barry J. Goodno (2009). Mechanics of Material. Seventh Edition. (SI Edition). Cencage
Learning, Stamford, USA.

www.appbrain.com/app/epicfem/com.scafem.nicens
9 | P a g e

Lampiran Projek EpicFEM


10 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai