Anda di halaman 1dari 22

ISU KEGURUAN - ISU BEBAN TUGAS GURU

Oleh : Nur Yusrina Bt Mohd Roodzi

1.0 PENGENALAN ISU


Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari dengan perkembangan dasar
negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi
memenuhi dasar negara tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan
Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu bagi mewujudkan insane seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri serta negara.

. Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula
dilaksanakan pada tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi
menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk bekerja keras
bagi merealisasikannya.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan
bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan
pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan,
menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan
buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan
kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan
emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti
pengajaran guru.

Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan Menteri Pelajaran, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu
berat. Artikel ini menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang
tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan
sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, pengharapan untuk menaikkan

tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh
temeh yang terpaksa digalas mereka.

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama
ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja
sekolah. beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk
menyelesaikannya.

Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu ini telah lama dibangkitkan,
namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang
telah dilakukan masih tidak mampu untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai
kerana sistem pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin meningkat
dan harus dipenuhi.

2.0 BEBAN TUGAS GURU


Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar seperti
pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman
Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya,
keceriaan sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan.

Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang
dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan
program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu
ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan
Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.

Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM),
walaupun sudah ada garis panduan menegnai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga
melaksanakan kerja lain yang diluar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata
murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan
bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti
anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut
member keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.

Guru juga terbabit dalam pengurusan asset sekolah dan inventori sedangkan ini bukanlah tugas utama
guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas pejabat. Walaubagaimanapun, guru perlu memikul
tanggungjawab berkenaan kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan pada suatu ketika dahulu
telah dimansuhkan.

Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke
dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan
guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan
ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka.

Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan, menyediakan laporan kantin,
laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu
Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru
pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melabihi tugas utama iaitu mendidik pelajar.

3.0 PUNCA BEBAN TUGAS GURU


Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah
Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa mengurus
dan memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pnjaman Buku Teks, Borang Biasiswa serta
profil murid. Sebagai contoh,Sekolah Menengah Sains Rembau mempunyai empat kerani berbanding
480 orang pelajar. Bilangan ini tidak mencukupi dan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua orang lagi
bagi membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat sekolah.

Masalah beban guru juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan
penyelarasan pada semua peringkat pentadbiran sekolah akibat ledakan maklumat. Ramai guru di
sekolah yang sama menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan akibat pengurusan masa kursus
yang tidak dijalankan dengan tersusun. Keadaan ini menyebabkan tugas yang ditinggalkan terpaksa
dipikul oleh guru lain yang masih berada di sekolah sedangkan mereka sudah mempunyai kerja yang
perlu disiapkan.

Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab tertentu seperti, bersalin,
menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti sakit. Tugas-tugas guru-guru yang bercuti akan
diberikan kepada guru-guru yang masih ada di sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan tugas
berganda walaupun mereka sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.

Perubahan dasar kerajaan juga turut meningkatkan tugas guru. Hal ini kerana guru merupakan badan
pelaksana dasar kerajaan. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang
dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum
dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.

Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga
wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkatkementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang
harus dipikul oleh guru.
Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak
kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah,
guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah
guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di
sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan
kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di
luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu
mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar
guru bekerja adalah44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja
seminggu(jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru
masihmemerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar
dan menyemak latihan buku pelajar

Selain itu, tidak menguasai kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Secara purata, guru-guru
mengambil masa 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan. Ia adalah keperluan dan peluang
memperbaiki kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Namun, ada sesetengah guru tidak mengambil
inisiatif untukmemperkembangkan kemahiran. Apabila cabaran baru datang, guru ini tidak mengikuti
perkembangan semasa dan terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memperbaiki diri. Sebagai
contoh, kini semua maklumat murid perlu diisi secara aplikasi dalam talian, maka guru-guru perlu
mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dan internet bagi menyempurnakan tugas ini.
4.0 CADANGAN MENGATASI
Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa tindakan
boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek

pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja
malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa juga
perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa
boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa
keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan
pentadbiran sekolah.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi
menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan
kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas
dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan
pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja
tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti
tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri
program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang
Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan
rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa
yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah
dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu
bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie (2010) mencadangkan format
untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian,
jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan
mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem teknologi perlu berubah
agar mampu memenuhi keperluan semasa.

Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan
pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program.
Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan
Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan
pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat
mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah
mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada
masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan keselamatan murid yang
memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh
dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas
di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanantugas tertumpu kepada guru tertentu
sahaja.

Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada peringkat
sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak termasuk
peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk
membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan
peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid
perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.

Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah.
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju gutu tidak perlu dibebankan dengan
tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak
bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan
banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar.
Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas
yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar
dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu
dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas
guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah
dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik
darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru
mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.
Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain
yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu
meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah
ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari
iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak dapat
menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan
seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan
masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.

5.0

PENUTUP

Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlag
bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri
mengubah paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting
menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengna tugas yang banyak, guru
tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk
memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang
diberi.

Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan
tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap
waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah
bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.

Guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman Awang mengungkapkan kata-kata
penghargaan beliau kepada guru dalam sajak karangan beliau yang bertajuk Guru Oh Guru. Tidak ada
permulaan seseorang manusia yang berjaya tanpa kehadiran seorang guru.
Perkataan pengorbanan amat sinonim dengan guru.Namun, disebalik pengorbanan dan jasa seorang
guru, dunia perguruan juga tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai isu yang menarik perhatian
masyarakat untuk diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar kebajikan dan professionalism
keguruan dapat dipertingkatkan.

Di era globalisasi yang amat pesat, antara isu yang melingkari bidang perguruan adalah isu beban tugas
guru.Hal ini berlaku kerana kepesatan perkembangan teknologi menuntut guru untuk bergerak seiringan
dengan perkembangan semasa bagi memastikan apa yang disampaikan sentiasa releven dan murid yang
dididik mampu mendepani perkembangan yang berlaku dipersekitaran mereka.Guru tidak boleh
menjadi seperti katak di bawah tempurung, yang tidak tahu perkembangan semasa, mengajar dan
mendidik pelajar dengan kaedah dan cara yang lama.
Banyak pihak mengkaji dan memberi pandangan agar isu beban tugas guru mempunyai jalan keluar
agar kebajikan guru lebih terjamin seterusnya membolehkan mutu pendidikan dapat dilonjakkan ke
tahap yang maksimum.Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan
sistem kerja sembilan jam dalam kalangan guru.Sistem kerja sembilan jam agak asing dalam bidang
perguruan.Terdapat pelbagai pandangan dari masyarakat baik dari mereka yang terlibat dalam bidang
perguruan mahupun yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang ini. Ada yang menyokong
perlaksanaan sistem ini dan tidak kurang juga yang tidak menyokong dengan sistem yang diperkenalkan
ini.Masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.
Artikel Cadangan Kerja Sembilan Jam atasi Beban Tugas Guru ? yang ditulis menggunakan tajuk
berbentuk persoalan kepada pembaca yang disiarkan melalui laman web Berita Harian Online bertarikh
2 Februari 2012 cuba mengetengahkan penolakan NUTP terhadap program perintis sistem kerja
sembilan bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bermula Januari 2012 yang melibatkan 5000 orang guru di empat buah negeri di Malaysia
Berdasarkan artikel yang ditulis, NUTP tidak menyetujui program ini dilaksanakan kerana menurut NUTP
tugas-tugas guru sebenarnya tidak tamat selepas waktu persekolahan.
Pendirian NUTP yang diketengahkan oleh penulis ini benar. Hal ini kerana, walaupun waktu pengajian
tamat sekitar 2.40 petang. Tetapi masih terdapat kerja-kerja yang tidak melibatkan pengajaran dan
pembelajaran yang perlu diselesaikan dan dibawa pulang kerumah untuk disiapkan. Antaranya seperti
menanda buku tulis pelajar yang sememangnya tugas hakiki bagi seorang guru, membuat laporanlaporan program yang dilaksanakan di sekolah, menanda buku kemajuan pelajar, kerja-kerja
pengkeranian yang melibatkan panitia, kokurikulum dan sebagainya. Kadangkala kerja-kerja ini terpaksa
dibawa pulang ke rumah oleh guru untuk disiapkan.
Walaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran mahu pihak NUTP amnya dan pihak guru khususnya
mengambil pendirian untuk berlapang dada dengan program yang akan diperkenalkan ini. Hal ini
kerana, program ini masih diperingkat projek rintis yang belum melibatkan dan mewajibkan kepada
semua guru di Malaysia. Program ini masih di peringkat percubaan dan belum lagi muktamad dan
keputusan seterusnya bergantung kepada keputusan dan respon pihak sekolah dan guru-guru yang
terlibat dengan program rintis ini. Pihak NUTP seharusnya memberi peluang kepada pihak Kementerian
Pelajaran melaksanakan program rintis ini dan membuat penilaian samada sistem kerja sembilan jam ini
dapat mengurangkan beban tugas guru atau menambahkan lagi beban tugas guru kerana terpaksa
pulang lewat dan membawa kerja-kerja sekolah di rumah. Menurut Ka Siong, program ini merupakan
sebahagian daripada usaha untuk menangani isu beban tugas guru yang semakin hangat diperkatakan.

Kenyataan Ka Siong ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan Jawatankuasa Khas Menangani
Masalah Beban Tugas Guru. Menurut laporan kajian, jawatankuasa ini telah menyenaraikan sebelas
faktor atau punca berlakunya beban tugas guru iaitu, tugas rencam yang tidak berkaitan dengan P&P,
Waktu kerja, aktiviti kokurikulum, ekspektasi stakeholder, persekitaran dan kebajikan, kurusus dalam
perkhidmatan (KDP) pentaksiran, arahan bertindih, bidang tugas, saiz kelas dan penempatan.
Berdasarkan hasil kajian jawatankuasa ini tugas rencam menjadi punca utama yang menyebabkan
timbulnya isu beban tugas guru atau yang menjadi punca utama guru terbeban dengan pelbagai tugas
guru.
Penulis juga menyatakan hanya guru dan mereka yang mempunyai keluarga yang terlibat dalam
bidang guru memahami isu ini.Kenyataan penulis ini benar kerana terdapat pihak yang mempertikaikan
isu beban tugas guru ini diketengahkan.Kerja-kerja guru tidak seperti sesetengah pekerjaan yang hanya
berfokus dalam jangka masa tertentu dan skop tertentu sahaja. Malah, melibatkan masa yang tidak
menentut dan skop yang pelbagai.Buktinya, pada hari ini, guru bukan sekadar mengajar dan
menyampaikan ilmu di dalam kelas malah kerja-kerja guru juga melibatkan tugas-tugas diluar bidang
tugas mengajar seperti melatih murid untuk pertandingan persembahan, mengiring pelajar ke
pertandingan-pertandingan, menjadi jawatankuasa dalam program-program yang pelbagai. Tidak
mustahil guru juga menjadi tukang masak, mengurus teknikal dalam program dan sebagainya. Terdapat
juga guru yang bertugas mengagih-agihkan makanan setiap pagi kepada murid dalam program RMT, dan
ada juga guru yang bertugas di pagar sekolah memastikan pengawas dan murid bertugas dengan baik
dan hadir awal ke sekolah. Situasi-situasi ini menunjukkan betapa skop bidang tugas guru tidak ada
sempadan, tidak seperti sesetengah profesion yang lain.
Sebagai kesinambungan kenyataan beban tugas guru hanya difahami oleh guru dan mereka yang
mempunyai ahli keluarga yang terlibat dalam bidang ini, penulis mengetengahkan tujuh punca
berlakunya masalah beban tugas guru. Punca-punca yang disenaraikan oleh penulis sejajar dengan
punca yang telah disenaraikan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Beban Tugas Guru. Antara
yang diketengahkan oleh penulis dalam artikel ini ialah tugas yang tidak terikat dengan waktu
persekolahan. Hal ini berlaku kerana, kadangkala guru dikehendaki mengiringi pelajar, melaksanakan
kelas tambahan atau tuisyen di sekolah.Kadangkala bagi sekolah yang cemerlang dan menjaga prestasi
kelas tambahan dilaksanakan tidak mengira waktu sehingga ada kelas yang dilaksanakan pada waktu
malam lebih-lebih lagi ketika hampir dengan waktu peperiksaan.
Penulis juga mempunyai pendapat yang sama dengan sumber-sumber yang lain iaitu membawa kerja
sekolah untuk disiapkan dirumah menjadikan guru terbeban dengan tugasan. Tindakan ini
menyebabkan kebajikan dan hak guru untuk mendapat rehat yang mencukupi setelah penat bekerja
seharian tidak dapat dipenuhi dan menyebabkan perhatian terhadap keluarga terabai. Punca yang
seterusnya ialah membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri
mesyuarat sekolah, mengikuti program pelbagai peringkat samada daerah mahupun negeri atau
menjadi wakil kepada pentadbir sekolah , menyebabkan guru-guru tidak punya banyak waktu berada di
sekolah dan memberi kesan terhadap tugas hakiki guru.

Selain dari mengajar guru juga dikehendaki untuk melakukan tugas-tugas penyeliaan dan bimbingan
aktiviti kokurikulum. Kadangkala mengurus aktiviti kokurikulum bukanlah satu bebanan bagi sesetengah
guru, akan tetapi pengisian yang perlu diberikan kepada murid sepanjang aktiviti menjadi bebanan
kepada guru. Untuk memberi pengisian ilmu kepada pelajar, guru hendaklah rajin membuat kajian,
rujukan dan pembacaan serta kursus-kursus yang perlu dihadiri yang melibatkan bidang kokurikulum
seperti badan beruniform, sukan dan sebagainya. Amat malang sekali jika guru ditugaskan untuk
menguruskan dan mengendalikan aktiviti kokurikulum diluar bidang latihan. Sebagai contoh, guru yang
selama ini telah mendapat latihan dalam satu-satu unit beruniform tetapi disebabkan kekangan
tertentu, terpaksa ditugaskan meguruskan unit beruniform yang lain. Keadaan ini akan menambah
bebanan baru kepada guru iaitu belajar sesuatu yang baru.
Aktiviti pelajar bukan sekadar tertumpu disekolah semata-mata. Mereka juga terlibat dalam aktiviti
luaran seperti pertandingan, lawatan, kursus kepimpinan dan sebagainya. Perjalanan dan pergerakan
pelajar-pelajar perlu diiringi oleh guru bagi memastikan keselamatan murid. Keadaan ini menyebabkan
guru terpaksa mengorbankan masa bukan sekadar masa dirumah malah masa masa P&P untuk
mengiringi pelajar . Menurut artikel ini lagi, bebanan guru bertambah apabila guru terpaksa
menggunakan wang ringgit sendiri untuk mengiring pelajar. Situasi ini membebankan guru,tambahan
pula tidak ada kemudahan bayaran lebih masa dan tuntutan perbatuan yang juga dicatu. Keadaan
bertambah teruk apabila lebihan masa untuk tugas rasmi tidak boleh diganti sebagai cuti rehat pada
keesokan harinya.
Dalam artikel lain bertajuk Tugas guru bertambah akibat banyak arahan. Bertarikh 13 Ogos 2012
yang disiarkan dalam laman web Berita Harian menyatakan NUTP mendedahkan guru menanggung
beban kerja berganda akibat wujunya arahan dalam arahan yang mana mereka terpaksa melakukan
tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata senario itu berlaku apabila Kementerian Pelajaran
mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa
sama mereka dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada
peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN) atau pejabat pelajaran daerah (PPD), walaupun semua
mengandungi pengisian hampir sama. Keadaan ini menyebabkan berlakunya bukan sekadar pembaziran
tenaga guru malah masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya artikel ini juga mengetengahkan beban tugas guru memberi kesan kepada kesihatan guru
seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Berdasarkan artikel
yang dipetik dari blog Utusan bertarikh 24/1/2008 menyatakan bahawa Guru yang terlalu terbeban
bidang tugasnya dan akibatnya merasa tertekan akan memberi kesan negatif kepada mutu pendidikan
negara. Menurut NUTP lagi, ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah
tinggi, sakit jantung, malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin tertekan akibat bebanan
tugas yang meningkat.

Bebanan yang melampau dengan pelbagai isu pelajar dan isu berkaitan profession yang perlu dihadapi
oleh guru seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan,
kekaburan peranan boleh menambahkan tekanan guru dan boleh menyebabkan guru mengambil
keputusan untuk berhenti atau bersara awal dari dunia pendidikan.Jika, situasi ini berlarutan dunia
pendidikan akan kekurangan tenaga-tenaga kerja yang berpengalaman dalam dunia pendidikan.
Bukankah ini suatu fenomena yang merugikan dan memberi impak yang negatif kepada pendidikan
negara?
Selain itu, bebanan tugas yang melampau juga boleh kualiti kerja guru berkurang kerana tidak dapat
memberi fokus pada tugasan yang diberikan dengan baik. Tidak dinafikan ada guru yang mampu
memberikan kualiti yang baik walaupun dibebani dengan pelbagai tugasan. Namun, hanya segelintir
sahaja guru yang mampu melakukan pelbagai tugas dengan baik dalam satu tempoh masa.
Penulis menutup artikel ini dengan memberi keyakinan kepada pembaca bahawa kerajaan akan
mengambil kira kebajikan guru sebelum sistem kerja sembilan jam ini dilaksanakan si seluruh sekolah di
Malaysia. Bukanlah sesuatu yang senang melaksanakan sesuatu sistem yang baru atau mengubah sistem
yang sedia ada, memerlukan pengkajian yang teliti dan pandangan dari pelbagai pihak dan kerajaan
khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia sudah pasti akan melaksanakan kajian dengan teliti dan
mengambil kira pandang dari pelbagai pihak dan kesannya kepada individu yang terlibat dalam
pendidikan iaitu guru dan pelajar.
Walaubagaimanapun, menurut laporan terbaru Berita Harian bertarikh 25/8/2012 yang bertajuk
Batal Kerja 9 jam oleh Veena Rusli melaporkan Tan Sri Muhyidin Yassin telah membatalkan program
rintis ini dan tindakan ini telah melegakan hampir 5000 orang guru yang dijangka terlibat sekiranya
program ini dilaksanakan. Keadaan ini menunjukkan pihak kementerian mengambil kira pandangan dan
suara rakyat.Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Saya tegaskan kita tidak harus
bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam
lain.
Cadangan sistem kerja sembilan jam merupakan antara langkah-langkah yang cuba diambil untuk
menangani Isu Beban tugas guru yang ditimbulkan oleh NUTP kepada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri
Pelajaran Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohamad.
Yassin pada 30 Mac 2010. Isu ini telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari kementerian hal ini
terbukti apabila, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas
Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) yang telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato Haji
Alimuddin bin Haji Mohd Dom, merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa ini
ditubuhkan bertujuan untuk menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru, mengenalpasti faktor yang
menyebabkan beban tugas guru bertambah dan mencadangkan tindakan bagi menangani isu yang telah
ditimbulkan ini.
Jawatankuasa ini telah berjaya mengenalpasti 14 faktor yang menyumbang kepada isu beban tugas
guru dan JKMIBTG juga telah mencadangkan 28 perakuan atau langkah-langkah bagi menangani isu ini.
Hasil daripada perakuan yang telah dikenalpasti dapat menangani masalah ini, satu jawatankuasa baru

telah ditubuh iaitu Jawatankuasa Pelaksana Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) bagi
memastikan perakuan ini dapat direalisasikan. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sebulan sekali untuk
menyemak status perlaksanaan perakuan yang telah diambil tindakan.
JKMIBTG juga telah melaksanakan kajian dan hasil dapatan awal kajian telah mengenalpasti beberapa
cadangan yang dapat menangani masalah ini iaitu ujian amali diadakan sekali sahaja semasa
peperiksaan, kecilkan saiz kelas, tambah bilangan guru, mewujudkan jawatan pembantu bengkel,
mengurangkan waktu mengajar, adil dalam agihan tugasan, mengutamakan kebajikan guru,
menyediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasi penjawat awam yang lain, mengurangkan
aktiviti hari Sabtu, menjadikan Cuti rehat Khas hak Guru, mewujudkan jawatan khas kokurikulum,
meningkatkan kerjasama komuniti dan mewujudkan jawatan pembantu guru untuk kerja-kerja
pentadbiran. Hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan oleh JKMIBTG satu cadangan tindakan
segera untuk menangani masalah beban tugas guru iaitu dengan mengeluarkan surat siaran untuk
bertugas pada hari Sabtu mesti jelas sama ada : hari sabtu minggu 1 dan 3 atau hari Sabtu minggu 2 dan
4.
Beberapa perakauan yang telah diambil tindakan ialah perlaksanaan aktiviti pada hari Sabtu,
Penyediaan Garis Panduan Penggabungan Jawatankuasa, permohonan KPM untuk menambah jawatan
pembantu tadbir, mengurangkan kekerapan guru keluar, membangunkan Pelan Operasi Latihan, Kursus
dalam perkhidmatan online diperkenalkam, pemansuhan penilaian tahap kecekapan (PTK), dan KPM
telah memohon peruntukan keawangan bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan
Kebangsaan dan Guru Sandaran tak Terlatih.
Berkaitan Isu Beban tugas guru yang diketengahkan oleh pihak NUTP terdapat pelbagai pandangan
oleh masyarakat terdapat individu yang menyokong tentang isu ini diketengahkan oleh NUTP dan tidak
gurang juga yang tidak bersetuju. Malah, apa yang menarik terdapat individu yang merupakan seorang
guru tidak bersetuju isu ini diketengahkan. Misalnya, dalam satu artikel Utusan Malaysia bertarikh
8/2/2011 yang ditulis oleh Mokhtar Sabah yang merupakan seorang guru dari Keningau, Sabah
menyatakan bahawa guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugasan seharian guru, akan tetapi guru
sendiri yang mencari kerja luar yang menyebabkan mereka rasa terbeban dan tidak cukupwaktu untu
melaksanakan tugas hakiki mereka sebagai seorang guru dengan baik. Beliau juga menyenaraikan kerjakerja atau aktiviti luar yang sering dilaksanakan oleh guru disekolah antaranya terlibat dengan pelbagai
aktiviti ekonomi, terlibat dengan aktiviti luar seperti menyampaikan ceramah bagi ustaz ustaz
sehingga mengabaikan tugas hakiki mereka, sibuk dengan kejohanan sendiri bukan untuk pelajar.
Sebenarnya pandangan penulis artikel ini lebih bersifat peribadi dan pengalaman peribadi
beliau.Kerana suasana disekolah berbeza antara sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain mengikut
tahap sekolah tersebut. Biasanya guru yang bertugas di sekolah seperti sekolah kluster dan sekolah
berprestasi tinggi menghadapi pelbagai beban tugas dan lebih banyak aktiviti yang perlu diuruskan
berbeza dengan sekolah biasa yang tugas-tugas lebih mudah berbanding sekolah bandar dan
mempunyai prestasi tinggi.Berdasarkan artikel, didapati penulis kemungkinan berpengalaman di
sekolah-sekolah biasa yang guru-guru diberi tugasan dan waktu mengajar seperti yang telah ditetapkan

yang tidak berlaku di sekolah-sekolah yang besar dan mempunyai pencapaian yang cemerlang
diperingkat masing-masing.
Berdasarkan pembacaan dari pelbagai sumber dan penulisan, guru-guru memang dibebani dengan
pelbagai tugasan.Namun, para guru tetap bersabar dan cuba melaksanakan amanah yang diberikan
dengan sebaik mungkin demi kebaikan anak-bangsa.Namun, sekiranya mengganggu tugas-tugas
menyampaikan dan memberi ilmu kepada pelajar, suatu tindakan yang tegas dan langkah yang segera
perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengelakkan masalah ini berterusan yang akan memberi
kesan kepada perkembangan pelajaran murid.
Kesimpulannya, menyedari peranan guru yang amat besar dan tugasan yang mencabar, para guru dan
bakal guru seharusnya bersedia mempersiapkan diri agar menjadi guru yang mempunyai daya tahan
yang tinggi dan tidak kalah dengan cabaran semasa.Memetik sebahagian Falsafah Pendidikan Negara
iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, guru juga sebelum menjadi sebahagian dari
kelompok warganegara yang membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani,
perlulah mendidik dan melatih diri sendiri mempunyai jasmani yang sihat, emosi yang mantap, rohani
yang utuh dan intelek yang sentiasa kehadapan.

BEBAN TUGAS KERJA GURU TERLALU BANYAK MENYEBABKAN GURU SEMAKIN STRES.

Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai Suatu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu,
bersikap jujur, dedikasi bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Bidang keguruan dianggap sebagai suatu
profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai
guru bertauliah. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah
kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai
sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini
tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.

Martabat Profesion Keguruan

Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan
yang memerlukan pendidikan kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan
tanggungjawab guru. Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan,
minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Sesungguhnya, guru berkualiti adalah faktor
utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion
keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi
gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa
memelihara imej dan nama baik profesion.

Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi
Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa cirri-ciri guru
berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Hal ini
adalah kerana guru adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan.

Kod Etika Perguruan


Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai
perpaduan Negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pada amnya, guru perlu
pakar atau professional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu
harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan
sahsiah (Robiah 1998).

Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan
disiplin diri harus dibentuk kea rah profesional. Laporan Suruhanjaya, Diraja Mengenai Perkhidmatan
Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz,1971) telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion
Perguruan (EPP) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan
perlu mematuhinya. Pengamalan Etika Profesion Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting demi
menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan
pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab
sebagai pendidik selaras dengan Etika Profesion Perguruan yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar
tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti:

Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kea rah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan

dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut seperti panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod Etika Profesion Perguruan di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban
yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insane yang berkualiti dan berketrampilan.

Peranan sistem pendidikan dalam sesebuah negara amatlah penting untuk memastikan pembangunan
negara. Bagi memastikan sistem pendidikan yang berkualiti dan cemerlang, maka menjadi
tanggungjawab guru untuk menyediakan generasi yang berkualiti di masa akan datang. Ini bertepatan
dengan salah satu matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu menyediakan sumber tenaga
manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara di masa hadapan. Maka, bagi merealisasikan
hasrat KPM, sebahagian usaha terletak di bahu guru. Guru bukan hanya mempersiapkan para pelajar
bagi menghadapi masa depan yang penuh cabaran, malahan guru juga perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan.
Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah membangunkan Standard Guru Malaysia (SGM)
yang merupakan penanda aras bagi melihat sejauh mana guru telah mencapai kompetensi profesional
guru dalam tiga aspek, nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menguasai ketiga-tiga aspek kompetensi tersebut bagi
menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara masa kini dan akan datang.

Namun, sejauh manakah guru-guru dapat mencapai standard yang ditetapkan oleh KPM
memandangkan beban tugas guru-guru pada hari ini sangat mencabar dan menyebabkan guru-guru
semakin stres. Ini diakui oleh Valli dan Buese (2007) dalam kajiannya terhadap 150 orang guru
mendapati bahawa tugas guru semakin bertambah, diperluaskan, diinsentifkan, serta perlu memenuhi
harapan daripada masyarakat tinggi hingga memberi kesan stres terhadap guru. Masyarakat kini harus
sedar bahawa tugas guru bukanlah semata-mata di dalam bilik darjah, mengajar, membimbing dan
mendidik. Tugas guru pada hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar waktu
persekolahan. Guru-guru sekarang terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri masyarakat, mengendalikan
program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan.
Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan
seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Murid kini juga
semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.

Satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005
mengenai stres di kalangan 9000 orang kakitangan perguruan di seluruh Negara mendapati 70 peratus
responden bersetuju bahawa mereka tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa
berdepan dengan karenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. (Kosmo Malaysia, 29 Mac 2006).
Maka, sewajarnya pihak-pihak tertentu peka dengan permasalahan stres guru.

Beban tugas berat menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
dalam artikel tersebut terdapat seorang guru bernama Noreha yang berusia 46 tahun merupakan
seorang guru yang berminat mengajar dan beliau mendapat kepuasan apabila murid-muridnya Berjaya
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. Tetapi, beliau berasa tertekan kerana beban
tugas semakin berat di sekolah dan juga diganggu oleh masalah peribadi sehingga ingin mengambil cuti
untuk berjumpa pakar psikiatri. Noreha mengatakan bahawa secara fizikalnya memang sihat tetapi
dalaman berkecamuk. Noreha juga tidak ingin masuk ke hospital dan meninggalkan keluarga dan
kerjayanya. Seorang guru yang terlalu tertekan sememangnya menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan yang seterusnya membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang
mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Kes yang seterusnya adalah berkaitan dengan seorang guru yang bernama Zaimah Mishan, berusia 42
tahun yang pernah mengalami sakit jiwa. Zaimah Mishan merupakan seorang guru JQAF. Beliau pernah
mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar dan beliau terpaksa menerima rawatan selama enam
bulan. Beliau mengatakan bahawa beban kerja sangat berat sehingga bekerja tujuh hari seminggu dari
pagi hingga petang sampaikan tiada masa untuk keluarganya. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu
malam tetapi juga terpaksa membawa pulang buku latihan murid-murid untuk menyemak dan ini tidak
termasuklah khusus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja.

Jelaslah ditunjukkan bahawa guru pada masa kini memanglah memikul beban tugas kerja yang semakin
berat dan guru yang mengalami tekanan sudah pastilah tidak mampu untuk memberi tumpuan
sepenuhya terhadap tugasnya. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar
juga gagal untuk memahami perkara-perkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh membebankan
pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan
yang dihadapi oleh guru boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan
seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindak balas ke atas
tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga berkemungkinan besar akan bertindak
dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti
ini boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu

mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang
mencabar ini.

Tambahan pula, kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan
yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu cabaran
yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada
guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan
ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik sehingga menyebabkan guru-guru berada dalam
keadaan stres. Guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah.
Selain itu, Ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi
terhadap perilaku mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikainya tindakan guru terutamanya
sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk
membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa
yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun
selepas tamat sesi persekolahan.

Selain itu, jumlah murid yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan satu beban
yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan murid baru
semakin bertambah dan secara tidak langsung mewujudkan suasana bilik darjah yang melebihi kapasiti
yang telah ditetapkan. Bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang
kepada peningkatan tahap beban guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa
mengawal bilangan murid yang terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru
dan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat
terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka juga
terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja
perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi
penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab, dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel,
dan perjumpaan yang terlalu kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin
berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya
kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai contoh,
kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi
persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain.
Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru

terbabit. Inilah adalah sama dengan kes Zaimah Mishan yang bekerja tujuh hari seminggu dan hendaklah
menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF. Pada hari Sabtu ada aktiviti kokurikulum
yang mana semua guru dikehendaki terlibat dan hari Ahad pula Zaimah Mishan sebagai seorang guru
JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat. Kerja yang beban ini telah menyebabkan Zaimah
Mishan tiada mempunyai masa yang lebih untuk keluarganya sehingga suaminya berkahwin lain. Situasi
ini telah menyebabkan Zaimah Mishan berasa tertekan sehingga mengalami sakit jiwa dan ini juga
menjejaskan hubungan dengan anak-anaknya.

Para guru masa kini juga terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan
kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan
mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka
iaitu mengajar di bilik darjah.

Guru Besar yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah juga merupakan salah satu
penyebab yang membawa masalah beban tugas kerja guru semakin berat. Contohnya, rungutan bahawa
guru kini dibebani tugas perkeranian dan pelbagai lagi tugas pendokumentasian. Dalam hal ini, Guru
Besar haruslah dipersalahkan kerana mereka tidak bijak menghalakan tugas-tugas seperti perkeranian,
pungutan data dan pendokumentasian sesuatu dokumen. Malahan ditambah pula sikap sesetengah
Pengetua dan Guru Besar yang meletakkan keutamaan cita-cita peribadi mengatasi kemampuan dan
kesediaan organisasi itu sendiri. Maka akan terjadilah guru terpaksa bertugas pada hari Sabtu tanpa cuti.

Punca tekanan kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru
terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan
diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
aspek bagi menangani masalah yang dihadapi.

Tekanan utama yang dialami oleh guru-guru adalah dari pihak kementerian, jabatan dan pentadbir
sekolah. Maka dicadangkan pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini.
Sebarang pelaksanaan program pendidikan bagi memenuhi tuntutan pendidikan masa kini yang
diperturunkan oleh pihak kementerian kepada jabatan pendidikan dan seterusnya pihak sekolah perlu
mengambil kira beban tugas guru yang berat dan juga pelbagai. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan
bagi mengkaji beban tugas guru berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh
berlaku dan mencari penanda aras yang boleh guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh

piawaian antarabangsa atau dari Negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi daripada negara
kita untuk dicontohi.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
dan keanggotaannya yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi
masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut membuat
aduan dimana guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling dikeluarkan guru
boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Oleh itu, masalah ini haruslah diteliti bagi
memastikan tugas utama guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas tidak
terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Selain itu, Kementerian juga akan
memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru
dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban
kerja guru.Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata
cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah
bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban
kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru. Ini bermaksud satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu
bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Ini bertujuan membolehkan guru
mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.

Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain
yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu
meringankan beban tugas yang ditanggung oleh guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah
ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran yang tidak terlatih. Guru pembantu bukan hanya
membantu dari segi kerja perkeranian, malah dalam bidang pengajaran termasuk memberi tunjuk ajar
kepada pelajar lemah. Ini bukan sahaja meringankan tugas guru malah pada masa yang sama membantu
murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan yang lain. Di Negara maju, ramai
sukarelawan yang dibenarkan menjalankan tugas membantu guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba
dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk ke sekolah dan memberikan khidmat mereka mana yang sesuai
dan sekali gus dapat membantu meringankan beban tugas guru. Ibu bapa juga digalakkan masuk ke
sekolah bagi membantu guru seperti membantu dalam pusat sumber dan sebagainya. Kementerian
Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan kaedah ini.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul RahmanArshad, menyarankan
empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep
memasyarakatkan pendidikan yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan. Empat langkah
berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah,
mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan
sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah,
terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur
serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik
darjah dan memakan masa guruselama ini. Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan
mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian
Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi
setiap kelas di sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus
mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swastadalam pembangunan bidang
pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta
infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh dicapai melalui program
seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program
sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu
adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau
bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti
bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya
persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu
menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk
dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

Secara kesimpulannya, profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu
kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang
remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan
Negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya mereka bakal menjadi pemimpin pada masa
depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup
seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam
bidang pendidikan yang diceburinya. Walaubagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif
dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus
berada dalam keadaan stress dan menjejaskan pekerjaan mereka sebagai seorang guru. Selain itu, setiap

pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh
guru ini.

Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam
organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja
kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul mencemari profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai