Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Tajuk 1: Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif


Kendiri
Pembentangan

kertas

kerja

bertajuk

Pembangunan

Profesionalisme

Berterusan:

Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri yang telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b.


Basar secara keseluruhannya merangkumi empat aspek utama yang menjadi tonggak hasil
kejayaan guru berdasarkan kepada inisiatif kendiri masing-masing. Empat aspek utama yang
dijelaskan oleh beliau dalam seminar tersebut merangkumi aspek Pembangunan
Profesionalisme, Pembangunan Profesionalisme Kendiri, Kebertanggungjawaban Guru dan
akhir sekali ialah Laluan Kerjaya.
a) Pembangunan Profesionalisme
Aspek pertama, iaitu Pembangunan Profesionalisme yang dicanangkan beliau adalah
berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah
diperkenalkan kerajaan baru-baru ini. Menurut beliau, guru atau pendidik yang diharapkan
terbentuk mengikut acuan PPPM adalah guru yang dapat menguasai semua bidang ilmu,
bukan sahaja terbatas kepada bidang ikhtisas namun turut merangkumi ilmu-ilmu lain.
Tambah beliau lagi, kompetensi guru juga perlu lebih mantap dan tidak hanya terhad kepada
satu kebolehan sahaja namun kompetensi haruslah secara vertikal.
Pendidikan yang bermutu dalam sesebuah negara akan melahirkan insan yang
bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran diri yang tinggi terhadap kehidupan mereka.
Sistem pendidikan yang diamalkan oleh sesebuah negara mempunyai perkaitan yang rapat
dengan proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara. Pendidikan secara amnya
berfungsi sebagai alat atau wahana untuk memenuhi keperluan-keperluan negara dalam
pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh yang demikian, pendidikan
negara menitikberatkan kecemerlangan pelajar

dan nilai-nilai kemanusiaan, intelektual,

disiplin diri serta profesionalisme yang perlu dijadikan pegangan guru atau pendidik dalam
mendidik pelajar-pelajar.

Anjakan 4 PPPM, iaitu Mentransformasikan Profesion Keguruan Menjadi Profesion


Pilihan seakan menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat amnya. Walaupun anggapan
masyarakat mengatakan profesion guru sebagai kerja yang mulia dan hebat, namun sehingga
ke hari ini negara masih mahu mentransformasikan profesion tersebut. Hal ini demikian
kerana, kualiti guru yang terbentuk masih belum dapat menjamin kejayaan atau
pembangunan negara. Oleh hal yang demikian, penambahbaikan kompetensi guru tidak
hanya berfokus kepada pembangunan diri tetapi juga perlu melibatkan kemenjadian diri
pelajar yang akan membentuk negara pada masa hadapan.
b) Pembangunan Profesionalisme Kendiri
Dalam bidang pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama yang berfungsi
sebagai sebuah kilang bagi menghasilkan produk sumber manusia yang cemerlang dan
berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam kalangan masyarakat.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
begitu peka dan bertungkus-lumus dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi
melahirkan guru yang profesional serta dapat meningkatkan mutu profesionalisme keguruan
di negara ini.
Tahap profesional guru merupakan penentu utama kepada kecemerlangan para pelajar.
Oleh hal yang demikian, KPM telah membuat pemilihan calon guru secara ketat dan
mengikut kriteria-kriteria tertentu. Setiap pelajar yang memohon bidang perguruan mestilah
mempunyai sahsiah yang baik dan mereka yang betul-betul berminat dengan profesion
tersebut layak dipilih. Selain itu, menurut beliau kemahiran berkomunikasi bukan sahaja
dalam bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan malah penguasaan bahasa Inggeris juga penting
bagi seorang guru kerana penguasaan dwi bahasa akan mengangkat tahap profesionalisme
seorang guru.
Hal ini kerana profesion guru sebagai pendidik diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru khususnya sangat penting kerana bahasa
tersebut merentas penyebaran pengetahuan yang terdapat di internet dan juga buku rujukan.
Menurut Abd Rahim (2000), guru yang profesional memerlukan mutu yang sesuai dengan
tugas dan statusnya sebagai seorang guru. Untuk meningkatkan tahap profesional seorang
guru, mutu personal seorang guru meliputi sahsiah dan sikap, kreativiti dan motivasi,
kemahiran berkomunikasi, minat, sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas serta

mempunyai pencapaian yang istimewa perlu ada pada guru. Kelemahan mutu personal ini
akan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan dan imej guru tersebut.
c) Kebertanggungjawaban Guru
Perubahan dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui aspek kurikulum sekolah yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Malaysia telah disemak
semula dan ditambahbaik supaya kurikulum yang dihasilkan relevan dan berupaya
melahirkan pelajar dengan kemahiran tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi
menghadapi persekitaran global kelak. Seiring dengan transformasi dalam bidang pendidikan,
sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dari segi pengajaran dan
pembelajaran. Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Enam ciri utama itu ialah kemahiran memimpin, kemahiran berfikir,
kemahiran dwibahasa, pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Keenamenam ciri yang digariskan ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru kaedah pengajaran atau didikan yang disalurkan kepada modal insan negara
perlu lebih ke hadapan sesuai dengan matlamat untuk menyediakan modal insan tersebut ke
alam pekerjaan. Menurut beliau, keperluan majikan untuk penawaran sektor pekerjaan
kepada keluaran universiti didasarkan kepada tiga faktor, salah satunya ialah tenaga kerja
yang boleh berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini kerana komunikasi berkesan dapat
memberi keyakinan kepada client atau pelanggan. Keutamaan juga diberikan kepada
mereka yang dapat menguasai pelbagai bahasa dunia seperti Mandarin, Korea, Jepun dan
sebagainya.
Selain itu, majikan turut mencari pekerja yang dapat berkolaborasi dengan semua
pihak. Dalam konteks pendidikan, seseorang guru haruslah mempunyai kompetensi baru
yang dapat menghasilkan pelajar atau produk yang dapat berkolaborasi dengan semua pihak
di alam pekerjaan. Majikan juga turut mencari pekerja yang mahir dalam bidang yang
diceburi. Menurut sumber tertentu, kebanyakan majikan memilih graduan yang mendapat
keputusan yang sederhana, kerana menurut mereka pelajar yang meraih pencapaian pada
tahap yang tinggi kurang mampu berkolaborasi. Jika hal ini berlaku, ianya akan menimbulkan
masalah kerana mereka tidak dapat memberikan kerjasama dan dianggap seorang yang
mementingkan diri serta tidak tahan dengan persekitaran kerja.

Oleh hal yang demikian, seorang guru yang kompeten seharusnya cemerlang dalam
ilmu pengetahuan dan mengetahui maklumat terkini terhadap sesuatu mata pelajaran yang
hendak diajar. Kualiti seorang guru dinilai berdasarkan impak ke atas pembelajaran pelajar
yang dinilai melalui pengajaran yang telah diberikan oleh guru tersebut. Jadi, guru mestilah
menguasai teknik-teknik penyampaian dan kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang
difahami agar pengajaran yang dijalankan dapat meningkatkan kefahaman murid.
d) Laluan Kerjaya Guru

Ceramah Pembangunan Profesionalisme Berterusan turut merangkumi aspek laluan kerjaya


bagi guru berprestasi tinggi. Umumnya, guru dapat dibahagikan kepada tiga kelompok utama
berdasarkan kepada prestasi masing-masing, iaitu guru berprestasi tinggi, guru berprestasi
biasa dan guru berprestasi rendah. Peluang kenaikan pangkat yang telah dilaksanakan oleh
KPM seperti kenaikan pangkat secara time-based, iaitu guru akan diberi kenaikan pangkat
bagi laluan perkhidmatan biasa berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka, iaitu 8-8-6-3.
Namun jika guru menunjukkan prestasi yang cemerlang, mereka berpeluang untuk menikmati
laluan kerjaya luar biasa yang dapat mengurangkan tempoh time-based biasa untuk
kenaikan pangkat atau gred perjawatan. Namun time-based adalah berdasarkan kepada
kecemerlangan yang ditunjukkan para guru termasuklah sumbangan mereka dalam aspek lain
seperti penglibatan dalam persatuan dan sebagainya.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu sentiasa meningkatkan kompetensi
diri dan kualiti perkhidmatan seiring dengan kehendak dunia pendidikan pada masa kini.
Setiap guru perlu menambahbaik kompetensi diri dan nilai bagi meraih kejayaan kendiri dan
menjamin keberhasilan murid. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah berusaha untuk
menghasilkan guru yang dapat melahirkan modal insan yang dapat membawa perubahan
kepada negara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai