Anda di halaman 1dari 28

Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang

berlainan.
Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti
bahawa jika
seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau
penyakit pada
satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya
sihat. Takrifan
ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud
kesihatan secara
menyeluruh.
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan
oleh Persatuan
Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal,
mental dan
sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau
kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan
keseimbangan di
antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan
sosialnya.
Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi
dengan baik.
Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu
yang
bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan
tanggungjawab
keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan
kematian yang
mengejutkan.
Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah
dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan
bahawa aktiviti
fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan
hidup. Ahli
falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja
tidak akan
menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan
senaman, walaupun
mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah
kesihatan. Dan
adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada
secara semulajadi
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
2
ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi

saiz otot dan


yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah
pembahagiaan
senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit,
umur individu,
jantina dan sebagainya."
Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada
meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang.
Walaupun
setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti,
namun bukan
setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup
yang diperlukan
untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin
merupakan
antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih
sihat ini.
Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya
hidup yang
lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan
kesejahteraan
hidup kita.
Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak
tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan
kualiti hidup yang
lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih
dengan bijak
dan menikmati pilihan tersebut.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
3
2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan
bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap
masa dan di
mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak
menjadi sakit.
Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal,
sosial, vokasional
dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang
memuaskan dan
produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada
tahap yang
tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang
menggembirakan
dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.
Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh

berubah
dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda,
tubuh, nilai,
sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai.
Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum.
Keseronokan
dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa
kepada kesejahteraan
hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan
perkembangan
dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri,
pengisian
kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah
memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong
mengurangkan faktor
potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.
2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum
i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').
ii. Panjang umur ('years to your life').
iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat.
iv. Meningkatkan keyakinan diri.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
4
v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.
vi. Lebih ceria dan periang.
vii. Tingkahlaku positif.
viii. Kurang risiko penyakit.
ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit.
x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain.
xi. Mengurangkan kos rawatan.
xii. Perhubungan sosial yang sihat.
xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran.
xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja.
xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup.
xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan
pengalaman.
Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Ia dapat
digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri
statik dan berjalan
ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke
belakang.
Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang
berdiri statik dan
menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang
berjalan ke hadapan

dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke
arah kesihatan
yang optimum atau kesejahteraan.
Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan
neutral,
tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1),
menunjukkan
bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi
kebolehan
manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan
kehilangan fungsi
manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana
anda berada
sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke
manakah arah
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
5
gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih
sihat atau
sebaliknya?
I have never felt better Optimum Health (Wellness)
I feel great Excellent Health
I feel good Good Health
I feel fine Above-Average Health
I feel OK Neutral
I don't feel so good Minor Illness
I feel rotten Major Illness
I have never felt worse Critical Illness
Death
Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness
Continuum')
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke
Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan
Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K.
Cureton,
Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji
berkaitan
dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen
kecergasan,
terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian
ACSM
(American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat
menunjukkan
keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa

beberapa bulan.
Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah
kesihatan yang lain
dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit
setiap hari
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
6
dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan
melakukan aktiviti
bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu.
Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti
hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke
sederhana akan dapat
mengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan
dapat
meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang.
Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life.
An
increase in total physical activity at low to moderate intensities is
associated with a
decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity
increases
cardiorespiratory fitness'.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
7
3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat,
banyak
komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda
dalam
'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti
kesihatan
harian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam
setiap
komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional
dan
persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh
mana baiknya
anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke
Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
Persekitaran Rohani
Kesejahteraan
Vokasional

Fizikal
Sosial
Psikologi
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
8
3.1. Psikologi
Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Ia
bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke
sehari.
Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang
biasa.
Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi
seseorang (kegembiraan,
kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau
bagaimanapun, orang
yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan
keseimbangan
psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan
selesa. Mereka juga
dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam
menghadapi keadaan
emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari
golongan yang
profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu.
Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti
kehidupan,
tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang
sihat untuk
mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda
percaya pada
pembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual,
anda
menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan
untuk belajar dari
semua pengalaman hidup.
3.2. Rohani
Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna
dalam
kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan,
nilai, kesetiaan,
prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui
tujuan hidup
dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan
dan memenuhi
keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga
meliputi sikap

menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi


maksimum.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
9
Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri
sendiri,
kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian
anda juga
termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
diingin dan
menghargai alam sekitar.
3.3. Fizikal
Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan
pemakanan yang
berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks
serta penggunaan
dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen
kesejahteraan ini.
Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek
fizikal sendiri,
yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan
perubatan,
pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan
mengambil
langkah yang betul bila ditimpa penyakit.
3.4. Sosial
Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan
dalam
perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga
meliputi sikap yang
adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua
orang. Adalah
dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu
mempunyai
hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar
boleh dihubungi
ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya,
akan merasa
perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
10
3.5. Vokasional
Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan
pada masa
lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat
sekarang dalam hidup

ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda


mempunyai tahap
kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu
pertimbangkan
perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda
minati. Akhirnya
komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan
yang lain untuk
mencapai matlamat.
3.6. Persekitaran
Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk
hidup.
Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi
terhadap
kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu
yang
membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan
kesihatan.
Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah
memelihara bumi
menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility
(mengurangkan,
menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab).
Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of
existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical
components.
It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and
individual
interests".
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
11
4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN
Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan.
Amalan
kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup
anda. Pemilihan
corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan
ataupun penyakit.
Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian,
mingguan, bulanan
dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah
kesihatan yang
optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara
negatif akan
mengakibatkan penyakit dan kematian awal.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup

ialah
genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta
psikologi. Namun
pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang
paling penting.
Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh
menyebabkan
kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian
di Amerika
Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah.
Ia lebih
berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan
mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini
adalah berdasarkan
kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas
didiagnosis
sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini
kepercayaan ramai
bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat
dan masih
berterusan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
12
5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN
Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya
bahawa
penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka.
Kepercayaan ini akan
membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika.
Penyebab utama
penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan
bangsa.
Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan
mengurangkan faktorfaktor
risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan.
Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat
merendahkan
risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk
mencapai suatu
kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri
dari segi
kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan.
Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke
Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

Pengaruh
Utama Yang
mempengaruhi
kesejahteraan.
Genetik
Persekitaran
Psikologi
Gaya
Hidup
Persekitaran
Fizikal Penyakit
Rawatan
Kesihatan
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
13
5.1. Penyakit Jantung
Faktor penyumbang
Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara
fizikal.
Strategi untuk mengatasinya
1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan
rawatan jika
tidak normal.
2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan
dan sayursayuran).
3. Hentikan penggunakan tembakau.
4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).
5. Amalkan gaya hidup aktif.
6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.
5.2. Kanser
Faktor penyumbang
Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan,
sinar - X
berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan penggunaan tembakau.
2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan
lemak dan
kolesterol.
3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
14
5.3. 'Strokes'
Faktor penyumbang
Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan

serangan
angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan
dan
kegemukan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayursayuran.
2. Hentikan penggunaan tembakau.
3. Bersenam.
4. Kawal tahap tekanan darah (normal).
5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD).
Faktor penyumbang
Merokok dan udara tercemar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Berhenti merokok.
2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.
5.5. Kemalangan
Faktor penyumbang
Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai
tali
pinggang keledar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.
2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
15
3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.
4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.
5.6. 'Pneumonia/Influenza'
Faktor penyumbang pneumonia
Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.
Strategi untuk mengatasi pneumonia
Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang
daya
tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.
Strategi untuk merawat pneumonia
Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti
berikut :
batuk, deman panas 102F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak
kuning
kehijauan.
Faktor penyumbang Influenza
Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan
perbualan.
Strategi untuk mengatasi Influenza
1. Amalkan gaya hidup sihat.

2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.


3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.
4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.
Strategi untuk merawat Influenza
Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam
tempoh 3
hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan,
lemah, letih,
hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
16
5.7. Kencing Manis
Faktor penyumbang
Kegemukkan dan diet.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet yang sihat.
2. Amalkan program kesihatan fizikal.
3. Ambil ubat jika perlu.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak.
5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS'
Faktor Penyumbang
Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu
kepada
anak.
Strategi untuk mengatasinya
1. Mengawal nafsu.
2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.
3. Jangan gunakan dadah suntikan.
4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani
pembedahan.
5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum
memulakan
keluarga.
5.9. Bunuh Diri
Faktor penyumbang
Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu
dengan
memberikan barangan berharga kepada orang lain.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
17
Strategi untuk mengatasinya
1. Akui tahap kesihatan yang lemah.
2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.
3. Ambil ubat, jika perlu.
4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.
5.10. Penyakit Hati Yang Kronik

Faktor penyumbang
Pengambilan alkohol yang berlebihan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan pengambilan alkohol.
2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.
5.11. Pembunuhan
Faktor penyumbang
Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan,
senjata
dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat
sunyi.
Strategi untuk mengatasinya
1. Belajar seni mempertahankan diri.
2. Kawal kemarahan.
3. Peka dengan keadaan di sekeliling.
4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.
5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara
fizikal adalah
ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
18
6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba
tenangkan
ketegangan dengan :
a. bertenang
b. kawal dengan renungan mata
c. elakkan dari bertelagah
d. kurangkan pergerakan
e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut
f. fahami perasaan orang tersebut
g. cari jalan penyelesaian
7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit,
melarikan diri atau
melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.
8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko
kecuali terdesak.
9. Ikuti peraturan keselamatan asas :
a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali
b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam
c. Letak kereta di tempat terang
d. Kunci pintu kereta setiap masa
e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta
orang
yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.
5.12. Senaman Dan Jantung
Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan

dengan
senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan
umurnya. Terdapat
berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem
kardiovaskular, ada
jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik
atau aktiviti yang
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
19
melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya
selama 20 minit,
akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan
menambahkan
kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti
aerobik ini adalah
disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini.
Contoh-contoh
aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa
dan berenang.
Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot
badan
samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada
kecukupan
keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan
keluaran kardiak
maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen
ke tisu-tisu.
Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab
peningkatan paras
hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan
kapilari darah
hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang.
Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit
akan
mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya
menyebabkan
hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit
adalah lebih besar,
namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih
kurang sama
dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan
oleh
peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi
diperlahankan.
Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan
seminit sahaja.

Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam
ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan
peningkatan fungsi
paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah,
kebimbangan dan
kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan
badan untuk
melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti
fibrinolitik
('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras
'endorphins', ubat
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
20
tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa
seseorang atlit
berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan
serta keadaan
'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa
dijalankan.
Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin
dapat merawat
penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa
senaman juga
dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis
('diabetis').
5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000
Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.
Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu :
a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat
b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat
c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat
Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan
untuk
objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta
gaya hidup
sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
21
6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN
Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup,
pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut :
6.1. Berakauntabiliti
Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah
diri
anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan
anda atau pasangan

anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal


kesihatan diri anda
sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang
positif.
6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif
Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan
sikap
yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara
umumnya.
Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan
menjadikan
minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles
Swindol akan
membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda
sepanjang hayat:
"The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life.
Attitude to
me is more important than facts. It is more important than the past, than
education,
than money, than circumstances, than failures, than successes, than
what other people
think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or
skill. . The
remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude
we will
embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change
the fact that
people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The
only thing we
can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am
convinced that
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
22
life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is
with you.we
are in charge of our attitudes."
6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup
Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam
kehidupan
seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan
menjadi cergas adalah
sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu,
apa yang akan
berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya
hidup, anda akan
menikmati kesejahteraan hidup yang optimum.

6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan


Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam
komponen
kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa
komponen sahaja.
Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam
majlis-majlis
tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi
pada masa yang
sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai
keseimbangan
dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek
kehidupan,
termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa
santaian.
6.5. Kepelbagaian
Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati
kesejahteraan
hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan,
kesihatan) akan
mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang
melibatkan diri dalam
aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang
tidak
membosankan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
23
6.6. Kesederhanaan
"Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah ini
kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan
sehingga ke tahap
yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah
kesihatan. Contohnya,
senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan
kecederaan.
Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh
mengakibatkan
penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup
yang positif dan
dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan
kehidupan tanpa
menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula
untuk dicontohi
adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguhsungguh dan
bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard').

Ketiga-tiga
faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau
mengabaikan manamana
satu.
6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup
Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius
dan
mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah
dikenalpasti sebagai
dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil
sampingan.
Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan
keseronokkan pada
kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh
bertindak sebagai
senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah;
menjadikan
seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres,
ketakutan dan
kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa
berkomunikasi.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
24
6.8. Gaya Tersendiri
Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah
tuan
punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang
kesihatan anda.
Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang
paling sesuai demi
keperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan
kesihatan anda
sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang
mana, akan
menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.
7. RUMUSAN
Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more
than a
pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada
mengubatinya.
Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi,
untuk menjaga
kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari
penyakit yang
mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak,
jumlah senaman

dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang


secukupnya,
rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini,
kucing tersebut
pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri
anda, anda juga
patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat
menikmati segala yang
ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi
sepenuhnya akan
mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih
baik.
Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih
baik.
Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang
berasaskan kesihatan,
maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang.
Kedua,
semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat,
semakin tinggi
risiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung
merupakan
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
25
penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun
serangan penyakit
jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor
penyebabnya
berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart
Association
dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang
aktif akan
menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti
penyakit arteri.
Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit
kardiovaskular yang
nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam
arteri mereka.
Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu
lewat untuk
menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin
menambahkan jangka
hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang.
Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak
dari
kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen

berkaitan
dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan
status kesihatan.
Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup
adalah senaman
yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang
mencukupi;
relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman
beralkohol dan dadah
yang tidak bermanfaat.
Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan
jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah
dan
mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi),
diabetes
(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah
menunjukkan di
kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai
amalan biasa,
kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit
jantung koronari
adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan
senaman.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat
sekarang dalam hidup
ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda
mempunyai tahap
kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu
pertimbangkan
perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda
minati. Akhirnya
komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan
yang lain untuk
mencapai matlamat.
3.6. Persekitaran
Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk
hidup.
Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi
terhadap
kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu
yang
membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan
kesihatan.
Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah
memelihara bumi

menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility


(mengurangkan,
menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab).
Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of
existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical
components.
It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and
individual
interests".
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
11
4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN
Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan.
Amalan
kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup
anda. Pemilihan
corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan
ataupun penyakit.
Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian,
mingguan, bulanan
dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah
kesihatan yang
optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara
negatif akan
mengakibatkan penyakit dan kematian awal.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup
ialah
genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta
psikologi. Namun
pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang
paling penting.
Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh
menyebabkan
kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian
di Amerika
Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah.
Ia lebih
berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan
mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini
adalah berdasarkan
kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas
didiagnosis
sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini
kepercayaan ramai
bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat
dan masih

berterusan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
12
5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN
Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya
bahawa
penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka.
Kepercayaan ini akan
membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika.
Penyebab utama
penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan
bangsa.
Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan
mengurangkan faktorfaktor
risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan.
Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat
merendahkan
risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk
mencapai suatu
kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri
dari segi
kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan.
Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke
Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
Pengaruh
Utama Yang
mempengaruhi
kesejahteraan.
Genetik
Persekitaran
Psikologi
Gaya
Hidup
Persekitaran
Fizikal Penyakit
Rawatan
Kesihatan
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
13
5.1. Penyakit Jantung
Faktor penyumbang
Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara
fizikal.
Strategi untuk mengatasinya

1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan


rawatan jika
tidak normal.
2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan
dan sayursayuran).
3. Hentikan penggunakan tembakau.
4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).
5. Amalkan gaya hidup aktif.
6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.
5.2. Kanser
Faktor penyumbang
Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan,
sinar - X
berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan penggunaan tembakau.
2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan
lemak dan
kolesterol.
3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
14
5.3. 'Strokes'
Faktor penyumbang
Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan
serangan
angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan
dan
kegemukan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayursayuran.
2. Hentikan penggunaan tembakau.
3. Bersenam.
4. Kawal tahap tekanan darah (normal).
5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD).
Faktor penyumbang
Merokok dan udara tercemar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Berhenti merokok.
2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.
5.5. Kemalangan
Faktor penyumbang
Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai
tali

pinggang keledar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.
2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
15
3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.
4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.
5.6. 'Pneumonia/Influenza'
Faktor penyumbang pneumonia
Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.
Strategi untuk mengatasi pneumonia
Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang
daya
tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.
Strategi untuk merawat pneumonia
Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti
berikut :
batuk, deman panas 102F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak
kuning
kehijauan.
Faktor penyumbang Influenza
Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan
perbualan.
Strategi untuk mengatasi Influenza
1. Amalkan gaya hidup sihat.
2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.
3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.
4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.
Strategi untuk merawat Influenza
Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam
tempoh 3
hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan,
lemah, letih,
hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
16
5.7. Kencing Manis
Faktor penyumbang
Kegemukkan dan diet.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet yang sihat.
2. Amalkan program kesihatan fizikal.
3. Ambil ubat jika perlu.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak.
5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS'

Faktor Penyumbang
Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu
kepada
anak.
Strategi untuk mengatasinya
1. Mengawal nafsu.
2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.
3. Jangan gunakan dadah suntikan.
4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani
pembedahan.
5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum
memulakan
keluarga.
5.9. Bunuh Diri
Faktor penyumbang
Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu
dengan
memberikan barangan berharga kepada orang lain.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
17
Strategi untuk mengatasinya
1. Akui tahap kesihatan yang lemah.
2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.
3. Ambil ubat, jika perlu.
4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.
5.10. Penyakit Hati Yang Kronik
Faktor penyumbang
Pengambilan alkohol yang berlebihan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan pengambilan alkohol.
2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.
5.11. Pembunuhan
Faktor penyumbang
Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan,
senjata
dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat
sunyi.
Strategi untuk mengatasinya
1. Belajar seni mempertahankan diri.
2. Kawal kemarahan.
3. Peka dengan keadaan di sekeliling.
4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.
5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara
fizikal adalah
ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

18
6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba
tenangkan
ketegangan dengan :
a. bertenang
b. kawal dengan renungan mata
c. elakkan dari bertelagah
d. kurangkan pergerakan
e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut
f. fahami perasaan orang tersebut
g. cari jalan penyelesaian
7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit,
melarikan diri atau
melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.
8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko
kecuali terdesak.
9. Ikuti peraturan keselamatan asas :
a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali
b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam
c. Letak kereta di tempat terang
d. Kunci pintu kereta setiap masa
e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta
orang
yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.
5.12. Senaman Dan Jantung
Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan
dengan
senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan
umurnya. Terdapat
berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem
kardiovaskular, ada
jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik
atau aktiviti yang
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
19
melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya
selama 20 minit,
akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan
menambahkan
kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti
aerobik ini adalah
disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini.
Contoh-contoh
aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa
dan berenang.
Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot

badan
samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada
kecukupan
keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan
keluaran kardiak
maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen
ke tisu-tisu.
Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab
peningkatan paras
hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan
kapilari darah
hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang.
Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit
akan
mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya
menyebabkan
hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit
adalah lebih besar,
namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih
kurang sama
dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan
oleh
peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi
diperlahankan.
Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan
seminit sahaja.
Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam
ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan
peningkatan fungsi
paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah,
kebimbangan dan
kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan
badan untuk
melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti
fibrinolitik
('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras
'endorphins', ubat
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
20
tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa
seseorang atlit
berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan
serta keadaan
'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa
dijalankan.
Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin

dapat merawat
penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa
senaman juga
dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis
('diabetis').
5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000
Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.
Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu :
a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat
b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat
c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat
Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan
untuk
objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta
gaya hidup
sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai