Anda di halaman 1dari 7

BAB 5

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK

PERAKAM
(RECORDER)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN PENGGUNAAN PERAKAM DALAM INDUSTRI.


MENERANGKAN BAGAIMANA PERAKAM BEKERJA DAN BERFUNGSI.
MENERANGKAN PERAKAM BERCARTA YANG DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI.
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

5.1 Pengenalan

Peralatan penunjuk biasanya memerlukan operator untuk memerhatikan segala perubahan


sesuatu bacaan. Bagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan perakam
grafik, terutamanya bagi merakamkan secara kekal akan perubahan perubahan dalam aras
kuantiti. Umumnya perakam menggunakan sensor untuk menukarkan pembolehubah
proses seperti tekanan dan suhu kepada satu siri isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini
kemudiannya akan ditukarkan kepada pengerakan pen di atas carta. Terdapat beberapa
jenis perakam yang biasa digunakan dalam industri. Antaranya:-

i. Perakam Gelung Bergerak


ii. Perakam Imbangan Daya
iii. Perakam Meterupaya (potentiometer).
iv. Perakam Tetimbang.
v. Perakam Peristma Pemplot X – Y.
vi. Perakam ultraungu.
vii. Osiloskop sinar katod.

5.2 Perakam Gelung Bergerak

Rajah 5.1: Binaan perakam gelung bergerak

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 98


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

Prinsip Kendalian:

Apabila arus mengalir melalui gegelung lengan pen akan berputar. Putaran lengan ini adalah
disebabkan oleh kewujudan daya kilas. daya ini adalah berkadaran dengan arus yang dibekalkan
kepada gegelung. Pesongan ini ditunjukkan oleh putaran jarum penunjuk atau pen. Perubahan
pada isyarat masukan yang dikesan oleh penganding suhu akan dirakam pada kertas carta.
Lengan pen tidak akan bergerak sekiranya tiada arus mengalir di dalam gegelung. Pengerakan
pen perakam ini adalah bergantung rapat dengan bilangan lilitan gegelung dawai, kekuatan
medan magnet dan kepekaan spring yang digunakan. Peralatan daripada jenis ini menggunakan
sistem rangkai yang membolehkan pengerakan menegaknya hampir-hampir lurus.

Kelebihan:

a. Penggunaan kuasa yang sedikit sahaja.


b. Skala adalah linear.
c. Tidak terjejas oleh kebocoran medan magnet.
d. Ralat histerisis dan perubahan suhu adalah kecil.

Kekurangan:

a. Terhad penggunaannya kerana galangan masukannya agak rendah dan kepekaannya


terhad.
b. Ia juga tidak sesuai digunakan untuk mengukur pembolehubah berubah dengan
cepat kerana tindakannya lambat.
c. Mempunyai ralat apabila spring dan magnet menjadi lemah.

5.3 Perakam Imbangan Daya

Rajah 5.2: Binaan perakam imbangan daya

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 99


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

Prinsip kendalian:

Apabila menerima isyarat masukan dalam bentuk arus terus, maka arus elektrik akan mengalir
melalui gegelung dan seterusnya mewujudkan medan magnet di sekeliling gegelung. Medan
magnet ini akan menyebabkan wujudnya satu daya yang akan cuba untuk mengimbangi galang
pada pangsi. Kekuatan medan magnet bergantung kepada isyarat masukan. Jika menerima
masukan yang tinggi, kekuatan medan megnet akan bertambah. Perubahan dalam medan
magnet menyebabkan galang bergerak ke atas atau ke bawah di antara ruang udara dan unit
magnet.

Jika ruang udara diantara unit magnet mengecil maka kesan kearuhan dalam gegelung
bertambah. Perubahan pada kearuhan tersebut kemudian dikesan oleh pengayun dan kemudian
perubahan pada arus keluaran pengayun akan dikuatkan oleh penguat.

Keluaran daripada penguat kemudiannya digunakan oleh motor daya kilas. Motor daya kilas
akan menggerakkan lengan pen yang bergantung kepada jumlah arus penguat. Spring
digunakan untuk memastikan lengan pen tersebut akan kembali ke kedudukan asal apabila arus
daripada keluaran penguat menjadi sifar.

5.4 Perakam Meterupaya

Ia menggunakan prinsip meterupaya arus terus. Litar ini membuat perbandingan di antara
isyarat masukan dan isyarat rujukan.

Rajah 5.3: Litar asas perakam meterupaya

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 100


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

Voltan thermocouple,Ex

Rajah 5.4: Perakam meterupaya

Prinsip Kendalian:

Voltan ralat,e terhasil di antara voltan thermocouple, Ep dengan voltan rujukan, Ex. Isyarat
ralat adalah perbezaan antara isyarat rujukan(voltan rujukan), Ep dan isyarat masukan (voltan
thermocouple), Ex. Isyarat ditukar dari arus terus ke arus ulang alik kemudian dikuatkan oleh
penguat dan digunakan untuk mentenagakan gegelung medan motor pengimbang.

Motor ini akan berpusing ke kiri atau ke kanan bergantung kepada polariti voltan ralat, e.
Voltan ralat akan menjadi sifar apabila isyarat masukan, Ex bersamaan dengan isyarat rujukan,
Ep.

Perakam pen meterupaya kerap digunakan untuk merakam dan mengawal proses-proses suhu.
Untuk merakam suhu, carta bulat atau carta segi empat tepat boleh digunakan. Biasanya carta
bulat adalah lebih baik digunakan kerana carta ini boleh membuat rakaman selama 24 jam atau
satu minggu tanpa menambah kertas carta.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 101


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

5.5 Perakam Tetimbang

Rt

Rajah 5.5: Perakam Tetimbang

Prinsip Kendalian:

Litar tersebut menggunakan thermistor sebagai pengesan suhu. Perubahan suhu akan
mengubah nilai rintangan Rt. Apabila tetimbang berada dalam keseimbangan, tiada ralat
dikesan maka motor pengimbang tidak akan bergerak.

Perubahan terhadap suhu akan mengubah nilai perintang Rt dan menyebabkan tetimbang
menjadi tidak seimbang. Ini akan menghasilkan voltan ralat/sisihan yang dikesan oleh penguat
sebagai isyarat. Isyarat tersebut akan menggerakkan motor ke kiri atau ke kanan bergantung
kepada polariti isyarat tersebut.

Aci keluaran dari motor pengimbang akan disambungkan pada pelaras dawai gelangsor yang
akan digerakkan untuk mendapatkan kembali keseimbangan pada litar tetimbang. Pen perakam
yang disambungkan pada aci tersebut akan merekodkan perubahan ini pada carta.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 102


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 5 :PERAKAM

5.6 Jenis –Jenis Carta

Terdapat dua jenis carta yang biasa digunakan oleh perakam:

i. Jenis bulat : saiznya dari 5 - 12 inci.


ii. Jenis strip : saiznya dari 3 - 12 inci.

Carta Bulat

Digunakan untuk merakam sesuatu pembolehubah bagi jangkamasa 24 jam atau seminggu.

Kelebihan :

a. Rupabentuknya memudahkan kerja-kerja menyimpan untuk tujuan


rujukan.
b. Perbandingan pencapaian keseluruhan proses rakaman untuk jangka
masa yang tertentu dapat dibuat dengan senang.
Kekurangan:

a. Nilai-nilai pembolehubah yang kecil kesesakan pada carta akan berlaku


yang membuatkan pembacaan carta menjadi sulit.
b. Hubungan paramater yang tidak linear membuatkan analisa carta jenis
ini agak rumit.

Carta Strip

Sesuai digunakan jika semua skala memerlukan penekanan yang sama.

Kelebihan :

a. Untuk kegunaan lebih 24 jam.


b. Tidak perlu penukaran carta yang kerap.
c. Pembacaan nilai yang senang di fahami pada skala carta.

Kekurangan :

a. Susah untuk disimpan dan digunakan sebagai rujukan


b. Lebarnya yang terhad.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 103

Anda mungkin juga menyukai