Anda di halaman 1dari 7

C.

UMUR 12 BULAN – 18 BULAN

1. Mula mentuturkan perkataan, bayi hendaklah di beri peluang untuk bercakap


supaya tidak mengalami gangguan emosi.
2. Bayi sudah mula belajar berjalan dan kemungkinan tumpuannya mungkin
kepada keinginan untuk berjalan.
3. Pada peringkat ini, hanya sedikit penggunaan perbendaharaan kata oleh
kanak-kanak mula bercakap berumur 18 bulan.

D. UMUR 18 – 24 BULAN

1. Sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain sendirian / dengan


orang lain. Ketika ini juga, kanak-kanak sudah boleh memahami dan
bertindak balas terhadap suruhan yang mudah.

UMUR 2 – 3 TAHUN

1. Sudah mula menggunakan perkataan yang sukar difahami ‘Jargon’. Ayat


yang ringkas jarang digunakan sehingga umur kanak-kanak meningkat 3
tahun. Apa yang di alaminya dan yang dilihatnya dapat diberitahu dan
diceritakan kepada orang lain.
2. Pada akhir tahun ke-2, kanak-kanak menunjukkan kebolehan kepetahan
berbahasa dan memperlihatkan tingkah laku yang jelas. Tapi, jumlah dan
bentuk perbendaharaan kata yang dituturnya bergantung kepada
kemampuannya mendengar dan hubungannya dengan orang lain setiap hari.
3. Pada usia ini, kanak-kanak akan tunjukkan unsur komunikasi telah wujud
kelakuan dan emosinya sangat ketara. Walaubagaimanapun, susunan
bahasa yang digunakan masih belum sempurna.
4. Bila meningkat 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa
perbendaharaan bahasa yang lebih banyak dan lebih kompleks. Kanak-kanak
akan mula belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
5. Kematangan bahasa juga bertambah, ia belum meminta dan menyebut
sesuatu denan tepat.
UMUR 4 – 5 TAHUN

1. Pada peringkat ini, perkembangan bahasa sangat pesat, kerana kanak-kanak


sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana yang sesuai.
Dapat mengawal dan tahu menggunakan bahasa. Mereka banyak bercakap,
suka bertanya, suka main ayat2 dan bercakap tentang apa sahaja yang
menarik minat cara mereka menjawab, meleret-leret dan sudah pandai
memberi komen tentang diri seseorang.
2. Usia 5 tahun penerimaan bahasanya lebih berkesan. Kanak-kanak mula
menggunakan lebih kritis dan khusus tapi kurang yakin pada diri sendiri.
3. Perkembangan bahasa berlaku lebih cepat disebabkan oleh rangsangan
sosial.
4. Mereka boleh membilang, mengenal warna dapat menamakan objek dengan
betul. Pada peringkat ini, tahap pembelajaran kanak-kanak paling tinggi
kerana semua proses sedang berjalan. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah
mula membaca.
5. Kajian oleh penyelidik tentang kebolehan membaca, kanak lewat 5 tahun
a) Kanak-kanak yang mendapat kelas pertama membaca disebabkam
penglihatan y baik
b) Pendengaran yang baik
c) Kecerdasan yang normal
d) Sahsiah y matang
e) Aktif dan cergas
f) Pandai dan faham menggunakan perbendaharaan kata
g) Minat dan berkebolehan untuk belajar dan dengar cerita.
h) Memberi separuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
i) Dapat menyesuaikan diri dengan orang sekeliling.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA


KANAK-KANAK.

1. UMUR
- Semakin umur kanak-kanak itu meningkat, semakin bertambah
perbendaharaan kata dan kebolehannya menguasai bahasa.
- Asasnya, ini disebabkan oleh adanya hubungan yang rapat di antara umur
dengan kematangan terutama sekali kematangan alat suara dan kematangan
akal. Kanak-kanak dapat bercakap selagi mereka belum matang.

2. KESIHATAN
- Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya
terganggu. Terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Kalau kanak-kanak
selalu sakit, kurang aktif dan kelihatan lemah berbanding kanak-kanak y sihat,
dia juga kurang bermaya untuk bercakap dan kurang dapat rangsangan
daripada alam sekitarnya yang menyebabkan kelancaran bertuturnya juga
terganggu.

3. JANTINA
- Kanak2 perempuan lazimnya lebih cepat dapat bercakap berbanding dengan
kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan perkembangan dan pertumbuhan
perempuan lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
- Oleh itu, alat suara kanak-kanak perempuan lebih cepat matang daripada alat
suara kanak-kanak lelaki.
- Kanak-kanak perempuan pertuturannya lebih mudah difahami daripada
kanak-kanak lelaki.
- Kanak-kanak perempuan lebih awal menggunakan ayat daripada kanak-
kanak lelaki dan ayat yang dibentuknya lebih panjang.
- Kanak-kanak perempuan mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata
berbanding lelaki, disebabkan ini, kanak-kanak perempuan amnya lebih
banyak bercakap daripada kanak-kanak lelaki dan mereka juga lebih cepat
dapat membaca tanpa menghadapi banyak masalah.

4. KECERDASAN
- Dapat kecerdasan dan kebolehan menguasai bahasa mempunyai hubungan
yang rapat. Kanak-kanak yang lemah akal / kurang cerdik mula bercakap
lebih lambat daripada kanak-kanak yang normal. Namun ini tidak bermakna
bahawa kanak-kanak yang lambat itu lemah akalnya / kurang cerdik.
- Kebiasaannya, kanak-kanak yang darjah kecerdasannya tinggi mempunyai
sifat yang istimewa kerana kebolehannya memerhati dan memahami erti
perbendaharaan kata serta dapat membezakan penggunaan perkataan.

5. KEADAAN KELUARGA
- Keadaan sesebuah keluarga mempunyai pertalian yang rapat dengan
perkembangan bahasa kanak-kanak. Jadi, kanak-kanak dari kelas
sosioekonomi yang tinggi dan pertengahan didapati lebih cepat bercakap
daripada kanak-kanak dari kelas sosioekonomi yang rendah.
- Perbendaharaan kata kanak-kanak dikalangan keluarga di kelas atasan dan
pertengahan juga lebih tinggi daripada kanak-kanak dari kelas rendah.
Perbezaan ini terjadi mungkin disebabkan kemampuan keluarga untuk
menyediakan segala kemudahan belajar bagi kanak2 dan juga disebabkan
oleh hubungan dikalangan ahli keluarga, dimana kanak2 kelas atasan dan
pertengahan mendapat lebih banyak peluang untuk berinterasi dengan orang
dewasa.
- Saiz sesebuah keluarga dan kedudukan anak dalam keluarga juga
mempunyai pengaruh terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak. Anak
tunggal biasanya dapat menguasai bahasa dengan baik kerana dia
mempunyai layanan dan perhatian yang baik.
- Anak kembar lazimnya kurang menguasai bahasa kerana kebiasaan mereka
sentiasa bergaul dan bercakap sesama sendiri. Ini menyebabkan mereka
mempunyai perbendaharaan kata yang terbatas dan tidak menguasai bahasa
dengan baik.

6. ALAM SEKITAR
- Berkait rapat dengan keadaan keluarga. Jadi kanak-kanak y dibesarkan
dalam alam sekitar yang sihat dan dapat kemudahan daripada keluarganya
mengalami perkembangan bahasa yang baik dan cepat berbanding keluarga
yang serba kekurangan.

PERKEMBANGAN BAHASA, KETRAMPILAN MEMBACA & MENULIS.

- Perkembangan bahasa dan perkembangan kognatif sentiasa berhubung kait


antara satu sama lain. Kanak-kanak yang sentiasa mempunyai keinginan
untuk objek disekitarnya akan mencari nama bagi berbagai-bagai objek
dilihatnya.
- Perbendaharaan kata, cepat meningkat dan kanak-kanak dengan pantas
akan menyedari kegunaan bahasa dalam kehidupannya.
- Kegiatan penaaakulannya memperoleh dasar bahasa dan perkataan2 y
diperolehinya digunakan untuk menaakul ini semua diperolehi melalui
proses yang menghasilkan bahasa dalaman (inner speech), penaakulan
berbahasa (verbal though) & perkembangan konsep.
- Akhirnya, bahasa dan penaakulan berpintalan diperingkat makna
menyusulkan perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif merupakan
fenomena yang sama bagi mewujudkan usul terlalu extrem.
- Perkembangan yang lazim menunjukkan serentak dengan memperoleh dan
penyuburan perbendaharaan kata kanak-kanak mengkonsepsikan nahu dan
berupaya bertutur dengan ayat-ayat gramatis walaupun ibu bapa tidak
membetulkan penggunaan tatabahasa secara sedap contoh:-
i. sedang berlari
ii. berlari

Hukum-hukum yang terlibat dalam perkembangan bahasa dikenali sebagai hukum


fonetiks, semantik & sinteks.

Hukum fonetiks.

- Mengendalikan sistem bunyi bahasa,

Hukum semantik
- Melibatkan makna perkataan.

Hukum sinteks

- Percantum perkataan menjadi ayat.

FONETIKS=> PERKEMBANGAN FONOLOGI

- Sistem fonologi ialah sistem bunyi bahasa, sesuatu ujaran bunyi bahasa (fon)
sebagai unik fonetik dipanggil fonim.
- Berbagai-bagai bunyi fonetik menampilkan dua jenis bunyi fonim iaitu bunyi
vokal dan konsonan.
- Sesuatu fonim tidak mempunyai makna selain cadangan pengertian bunyinya
dan sifat-sifat bunyi tersebut.
- Sifat-sifat bunyi vokal ditentukan oleh kedudukan lidah (tinggi, sederhana,
rendah) dan gerakan lidah (kedepan, tengah, belakang).
- Sifat-sifat bunyi konsonen ditentukan oleh penggunaan glotis, bibir, gigi dan
hidung.
- Organ-organ ujaran ini semuanya boleh digunakan untuk mengeluarkan
berbagai-bagai bunyi vokal dan konsonan.
- Bunyi-bunyi vokal boleh bersatu menjadi diftong dan bunyi-bunyi konsonan
menjadi konsonan cantuman.
- Bunyi konsonan muncul dalam ujaran lebih kerap dari bunyi vokal. Lazimnya
tiap-tiap bunyi konsonan diubahsuai oleh bunyi vokal sehingga amat
mengelirukan pendengaran tetapi diperjelaskan kembali oleh ciri-ciri prosodi
(melodi, prima dan tempo) yang menubuhkan hujah pengetikaan kelantangan
bagi setiap ujaran.
- Prosodi serta sifat bunyi vokal dan konsonan menjadi penanda untuk
menganggap dan mengecam bunyi vokal dan konsonan didalam sesuatu
ujaran.
- Unit fonetik yang lebih besar daripada fonim ialah suku kata, sesuatu suku
kata mempunyai permulaan dan nucleaus .
- Bunyi vokal atau konsonan boleh menjdi nucleaus, ia mengeluarkan prima
bagi sesuatu suku kata.
- Dengan adanya permulaan dan nucleaus sesuatu suku kata memperoleh
nada tekanan pengetikaan dan kesinambungan bunyi.
- Fonim dan suku kata tidak mempunyai makna, unit fonitik terkecil yang
mempunyai makna ialah mofim atau dikenali sebagai ujuran yang dipanggil
mof.
- Mofim menjadi komponen bagi sesuatu perkataan, ada mofim bebas dan ada
mofim terikat contohnya imbuhan mofim2 bebas boleh dicantumkan menjadi
perkataan tanpa imbuhan.
- Perkataan yang berlainan berbeza dari pelbagai segi seperti segi imejan,
kesukaran, kemaujudan, kebermaknaan, kebolehujaran, dan suku kata.
- Bunyi mofim dan sifat suku kata (nada, tekanan, pengetikaan dan
kesinambungan bunyi) merupakan ciri yang digunakan untuk mengecam
perkataan-perkataan yang diujar.

0 – 6 BULAN

- Kanak-kanak mengeluarkan bunyi organik dan seterusnya bunyi-bunyi


organik akan berubah menjadi babel dan akan menyebut suku kata apabila
berusia satu tahun.
- Dalam usia setahun mereka akan mengulang sebut suku kata dan
menampilkan sedikit perkataan dan menggunakan perkataan pertama.
- Mereka menggunakan perkataan yang sama untuk mewakili orang atau
objek, iaitu melebihi panjangkan makna perkataan.
- Dalam usia umur 1 setengah tahun,kanak-kanak mempunyai perbendaharaan
kata melebihi 5 pth perkataan dan mengetahui pelbagai bunyi dan
bersinambungan dan corak intolenransi menyerupai warna.

2 TAHUN

- Perbendaharaan kata melebihi 50 patah perkataan dan mereka memperoleh


frasa 2 perkataan
- Amat berminat untuk berbual dan tidak lagi ‘berbabel’ .

2 SETENGAH TAHUN.

- Kanak-kanak terus mengutip perkataan baru dan berbual dgn menggunakan


frasa yang terdiri daripada 3 atau 4 perkataan.
- Kanak-kanak diusia ini seolah2 memahami semua perkataan yang diujarkan
kepadanya, tetapi mereka banyak membuat kesalahan nahu.

3 TAHUN

- Kanak-kanak menambahkan perbendaharaan kata sekurang-kurangnya 100


perkataan.
- Kebanyakkan ujaran mereka boleh difahami , ujaran kanak-kanak menyerupai
bahasa lisan orang dewasa dengan sedikit kesalahan-kesalahan sinteks.
4 SETENGAH TAHUN.

- Kanak-kanak memperolehi penguasaan bahasa yang kukuh dan kesalahan


nahu yang hanya terbatas kepada bentuk yang kurang kerap digunakan dlm
perbualan serta bentuk-bentuk y menyerupai bahasa surat.