Anda di halaman 1dari 8

tips menjawab sains pt3

Tips 01 : Fahami Format Soalan


Ini adalah perkara utama yang perlu adik-adik buat, sebelum cuba menjawab soalan Sains PT3. Mesti faham dan
kenal dulu dengan format soalan. Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan, dengan kesemuanya berjumlah
100 markah. Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6 markah setiap satunya. Manakala soalan 11 hingga 14 pula
merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap satunya.
Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif. Objektif di sini tidak bermaksud soalan disertakan
dengan pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif juga bermaksud jawapan ada disertakan dalam soalan. Sebagai
contoh soalan yang berbentuk label dan padankan. Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula ada soalan tanpa
pilihan jawapan. Maknanya pelajar perlu memikirkan jawapan sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak
soalan.

Tips 02 : Arahan Soalan


Sesudah adik-adik pelajar memahami format atau bentuk soalan, maka adik-adik kena faham pula mengenai arahan
soalan. Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini ada pada awal soalan. Soalan boleh ditanya dalam pelbagai
bentuk dan cara. Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang mengikut
kehendak seperti yang dikehendaki soalan.
Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan' dan 'Terangkan' mengkehendaki pelajar
memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat yang boleh menyokong jawapan.
Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula adalah soalan yang berbentuk lebih direct dan
mengkehendaki pelajar memberi jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan.
Manakala soalan berbentuk seperti 'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang mengkehendaki pelajar untuk
memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau pun perkara yang mungkin akan berlaku.
Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal serta disertakan dengan hujah bernas.

Tips 03 : Kenalpasti Kata Kunci


Setiap soalan pasti akan mempunyai kata kunci yang membantu pelajar memberi jawapan yang tepat. Saya
cadangkan adik-adik pelajar gariskan kata kunci utama yang ada pada soalan. Ini bagi membolehkan adik-adik
pelajar tidak tertinggal dan lebih jelas dengan persoalan dan perkara utama dalam soalan.
Bila memberi jawapan, pastikan juga persoalan pada kata kunci tadi terjawab. Dalam sesetengah soalan, kata kunci
itu sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan. Sebagai contoh soalan mengenai perbandingan.

"Nyatakan perbezaan ketinggian pada Ali dan Abu?"

Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas. 1.Ketinggian, 2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna dalam jawapan anda, 3 kata
kunci ini perlu ada. Maka jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan di atas adalah
"Ali lebihtinggi daripada Abu".

Tips 04 : Markah Sebagai Panduan


Markah yang ada pada soalan juga boleh membantu adik-adik untuk menjawab soalan. Lebih besar markah nya,
bermakna lebih banyak lah isi penting dan penjelasan yang perlu disertakan.
Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah, ini bermaksud jawapan nya selalunya tidak lah panjang dan
perlu huraian. Maka adik-adik tak perlu buang masa dengan menulis jawapan yang panjang-panjang.
Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu dinyatakan. 1 menjawab
persoalan utama, dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga dengan soalan lain dengan 3 atau 4 markah.

Tips 05 : Beserta Penerangan


Seperti yang saya huraikan pada Tips 4, setiap jawapan perlulah disertakan dengan penerangan. adang-kadang
jawapan yang terlalu pendek yang diberikan oleh pelajar boleh mengelirukan para pemeriksa. Penerangan ini boleh
membantu pemeriksa kertas jawapan untuk memahami maksud sebenar jawapan.
Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang untuk menjelaskan lagi jawapan anda. KMaka langkah ini adalah perlu
diambilkira bagi memberikan jawapan yang terbaik.

Tips 06 : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Seperti yang sudah diketahui, elemen dan unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) akan mula diterapkan dalam
kertas soalan Sains PT3. Sebanyak mana peratusannya, tak pula saya pasti. Yang pasti, memang ada soalan berunsur
KBAT. Kebanyakkan soalan berunsur KBAT berfokus kepada 4 soalan terakhir, bermula daripada soalan 11 hingga 14.
Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, pelajar perlulah membaca petikan atau esei yang diberikan berulang
kali. Setelah difahami kandungan dalam petikan tersebut, jawab soalan yang diberikan dengan merujuk kepada
petikan tadi. Selalunya jawapan yang diminta oleh soalan juga terkandungan dalam petikan. Cuma pelajar perlu
pandai mengenalpasti jawapan yang boleh dipindah keluar daripada petikan.
Jawapan yang berunsur KBAT juga menitikberatkan kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan. Maka selagi
jawapan yang diberikan adalah logik, munasabah dan bertepatan dengan hukum alam, maka jawapan tersebut boleh
dikira sebagai betul.
Jika pelajar keputusan idea, boleh juga dikaitkan dengan fenomena yang berlaku seharian yang dialami sendiri oleh
pelajar. Pelajar boleh mengaitkan perkara seharian yang dilakukan selagi bertepatan dengan konsep sains yang
diminta.

Tips 07 : Konsep dan Prinsip Sains


Bagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka pelajar perlu lah memberi penekanan kepada konsep dan prinsip Sains.
Soalan kini tidak lagi terus menjurus kepada jawapan, sebaliknya meminta pelajar untuk menggunakan otak dan
berfikir memberi penjelasan. Maka seharusnya lah konsep dan prinsip Sains diberi keutamaan.
Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk
senarai di bawah.
1. Ketumpatan

2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)


3. Peneutralan asid dan alkali
4. Permukaan putih dan hitam
5. Pemindahan haba
6. Serap dan bebas haba
7. Proses pencernaan makanan
8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran
9. Kestabilan
10. Konsep tuas
11. Proses persenyawaan
12. Peredaran darah
13. Interaksi organisma hidup
14. Konsep tekanan udara
15. Tenaga dan perubahan
16. Litar selari dan litar bersiri
17. Transformer
Pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada senarai di atas sahaja. Ulangkaji semua topik dari Tingkatan 1 2 dan 3.
Yang saya senaraikan adalah konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi keutamaan. Sama ada keluar atau tak dalam
Soalan Sains PT3, wallahualam.

Tips 08 : Fokus Tingkatan 2 dan 3


Oleh sebab terdapat bab yang lebih banyak dan lebih susah pada Tingkatan 2 dan 3, maka saya sarankan adik-adik
pelajar memberi keutamaan kepada bab daripada tingkatan berkenaan. Ini kerana pada Tingkatan 1, pelajar hanya
mempelajari 7 bab sahaja. Kebanyakkannya adalah topik yang lebih mudah.
Berbanding bab-bab yang dipelajari semasa dalam Tingkatan 2 dan 3. Masing-masing dengan 10 bab, dan dengan
topik yang lebih susah. Maka patut lah bab daripada kedua tingkatan ini diberi lebih penekanan.

Semoga video dan entri perkongsian ini dapat memberi manfaat dan juga membantu adik-adik pelajar dalam
menjawab Soalan Sains PT3 yang bakal berlangsung tak lama lagi! Cikgu doakan yang terbaik buat semua calon-calon
PT3 pada tahun ini. Amin!
p/s: Terima kasih banyak juga buat semua anak pelajar saya yang cantik-cantik, yang sudi menjayakan video
penggambaran "Tips Menjawab Soalan Sains PT3".

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula daripada mulut dan
rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke paru-paru.
Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas karbon dioksida
(yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.

Bagi topik ini, adalah penting bagi pelajar untuk:


1) mengingat label pada struktur pernafasan manusia
Kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan diafragma perlu diingat dengan baik.

2) mengetahui apa yang berlaku semasa mekanisma pernafasan manusia


Pelajar perlu mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan juga diafragma semasa proses
menarik dan menghembus nafas.

SEMASA TARIK NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar
Rongga torasik membesar
Diafragma bergerak ke bawah
Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik
SEMASA HEMBUS NAFAS
Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam
Rongga torasik mengecil
Diafragma bergerak keatas
Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar

3) menggunakan model sistem pernafasan


Pelajar juga perlu mahir mengaitkan model sistem pernafasan manusia dengan sistem pernafasan manusia yang
sebenar. Sebagai contohnya,tiub kaca bertindak sebagai trakea, balang kaca bertindak sebagai sangkar rusuk, belon
bertindak sebagai paru-paru dan kepingan getah bertindak sebagai diafragma.

Bagi yang nak cuba membina model sistem respirasi manusia, anda boleh baca artikel kat SINI atau boleh tonton
video kat bawah ni yer..

Asid dan alkali banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kita
memasak menggunakan cuka, iaitu bahan berasid. Mencuci pakaian dengan
menggunakan sabun pencuci atau detergen yang beralkali. Jom kita tengok perbezaan
dan persamaan sifat bagi asid dan alkali. Harus diingat, asid dan alkali hanya boleh
menunjukkan ciri-ciri mereka jika berada di dalam air!

Perbandingan Sifat Asid dan Alkali


Persamaan
1) Kedua-duanya larut dalam air
2) Bersifat mengakis jika pekat

Perbezaan
1) Rasa
Asid rasa masam, Alkali rasa pahit
2) Kertas Litmus
Asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah, Alkali menukarkan kertas litmus
merah kepada biru
3) Nilai pH
Asid kurang daripada 7, Alkali lebih daripada 7

4) Tindakbalas dengan logam


Asid menghasilkan gas hidrogen, Alkali tidak ada tindakbalas

PERINGKAT 1 - MULUT

Percernaan secara fizikal - mengunyah


Pencernaan secara kimia - Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase dalam air liur
PERINGKAT 2 - ESOFAGUS
Gerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut
PERINGKAT 3 - PERUT
Pencernaan secara kimia
- Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease
- Enzim Protease bagi menguraikan protein
- Menghasilkan kim (makanan separa pepejal)
PERINGKAT 4 - DUODENUM
Pencernaan secara kimia
- Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim
- Jus pankreas : enzim Amylase, enzim Protease, enzim Lipase
PERINGKAT 5 - USUS KECIL
Pencernaan secara kimia
- Jus Usus : enzim Maltase, enzim Protease, enzim Lipase

Anda mungkin juga menyukai