Anda di halaman 1dari 9

Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II

Assalamualaikum buat semua...

Salam bertemu kembali bagi yang sudi melayari blog ini. InsyaAllah, blog akan di-
update-kan dari semasa ke semasa selagi ada ruang dan kesempatan untuk meneruskan
usaha membuka minda dalam mencari erti kebenaran yang sebenar sepertimana yang
telah di bawa dan ditinggalkan buat menyelusuri kehidupan yang kekal abadi.

Ingat-mengingati sesama kita adalah satu perkara yang tidak akan padam dan sebegitulah
pesanan Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa sesungguhnya "Agama itu nasehat-
menasehati". Sepertimana yang telah kita ketahui bahawasanya Muhammad Bin
Abdullah sebagai seorang Nabi telah wafat tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. tidak pernah
wafat dan bukanlah mustahil untuk kita bertemu dengan Rasulullah dan juga untuk
bertemu dengan Rasul memerlukan pengorbanan yang tidak boleh diambil mudah agar
kita juga tergolong di bawah pimpinan Baginda dan seterusnya mendapat syafaat
Baginda di akhirat kelak.

Jikalau kita peka dengan keadaan dunia hari ini baik dari segi rahmat Allah mahupun dari
apa juga bala yang di datangkan oleh Allah s.w.t., kita pasti akan tersadar bahawasanya
dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Berbagai konspirasi dunia hari ini dalam
hendak memesongkan akan agama yang murni sepertimana yang telah dibawakan oleh
Baginda Rasulullah s.a.w. Iblis dan Para pencacainya tidak pernah berputus asa hendak
menyeret kita bersama mereka untuk memenuhi Neraka jahannam agar bersama mereka
di sana.

Semakin banyak pendedahan dan konspirasi mengenai Pope Benedict XVI!

Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai
perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia
dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masaalah
mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan
keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasaalahan pencabulan di
gereja.Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu
menyelesaikan permasaalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.

Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia
sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini manandakan
kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah
sesama Islam suatu masa nanti?

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya
namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-
ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari
mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis
Riwayat Al-Baihaqi.

Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan daripada Thauban r.a.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas
kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi
piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan
musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna,
tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-
Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan Quantity umat Islam yang begitu ramai?
Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan
demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh
Rasulullah s.a.w. Qualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini.
Hadis Baginda Rasulullah diabaikan,perpecahan sesama Islam juga tidak kurang
hebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-
bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demi
kepentingan yang menguntungkan peribadi.

Apakah pihak THH hanya akan berpeluk tubuh dengan naiknya carta umat Islam hari ini?
BUkanlah merasa kecewa disebabkan ramainya penganut Agama Islam tetapi penyatuan
sesama Islam itu sendiri masih lagi jauh. Bahkan negara Islam sendiri saling tidak
sependapat dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan agama Islam itu sendiri.

Pernah juga terbaca di satu blog di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contoh
hadis yang bermaksud : "barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenallah ia akan
Tuhannya". Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. Sedangkan
Rasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam
keadaan terus beragama Islam. Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendak
mengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita
benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhir
zaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk
kita mengenalinya.

Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umat
yang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-
nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnya
menentang Islam yang sebenarnya.

Pun begitu kedatangan Imam Mahadi akan disusuli pula dengan kehadiran Nabi Isa a.s.
bagi melengkapkan hadis Rasulullah s.a.w. yang sememangnya telah ditentukan oleh
Allah s.w.t. untuk membunuh Dajjal alaihi laknat.
Ramalan St malachy

St Malachy, (w. 1148) Bishop Ireland telah meramalkan dan menghasilkan senarai yang
tepat paus masa depan yang bermula dengan Paus Celestinus II pada tahun 1143.
Senarainya terdiri daripada karakteristik dari setiap paus. Dari senarai ini daripada 112
paus yang ada, hanya tinggal 2 lagi selepas Pope John Paul II yang meninggal pada tarikh
2 April 2005. Ramalannya mengenai paus sebahagian besarnya cukup tepat mengenai
karakteristik yang mengenal pasti setiap baris yang didedahkan. St Malachy tidak
memberikan ramalan atau maklumat mengenai apa yang berlaku selepas paus terkini.
Menurut beberapa peramal lain bahawasanya telah tiba kepada akhir zaman.

Menurut penulis biografinya, St Malachy mengunjungi Rom pada tahun 1139 ketika ia
masuk ke dalam tempat ramalan dan membayangkan sesuatu. Malachy menuliskan visi
yang luar biasa ini di mana ia mendakwa telah meramalkan semua paus dari kematian
Innosensius II hingga penghancuran gereja dan kembalinya Nabi Isa. Dia menamakan
112 paus daripada waktu itu hingga akhir.

St Malachy menulis beberapa kata menghuraikan dalam Bahasa Latin satu demi satu
tentang Paus. Dia kemudian memberikan naskah kepada Paus Innosensius II dan
disimpan di Arkib Vatican di mana mereka telah terlupa selama beberapa abad. Pada
tahun 1590 ianya ditemui semula dan diterbitkan. Berikut adalah ramalan daripada lima
Paus terakhir.

Paus No 108: Paul VI (1968-78). The prophecy for the 108th pope, "flos Florum",
yang bermaksud "Bunga Bunga." Paul VI mengandungi tiga lambang Fleurs-de-lis
(Isis blossoms)

Paus No 109: John Paul I (1978). The prophecy for 109th pope adalah "De
Medietate Lunae," yang bererti "Half Moon." John Paul I lahir di keuskupan
Belluno (beatiful moon) dan dibaptis Albino Luciani (white light). Beliau menjadi
paus ketika pertengahan bulan (26 Ogos 1978). Dia meninggal bulan berikutnya
selepas gerhana bulan

Paus No 110: John Paul II (1978-2005). The prophecy for the 110th pope adalah
"De labore Solis," yang bermaksud "daripada tenaga matahari." John Paul II lahir
saat gerhana matahari pada 8 April 1920. Ketika matahari terbit dari Timur,
sehingga ia datang ke Vatican daripada timur. Di mana pun di bumi matahari
bersinar, beliau telah melawati.

Jika benar ramalan St Malachy, hanya akan ada dua paus sebelum akhir dunia ini,
seperti yang kita ketahui dan Kedatangan Kembali Nabi Isa a.s. Jadi apa yang St
Malachy anggarkan sudah tentu berlaku dalam kerangka waktu yang tepat. Pope
John Paul II pernah menyedari ramalan ini dan pernah menyebut tentang perkara
ini supaya diambil perhatian.

Tambah ke ramalan St Malachy ini menunjukkan bahawa John Paul II akan


memiliki dua waris terpilih pada waktu yang sama. Satu akan menjadi Anti-Paus
dan menggunakan nama Peter. Dan akhirnya akan turun kebenaran daripada
sejarah Kristian dan membawa kembali beberapa tafsiran lama yang sangat
menjengkelkan bagi banyak orang. Orang mungkin mengatakan bahawa ia akan
membalikkan keadaan terbalik

Menurut St Malachy, hanya tinggal dua paus sahaja lagi.

Ramalan mengenai 111th pope dia berkata, "Gloria Olivae," yang bermaksud
"kemuliaan Zaitun." Mungkinkah ia mengenai akan Order of Saint Benedict, juga
dikenali sebagai Olivetans?
Ranting zaitun mewakili kedamaian. Adakah dia akan memainkan peranan dalam
membawa agama-agama bersama-sama dan memajukan toleransi selama
memegang jawatannya? Dalam masa 24 jam selepas pilihan raya, Islam dan para
pemimpin agama Yahudi menyarankan peranan seperti itu untuknya. Mudah-
mudahan, dia dapat memimpin dunia keagamaan untuk mengenali dan
menumpukan perhatian pada kesamaan kepercayaan mereka Tuhan yang sama
daripada perbezaan-perbezaan mereka

     Mungkin melalui pelaksanaan toleransi kita boleh melihat ke masa depan di


mana orang berhenti mengesahkan pembunuhan satu sama lain atas nama Tuhan
yang satu. Kita lihat apa yang dibawa pada masa kini dalam 'New World Order',
'One World Relegion' dan juga 'New Age'.

Pohon zaitun juga sering menjadi simbol bagi Bani Israel di dalam Alkitab. Adakah
ini bermakna bahawa Paus ini seorang yahudi yang dilihat sebagaimana pembelaan
terhadap negara Israel yang tidak sah ini dibela hari ini? Dan juga setiap hari
kegilaan mereka hendak meruntuhkan Masjidil Al-Aqsa semakin menjadi-jadi
seperti mereka ini seolah-olah menyediakan tempat buat kedatangan yang dinanti-
nantikan mereka.

The prophecy of the 112th and last pope yang paling menarik. St Malachy
meramalkan, "Dalam penganiayaan terkini daripada Gereja Rom Katholik di sana
yang akan memerintah iaitu " Petrus Romanus "(Peter the Roman), yang akan
memberi makan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari domba-dombanya
di tengah banyak kesengsaraan; selepas kota dari tujuh bukit ini akan dihancurkan
dan amat mengerikan dan menghakimi orang yang tidak mahu mengikutinya"

Sarjana percaya kota tujuh bukit sebagaimana di maksud dalam Alkitab adalah
Vatican dan Gereja Katolik Rom.

Tetapi kelihatannya Kota Baitulmuqaddis sebagaimana yang ada pada zaman Nabi Isa
juga dikira sebagai 'Cities of Seven Hills'. Fakta ini juga diakui di kalangan Yahudi.

Dalam Pirke de-Rabbi Eliezer bahawa "Baitulmuqaddis terletak di atas tujuh bukit"
(dirakam di Kitab Legends, disunting oleh Bialik dan Ravnitzky, p.371, ayat 111).

Mari kita perhatikan kembali satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya:
“Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu
seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ...
sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan
menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah
makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.

“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar
dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau subur.

“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong
dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan
badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum
seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya


yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan
menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai
syurga; dan sebagainya).

“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui
demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”

Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti
setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti
seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”
Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti
setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk
sehari?”

Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang


itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan


menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara
putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal
hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada
bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan
dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah
pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka
dalam syurga”.

Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang
menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya:
“Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang
tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.

“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina.
Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun
daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”

“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu
menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada
seseorang kamu sekarang.

“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh
mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj,
mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.

“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak
ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk
disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.
“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar
sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu
pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah."

Pada masa kini dialah The Anti-Christ dengan memesongkan segalanya tentang Nabi Isa
a.s. dan termasuk juga apa yang telah dibawakan oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu masa nanti
pula apabila dia telah memunculkan dirinya dan tidak mustahil pula gelaran The Anti-
Christ ini akan ditujukan pula kepada Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. kelak bukanlah diturunkan semata-mata untuk membunuh Dajjal tetapi
beliau juga yang akan mengIslamkan kembali saki-baki kecil pengikutnya yang maseh
setia berpegang dengan ajarannya. Itulah di antara sebabnya baginda Rasulullah s.a.w.
melarang sama sekali umatnya menyerang tempat ibadat.

wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai