Cinta Kedua Di Yahoo Messenger
Cinta Kedua Di Yahoo Messenger
Itu perbualan dahulu. Ketika aku masih jahil. Ketika perbualan berjam-jam
di telefon bersama seorang teman lelaki merupakan satu kebiasaan. Bahkan
rutin yang menjadi pelik jika tidak dilakukan.
’Nad dah tidur belum? Ke tengah bercakap lagi dengan Danial tu?
Sudahlah tu, karang tinggi pulak bil telefonnya.’
Begitulah kata ibu, tatkala malam semakin larut dan dia masih lagi
bergayut.
Dan dia akan terus menggerutu sendiri dan membawa telefon mudah alih
ke dalam bilik. Sambil menyambung untaian kasih asmara bersama Danial
di balik selimutnya. Kata-kata Danial seolah-olah lebih enak didengar dari
mematuhi suruhan ibu tercinta.
Tapi itu dahulu, sewaktu dia belum mengenal erti sebenar cinta. Ketika
lidah masih basah mengungkapkan kata cinta fana. Tatkala dirinya masih
naif dan mendambakan kasih dari seorang teruna yang tidak halal buatnya.
Sebelum dia mengetahui, di sebalik cinta manusia itu, terdapat satu cinta
yang lebih agung, mulia, jernih dan hakiki.
Perlukah dia menjawab? Perlukah dia menyulam kembali ikatan yang telah
lama terurai? Siapa pula yang memberikan IDnya kepada mamat ini?
Apa salahnya kalau kau membalas. Bukan apa pun. Lagipun dah lama tak
dengar khabar. Di satu sisi, hatinya berbisik.
Betul, tapi aku takut, aku akan terjebak di dalam situasi yang sama.Lagipun
apa faedahnya dia menghubungi aku ketika ini? Apa tujuan dia?
dannybasri: danny paham kalo nad tak mahu cakap dgn danny. danny
dapat ID nad ni pun dr taufiq. lama juga danny minta dari dia, baru skrg dia
kasi.
Hmm....siap ko Taufiq. Akanku suruh Dila kenakan kau. Tak tau menjaga
rahsia! Dila jaga suami hang bebaik na.... tetapi kupasti Taufiq tidak akan
memberikan ID ku tanpa sebab.
dannybasri : sejak peristiwa dulu, nad cuba mengasingkan diri dari danny.
danny tak paham mengapa tetiba nad menyepi tanpa berita. danny call dan
datang rumah nad. But no response from u. waktu danny fly pun nad tak
datang untuk hantar.
dannybasri: waktu tu i was so confused! why did you do that to me? danny
jadi tak betul untuk beberapa minggu sampai mama naik risau! danny
rindukan nad bagai nak gile!
dannybasri : tapi bile danny dicampakkan di bumi kangaroo ni, danny dah
mula sedar. banyak yang danny belajar dari kawan2 dan senior2 di sini.
danny bukan sahaja menuntut ilmu medic tapi sahabat2 danny telah mula
mengenalkan danny kepada ketinggian dan kedalaman ilmu Islam.
dannybasri: dan semenjak itu danny mula nampak segala dosa dan
kesilapan danny selama ni... terutamanya kepada nad!maafkan danny nad!
dannybasri : danny malu kepada nad. malu kerana nad terlebih dahulu
menyedari kesilapan kita.....
Senyap.
Nadia berkira-kira untuk membalas. Tidak tahan rasanya membiarkan
Danial berfikir bahawa dia menulis kepada sang tunggul. Lagipun, ingin
sangat dia bertanyakan beberapa soalan. Ketegasannya selama ini tidak
melayan kaum Adam berchatting melainkan atas urusan kerja dilunturkan
sedikit. Gelora di jiwa mengetuk-getuk pintu hatinya untuk menulis. Baru
sahaja dia mahu menekan punat D, tiba-tiba Danial membalas.
Nadia tersenyum sendiri. Dah tahu mahu bertanya! Namun di sudut hatinya
Nadia kagum dengan Danial yang ’sekarang’. Butir percakapannya lebih
teratur dan sopan. Dia menghormatiku sebagai seorang wanita. Tidak
seperti dahulu yang melayanku layak seorang suami terhadap isterinya!
’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’ (Al-Isra’ : 32)
Mungkin kerana semilir bayu di pagi hari itu atau mungkin kesan
tahajudnya saban malam sebelum SPM diteladeni, sedikit sebanyak telah
melentur lembut hatinya yang selama ini membatu keras berselaput kerak
dosa. Tatkala dibacanya ayat-ayat Allah itu hatinya sangat terusik lantas
bermenung lama memikirkan. Nadia terasa Allah seolah-olah berkata-kata
dan menegurnya.
Kenapa aku begini? Dia sendiri berasa kaget dengan dirinya. Apa salahnya
Danny berkahwin?
Tapi dia masih tetap berasa resah dan aneh. Bukankah telah kubuang
dirinya dari hatiku? Bukankah telah kuletak cintaku hanya untuk yang Maha
Satu? Takkan aku masih cintakan dia?Mungkin kerana sudah lama dia tidak
hadir dalam hidupku menyebabkan kemunculannya kali ini menyentak
perasaanku? Ãtau adakah aku masih berharap yang Danial akan kembali
kepadaku sebagai insan yang lebih soleh dan memulakan diari cinta kami
yang kedua?
Nadia tidak dapat berfikir lurus. Ditariknya nafas panjang dan digagahkan
matanya untuk menatap skrin. Danial masih menulis tapi dia tak boleh
membaca dengan jelas. Ada manik basah di sekeliling matanya.
raudahhuda: danial!!!
Nadia tidak sempat untuk mengejar Danial. Dia benar-benar telah pergi.
Pergi seperti mana dia telah ditinggalkannya.
Nadia mengeluh panjang sambil merenung kegelapan malam yang sunyi
dan dingin. Hatinya dirasakan sekelam kepekatan malam itu. Mengapa Ya
Allah, kau takdirkan perkara ini terjadi padaku?
*************************************
Ya Allah, bukanlah aku mahu menyalahkan takdirMu. Dan bukan juga aku
mahu menafikan hakikat yang berlaku. Rupa-rupanya aku membohongiMu
Ya Allah. Tatkala aku mengaku aku mencintaimu semata, namun masih
terdapat sekelumit rasa cintaku kepada yang bukan milikku.
Ya Allah, sesungguhnya telah kumungkir waktuku terdahulu dengan
menjerumuskan diriku dengan cinta yang palsu. Namun hakikatnya, masih
kumugkiri lagi ikrarku Ya Allah, kerana detik-detik sebelum pernikahanku,
aku masih mendambakan cinta dari manusia.
Aku lupa ya Allah, bahawa pernikahan itu bukanlah segalanya. Pernikahan
itu hanya membuka babak baru untuk memajukan langkah dakwah.
Mungkin dengan pernikahan itu, aku akan lebih mencintai dunia dari
beribadah padaMu Ya Allah. Kerana kadang-kadang godaan terbesar datang
dari orang yang paling dekat denganku.
Ya Allah, aku yakin , di sana..jauh atau dekat, ada seseorang yang memang
diciptakan untukku. Mungkin seperti danny, mungkin juga lebih baik
darinya. Seperkara yang pasti, tidak akan kunangis kerana lelaki lagi ya
Allah! Ya Rabbal Alamin..
Dihirupnya udara pagi itu dengan rasa puas, puas dengan rasa cinta pada
RabbNya.