Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

TAHUN 2015 SMKA SULTAN AZLAN SHAH


BI
L

TENTATIF

TEKS

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Mejar (K) Datuk Haji


Azhar bin Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar
Perak masuk ke dalam dewan. Majlis mengalu-alukan.
Para hadirin dipersilakan untuk bersedia bagi menyanyikan
1.

Ketibaan VIP

Lagu Negaraku
Lagu Kebesaran Negeri Perak
Lagu Perak Excellent, dan
Lagu Sekolah

Terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.
2.

Ucapan Aluan
Pengerusi

Majlis

Yang Berbahagia, Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin


Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak,

Yang berusaha Ust Mohamad Radzi bin Mohamad Wazir,


Penolong Pengarah Kawalan Akidah & Pemikiran Islam,
Wakil Rasmi Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah,

En Sabarudin bin Othman, Penolong Kanan Pentadbiran

Tuan Haji Fadzlan Shahidi Bin Ghazali, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid

Ust Agus Efandi bin Hj Ismail, Penolong Kanan


Kokurikulum

Ust Ghazali bin Dollah, Penolong Kanan Tingkatan Enam

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan


Daerah, guru-guru kanan, guru-guru, para penerima anugerah yang
diraikan, seterusnya hadirin-hadirat sekalian.

CATATAN

Indah berbalam si awan petang,


Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Dalam diam mata bertentang,
Jiwa pun rela hati dah suka,
Pemanis kalam selamat datang,
Majlis bermula tirai dibuka.
Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tetamu
kehormat kita pada petang ini,

Yang Berbahagia, Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin


Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak,

seterusnya dif-dif kehormat serta para hadirin sekalian ke majlis yang


penuh barakah lagi gemilang ini. Sekali lagi diucapkan, selamat
datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMKA
Sultan Azlan Shah tahun 2015.

Tepi berangan rumpunan buluh,


Buluh merimbun subur teramat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama
3.

Bacaan Doa

kita menadah tangan memohon restu daripada Allah swt agar majlis
ini diberkati dan dirahmati. Untuk itu, pihak majlis menjemput

Al Fadhil Ust Mohd Nizam bin Mat Basir

untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


Amin. Moga-moga majlis kita pada petang ini mendapat kerahmatan
dan keberkatan daripada Allah SW.T hendaknya.
4.

Selepas
bacaan doa

Bagi meneruskan acara kita pada malam yang penuh barakah ini,
majlis menjemput

Ucapan Aluan
Pengetua
Kanan

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah Yang Berbahagia,

bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Pihak majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan.

Selepas
ucapan
pengetua.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan alualuan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, ucapan oleh

Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad, Pegawai Tugastugas Khas Menteri Besar Perak,

seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


5.

Ucapan

SMKA. Sultan Azlan Shah Tahun 2013. Tanpa melengahkan masa,

perasmi

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad, Pegawai Tugastugas Khas Menteri Besar Perak.

Terima kasih diucapkan.


6.

Penyampaian
Sijil

Hujan lebat kilat menyambar


Hingga nampak pasar dan pecan
Sebarang pekerjaan tekun dan sabar
Apa dihajat tuhan kurniakan.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penganugerahan sijil dan
hadiah kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam
lapangan kokurikulum sepanjang tahun 2015.

Untuk itu, pihak majlis dengan besar hatinya mempersilakan,

Hazwan

Ust Agus Efandi bin Hj Ismail, Penolong Kanan


Kokurikulum

bagi menjemput dan mengiringi

Yang berusaha Ust Mohamad Radzi bin Mohamad Wazir,


Penolong Pengarah Kawalan Akidah & Pemikiran Islam,
Wakil Rasmi Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada penerima. Majlis


dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Penyampaian sijil dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Majlis Pengerusi-pengerusi Kokurikulum atas penglibatan
aktif mereka yang telah bertungkus lumus meningkatkan penglibatan
dan kejayaan SMKA Sultan Azlan Shah di bidang kokurikulum.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan wakil Majlis
Pengerusi-pengerusi Kokurikulum (MPPK) untuk menerima sijil
penghargaan.

Saudara _________________________________________

Seterusnya pula adalah penyampaian Anugerah Gemilang Gangsa,


Anugerah Gemilang Perak dan Anugerah Gemilang Emas. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, Anugerah Gemilang Gangsa diberikan

Sijil Wakil
MPPK

kepada pelajar atau unit kokurikulum yang mewakili sekolah ke


peringkat daerah, manakala Anugerah Gemilang Perak dan Emas
adalah masing-masing bagi wakil sekolah ke peringkat negeri dan
kebangsaan.
(baca senarai Anugerah Gemilang Gangsa, Perak dan Emas)
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada

Yang berusaha Ust Mohamad Radzi bin Mohamad Wazir,


Penolong Pengarah Kawalan Akidah & Pemikiran Islam,
Wakil Rasmi Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

di atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian sijil.


7.
Penyampaian
Hadiah dan

Hadirin hadirat sekalian,


Seterusnya, kita beralih pula kepada penyampaian Anugerah-

Anugerah
Gangsa,
Perak &
Emas

Anugerah Khas Kokurikulum bagi tahun 2015.


Untuk makluman hadirin, penerima-penerima Anugerah Khas ini
telah

dipilih

berdasarkan

kecemerlangan

dalam

lapangan

kokurikulum di pelbagai peringkat sepanjang tahun 2015. Terdapat


enam anugerah yang dipertandingkan, iaitu

Papan Kenyataan Unit Kokurikulum Terbaik


Fain Unit Kokurikulum Terbaik
Unit Kokurikulum Terbaik
Anugerah Penggerak Unit Kokurikulum, khusus bagi guruguru yang telah berjaya meningkatkan kecemerlangan unit

Sijil
(Sukan)

kokurikulum masing-masing, dan,


Anugerah Tokoh Unit Kokurikulum bagi Kategori Putera dan
Puteri.

Proses pemilihan dibuat oleh sebuah panel bebas berdasarkan


kriteria-kriteria tertentu.
Untuk itu, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah

untuk menjemput dan mengiringi,

Yang berbahagia Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad,


Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak

bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan penuh


takzimnya mempersilakan.
8.

Anugerah
Khas (Papan

Hadirin sekalian,

Kenyataan &

Kita mulakan dengan penyampaian sijil kepada Kelab, Persatuan

Fail)

serta Unit Uniform yang telah menghasilkan Papan Kenyataan dan


Fail Unit Kokurikulum Terbaik.

Untuk Kelab, Persatuan serta Unit Uniform yang telah mewujudkan


Papan Kenyataan Terbaik adalah

Kelab Seni Foto dan Seni Kreatif

manakala, bagi penghasilan Fail Unit Kokurikulum Terbaik


dianugerahkan kepada

Pergerakan Puteri Islam Junior

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah bagi kategori Sukan dan


Permainan.
Anugerah Unit Sukan Terbaik disandang oleh

Penyampaian
9.

Hadiah dan

Kelab Memanah

Seterusnya diumumkan pula Anugerah Penggerak Sukan, iaitu

En Johar Afindi bin Abdul Jalil

Sijil
(Sukan)

Seterusnya, Anugerah Tokoh Sukan kategori Puteri dianugerahkan


kepada,

Nur Izaaz Atiqah bt M. Nadzri

Manakala, Anugerah Tokoh Sukan kategori Putera pula disandang


oleh

10.

_________________________________________________

Penyampaian
Hadiah dan
Sijil

Seterusnya adalah penyampaian Anugerah bagi kategori Kelab dan


Persatuan.

(Kelab dan
Permainan)

Anugerah Unit Kelab dan Persatuan Terbaik disandang oleh

Kelab Doktor Muda

Seterusnya diumumkan pula Anugerah Penggerak Kelab dan


Persatuan, iaitu

Pn Adilah binti Wahab Zahari

Seterusnya, Anugerah Tokoh Kelab dan Persatuan kategori

Puteri dianugerahkan kepada,

Nurin Sabrina bt Muhamad Khairi

Manakala, Anugerah Tokoh Kelab dan Persatuan kategori Putera


pula disandang oleh

Muhamad Usamah bin Zolkifli

Seterusnya adalah penyampaian Anugerah bagi kategori Pasukan


Badan Beruniform.
Anugerah Pasukan Badan Beruniform Terbaik disandang oleh

Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut)

Seterusnya diumumkan pula Anugerah Penggerak Pasukan Badan


Penyampaian
Hadiah dan
11.

Beruniform, iaitu

En Mohd Fazdly bin Che Kamarudin

Sijil
(Pasukan
Badan
Beruniform)

Seterusnya, Anugerah Tokoh Pasukan Badan Beruniform


kategori Putera dianugerahkan kepada,

Khairul Shazana binti Khairuddin

Manakala, Anugerah Tokoh Pasukan Badan Beruniform kategori


Puteri pula disandang oleh

Faiz Hilmi bin Faizol

12.
Penyampaian
Hadiah

Tuan-tuan dan puan-puan,


Berikutnya diumumkan pula Tokoh Unit Kokurikulum yang telah

kepada Tokoh memenangi pelbagai anugerah dan pencapaian tertinggi serta


Kokurikulum

memberi

sumbangan

besar

di

pelbagai

peringkat

mengharumkan nama dan martabat SMKA Sultan Azlan Shah.

dalam

Kita mulakan dengan Anugerah Tokoh Kokurikulum kategori


Puteri. Sebelum saya umumkan penerima anugerah, marilah samasama kita saksikan sebuah tayangan multimedia yang akan
menerangkan serba sedikit latar belakang penerima Anugerah Tokoh
Kokurikulum Puteri. Dipersilakan.
(tayangan multimedia)
Anugerah Tokoh Kokurikulum diberikan kepada

Nur Izaaz Afiqah binti Mohd Nazri

Berikutnya, diumumkan pula Anugerah Tokoh Kokurikulum


kategori Putera. Sama-sama kita saksikan sebuah tayangan
multimedia mengenai latar belakang beliau.
(tayangan multimedia)
Oleh itu, Anugerah Tokoh Kokurikulum kategori Putera telah
diberikan kepada

Faiz Hilmi bin Faizol

13.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Majlis Anugerah Kokurikulum turut meraikan sebuah lagi anugerah
kecemerlangan akademik yang julung-julung kali diadakan pada
tahun ini. Anugerah tersebut adalah Anugerah Khas Kokurikulum
Kategori Tokoh Terbilang, Pencetus Inovasi Kokurikulum.

Penerimanya adalah

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah

Dipersilakan

Yang berbahagia Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad,


Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak

untuk menyampaikan kepada Anugerah Khas Kokurikulum


Kategori Tokoh Terbilang, Pencetus Inovasi Kokurikulum

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas kesudian

Yang berbahagia Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad,


Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak

menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil kecemerlangan


kepada mereka yang berjaya sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.
Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih daripada warga
SMKASAS, pihak majlis mempersilakan
14.

Cenderamata

kepada VIP

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah

untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang berbahagia Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad,


Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak

Terima kasih diucapkan kepada

Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali, Pengetua


SMKA Sultan Azlan Shah

di atas penyampaian cenderamata itu sebentar tadi.


15.
Penutup

Gunung nan tinggi di balik awan,


Bagai terlihat bintang bertamu,
Sampai sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu.
Bila masa dipanggil maut
Cinta tidak berharga lagi
Asam di darat ikan di laut
Sampai masa berjumpa lagi.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi


maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Semoga apa jua kesalahan
dan tutur kata kami yang kurang disenangi, ampun dan maaf jua kami
susuli. Izinkan kami mengundur diri, semoga berjumpa di lain hari.
Majlis ditangguhkan dengan bacaan surah Al Asr dan Tasbih
Kaffarah.

Dijemput

16.

Pengumuman

Yang berbahagia Mejar (K) Datuk Haji Azhar bin Ahmad,


Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Perak

serta dif dif kehormat untuk menikmat sedikit jamuan di kantin


sekolah.

Anda mungkin juga menyukai