Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN MC MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2016

Bil

Perkara

Teks
Mohon perhatian.

1.

Perarakan
masuk tetamu

Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para


hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai,
terima kasih.

Mengumumkan ketibaan
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin
Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas
2.

Ucapan alualuan

Menteri Besar Negeri Perak


diiringi oleh
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah
masuk ke dalam Dewan Besar as Syafie.

3.

Salutasi
(tetamu duduk)
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin
Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas
Menteri Besar Negeri Perak
__________________________________
__________________________________
__________________________________
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah
Barisan penolong kanan, guru-guru, alumni

Catatan

SMKASAS yang dirahmati Allah swt, rakan-rakan


pelajar seterusnya para hadirin sekalian.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan
kehadiran tetamu kehormat kita pada malam ini,
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin
Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas
Menteri Besar Negeri Perak, dan
__________________________________
__________________________________
__________________________________
Barisan penolong kanan, guru-guru, alumni
SMKASAS yang dirahmati Allah swt seterusnya
para hadirin sekalian ke majlis yang gemilang ini.
Sekali lagi diucapkan, selamat datang ke
Jamuan Muhibbah Aidilfitri bagi tahun 2016.
4.

Ucapan alualuan Tuan


Pengetua

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Hadirin sekalian,

Bagi memulakan majlis kita pada malam ini,


untuk itu, tanpa melengahkan masa lagi, majlis
dengan penuh takzimnya menjemput
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
dengan ini mempersilakan.
(selesai ucapan)
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah
atas ucapan beliau sebentar tadi.
5.

Ucapan
perasmian

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin
Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas
Menteri Besar Negeri Perak
bagi menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Jamuan Mahabbah Aidilfitri bagi
tahun 2016.

(selesai ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin

Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas


Menteri Besar Negeri Perak
di atas kesudian beliau menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
6.

Penyerahan
Cenderahati

Sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak

kepada

sekolah, majlis dengan penuh takzimnya

Perasmi

mempersilakan
Yang berusaha En Sabarudin bin Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran SMKASAS
bagi menjemput dan mengiringi
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian cenderahati kepada
Yang berbahagia Dato Hj Azhar bin
Ahmad, Pegawai Tugas-tugas Khas
Menteri Besar Negeri Perak

(selesai penyampaian)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,

Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah


atas kesudian beliau menyempurnakan
penyampaian cenderamata.

Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan


penyampaian duit zakat bernilai RM15,000
kepada pelajar-pelajar SMKASAS yang layak.
Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, duit
zakat kali ini merupakan sumbangan dari SSSM
(Suruhanjaya Sekuriti Siber Malaysia).
Untuk menyempurnakan penyampaian zakat,
majlis dengan hormatnya mempersilakan
Yang berusaha Ust Mohd Lotpi bin Razali,
7.

Penyampaian
duit zakat

Pengetua SMKA Sultan Azlan Shah


Untuk menjemput dan mengiringi
__________________________________
__________________________________
__________________________________
Untuk naik ke pentas. Majlis dengan itu
mempersilakan.
(tetamu bersedia di atas pentas)

Kita mulakan dengan,


(baca senarai nama yang disediakan)
8.

Selesai
membaca

(selesai senarai)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada
__________________________________
__________________________________
senarai nama

__________________________________
Atas kesudian beliau menyempurnakan
penyampaian duit zakat kepada para pelajar.

Tibalah kita ke acara kemuncak kita pada malam


ini iaitu Jamuan Makan Malam Mahabbah
Aidilfitri bagi tahun 2016.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput
9.

Jamuan
bermula

Saudara
__________________________________
__________________________________
Untuk membaca doa. Majlis mempersilakan.
(selesai doa)
Para hadirin dipersilakan untuk menjamu selera.

10.

Majlis makan
(non-formal)

(hadirin mula makan)


Tentatif ringkas semasa jamuan.

Spesial untuk
kak lah &

Persembahan multimedia
Persembahan nasyid

Sementara menjamu selera, marilah sama-sama


kita saksikan sebuah persembahan nasyid oleh
kumpulan Sofwatunnur. Majlis mempersilakan.
(selesai persembahan)
Demikianlah tadi persembahan nasyid oleh
kumpulan Sofwatunnur di bawah bimbingan Ust
Mohd Zulkefli bin Wan Ibrahim.
shukur

Seterusnya, sama-sama kita saksikan sebuah


persembahan multimedia Ihya Ramadhan yang
telah disediakan oleh para pelajar.
(selesai persembahan)
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,
persembahan multimedia itu tadi telah
memenangi pertandingan video Ihya Ramadhan
baru-baru ini. Tahniah dan syabas diucapkan.

11.

Mohon maaf
dan tutup
majlis

(selesai makan tunggu cue dari pengurus


majlis)
Alhamdulillah, makan sudah, persembahan
sudah. Kami, mewakili seluruh Jawatankuasa
Pelaksana Jamuan Makan Malam Mahabbah
Aidilfitri tahun 2016 menyusun sepuluh jari
sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis

ini berlangsung.

Diharapkan semoga program sebegini dapat


diteruskan lagi di masa-masa akan datang,
insyaallah.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan


Surah Al Asr.
(selawat)

Anda mungkin juga menyukai