Anda di halaman 1dari 2

Lambakan Gajet, Dadah pada Remaja

Seiring bidang teknologi komunikasi dan media hiburan, k epesatan


perkembangan yang meledak dengan pantas yang meruapkan racun khayal
dunia kecanggihan kini sedang berlaku di kalangan remaja di dunia. Bahkan
hal ini juga berlaku dan telah juga memberi impak kepada semua lapisan
masyrakat samada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun orang tua.
Perkembangan teknologi komunikasi telefon pintar ternyata menimbulkan
beberapa kesan yang tidak baik terhadap pengguna. Kegilaan memperoleh
maklumat mengenai carian smartphone di carian google mencecah angka
284,juta carian setakat Jun 2016. Jelas di sini bahawa dunia begitu obses
dengan kecanggihan teknologi yang ada dalam sistem telefon pintar yang
ditawarkan oleh pengeluar gajet terkemuka dunia seperti Apple Corps Ltd
dan Samsung Electronics Co., Ltd.. Dunia gergasi gah ini menjadi kegilaan
para peminat telefon pintar dunia kerana produk yang dikeluarkan mereka
sentiasa up to date dan menepati citarasa pengguna.
Menurut akhbar online Sinar Harian siaran 21 Disember 2013, mengatakan
bahawa penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi
di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen. Laporan
Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini
dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia
Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong,
China, India dan Singapura. Malaysia mencatatkan kadar penembusan
telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus),
diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus). Laporan itu juga
menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan
pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penggunaan
telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand
mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus),
India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa telefon mudah alih ini banyak
memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap wujud
apabila berlaku penyalahgunaan teknologi kompak ini dan seterusnya
menjadi ketagihan yang parah pada remaja apabila sentiasa di samping
gajet. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh
mengganggu pelajaran para remaja malah akan memberi peluang kepada
remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya
aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau
implikasi yang sangat buruk kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula
penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan
pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang

tinggi pada setiap bulan untuk mengakses capaian data internet yang
sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti
membeli bahan-bahan bacaan ilmiah.
Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini
boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu
taksub atau dalam kata lain telah ketagihan. Hal ini boleh dilihat apabila
ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang
mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi
ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang
pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya
daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa
depan mereka. Berbeza dengan remaja suatu masa dahulu yang banyak
menghabiskan masa dengan perkara berfaedah serta melakukan aktiviti
yang menyihatkan badan seperti masuk hutan mencari sesuatu yang unik,
berjoging, bersenam, aktiviti permainan yang mengeluarkan peluh dan
sebagainya. Kegiatan remaja dahulu sebelum meledaknya teknologi gajet
lebih tertumpu kepada hubungan social yang harmoni, ikatan kasih saying
antara saudara, berbeza dengan dunia remaja di era telefon pintar yang
kehidupan hanya kepada telefon pintar dan computer.
Perkembangan teknologi akan terus rancak. Begitu juga permintaan
untuknya. Ini akan membawa cabaran baru bagi setiap individu khususnya
remaja.Keupayaan menimbang serta membuat keputusan yang baik bagi
mencapai imbangan pelajaran dan kehidupan sememangnya diperlukan. Ini
memerlukan perubahan sikap selain dari proses pembelajaran dan
percubaan. Tetapi perkara ini adalah sesuatu yang mesti dan memang perlu
dilakukan. Sememangnya hidup ini adalah lebih bermakna daripada hanya
menjawab e-mel dan melayari laman Facebook di skrin gajet masing-masing.
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja
memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan
gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang
betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan
masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja
yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam
memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak
peribahasa tepuk dada tanya selera. Dan jauhilah ketagihan kepada
teknologi gajet yang memberi banyak kesan buruk kepada dunia remaja,
ubahlah kecenderungan ini kepada ketagih ilmu pelajaran yang membantu
kepada pembangunan modal insan negara.

Anda mungkin juga menyukai