Anda di halaman 1dari 5

PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI

LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT


SESI 2016/2017 (Set 3)

KERTAS KERJA

PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG


BANDAR SERI PUTRA

TARIKH
19 NOVEMBER 2016
TEMPAT
BANDAR SERI PUTRA
ANJURAN

MAHASISWA
LMCR 2273 : APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DENGAN KERJASAMA PENDUDUK BANDAR
SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR.

TEMA

BANDAR SERI PUTRA BANDAR BERILMU


PEMANGKIN UMMAH
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI
LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
( LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Projek pembangunan laman sesawang ini merupakan projek utama bagi kursus
Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273) kepada mahasiswa/i yang mengikuti
program Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahasiswa/i hendaklah
membuat laporan berkenaan projek yang telah dilaksanakan. Projek yang dirancang
ialah pembangunan laman sesawang di kawasan perumahan Taman Impian Murrni,
Saujana Impian , 43000 Kajang, Selangor.
. Projek ini telah dibimbing oleh pensyarah iaitu, En. Rafizi bin Salleh. Projek
yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu masyarakat di taman perumahan
terbabit mempromosikan taman tersebut.
Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam projek pembangunan laman sesawang
dapatmembantu meluaskan jaringan perhubungan dengan masyarakat taman
perumahan terbabit. Malahan, mahasiswa dapat menguasai kemahiran asas dalam
aspek teknologi maklumat dengan baik.
Pembinaan laman sesawang ini dapat membantu orang ramai memperolehi
maklumat mengenai Taman Impian Murni dengan mudah serta menjadi titik
perhubungan dengan masyarakat luar.

2.0 MATLAMAT PROJEK

Penghasilan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus
yang memerlukan mahasiswa menjalankan satu projek kemasyarakatan. Projek ini
dijalankan untuk mendedahkan mahasiswa mengenai pengaplikasian pengetahuan
dan kemahiran dalam penghasilan laman sesawang. Projek ini juga dapat
mempamerkan kreativiti mahasiswa semasa mereka bentuk laman sesawang. Selain
itu, pendekatan yang diaplikasikan dapat memberi pendedahan kepada komuniti
taman perumahan mengenai teknologi maklumat dan juga mendedahkan maklumat
terkini mengenai Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor bagi memudahkan pengunjung
berkunjung ke lokasi dengan selamat dan selesa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mereka bentuk laman sesawang yang memperkenalkan Bandar Seri Putra secara
holistik.
3.2 M engumpul maklumat tentang latar belakang dan pembangunan bandar tersebut.
3.3 Untuk meningkatkan capaian maklumat terkini dan tepat.
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI
LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

4.0 MAKLUMAT

Nama Projek : Pembangunan Laman Sesawang Bandar Seri Putra, Bangi,


Selangor.
Tarikh Projek: 19 November 2016
Masa projek : 09.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat projek: Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Anjuran: Pelajar LMCR 2273 (Set 3) Apresiasi Teknologi Maklumat


Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahli Projek : 6 pelajar LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat Universiti
Kebangsaan Malaysia.

5.0 JAWATANKUASA INDUK & AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

6.0 CARA MENDOKUMENTASI DAN MEREKODKAN PROJEK

Semua bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini yang telah
dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan dalam bentuk laporan
berurutan mengikut sesi perjumpaan bersama ahli kumpulan dan jawatankuasa surau.
Selain itu, maklumat-maklumat berkaitan aktiviti dan laporan juga diletakkan di
dalam blog kumpulan kami iaitu http://bsp.wix.com/ (nama cadangan) yang
ditubuhkan pada awal projek ini dilaksanakan.
7.0 PEJABAT URUSAN

Segala maklumat lanjut, penerangan atau pertanyaan ,sila hubungi

Sabarudin Bin Ali


Pengarah Projek Pembangunan Laman Sesawang,
Khidmat Masyarakat,
Apresiasi Teknologi Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 013-2836535
E-mel: sabedin89@gmail.com
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI
LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

8.0 PENUTUP

Oleh itu dengan kerjasama dari pihak tuan/puan, pihak kami berharap agar kertas
kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan/puan. Kami memberikan harapan
yang tinggi kepada pihak tuan/puan agar program yang kami rancang ini dapat
berjalan dengan lancar.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat kami, Encik
Nor Afian Bin Yusof kerana sudi meluangkan masa dengan kami dan
memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami mengenai program yang bakal
kami jalankan ini.
Jutaan terima kasih juga kepada pihak tuan/puan kerana dapat meluangkan sedikit
masa untuk meluluskan kertas kerja kami ini.

Sekian.

Disediakan oleh,

.
Bumyamin Bin Md Razi
Setiausaha Projek Pembangunan Laman
Sesawang, Apresiasi Teknologi Maklumat ,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

...
Encik Nor Afian Bin Yusof
Pensyarah,
Apresiasi Teknologi Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI
LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI PEMBANGUNAN LAMAN


SESAWANG TAMAN IMPIAN MURNI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19 NOVEMBER 2016

Pensyarah Pengiring : Encik Nor Afian Bin Yusof Pengarah


Program : Sabarudin Bin Ali
Timbalan Pengarah : Syafiq Raffiqin Liow Bin Liow For Sen
Setiausaha : Bumyamin Bin Md Razi

Timbalan Setiausaha : Muhamad Bilal Bin Ahmad


Bendahari : Muhamad Zamri Bin Abdul Rahman

AHLI JAWATANKUASA

Ketua AJK : Muhammad Rijal Bin Mohd Yaakop

Anda mungkin juga menyukai