Anda di halaman 1dari 15

HBMT1203

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEPTEMBER 2014

HBMT1203
TEACHING OF PRE SCHOOL MATHEMATICS

NO. MATRIKULASI

720420025964001

NO. KAD PENGNEALAN

720420025964

NO. TELEFON

017-5204986

E-MEL

itah_shariff@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SUNGAI PETANI

HBMT1203

SENARAI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2-3

2.0

CARIAN LITERASI PERKEMBANGAN KONSEPTUAL

3-6

2.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEPTUAL


BENTUK & RUANG

4-5

2.2 PERIGKAT PERKEMBANGAN KONSEPTUAL


WANG

CADANGAN AKTIVITI DAN SUMBER P&P


TAJUK BENTUK DAN RUANG

7-9

CADANGAN AKTIVITI DAN SUMBER P&P


TAJUK WANG

10-13

KESIMPULAN

13-14

3.0

4.0

5.0

RUJUKAN

HBMT1203

1.0

PENGENALAN

Perkembangan pembelajaran matematik pra-sekolah adalah melalui tiga tahap iaitu tahap
konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol (Rohani, 2004 Panduan Kognitif KanakKanak Prasekolah). Pendapat ini selari dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang
terdiri daripada peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Menurut Bruner pada peringkat
awal, kanak-kanak belajar secara enaktif dengan cara memahami dan berinteraksi dengan
persekitarannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh
tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam
jangka masa yang panjang. Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu
melalui imej dan gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat
menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitkan
dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam peringkat simbolik pula kanakkanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas.
Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak
boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang
itu.
Secara amnya perkembangan pembelajaran kanak-kanak adalah lebih berkonsepkan
visualisasi dalam minda mereka. Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
matapelajaran matematik yang memberikan penekanan terhadap pengenalan yang
menarik sehingga mencetus visualisasi yang baik dalam minda kanak-kanak akan dapat
membina konsep yang kukuh, sehingga membolehkan mereka menguasai matematik
pada peringkat seterusnya. Namun, malangnya, kebanyakkan guru-guru tadika dan prasekolah lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa
memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang sebelumnya (Nani & Rohani, 2004).
Keadaan ini yang menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan
matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor
yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran matematik di peringkat
yang lebih tinggi.
2

HBMT1203

Kesannya, kanak-kanak pra-sekolah seringkali membuat berbagai andaian apabila


mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan
adakalanya andaian yang mereka buat adalah salah. Ini bermaksud pembentukan konsep
yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai
oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak
menguasai konsep matematik dengan baik akan menghadapi masalah pemahaman dalam
matematik. Kefahaman konsep merupakan perkara penting dalam pembelajaran
matematik, sebaliknya pelajar yang tidak dapat menguasai konsep dengan baik akan
menganggap matapelajaran itu sukar.
Atas kesedaran inilah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memberikan garis panduan bahawa Awal Matematik
membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6
tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk
membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan
memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pengalaman yang
diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pranombor, nombor, operasi
nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
2.0

CARIAN LITERASI PERKEMBANGAN KONSEPTUAL

Menurut Crow & Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif
serta cenderung ke arah yang lebih baik daripada segi pemikiran, rohani, moral dan
social. Contohnya, Hadi, pelajar Tahun Dua, tidak berupaya menyelesaikan masalah
matematik

yang melibatkan konsep pecahan. Bagaimanapun, apabila berada dalam

Tahun Tiga, Hadi menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah yang berkaitan


dengan pecahan. Ini menunjukkan perubahan daripada segi pemikiran dalam diri Hadi.
Hadi telah mengalami proses perkembangan (Dr Khadijah et. all, 2013, Psikologi
Pendidikan, OUM).
Antara teori-teori perkembangan yang lain, seperti Freud yang berpendapat, apa yang
dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat
3

HBMT1203

berikutnya (Kassin, 1998). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget juga menggariskan
kanak-kanak berusia antara 2-7 tahun sebagai kategori pra-operasi, di mana kanak-kanak
pra-sekolah pada tahap ini menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik
untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logic dan
mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan.
Secara amnya, semua teori-teori perkembangan seperti Bruner (1966), Piaget (1951),
Dewey (1966) serta teori-teori yang mutakhir ini menjurus kepada pendekatan
konstruktivisme, iaitu satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada
pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan
jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
Malah, sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat, pengajaran dan
buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir,
menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan
konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat yang juga mengambilkira
pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatatan, kita menyaksikan gerakan ini
sudah bermula digunakan dalam pembelajaran sains dan matematik (Dr Khadijah et. all,
2013, Psikologi Pendidikan, OUM).
Oleh yang demikian, pendidikan pra-sekolah telah diberi perhatian khusus oleh KPM
agar selari dengan falsafah pendidikan pra-sekolah negara, yang antara lain menggariskan
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
2.1 Peringkat Perkembangan Konseptual Bentuk dan Ruang
Pada peringkat usia empat ke enam tahun kanak-kanak prasekolah sebenarnya
mempunyai masalah membuat bayangan (visualize) bentuk dalam minda mereka.
Mereka sukar membezakan antara bentuk sesuatu benda dengan kepadatan benda
itu sendiri. Mereka mempelajari geometri melalui pendedahan (exposure), aktiviti
belajar yang sesuai serta pengalaman. Olehitu, guru memainkan peranan untuk
4

HBMT1203

memilih aktiviti P&P yang dapat membina kefahaman kanak-kanak terhadap


topologi, konsep Euclidean dan meneroka semua jenis bentuk dan ruang (Siti
Fazlili, Wong, 2012, Teaching of Pre-School Mathematics). Perkembangan
konseptual kanak-kanak prasekolah terhadap bentuk dan ruang merangkumi
aktiviti-aktiviti P&P berikut:

Mengenalpasti bentuk dan ruang

Memadankan dan melabelkan setiap bentuk dan ruang

Mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara bentuk benda dan


kepadatan benda

Menggunakan terminologi (perkataan dan bahasa) yang betul dalam


menjelaskan setiap bentuk dan ruang sewaktu aktiviti P&P

Namun sebagai memenuhi matlamat yang sama aktiviti P&P berdasarkan


standard pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah
digariskan secara sistematik oleh KPM akan digunapakai dalam cadangan aktiviti
P&P berikutnya:
Fokus

Standard Kandungan

(ST 11.0) Bentuk (ST


dan Ruang

11.1)

Standard Pembelajaran Murid dalam

lingkungan umur 5+
Mengetahui (ST 11.1.2) Mengenalpasti anggota badan

kedudukan objek dalam kiri dan kanan


ruang.
(ST

(ST 11.1.3) Meletakkan objek pada


11.2)

bentuk

kedudukan yang diarahkan.


Mengetahui (ST 11.2.2) Mengecam bentuk segitiga,

yang

biasa bulat, segi empat tepat dan segi empat

dijumpai di persekitaran

sama
(ST 11.2.3) Membuat binaan untuk
menghasilkan kuboid daripada bongkah

2.2 Peringkat Perkembangan Konseptual Wang


5

HBMT1203

Tajuk Wang adalah satu topik yang sukar bagi peringkat kanak-kanak tadika dan
pra-sekolah untuk memahaminya, namun melalui pendekatan P&P yang sesuai
umpamanya secara permainan simulasi jual-beli akan dapat membantu mereka
memahami wang sebagai pendedahan awal (early exposure). Perkembangan
konseptual wang dapat digarap atau dijana melalui beberapa peringkat seperti
berikut (Siti Fazlili, Wong, 2012, Teaching of Pre-School Mathematics):

Mengenal dan mengenalpasti syiling dan wang kertas melalui ciri-ciri


fizikalnya

Menggunakan harga / nilai yang berbeza untuk mewakili nilai wang

Menukar diantara ringgit dengan sen

Menjalankan operasi aritmatik asas melibatkan wang

Menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah harian


yang melibatkan wang

Namun sebagai memenuhi matlamat yang sama, aktiviti P&P berdasarkan


standard pembelajaran KSPK telah digariskan secara sistematik oleh KPM akan
digunapakai dalam cadangan aktiviti P&P berikutnya:
Fokus

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran Murid dalam


lingkungan umur berikut boleh:

(ST 9.0) Nilai wang

5+
(ST 9.1) Mengecam duit (ST 9.1.1) Mengecam duit yang berlainan
yang berlainan nilai.

nilai
(ST 9.1.2) Menyusun nilai wang mengikut
tertib/urutan.
(ST 9.1.3) Memberi jumlah wang (duit
siling) yang tepat dalam simulasi jual-beli.

3.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SUMBER P&P TAJUK BENTUK DAN

RUANG
6

HBMT1203

Berikut adalah idea / cadangan aktiviti P&P tajuk bentuk dan ruang yang berlandaskan
standard pembelajaran KSPK seperti yang dibentangkan di atas.
1

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Guru memilih seorang murid lelaki dan seorang murid

Standard Pembelajaran

perempuan sebagai model


Guru memperihal tentang tubuh badan yang terdapat pada

ST 11.1.2
Pada akhir aktiviti murid

anggota badan kiri dan kanan


Guru meminta semua murid tunjuk dan sebutkan anggota

AKTIVITI 1

berupaya

mengenalpasti

badan kiri dan kanan seperti tangan, kaki, mata, telinga, bahu

anggota badan kiri dan


kanan
Bahan-Bahan
Murid lelaki

4
5

Murid perempuan

Guru menampal carta anggota badan


Guru meminta murid datang ke depan melabel / melekat kad
nama anggota badan dicarta tersebut

Carta gambar
Kad nama anggota badan

Guru menyemak lembaran kerja. Murid dikehendaki


mewarna anggota badan:

terdapat anggota badan kiri dan kanan


Mewarna anggota badan kiri dan kanan

Penilaian

AKTIVITI 2
1
2

Standard
Pembelajaran
11.1.3
Pada akhir
murid

Kanan- hijau & Kiri- kuning


Guru membimbing murid membuat kesimpulan/rumusan

ST
aktiviti

berupaya

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Guru meminta 3 orang murid datang ke depan
Minta murid tersebut menutup mata dengan kain yang
disediakan oleh guru

Guru membawa murid berjalan mengelilingi kelas dan barisan


kerusi meja murid
7

HBMT1203

meletakkan

objek

pada kedudukan yang


diarahkan
Bahan-Bahan
Murid-murid
Bahan maujud
Kotak

Guru minta murid menanggalkan kain balutan dan membuka

5
6
7
8
9

mata
Guru menyoal murid apa yang mereka rasa
Guru kaitkan dengan tajuk ruang
Bahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil
Setiap kumpulan diberi 1 objek dan 1 kotak
Murid mendengar arahan guru dengan teliti
Contoh: Sila letak bola di atas meja
Sila letak bola di tepi kotak
Sila letak bola di dalam kotak
Sila letak bola di bawah meja
Sila letak bola di luar kotak

Sila letak bola di depan kotak


10 Aktiviti diulang dengan guru meletakkan objek dipelbagai
kedudukan (bawah, atas, dalam, belakang, depan) dan murid
menyebut kedudukan objek tersebut
11 Aktiviti diulang dengan murid beri arahan kepada kawan
12 Guru edar lembaran kerja, murid mewarna objek yang berada
pada kedudukan yang betul

1
2

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Guru meminta murid berkumpul dan duduk di hadapan kelas
Guru menunjukkan bahan maujud iaitu kepingan bentuk

Guru membimbing murid menamakan bentuk- segitiga, bulat,

AKTIVITI 3
Standard
Pembelajaran ST
11.2.2
Pada akhir aktiviti
murid

berupaya

segiempat tepat dan segiempat sama

mengecam bentuk
segitiga,

bulat,

segiempat
dan

tepat

segiempat

sama
8

HBMT1203

Bahan-Bahan

Guru minta murid melakarkan bentuk tersebut berpandukan kad

Bongkah bentuk

imbasan yang ditunjukkan guru


Murid dibahagikan kepada empat kumpulan kecil

6
7

Guru melekatkan gambar bentuk-bentuk dipapan hitam


Guru meminta wakil kumpulan menampal kad nama bentuk

berpandukan gambar bentuk-bentuk tersebut


Guru memberikan lembaran kerja. Murid suaikan gambar dengan

Kad nama bentuk


Kad imbasan
Lembaran kerja

menulis nama bentuk

SEGITIGA
BULAT

SEGIEMPAT
TEPAT

Guru memberikan lembaran kerja. Murid suaikan gambar dengan


menulis nama bentuk

4.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SUMBER P&P TAJUK WANG

Berikut adalah ide / cadangan aktiviti P&P tajuk wang yang berlandaskan standard
pembelajaran KSPK seperti yang dibentangkan di atas.

AKTIVITI 1
1

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Guru menunjukkan duit syiling dan wang kertas sebenar
-minta murid menyebut kegunaan dan kepentingan wang /
duit dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran
ST 9.1.1

-guru kaitkan dengan tajuk yang akan diajar


Guru memperkenalkan perkataan sen dan ringgit kepada
murid-murid, contoh: lima sen dan lima ringgit.
-guru mengedarkan satu set sampel duit syiling kepada murid
(5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen)
-minta murid memperihalkan duit tersebut berdasarkan
9

HBMT1203

Pada akhir aktiviti, murid


berupaya
mengecam

untuk
duit

pengalaman dan pemerhatian.


Ulang semula langkah 2 dengan satu set sampel wang kertas
(RM1, RM5, RM10)

yang

berlainan nilai
Bahan-Bahan

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Guru akan


menyebut suatu nilai wang dalam ringgit atau sen.
-minta murid menggunakan sampel duit syiling dan wang
kertas untuk menunjukkan nilai yang disebut oleh guru.
Guru sebut

Nilai wang (ditunjukkan murid)

Lima puluh sen


Sepuluh sen

Sampel duit syiling

Lima ringgit
Setiap kumpulan diminta menekap / menggores duit syiling

Sampel wang kertas

menggunakan krayon. Gunting dan tampal dalam rajah 1.

Krayon

-minta kumpulan gunting gambar wang kertas dan tampal

Gunting

dalam rajah 1.

Duit syiling dan wang


kertas sebenar

Minta kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.


Guru menyemak

jawapan bersama

murid-murid

dan

membimbing murid merumus ciri-ciri syiling dan wang


kertas Malaysia
10

HBMT1203

AKTIVITI 2
1

Guru edar lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Guru menunjukkan kotak sebuah kotak

sambil

menggoncang kotak tersebut.


-minta murid mendengar bunyi dengan teliti dan meneka
isi kandungan kotak tersebut.
-guru keluarkan duit syiling ngan dari kotak dan kaitkan
Standard Pembelajaran

dengan tajuk
Guru edarkan sampel edarkan sampel duit syiling pelbagai

nilai dan saiz kepada murid-murid


Minta murid susun semula duit syiling daripada nilai kecil

ke nilai besar. Contoh: 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen


Minta murid susun semula duit syiling daripada nilai besar

ST 9.1.2

Bahan-Bahan

kenilai kecil. Contoh: 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen


Sampel duit siling dan

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil

Guru melekatkan cetakan duit syiling bersaiz besar dipapan

wang kertas
Duit syiling dan wang
kertas sebenar
Kotak duit

tulis

secara

rawak.

Guru

membimbing

murid

memperihalkan duit tersebut


7

Minta wakil kumpulan datang ke depanda menyusun duit


syiling daripada nilai kecil ke nilai yang besar

Langkah 7 diulang dengan menyusun daripada nilai besar

9
10

ke nilai kecil
Guru menyemak jawapan bersama murid
Langkah 3 hingga 8 diulang untuk wang kertas
11

HBMT1203

11

Guru adakan permainan meneka nila duit syiling


Contoh: Saya ada sekeping duit syiling dalam tangan. Ia
lebih kecil daripada 20 sen, dan 10 sen. Duit syiling apakah
yang saya ada?

12

Guru menyemak jawapan bersama murid. Pemenang ialah


kumpulan yang dapat menjawab dengan tepat dan cepat

13

Guru mengedarkan lembaran kerja


LEMBARAN KERJA

5.0

KESIMPULAN

Matematik adalah satu matapelajaran yang penting, ianya boleh dikatakan sebagai tanda
aras kemajuan mentaliti bangsa dan kemajuan sesebuah negara. Ironinya, ia sering
diperkatakan sebagai matapelajaran yang susah, sehinggakan kebanyakkan masyarakat
dari pelbagai peringkat seolah-olah meletakkan ia dalam kotak minda sebagai satu subjek
susah dan hanya boleh dikuasai oleh mereka yang bijak sahaja. Situasi inilah yang
memerlukan anjakan paradigma dari segi mentaliti. Sudah tiba masanya melabelkan
Matematik sebagai matapelajaran yang mudah, menarik dan mencabar untuk diterokai.

12

HBMT1203

Untuk menguasai matematik, kanak-kanak seawal usia prasekolah iaitu 4 hingga 6 tahun
perlu disiap-siagakan. Persediaan terhadap perkembangan konseptual awal matematik
adalah amat penting, kerana ianya akan mempengaruhi perkembangan minda dan
kognitif serta daya kefahaman konsep yang mantap bagi membantu kanak-kanak
menguasai matematik dimasa hadapan.
Perkembangan konseptual awal matematik bagi kanak-kanak prasekolah akan melalui
tiga peringkat iaitu tahap pertama dimana mereka belajar memahami dan berinteraksi
dengan persekitarannya, tahap kedua pula mereka memikirkan sesuatu melalui imej dan
gambarajah, manakala tahap terakhir mereka mula memahami dan belajar melalui simbol
dan konsep yang lebih luas.
Para guru juga perlu mempunyai mempunyai kesedaran terhadap kumpulan fokus mereka
iaitu kanak-kanak prasekolah. Umpamanya dalam tajuk bentuk dan ruang, para guru
perlu sedar bahawa kanak-kanak prasekolah mempunyai masalah visualize terhadap
bentuk dan ruang sebenarnya. Manakala tajuk wang, bukanlah sesuatu yang mudah untuk
difahami. Namun, dengan persediaan, pengetahuan yang luas tentang aktiviti P&P yang
mampu menarik minat kanak-kanak prasekolah, serta menjadikan standard pembelajaran
KSPK sebagai garispanduan P&P akan dapat membantu para guru memberi didikan yang
sebaiknya. Dengan cara yang demikian serta iltizam daripada semua pihak yang terlibat
termasuk kesedaran ibu-bapa, pastinya akan dapat melahirkan satu bangsa yang
berkebolehan dalam matematik, sains dan teknologi.
Selain itu, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek
secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta
memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian
kanak- kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif
melalui nteraksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah
didapati di sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak
tersebut.
(2535 patah perkataan)
13

HBMT1203

RUJUKAN / REFERENSI
Bruner J.S. (1996). Toward a Theory of Instruction. Massachusetts: The Belknop Press of
Harvard University Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Program Literasi dan Numerasi LINUS, Modul
Murid, Asas 1. Ampang. Gempita Maju. Sdn. Bhd.
Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

Bahagian

Pembangunan

Kurikulum

(2009).

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Pembelajaran yang


Menyeronokkan dan Bermakna, Modul Matematik Awal.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2013). HBEF2103
Psikologi Pendidikan. Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. (OUM)
Pengurusan kurikulum prasekolah. Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan. Dirujuk pada November 2014 dari http://jpwpkl.moe.gov.my
Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton
Rohani Abdullah (2004).

Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Sharipah Ab Rahman et all (2013). HBMT1103 Introduction to Mathematics Education.
Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. (OUM)
Siti Fazlili Abdullah, Wong Woy Chun (2012). HBMT1203 Teaching of Pre-School
Mathematics. Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. (OUM)

14

Anda mungkin juga menyukai

  • Soalan 2
    Soalan 2
    Dokumen2 halaman
    Soalan 2
    Anonymous G2P63Oh1b
    Belum ada peringkat
  • Resepi Karipap
    Resepi Karipap
    Dokumen2 halaman
    Resepi Karipap
    Anonymous G2P63Oh1b
    Belum ada peringkat
  • Resepi Karipap
    Resepi Karipap
    Dokumen2 halaman
    Resepi Karipap
    Anonymous G2P63Oh1b
    Belum ada peringkat
  • Resepi Karipap
    Resepi Karipap
    Dokumen2 halaman
    Resepi Karipap
    Anonymous G2P63Oh1b
    Belum ada peringkat
  • Aktiviti 3
    Aktiviti 3
    Dokumen1 halaman
    Aktiviti 3
    Anonymous G2P63Oh1b
    Belum ada peringkat