Anda di halaman 1dari 6

1.0.

PENGENALAN
Selaras dengan matlamat

Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu memberi

peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau
kecacatan yang dialami maka pemerhatian guru dari masa ke semasa adalah sangat
penting untuk melihat keupayaan murid di dalam kelas dalam menguasai isi pelajaran.
Untuk memenuhi keperluan murid maka guru perlu berusaha untuk mungubahsuai
kaedah atau teknik pengajaran bagi mencapai tujuan dan matlamat PPI

seterusnya

memenuhi keperluan murid-murid bekeperluan khas di dalam kelas.


2.0.

CARA GURU MENILAI MURID


Kaedah penilaian yang dipilih adalah melalui pemerhatian (screening) di dalam
kelas. Hasil pemerhatian mendapati seorang murid yang kurang menonjolkan diri,
pendiam dan seperti lambat untuk menguasai isi pelajaran. Oleh itu dirasakan murid
yang dimaksudkan perlu mengikuti program Pendidikan Inklusif ini.

3.0. MAKLUMAT TERPERINCI LATAR BELAKANG MURID


Murid yang dikenalpasti adalah seorang murid perempuan, berumur 13 tahun
anak kepada seorang guru matematik. Nama beliau adalah Nor Rashidah bt Mohd
Rashid. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Beliau seperti
murid-murid yang lain kelihatan normal dan tiada kecacatan fizikal. Dari segi intelek,
Rashidah seorang murid yang bijak, ini dapat dilihat daripada respon yang diberi apabila
bersoal jawab berdepan dengannya. Beliau boleh menjawab dengan betul soalan
Matematik yang diberi apabila guru berada di sisinya. Beliau juga tidak segan silu untuk
menceritakan tentang adik beradiknya yang lain. Namun begitu, dari segi emosi,
kelihatan Rashidah agak terganggu sekiranya ada rakan lain yang mengusiknya ataupun
ada guru-guru yang bersuara tinggi ketika mengajar. Keesokan harinya Rashidah tidak
akan hadir sekolah. Ada juga ketikanya beliau seperti mengada-adakan alasan seperti

sakit perut, pening kepada, demam dan sebagainya meminta untuk pulang ke rumah. Dari
segi sosial pula, Rashidah pandai bergaul tetapi dengan rakan yang terpilih sahaja.
Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada Rashidah, Program Pendidikan Inklusif Separa
adalah diperlukan untuknya iaitu di mana murid bekeperluan khas mengikuti sebahagian
pembelajaran dalam matapelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana
dengan bantuan seorang guru lain. (Guru Pendidikan Khas/guru pembimbing.)
4.0 CADANGAN PERANCANGAN TERPERINCI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kelas

: 1 Bukhari

Mata Pelajaran

: Matematik

Tarikh

: 26hb Februari 2016

Hari

: Isnin

Masa

: 11.10 12.10 (60 minit)

Bilangan Murid

: 31 orang murid aliran perdana


1 orang murid berkeperluan khas

Tajuk

: Nombor Bulat

Sub-topik

: 2.3 menentukan nilai nombor

Kemahiran

: membolehkan murid menentukan kuantiti nombor dan


membezakan nilai nombor

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :


Kumpulan Lemah
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor sekurang-kurangnya 7 dari 10
nombor dengan betul.

2) Membandingkan nilai 7 daripada 10 nombor dengan betul.


Kumpulan Sederhana
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor dengan betul.
2) Membandingkan nilai nombor dengan betul.
Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif, bahasa Arab, Bahasa Inggeris
Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah membilang nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan


seharian.

Penerapan Nilai

: Kerjasama, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan

Unsur Terapi

: Motor halus, Pertuturan, sosialisasi

Bahan Bantu Mengajar : bola bewarna,bakul, bekas telur, Lembaran kerja.

Langkah
Set

Isi Kandungan
Aktiviti
Lakonan
membeli 1. Murid

Induksi

sejumlah barang

(5 minit)

di

minta

memerhatikan lakonan yang dilakonkan Nilai :

Langkah

Menentukan nilai /

kuantiti nombor

minit)

jujur,

oleh guru dan pembantu pengurusan pemaaf


murid (PPM).
2. Murid diterangkan

(20

mendengar

Catatan
dan Teknik : lakonan

kesimpulan

dan

pengajaran lakonan.
3. Murid di perkenalkan kaitan dengan topik
1. Murid diperkenalkan tajuk pada hari ini.
Teknik:
2. Murid ditunjukkan konsep kuantiti / nilai
Tunjuk
cara,
nombor menggunakan bola bewarna dan
permainan.
bekas telur.
KP:
3. Murid diminta meletakkan sejumlah bola
Intrapersonal,
mengikut angka yang disebutkan oleh
Logik matematik
guru secara rawak.
4. Murid dikehendaki menyebut nilai Terapi
:
kuantiti bola bewarna mengikut arahan kinestetik,
guru.
5. Murid

Pengamatan,
dikehendaki

membawa

bola

bewarna ke kawasan permainan.


pertuturan
6. Murid dikehendaki membaling bola ke
BBM
:
bola
dalam bakul yang disediakan.
bewarna, bakul,
7. Murid dikehendaki mengira bola yang
bekas telur
terdapat didalam bakul sahaja.
8. Murid yang paling banyak berjaya Nilai: berhati-hati,
memasukkan bola ke dalam bakul dikira tolong-menolong.
Langkah

Menentukan

nombor

(20

perbandingan

minit)

pemenang.
nilai 1. Murid ditunjukkan konsep penentuan KP
melalui

nilai yang kecil dan besar melalui Intrapersonal,


perbandingan kuantiti titik yang dilukis Logik Matematik,
oleh murid.
2. Murid dijelaskan

Terapi : Motor
secara

terperinci

dengan membuat bandingan bola di


dalam 2 bekas telur.
3. Murid bersoal-jawab

dengan

guru

tentang nilai nombor yang besar dan


kecil secara individu.
4. Murid dikehendaki merebut bola yang
dilambungkan oleh guru.
5. Murid dikehendaki mengira bola yang
direbut dan membandingkan jumlah
yang mereka perolehi dengan rakanrakan.
6. Murid membandingkan nilai terkecil dan
terbesar antara mereka.
7. Murid diminta mengambil

seberapa

banyak yang boleh bola bewarna dengan


menggunakan tangan kanan.
8. Murid diminta mengira kuantiti bola
yang diperolehi dan membandingkan
nilai kuantiti antara mereka.
9. Murid diminta mengambil

seberapa

banyak yang boleh bola bewarna dengan


menggunakan tangan kiri pula.

halus
BBM

bola

bewarna,
bakul,bekas telur,

10. Murid diminta mengira kuantiti bola


yang diperolehi dan membandingkan
nilai

kuantiti

antara

mereka

dan

membandingkan nilai antara kuantiti dari


tangan kanan dan kiri mereka.
Langkah

Latihan pengukuhan

1. Guru

mengedarkan

lembaran

kerja Teknik: latih tubi

kepada murid-murid.
Terapi : Motor
Kumpulan lemah
halus
1. murid dikehendaki membilang dan
BBM : Lembaran
memadankan nilai kuantiti berdasarkan
kerja,
pensel
gambar.
Kumpulan Sederhana
warna
1. murid diminta membilang dan

(10
minit)

memadankan nilai dengan angka


2. membulatkan nilai nombor yang lebih
besar.
Penutup
(5 minit)

Rumusan topik

1. Murid

diminta

menyebut

nombor

mengikut kuantiti bola yang ditunjukkan


oleh guru.
2. Murid membandingkan

nilai

yang

ditunjukkan oleh guru samada kecil atau


besar nilai nombor tersebut.
3. Bertepuk tangan mengikut angka yang
disebutkan.

5.0 CARA MENGATASI HALANGAN-HALANGAN YANG WUJUD DALAM PDP


Pelbagai usaha perlu difikirkan guru bagi melengkapkan pengajaran dan pembelajaran
seterusnya mencapai objektif pengajaran memandangkan di dalam kelas terdapat kategori
murid yang pelbagai keupayaan untuk menguasai isi pelajaran terutamanya murid yang
bekeperluan khas. Namun begitu, dalam melengkapkan isi pengajaran terdapat juga
halangan-halangan yang wujud semasa proses pdp berlangsung. Oleh itu guru sedaya

mungkin cuba untuk mengatasi halangan yang wujud terutamanya dalam melengkapkan
program pendidikan inklusif untuk murid bekeperluan khas.
Antara usaha yang boleh dilakukan guru adalah dengan menggunakan unsur mudah ubah
dalam kurikulum, masa dan strategi pdp. Mengadakan pengajaran dari senang kepada yang
susah ataupun dari mudah kepada yang kompleks. Sentiasa memberi galakan kemahiran
berkomunikasi dan berinteraksi. Di samping itu juga, guru perlu cuba untuk melibatkan
murid dalam aktiviti pengajaran dan cuba untuk membina keyakinan diri. Oleh itu, guru
perlu sentiasa bersedia dengan aktiviti pdp yang menarik. Guru juga hendaklah membuat
penilaian dari masa ke semasa secara formatik dan berperingkat-ringkat.
Untuk menjadikan pengajaran untuk murid bekeperluan khas berkesan, guru perlu
membimbing murid supaya boleh belajar sendiri mengikut kebolehannya. Sentiasa
memberikan perhatian khas dan sentiasa menyediakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang berlandaskan kepada kurikulum bersepadu. Menggunakan bahan atau alat bantu
mengajar bagi membantu persepsi murid terhadap isi pelajaran guru. Guru juga sentiasa
bersedia untuk mengubah strategi atau kaedah yang lebih berkesan. Dalam masa yang sama
berikan masa yang mencukupi kepada murid untuk menguasai kemahiran atau isi pelajaran.

6.0 KESIMPULAN.
Oleh itu pengorbanan guru sangat-sangatlah diperlukan dalam memberikan keseronokan
murid bekeperluan khas belajar dalam kelas aliran perdana. Ini kerana Program Pendidikan
Inklusif merupakan pendidikan untuk menyesuaikan kurikulum bagi mencapai keperluan semua
individu dengan aktiviti kelas biasa selaras dengan matlamatnya iaitu memperkembangkan
potensi individu melalui pdp secara koloboratif oleh guru resos dan guru sumber. Untuk itu,
kemudahan peralatan, prasarana, sumber pdp yang mencukupi dan bersesuaian adalah diperlukan
di samping guru yang terlatih dan mencukupi untuk membentuk satu model pendidikan yang
mengambil kira keperluan murid bekeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai