Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN A

1.0 BANDING BEZA PELBAGAI BENTUK PENTAKSIRAN DAN MENGAPLIKASIKAN PELBAGAI KAEDAH PENTAKSIRAN PSV

Kelas

Kelas 1S

Kelas 5S

Bentuk
Penilaian sumatif

Dijalankan dalam bentuk Penilaian Berasaskan

Dijalankan

Sekolah

pertengahan dan akhir tahun.

yang

dijalankan

secara

semasa proses pengajaran dan


Penilaian formatif

Pemerhatian

berterusan

semasa

ujian

bulanan,

peperiksaan

pembelajaran

sepanjang sesi persekolahan.


Dijalankan semasa sesi apresiasi

dengan

Dijalankan

semasa

sesi

apresiasi

dengan

guru

meminta murid menyatakan hasil kerja seperti

muridmeminta murid untuk membentangkan hasil kerja

alatan yang digunakan, asas seni reka dan

murid dengan meminta murid menyatakan perasaan

prinsip rekaan dalam hasil kerja murid.

membuat aktiviti dan menceritakan secara ringkas hasil

Rekod

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,

kerja mereka.
Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal

anekdot

mengenal

clan

pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada

signifikan kepada aspekperkembangan murid,

aspekperkembangan murid, merangkumi kelebihan dan

Temu bual

merangkumi kelebihan dan kekurangan


Dijalankan secara tidak formal semasa sesi

kekurangan,
Hanya dijalankan beberapa kali sahaja.

Senarai

pengajaran dan pembelajaran


Menyediakan bebrapa kali borang senarai semak

Hanya beberapa kali sahaja penilaian ini dijalankan.

pasti

peristiwa

itu

penting

semak

bagi intrumen penilaian yang akan dinilai oleh


guru. Borang senarai semak boleh dijadikan
sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam
ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan

Borang

psikomotor.
Menyediakan kemajuan murid bagi mendapatkan

Menyediakan

kemajuan diri

maklumat tentang pencapaian murid dalam mata

maklumat

pelajaran

pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi ujian bulanan,

Pendidikan

Seni

Visual

secara

kemajuan

tentang

murid

bagi

pencapaian

murid

mendapatkan
dalam

mata

Soal selidik

berterusan.
Tidak dijalankan oleh guru.

peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.


Tidak dijalankan oleh guru.

Rekod profil

Guru merekod markah hasil kerja murid setiap

Guru merekod markah hasil kerja murid setiap kali

murid

kali tugasan dilaksanakan dan rekod kehadiran

tugasan dilaksanakan dan rekod kehadiran murid dicatat.

murid dicatat.
Portfolio

Semua hasil kerja murid dimasukkan ke dalam

Murid tidak mempunyai fail portfolio masing-masing.

fail portfolio individumurid-murid sebagai bahan


Hasil kerja

bukti hasil kerja yang dilakukan oleh murid.


Guru menilai hasil kerja murid dari

segi

Guru menilai aspek-aspek nilai-nilai yang sesuai seperti

kemahiran, kreativiti dan kemasan mengikut band

kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

1 hingga band 6.

bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan berdasarkan


hasil kerja murid.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la
hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan
1996. (Akta 550).Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan
dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam
domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Semasa saya menjalani praktikum selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan
Padang Luas, saya telah menjalankan pemerhatian dan temu bual bersama dengan guru
dan beberapa orang pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya telah
memilih kelas tahun 1 Siddiq dan 5 Tabligh untuk tahap 2 bagi membuat banding beza
pelbagai bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru serta pengaplikasian pelbagai
kaedah pentaksiran pendidikan Seni Visual kedua-dua kelas tersebut. Hasil daripada
dapatan berdasarkan pemerhatian dan temu bual saya dapat mengenalpasti terdapat
beberapa perbezaan bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru. Bagi guru kelas
tahun 1 Siddiq, beliau telah menggunakan beberapa kaedah sebagai contoh, bentuk
penilaian sumatif, penilaian formatif, pemerhatian melalui rekod profil murid, portfolio dan
hasil kerja. Manakala bagi guru kelas PSV tahun 5 Tabligh bentuk penilaian yang
dilaksanakan ialah penilaian sumatif, penilaian formatif, pemerhatian dari segi rekod profil
murid dan hasil kerja.
Penilaian formatif dilaksanakan oleh guru kedua-dua kelas bagi membuat penilaian
kepada hasil kerja murid. Sebagai contoh, Guru akan dapat melihat hasil yang dihasilkan
oleh pelajar contohnya kerja lukisan yang diberikan. Sebagai contoh berdasarkan hasil
pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif dilaksanakan
semasa sesi apresiasi dilaksanakan. Semasa di dalam kelas tersebut, guru meminta murid
untuk menyatakan semula alatan yang digunakan, asas seni reka dan prinsip rekaan dalam
hasil kerja murid. sekiranya murid dapat menyatakan perkara yang diminta oleh guru, maka
guru dapat membuat penilaian tahap pencapaian murid pada sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Selain itu juga, berdasarkan hasil temu bual bersama guru, beliau
menyatakan bahawa pentaksiran formatif bagi KSSR ini membabitkan proses sepanjang
pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain
membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan
pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala
yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Bagi kelas tahun 5
3

Tabligh, penilaian formatif dijalankan semasa sesi apresiasi dengan guru murid meminta
murid untuk membentangkan hasil kerja murid dengan meminta murid menyatakan
perasaan membuat aktiviti dan menceritakan secara ringkas hasil kerja mereka. Beberapa
orang pelajar yang dipilih akan menyatakan hasil kerja mereka dan menyatakan justifikasi
bentuk yang dibuat oleh murid itu sendiri. Penilaian yang dijalankan hanya dijalankan secara
ringkas bagi melihat pencapaian murid secara keseluruhan.
Selain itu, kedua dua kelas guru kelas menjalankan penilaian sumatif kepada kelas
mereka. Penilaian sumatif ialah bentuk pentaksiran yang digunakan bagi menentukan tahap
penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Bagi penilaian sumatif bagi tahun 1 Siddiq,
Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dijalankan dalam bentuk Penilaian Berasaskan Sekolah yang dijalankan secara berterusan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang sesi persekolahan. Hal ini
disebabkan oleh, terdapat perubahan kepada sistem pendidikan negara. Bagi KSSR
pencapaian murid-murid tidak lagi menggunakan sistem peperiksaan tetapi menggunakan
sistem Pencapaian Berasaskan Sekolah (PBS). Malahan, Pentaksiran sumatif dilakukan
pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid
dalam meneruskan pembelajaran. Bagi kelas 5 Tabligh, penilaian sumatif dilaksanakan
semasa ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun diadakan. Hasil daripada
temu bual bersama guru kelas, memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke
alam pembelajaran yang lebih tinggi.
Di samping itu juga, pemerhatian melalui rekod anekdot ialah satu catatan ringkas
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang
berlaku, bila di mana berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat
rekod anekdot ialah, membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal
pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi
kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas peristiwa berlaku, menulis apa yang
dilihat secara objektif serta maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa
yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, polainteraksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah murid kedua-dua orang guru

Di samping itu juga, guru tahun 1 Siddiq telah menyediakan beberapa kali borang
senarai semak bagi intrumen penilaian yang akan dinilai oleh guru. Borang senarai semak
boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain
iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat
keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di tahun 1 Siddiq , guru
menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang
diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai
semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping
mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Bagi guru tahun 1 Siddiq dan tahun 5 Tabligh, kedua dua guru telah menilai melalui
borang kemajuan diri murid bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan
markah dan gred bagi untuk membuat pentaksiran kepada murid secara individu mahupun
keseluruhan. Menurut guru Pendidikan Seni Visual tahun 5 Tabligh, penilaian akan diambil
berdasarkan maklumat markah dan gred yang diperolehi murid melalui ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun murid. Namun terdapat
beberapa perbezaan bagi penilaian ini kemajuan murid ini bagi tahun 1 Siddiq guru menilai
melalui borang kemajuan diri murid secara berterusan kerana tidak mempunyai sistem
peperiksaan. Hasil temu bual.rekod ini disimpan bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan
seseorang murid tersebut.
Di samping itu juga, beberapa maklumat tambahan dalam rekod profil murid seperti
latar belakang murid juga dapat membantu guru untuk membuat rujukan bagi masa akan
datang. Melalui rekod yang berkaitan dengan murid tersebut secara tidak langsung dapat
membantu guru menilai secara jangka panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian
murid dalam semua mata pelajaran. Selain itu, guru juga dapat mengetahui tahap kesihatan
dan minat murid. Secara kesimpulannya, kedua-dua orang guru menggunakan kaedah
pemerhatian melalui rekod profil murid bagi melaksanakan pentaksiran kepada setiap orang
murid.
Di samping itu dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan
bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini
dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Di samping itu, guru tahun 1 Siddiq
telah menyediakan bagi setiap pelajar fail individu masing-masing bagi penilaian portfolio
dilaksanakan. Melalui portfolio ini perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja
5

mereka termasuk ujian dan peperiksaan kerana disimpan dalam portfolio. Menurut guru 1
Siddiq portfolio akan merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.. Setiap kali hasil murid telah siap, murid
akan menyimpan hasil kerja mereka untuk dinilai oleh guru juga sebagai bahan bukti hasil
kerja mereka. Namun begitu, penilaian portfolio tidak dilaksanakan oleh guru tahun 5
Tabligh.
Selain itu, penilaian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kedua-dua orang guru kelas DSV dan
PSV telah membuat penilaian berdasarkan hasil kerja murid. Berdasarkan hasil temu bual,
kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran,
fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa
menggunakan kaedah hasil kerja. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan,
keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan. Bagi guru tahun 1
Siddiq, guru menilai hasil kerja murid dari segi kemahiran, kreativiti dan kemasan mengikut
band 1 hingga band 6. Setiap hasil hasil kerja murid perlu dimasukkan di dalam portfolio.
Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Catatan perlu dibuat ke
atas setiap hasil kerja murid setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya
menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh
menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasilkerja yang
melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan
isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid.
Oleh itu, berdasarkan maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami
murid dari segi perasaan, sikap dan mengenal pasti kemajuan tahap penguasaan murid
terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

Peranan Penilaian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.


KELAS
BENTUK

1 SIDDIQ

5 SIDDIQ

PENILAIAN
Penilaian

menggunakan

Dilaksanakan tetapi kurang

Dilaksanakan tetapi kurang

proses Dicipline Based Art

tepat.

tepat.

Education (DBAE)
Penilaian
menggunakan

Dilaksanakan pada waktu

Dilaksanakan pada waktu

tertentu sahaja.
Dilaksanakan pada masa

tertentu sahaja.
Dilaksanakan pada masa

yang munasabah.

yang munasabah.

konsep Laura Chapman


Penilaian melalui projek

Saya juga perlu melaksanakan pemerhatian dan temubual dengan guru pendidikan
seni visual serta murid-murid yang dipilih untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti
peranan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Berdasarkan
temubual yang dijalankan bersama guru pendidikan seni bagi kelas 1 Siddiq dan 5 Siddiq,
didapati terdapat tiga bentuk penilaian yang digunakan oleh guru. Antaranya ialah penilaian
menggunakan proses DBAE, penilaian menggunakan konsep Laura Chapman dan penilaian
yang dilaksanakan pada waktu tertentu iaitu penilaian melalui projek.
Kualiti yang perlu ada bagi seorang guru pendidikan seni visual untuk melaksanakan
penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah melalui
penilaian yang telah dilakukan oleh guru dengan penggunaan instrumen yang sesuai, guru
dapat mengesan punca-punca kelemahan murid. Setelah guru membuat kajian terhadap
keputusan ujian murid, barulah guru dapat menggunakan maklumat itu untuk membuat
perancangan aktiviti dan bahan-bahan pengajaran yang lebih efisyen.
Penilaian Dicipline Based Art Education (DBAE) dilaksanakan bagi kedua-dua kelas
tersebut, namun kurang menepati kriteria. DBAE ialah pendekatan kepada perkembangan
Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education.
Penilaian DBAE meliputi 4 asas disiplin seni iaitu produk seni, sejarah seni, kritikan seni dan
estetika. Guru seni bagi kedua-dua kelas tersebut membuat penilaian menggunakan proses
ini melalui produk seni dengan membimbing murid untuk mempelajari kemahiran bagi
menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri. Guru juga mendedahkan kepada murid
mengenai sejarah seni dimana murid mempelajari kejayaan penghasilan karya di masa
lampau dan semasa bagi memotivasikan diri murid.
7

Melalui penilaian ini, guru meransang untuk membolehkan murid menyatakan,


membuat interpretasi, menilai, membuat penilaian atau mengadili sesuatu seni reka bentuk
hanya semata-mata bagi membincangkan sebab-sebab penghasilan, membuat apresiasi
mahupun memahami peranan sesuatu karya itu kepada masyarakat. Guru pendidikan seni
kedua-dua kelas tersebut juga menekankan aspek estetika dimana murid akan
menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana
formula bagi mencerminkan pendapat yang ilmiah.
DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri, dimana fokusnya kepada murid dengan
minat, pertimbangan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Didapati murid dinilai
berdasarkan kemahiran proses inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta
penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting dalam kurikulum dan bilik darjah
dimana guru dilihat sebagai pemudah cara dalam proses ini.
Berdasarkan pemerhatian saya, guru pendidikan seni bagi kedua-dua kelas ini juga
menilai aspek afektif yang bermaksud semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan,
keselamatan, ketekunan, kerjasama sesama ahli kelas, ketelitian dan juga kesempurnaan.
Selain itu juga, guru pendidikan seni kedua-dua kelas ini juga membuat penilaian
menggunakan konsep Laura Chapman tetapi hanya dilaksanakan pada waktu tertentu
sahaja. Guru menilai kaedah penjanaan idea oleh murid dimana guru mestilah membimbing
murid dalam menetapan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana
idea. Guru juga menilai kemahiran murid dalam menggunakan bahan (execution in a
medium) dengan membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilannya. Guru perlu menjelaskannya melalui demonstrasi dan
tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Melalui pemerhatian dan temuramah yang dijalankan, guru pendidikan seni juga
menjalankan penilaian melalui projek. Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.

Ia biasanya melibatkan aktiviti

pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Tugasan ini boleh dijalankan
secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang
munasabah. Projek membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran
interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap
tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar
8

dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara
reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan,
mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan
sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan
dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003).
Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh
mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan
dengan lebih mantap dan secara bersepadu.
Hal yang demikian untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu tujuan penilaian dilaksanakan samada dalam
bentuk penilaian formatif atau penilaian sumatif. Mengimbas kembali, jenis penilaian formatif
adalah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga berfungsi sebagai untuk melihat
pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan murid yang berkaitan dengan afektif
dan psikomotor.
Melalui temubual yang dijalankan juga didapati guru menilai aspek afektif melalui
pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Aspek psikomotor pula melibatkan
penilaian proses dalam penghasilan bahan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat
diikur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat
sekolah. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan
dan sistematik dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.
Selain itu, apa yang dapat saya perhatikan juga ialah guru seni kedua kelas tersebut
juga menilai murid secara lisan dan interaksi yang merupakan satu kaedah penilaian dimana
guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam
kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz
dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan ialah penguasaan
pengetahuan, pemahaman konsep, penguasaan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran
berbahasa seni dan perkembangan daya kreatif serta perasaan dan perubahan sikap murid.

Guru boleh menggalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing


dalam pembelajaran serta menilai amalan dan sikap masing-masing bagi mempertingkatkan
pembelajaran. Murid boleh menjalankan pembelajaran kendiri dengan menilai hasil kerja
sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan sebaya, dengan membuat
perbandingan hasil kerja dan mengisi boring penilaian kendiri. Penilaian kendiri lebih
bermakna sekiranya murid berupaya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
1.1

HASIL

DAPATAN

PEMERHATIAN

DAN

TEMU

BUAL

DENGAN

GURU

PENDIDIKAN SENI VISUAL TENTANG PERANAN PENILAIAN DALAM PNP


PENDIDIKAN SENI VISUAL.
Berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama guru Pendidikan Seni Visual dan
beberapa orang murid Sekolah Kebangsaan Padang Luas sepanjang dua bulan praktikum
yang lalu dapat saya nyatakan dapatan hasilnya berdasarkan maklumat yang diperolehi
seperti jadual dibawah:

TAHUN 1 Siddiq
PUAN WAN ROGAYAH BINTI WAN HASHIM
BENTUK PENTAKSIRAN
Penilaian sumatif
Penilaian formatif
Pemerhatian
Rekod anekdot
Temubual
Senarai semak
Borang kemajuan diri
Soal selidik
Rekod profil murid
Portfolio

CATATAN
Dilaksanakan dengan menggunakan kaedah holistik.
Dilaksanakan menggunaan kaedah analitikal.
Dilaksanakan dengan kaedah persepsi.
Jarang dilaksanakan.
Dilaksanakan dengan kaedah perbincangan.
Dilaksanakan dengan kaedah persepsi.
Dilaksanakan dengan kaedah persepsi.
Dilaksanakan dengan kaedah kefahaman seni visual.
Dilaksanakan dengan kaedah aplikasi bahasa seni.
Dilaksanakan dengan kaedah pengurusan, penghasilan dan

Hasil kerja

persembahan seni visual.


Dilaksanakan dengan kaedah kefahaman seni visual.

Jadual di atas merupakan dapatan hasil daripada temubual saya dengan guru
Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Wan Rogayah terhadap pentaksiran yang digunakan
kepada murid kelas tahun 1 Siddiq. Daripada jadual tersebut, dapat dirumuskan bahawa
bentuk pentaksiran jenis rekod anekdot jarang sekali digunakan oleh guru. Hal ini kerana,
rekod anekdot ini kurang sesuai untuk diaplikasikan kepada murid tahun 1.
Bagi penilaian sumatif dan formatif juga turut dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah yang bebrbeza. Penilaian sumatif dilaksanakan dengan kaedah holistik mananakala
10

penilaian formatif dilaksanakan menggunakan kaedah analitikal. Penilaian formatif


dilaksanakan oleh guru setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menilai
keberkesanan

pengajaran

guru.

Manakala

Penilaian

sumatif

dilaksanakan

untuk

menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang
juga dapat menentukan keberkesanannya.
Sehubungan dengan itu, segala bentuk pentaksiran dilaksanakan dengan kaedah
pentaksiran berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian ini
merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk
mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan secara menyeluruh. Selain itu,
bagi bentuk pentaksiran senarai semak dan borang kemajuan diri pula dilaksanakan dengan
kaedah persepsi iaitu melalui analisis yang dibuat oleh guru kepada hasil kerja murid.
Seterusnya, Puan Wan Rogayah membuat soal selidik berdasarkan kaedah
kefahaman seni visual. Kaedah ini dibuat bagi menilai murid tentang kefahaman meka
terhadap unsur seni yang terdapat pada karya yang dihasilkan oleh murid. Rekod profile
murid pula dilaksnakan dengan kaedah aplikasi bahasa seni bagi melihat tahap murid
mengikut kefahamn mereka berdasarkan bahasa seni iaitu primsip-prinsip asas seni.
Portfolio

pula

dilaksanakan

dengan

kaedah

pengurusan,

penghasilan

dan

persembahan seni visual.berdasarkan hasil karya yang dihasilkan oleh murid di simpan oleh
guru di dalam fail oleh setiap orang murid. Manakala pentaksiran bentuk hasil kerja
dilaksanakan dengan kaedah kefahaman seni visual.Sebagai contoh murid menghasilkan
arca stabail secara berperingkat melalui kefahaman seni visual yang ada pada murid.

TAHUN 5 Siddiq
PUAN WAN ROGAYAH BINTI WAN HASHIM
BENTUK PENTAKSIRAN
Penilaian sumatif

CATATAN
Dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kefahaman

Penilaian formatif
Pemerhatian
Rekod anekdot
Temubual
Senarai semak
Borang kemajuan diri
Soal selidik
Rekod profil murid

bahasa visual.
Dilaksanakan menggunakan kaedah analitikal.
Dilaksanakan dengan kaedah sensitiviti.
Jarang dilaksanakan.
Jarang dilaksanakan.
Dilaksanakan dengan kaedah sensitiviti.
Dilaksanakan dengan kaedah persepsi.
Dilaksanakan dengan kaedah persepsi.
Jarang dilaksanakan.
11

Portfolio
Hasil kerja

Dilaksanakan dengan kaedah holistik.


Dilaksanakan dengan kaedah kritikan seni visual.

Manakala jadual di atas ini pula merupakan dapatan hasil daripada temubual saya
dengan guru Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Wan Rogayah terhadap pentaksiran yang
digunakan bagi murid kelas tahun 5 Siddiq. Bagi murid tahun 5 Siddiq, Puan Wan Rogayah
jarang menggunakan bentuk pentaksiran rekod anekdot dan temubual serta rekod profil
murid.
Sehubungan dengan itu, penilaian sumatif dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah kefahaman bahasa visual.Di mana soalan yang dbuat berdasarkan kefahaman
murid terhadap prinsip asas senireka. Manakala penilaian formatif dilaksanakan
menggunakan kaedah analitikal. Kaedah ini memudahkan pemberian markah dengan tepat
terutama

apabila

terdapat

lebih

daripada

seorang

pemeriksa.

Pemerhatian

pula

dilaksanakan dengan menggunakan kaedah sensitiviti dengan melihat dari sudut kepekaan
dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetika.
Seterusnya, bagi pentaksiran bentuk borang kemajuan diri dan soal silidik
dilaksanakan dengan kaedah persepsi berdasarkan kobolehan pelajar mempamerkan daya.
Contohnya ialh seperti yang dibawah:

12

Akhir sekali, bentuk pentaksiran hasil kerja pula dilaksanakan dengan kaedah
kritikan seni visual. Guru membuat kritikan terhadap hasil karya yang dihasilkan oleh murid.
Kritikan haruslah yang boleh merangsang murid untuk minat menghasilkannya lagi.

Selain itu, pemerhatian dan temu bual dengan dua orang guru tersebut serta beberapa
orang murid telah dilakukan dalam mengumpul maklumat bagi mendapatkan pandangan
peranan penilaian yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual di sekolah. Oleh itu beberapa pandangan telah diberikan oleh responden yang telah
saya temu bual semasa berpraktikum.

Peranan penilaian dalam pengajaran dan


pembelajaran pendidikan seni visual

Menilai penguasaan murid bagi tajuk pengajaran

Mengelaskan kumpulan murid mengikut tahap pencapaian

Mengenalpasti punca kelemahan murid

Menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

Mengambil tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P

13

Antara peranan penilaian dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran


pendidikan seni visual ialah guru dapat menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk
pengajaran, Penilaian formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas
ujian dibuat, tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya,
jika pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu
mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar
dapat menguasai tajuk tersebut.
Di samping itu, berdasarkan kaedah Penilaian Kendalian Sekolah, guru akan
memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat
beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai
kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang
perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan dengan
baik dan berkesan.
PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) - HOLISTIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bil
1.

Kriteria yang diukur

Gred

Amat baik dalam penerokaan dan penggunaan teknik dalam banyak

aspek.
Cemerlang dalam penggunaan alatan/bahan dalam semua aspek.
Campuran warna yang sangat baik, terancang dan menarik.
Hasil karya sangat kemas dan berkualiti dalam semua aspek.
Dapat mengembangkan sesuatu idea baru dan asli dalam penghasilan

karya dalam semua aspek.


2.

Penerokaan dan penggunaan teknik yang baik dalam karya.


Baik dalam penggunaan alatan/bahan.
Menghasilkan campuran yang baik dan menarik.
Hasil karya baik dalam banyak aspek.
Dapat mengolah idea dengan baik.

3.

Terdapat beberapa teknik dalam penghasilan karya dan masih perlu


peningkatan.
Memerlukan peningkatan dalam penggunaan alatan/bahan.
Campuran yang sederhana, boleh diperbaiki dan perlu ditingkatkan.
Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian dalam
kekemasan karya.
Pemikiran yang sederhana dalam pengolahan idea dan perlu
14

ditingkatkan.

4.

5.

Tidak menunjukkan sikap meneroka dalam penggunaan teknik penghasilan

Kurang penerokaan dan penggunaan teknik dalam penghasilan karya.


Penggunaan alatan/bahan yang minimum yang perlu diberi perhatian.
Lemah dalam campuran dan perlu diberi perhatian serta kurang menarik.
Hasil karya kurang berkualiti dan bermutu.
Kurang daya pemikiran yang kreatif dalam penghasilan karya.

karya.
Penggunaan alatan/bahan yang tidak sesuai
Tidak mahir dalam penggunaan dan campuran warna dari pelbagai aspek.
Tidak menitikberatkan perihal kekemasan karya dari pelbagai aspek.
Pemikiran dan pengolahan idea yang lemah dalam penghasilan karya.

JUMLAH

Tambahan lagi, penilaian juga berperanana untuk mengenalpasti sebab wujud


kelemahan dalam pembelajaran. Oleh itu, setelah punca kelemahan itu diketahui maka
sesuatu pengajaran dan pembelajaran pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai
contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada
waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang
sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah
dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah.
Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan
pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka.
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam
ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak
untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di tahun 1
Siddiq , guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan
tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan.
Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu
tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

15

Sa

Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru , penilaian berperanan ketika
pemilihan tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam pengajaran
dan pembelajaran atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih
sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti
seterusnya sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan.
Malahan daripada maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan
dan pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru
akan tahu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Penilaian juga berperanan untuk membantu guru untuk memberikan perhatian kepada
murid-murid yang tertentu. Sebagai contoh, pengaplikasian rekod anekdot yang merupakan
pemerhatian mengenai sesuatu tingkah laku murid yang kadang kala terjadi. Ia merupakan
pengumpulan data beberapa individu dari berbagai jenis punca dan jangka masa. Oelh itu,
penilaian ini berperanan sebagai gambaran yang baik dan membantu pemahaman yang
mendalam mengenai murid-murid yang berada di sekolah khususnya di dalam kelas ketika
subjek Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual dilaksanakan. Bukan sahaja murid
yang bermasalah tetapi juga murid yang kadangkala normal dan ditimpa kerunsingan dalam
kehidupan mereka.
Semasa sesi penilaian berdasarkan DBAE guru mengapliksikan kesemua empat Asas
Disiplin Seni iaituproduk seni, sejarah seni, kritikan seni dan estetika seni. iaitumurid
mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersebut. Sebagai
contoh, bagi guru 5 Tabligh, beliau menunjukkan terlebih dahulu langkah-langkah untuk
membuat binaan . selain itu, guru juga menunjukkan beberapa contoh binaan yang telah
dibuat oleh guru dan sendiri atau tayangan gambar. Seterusnya, Kritikan seni dapat
membeza pendapat

dari individu ke individu yang lain seperti dilaksanakan ketika sesi

apresiasi. Murid-murid akan memberi pandangan tentang hasil kerja sendiri serta akan
memberi pandangan tentang hasil kerja rakan mereka juga.
Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat
terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa. Memberikan gambaran yang
jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa
pencapaian calon tinggi atau rendah. Pemarkahan lebih objektif Ketekalan dapat
dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.
Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon
dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan
keseluruhan tentang keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan
16

yang buruk, dalam sesuatu jawapan.

Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk

memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh. Dengan demikian


penekanan holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa terhadap jawapan pelajar
secara keseluruhan. Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis skala yang lazim
digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal. Proses pemarkahan secara holistik amat
subjektif sifatnya. Oleh sebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang
berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara
holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua
pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa.

Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi

taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih
memeriksa beberapa contoh skrip jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian
markah dan penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan.

BAHAGIAN B : PENULISAN AKADEMIK


FAKTOR PENCAPAIAN AKADEMIK MURID DI SEKOLAH DIPENGARUHI OLEH
PELBAGAI BENTUK PENTAKSIRAN DAN MENGAPLIKASIKAN PELBAGAI KAEDAH
PENTAKSIRAN PSV

17

Bentuk pentaksiran pendidikan seni visual merupakan suatu penilaian yang melibatkan
aktiviti-aktiviti seharian murid dalam kehidupan. Perkembangan aktiviti-aktiviti ini dapat
membantu murid mempertingkatkan lagi pencapaian dan kemampuan mereka dalam
menghasilkan karya-karya yang menarik dan kreatif.
Proses penilaian ini memberikan impak dan kesan yang baik dalam sesuatu proses
pembelajaran. Walaubagaimanapun, jika berlaku kesilapan dalam penilaian, suatu impak
negatifakan terhasil dalam diri individu tersebut. Sebagai seorang guru yang bijak dalam
menilai, guru perlulah mengumpul dan merekodkan maklumat-maklumat murid dengan teliti
dan betul. Ini bagi memastikan murid dapat perolehi penilaian yang sewajarnya dan murid
berupaya mengukur tahap mereka sendiri. Contoh situasi di dalam kelas ialah, guru menilai
kelas yang pandai dengan penilaian yang biasa tetapi guru membuat penilaian yang teliti
dan betul semasa mengajar di kelas yang lemah. Hal ini demikian kerana, guru ingin
memberikan tumpuan dalam meningkatkan kemahiran dan tahap kemampuan murid di
kelas yang lemah manakala, kelas yang pandai diabaikan kerana mereka sudah pandai.
Hasilnya, murid di kelas pandai tidak berupaya mengembangkan lagi tahap kemampuan
mereka dan akan berada dalam keadaan yang mendatar iaitu pada tahap yang sama.
Penilaian juga merupakan proses untuk guru mendapat dan memberikan maklumat
yang penting bagi memudahkan pelaksanaan langkah yang seterusnya terhadap murid.
Penilaian ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengajaran untuk mendapatkan hasil dapatan bagi
merancang suatu penambahbaikan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
efektif. Contohnya, guru menilai kelakuan murid dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang
berdasarkan interaksi, penglibatan murid dan tindak balas murid dalam aktiviti yang
dijalankan. Dalam situasi ini guru akan cuba mengenalpasti kelemahan murid, kemudian
menyenaraikan penambahbaikan bagi kelemahan tersebut. Ini akan memudahkan guru
merancang rancangan pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid
supaya pencapaian dan prestasi murid dapat dipertingkatkan.
Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul, menginterpretasi dan membuat
penilaian ke atas suatu maklumat. Maklumat maklumat yang diperolehi akan melalui
proses pengukuran, penilaian dan pentaksiran terlebih dahulu. Proses ini bertujuan untuk
mengukur pencapaian seseorang individu dalam bentuk yang dapat diukur iaitu kuantitatif.
Aspek-aspek yang diukur akan direkod dalam bentuk

markah, gred, peratusan atau

mengikut band-band tertentu. Dengan ini, guru akan dapat mengukur, sejauh mana
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah murid pelajari. Penilaian ini perlu
dilakukan secara berterusan oleh guru supaya guru boleh mengukur pencapaian murid

18

secara berterusan dan guru dapat menyesuaikan kemampuan murid ini dengan aktiviti agar
pencapaian murid dapat ditingkatkan secara konsisten.
Bentuk pentaksiran yang dijalankan juga dapat membantu guru merancang tindakan
susulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya bagi membantu murid
menguasai isi pembelajaran yang ingin diajar. Contohnya, guru menilai proses pengajaran
dan mendapati murid masih lagi belum menguasai kemahiran yang diajar, kemudian, guru
akan merancang tindakan susulan yang sesuai secara serta merta bagi membantu murid
menguasai kemahiran tersebut. Ini penting bagi menjamin prestasi akademik murid di dalam
kelas yang diajar tersebut.
Bentuk pentaksiran juga dapat membantu guru membuat penilaian dalam
meningkatkan pencapaian dan prestasi murid dalam akademik, apabila guru dapat
mengenalpasti kumpulan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kelas. Kumpulan
ini dapat dikenalpasti apabila guru membuat penilaian dan guru dapat mensasarkan
kumpulan murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru , murid yang menguasai
pembelajaran serta murid yang sederhana dalam menerima pengajaran guru. Dengan ini,
guru dapat menyediakan aktiviti pemulihan dan penggayaan yang sesuai untuk murid
supaya semua kemampuan dan tahap murid dapat dipertingkatkan seterusnya, murid
berupaya memperolehi pencapaian yang baik dalam akademik.
Penilaian formatif dan penilaian sumatif merupakan penialian yang dijalankan guru
untuk menilai tahap dan kefahaman murid yang melibatkan sesetengah kemahiran dan
pelbagai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Penilaian ini penting untuk guru
membuat persediaan pengajaran yang seterusnya.Bagi murid-murid pula, mereka dapat
mengukur dan mengetahui kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kelebihan dan
kekurangan diri dalam akademik dapat diukur berdasarkan markah atau gred yang mereka
dapat semasa menjalani penilaian sumatif atau formatif. Melalui penilaian ini, murid
berupaya memotivasikan diri mereka dengan keputusan atau hasil yang merek perolehi.
Contohnya, apabila seseorang murid itu tidak mendapat keputusan yang baik dalam
seseuatu penilaian, mereka akan cuba untuk membangunkan semula diri mereka dengan
memotivasikan diri sendiri. Jadi, murid akan bermula dengan mengenalpasti kelemahankelemahan yang ada pada mereka berdasarkan penilaian yang telah dilalui.
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.

19

Saya bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan izin, petunjuk dan hidayah-Nya
dapat saya menyempurnakan kerja kursus ini walaupun pelbagai rintangan yang
menghalang. Halangan tidak mematahkan semangat saya malah lebih mematangkan saya
dalam menyempurnakan kerja ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan

penghargaan dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada individu dan pihak tertentu
atas sokongan dan bakti yang telah diberikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya,
diatas dorongannya dari awal hinggalah kerja kursus ini selesai.

Keprihatinan yang

ditunjukkan telah menguatkan semangat saya untuk berusaha hingga kerja kursus ini
berjaya disiapkan. Beliau sentiasa memberi input-input penting sebagai panduan dalam
melaksanakan tugasan ini sepanjang sesi pengajaran & pembelajaran di samping memberi
peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang telah
ditetapkan.
Saya juga amat menghargai sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang
memberi sedikit sebanyak maklumat dan mengenai kerja kursus ini dan bersungguhsungguh dalam melaksanakan pengajaran dan meyempurnakan pelbagai perkara
berhubung dengan kerja kursus yang dijalankan.
Untuk keluarga tercinta, saya menyanjung tinggi segala inspirasi, sokongan,
pengorbanan dan doa yang dipohon. Kepahitan dan keperitan yang dialami dalam tempoh
yang agak panjang meneruja keterbiasaan dengan kesusahan dan kesulitan yang akhirnya
redha dan syukur atas segalanya.
Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

20

1. Moskal,Barbara et.Al (2002) Validity, Realibility and The Assessment of Engineering


Education; Journal of Enginnering Education.
2. Thorndike,et.Al (1991). Measurement and Evaluation in Psychology and
Education.(5th Edition) New York;Macmillan.
3. Van Krieken,R (Dr).(1995);Writing and Administring Examinations,CITO.
4. Van Dallen,D.P (1979); Understanding Educational Research 4thEdition.Mc Graw
Hill Inc.
5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
6. Stoner (1984);The Function of Executives Cambridge, HarvardUniversity Press:
Strategy, Quality and Resources Philadelpia. Open University Press.
7. Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003): Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata
pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://psv07kdri.blogspot.my/2009/11/pentaksiran-autentik.html
https://www.scribd.com/doc/139056142/Pentaksiran-Berbantukan-Komputer
https://www.scribd.com/doc/179096584/8-Pentaksiran-Berbantukan-Komputer-pptx

https://www.scribd.com/doc/179096584/8-Pentaksiran-Berbantukan-Komputer-pptx
https://www.scribd.com/doc/102312435/Pentaksiran-pembentukan-watak

BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKTIF

21

Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya walaupun pelbagai ujian dan dugaan telah saya hadapi untuk
menyiapkan tugasan ini. Sepanjang tug asan ini, terdapat beberapa masalah yang
saya hadapi iaitu kepayahan mencari maklumat. Hal ini disebabkan oleh,
kemudahan jalur lebar yang disediakan di asrama tidak dapat dikesan oleh komputer
riba saya. Masalah menjadi lebih rumit lagi apabila saya tidak dapat memahami
apakah kehendak sebenar tugasan yang diberi.
Namun, dengan semangat yang kental saya cuba pula mencari maklumat
menggunakan broadband yang dipinjam dengan sahabat dan meluangkan masa
untuk ke kafeteria yang menyediakan kemudahan jalur lebar. Alhamdulillah, inilah
hasilnya walaupun saya sedar ianya mempunyai banyak kekurangan. Melalui KKP
Pendidikan Seni Visual ini juga, saya mempelajari banyak perkara baru. Hal ini
mengajar saya bahawa ilmu Allah s.w.t itu sangatlah luas dan mendalam. Kita tidak
akan mengetahuinya sekiranya tidak mencari dan menerokainya.
Antara perkara yang saya pelajari adalah dapat lebih mendalami lagi ilmu
tentang seni visual. Saya belajar tentang peranan penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain itu, dalam proses penyempurnaan
kerja kursus ini juga, saya juga dapat lebih mengenali hati budi sahabat-sahabat
saya yang banyak membantu saya ketika saya berada dalam kesusahan. Sepanjang
melaksanakan tugasan ini mereka mengorbankan masa cuti mereka demi untuk
membantu saya memahami kehendak sebenar tugasan yang diminta. Melalui
pengalaman inilah yang mengajar saya bahawa sahabat sejati memang susah untuk
dicari berbanding dengan sahabat biasa yang senang dicari.
Penghasilan kerja kursus ini banyak mengajar saya perkara dan pengalaman
baru dalam hidup saya. Di samping menjadikan hati saya lebih cekal, ia juga
mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Akhir kata,
saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat saya menyiapkan kerja kursus ini
walaupun pelbagai dugaan telah ditempuhi. Saya harap segala pengalaman yang
menyeronokkan ini dapat saya gunakan dan mengaplikasikannya kelak. InsyaAllah.
Sekian.

22

Anda mungkin juga menyukai