Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL

:7

MINGGU PRAKTIKUM

: Ketujuh ( 6 Mac 2016 - 10 Mac 2016)

TARIKH PERISTIWA

: 7 Mac 2016

TAJUK JURNAL

: Murid bergaduh

1.0 Masalah
Pada minggu ketujuh ini, satu kes pergaduhan murid telah berlaku.
Murid tahun 4 Ibnu Khaldun telah bergaduh kerana mereka saling mengejek
antara satu sama lain. Pergaduhan ini melibatkan mereka saling memukul
antara satu sama lain. Hal seperti ini amat berbahaya kerana murid boleh
tercedera.
Guru telah mengambil langkah keselamatan dengan meleraikan
pergaduhan. Guru membawa murid berjumpa guru disiplin. Tindakan
selanjutnya diambil oleh guru disiplin.
2.0 Analisis masalah
Masalah murid bergaduh :
1. Murid mengejek antara satu sama lain
2. Tiada guru di dalam kelas.

3.0 Cadangan Untuk Memperbaiki


1) Saya mencadangkan agar guru sentiasa mengawasi murid.
2) Guru juga perlu memberi kesedaran kepada murid mengenai akibat
pergaduhan

4.0 Tempoh masa


Saya akan selalu mengambil tindakan pantas yang sewajarnya apabila
kes-kes seperti ini terjadi.
5.0 Penilaian kejayaan
Saya akan melihat perubahan tingkah laku murid.
6.0 Tindakan susulan
Saya akan sentiasa menasihati murid dari semasa ke semasa agar
mereka tidak terlibat dalam pergaduhan.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing


Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai