Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru NUR SYAFIQAH BINTI ADAM

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W


2. Judul 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan sejarah lengkap sirah Nabi Muhammad saw. Bermula dengan asal
usul bangsa Arab dan cara hidup mereka, salasilah keturunan Nabi dan seterusnya sehingga
kelahiran baginda. Buku ini juga turut menceritakan tentang kehidupan alam perkahwinan Nabi
sehingga hari kenabian.

Selain kisah perjalan hidup nabi, buku ini turut melampirkan bukti-bukti dari kitab terdahulu
tentang kedatangan dan kebenaran Nabi Muhammad. Perjalanan dakwah nabi dan wahyu yang
diturunkan disusun mengikut kronologi. Terdapat kisah-kisah peperangan yang diceritakan dalam
buku ini. Nabi Muhammad sentiasa bijak dalam memilih strategi untuk menghadapi musuh-musuh
Islam.

Sepanjang perjalanan dakwah nabi, terdapat banyak tentangan dan halangan yang
dilakukan oleh kaum musyrik. Buku ini menceritakan kesabaran, ketekalan dan ketabahan Nabi
Muhammad dalam menangani setiap tentangan. Tuntasnya, buku ini menceritakan perjalanan
hidup Nabi Muhammad saw bermula sebelum kelahiran merangkumi kehidupan peribadi dan
kisah dakwah nabi. Kisah hidup nabi ini banyak menjadi pengajaran dan motivasi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan buku ini, saya mendapat banyak nilai pengetahuan dan pengajaran.
Dari segi pengetahuan, banyak peristiwa dan kisah-kisah sejarah yang dapat saya pelajari. Kisah-
kisah peperangan, tentangan terhadap dakwah nabi dan lain-lain lagi banyak terkandung didalam
buku ini. Ini dapat menambahkan pengetahuan saya terhadap junjungan kita Nabi Muhammad
saw.
Dari segi nilai, saya mendapati bahawa kebijaksanaan nabi dalam menyusun strategi
peperangan dan menghadapi tentangan sangat memberi inspirasi. Seorang pemimpin perlu
memiliki kebijaksanaan untuk memimpin pengikutnya begitu juga guru yang merupakan pemimpin
kepada murid-murid yang diajari.

Bukan itu sahaja, akhlak dan peribadi nabi sepanjang hayatnya sangat indah dan boleh
dicontohi. Akhlak nabi boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam menjalani kehidupan. Setiap
kata-kata dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w merupakan sunnah yang boleh diamalkan dalam
hidup seorang muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, buku ini telah membantu saya menambahkan
ilmu pengetahuan dalam bidang Sirah. Ilmu yang saya dapati melalui pembacaan buku ini boleh
disampaikan kepada murid-murid semasa sesi P&P mahupun diluar waktu P&P. Hal ini kerana
nabi merupakan insan yang paling mulia akhlaknya untuk dijadikan role model kepada murid-
murid.

Selain itu, saya melihat bahawa seorang guru atau pendakwah perlulah bijak dalam
mengatur strategi dalam menyampaikan ajaran kepada pengikut. Saya perlu mencontohi Nabi
Muhammad s.a.w yang sangat sabar dan tabah walaupun perjalanan dakwah yang dilalui begitu
sukar. Ini menjadi satu motivasi kepada saya untuk sentiasa positif dan komited dalam
menyampaikan ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai