Anda di halaman 1dari 13

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TAJUK 6.0

WARGA ALAM SEKITAR

Sinopsis
Tajuk Enam adalah tentang Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terbahagi kepada tiga sub
topik iaitu konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar, gaya hidup lestari dan
pelaksanaan aktiviti gaya hidup lestari.
Hasil Pembelajaran
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Menjelaskan konsep warga alam sekitar.


Mengenal pasti ciri-ciri warga alam sekitar.
Mengenal pasti gaya hidup lestari di tempat tinggal.
Mengenal pasti gaya hidup lestari tempat awam.
Mengenal pasti gaya hidup lestari di tempat kerja.
Menjalankan aktiviti gaya hidup lestari di dalam kampus.

Kerangka Tajuk

Warga Alam
Sekitar
Pemahaman
konsep dan
ciri-ciri warga
alam sekitar

Gaya Hidup
Lestari

Pelaksanaan
aktiviti gaya
hidup lestari

Rajah 6.1: Kerangka Tajuk

6.1

Konsep dan Ciri-ciri Warga Alam Sekitar

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Apa yang dimaksudkan dengan Warga Alam Sekitar???


Mengikut Public Space (2005) warga alam sekitar atau environmental citizenship
(EC) ialah:
about the active participation of citizens in moving
towards sustainability. It challenges conventional notions
of cititenzenship to reflects the nature of environmental
problems. It is an important part of the shift towards
governance (rather than just government) in environmental
policy and politics.
Manakala UNEP (2005) mendefinisikan warga alam sekitar sebagai:
a simple reiteration of a known fact that the preservation
of the environment is an obligation entrusted upon everyone
and all governments by virtue of the inherent relationship
between people and nature and between citizens and their
governments.
Menurut Azizi Muda (2007) warga alam sekitar merujuk kepada:
someone who is likely to be a member of an environmental
group or to have taken part in an environmental activity
over a period of time, be emotional about environmental
issues and have a sense of personal responsibility for the
solution of environmental problems.
Secara umumnya warga alam sekitar merujuk kepada individu yang peka,
mengambil berat isu alam sekitar dan bertindak selari dengan kepentingan
penjagaan alam sekitar.

6.1.2 Ciri-ciri Warga Alam Sekitar

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Ciri-ciri seorang warga alam sekitar yang baik seharusnya meliputi


komponen-komponen seperti pengetahuan, kesedaran, sikap, kemahiran dan
amalan

yang berkait dengan alam sekitar secara langusng mahupun tidak

langsung. Dalam Deklarasi Tbilisi (1977), pengetahuan alam sekitar di definisikan


sebagai a variety of experinece in, and acquire a basic understanding of, the
environment and its associated problems. Pengetahuan alam sekitar meliputi
tentang apa, kenapa, bagaimana sesuatu isu alam sekitar boleh berlaku dan juga
bagaimana

untuk

mengelakkan

ianya

berlaku

atau

sekurang-kurangnya

mengurangkan kesannya ke atas alam sekitar. Berikut adalah perhubungan antara


ciri-ciri warga alam sekitar yang terdiri dari komponen pengetahuan, kesedaran,
kemahiran, sikap dan amalan alam sekitar.

Pengetahuan

A
Kesedaran

Kemahiran

A = Sikap dan
amalan alam
sekitar

Rajah 2: Ciri-ciri Warga Alam Sekitar


Pengetahuan, kemahiran, kesedaran, sikap dan amalan alam sekitar yang yang
tinggi memboleh seseorang individu melibatkan diri (penglibatan) dengan aktivitiaktiviti penjagaan alam sekitar di peringkat luar dari komunitinya.
Melalui bidang pendidikan secara formal, kesedaran alam sekitar

telah

dipupuk seawal kanak-kanak memasuki prasekolah lagi menerusi aktiviti-aktiviti


kelestarian secara langsung mahupun tidak langsung di dalam dan juga diluar bilik
darjah. Antaranya ialah aktiviti seni seperti menggunakan bahan terbuang, nyanyian

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

lagu berunsurkan alam sekitar; penanaman pokok, lawatan ke Pusat Sains Negara,
Zoo Negara dan pelbagai lagi.
Dalam penjagaan alam sekitar, komponen kemahiran penting dalam
menyumbangkan kepada aspek kelestarian alam sekitar melalui penjimatan
penggunaan sumber. Kemahiran menggunakan bahan-bahan terbuang dalam
menghasilkan baja kompos, enzim, barangan kegunaan lain dapat menjimatkan duit,
sumber, mengurang sampah dan seterusnya secara tidak langsung membawa
kepada kelestarian alam sekitar.

Ciri warga alam sekitar yang paling tinggi tahap kesedarannya dapat dilihat
melalui sikap dan amalan individu dalam menyumbang kepada penjagaan alam
sekitar. Contohnya warga alam sekitar yang baik dapat dilihat melalui amalannya
dalam aspek penjagaan alam sekitar seperti mengamalkan konsep 5R (recycle,
reuse, reduce, repair dan rethink).

Latihan 6.1
Audit Diri Anda - Adakah anda seorang warga alam sekitar?
WARGA ALAM SIAPA? SAYA?
Skor: Sentiasa (5 markah)
Kadang-kadang (2 markah)
Tidak pernah (0)
BI
L

PERNYATAAN
SENTIAS
A
(5)

Saya asingkan bahan buangan seperti


kertas, tin, pembungkus minuman
dan lain-lain.

Saya kitar semula suratkhabar lama

Saya menggunakan paip semburan


ketika membasuh kereta.

KADANGKADANG
(2)

TIDAK
PERNA
H
(0)

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Saya gunakan pili air hujan (shower)


untuk mandi.

Saya tutup pili air ketika memberus gigi.

Saya padamkan lampu/komputer/


pendingin udara bila tidak digunakan.

Saya gunakan kedua-dua belah muka


surat kertas untuk mencetak.

Saya gunakan kain tuala dan kurangkan


kertas tisu.

Saya tidak membuang sampah dari


kenderaan.

10

Saya guna membawa beg kain sendiri


apabila pergi membeli belah.
JUMLAH SKOR

We are citizens, not just consumers. Our environment requires citizen preferences,
not just consumer preferences. As citizens, we need to protect nature, not just buy,
sell, and consume it. It has a dignity, not just a price.
Mark Sagoff
Penilaian:
Skor

Rumusan

45 - 50

Anda merupakan Warga Alam yang baik. Teruskan


amalan-amalan murni ini dan sebarkan kepada rakanrakan.

20 - 44

Anda menuju ke arah menjadi seorang Warga Alam yang


baik. Imbas kembali dan fikirkan apa yang anda patut
lakukan untuk menjadi seorang Warga Alam yang baik.

0 - 19

Jika anda menjawab kuiz ini, anda telah menunjukkan


bahawa anda minat untuk menjaga alam sekeliling.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

6.2

Gaya Hidup Lestari

6.2.1 Konsep Pengetahuan, Kesedaran, Sikap dan Amalan Gaya Hidup.


Gaya hidup lestari merujuk kepada cara hidup yang menggambarkan sikap
dan nilai seseorang atau sekumpulan orang dalam aspek berkait dengan alam
sekitar. Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi di
dalam semua aktiviti harian tanpa mengira tempat sama ada di rumah, di tempat
kerja, di tempat awam dan di mana sahaja. Perubahan gaya hidup lestari dalam diri
individu secara meluas akan membawa kepada pembentukan masyarakat lestari
yang peka dengan keperluan penjagaan alam sekitar.
Amalan gaya hidup lestari boleh dipraktikkan oleh setiap individu bermula dari
rumah seperti mesra alam di bilik mandi, di dapur, semasa membasuh baju dan
semasa mengemas rumah. Aspek penjagaan kesihatan juga sebahagian gaya hidup
lestari yang penting di zaman moden. Gaya hidup lestari untuk tujuan kesihatan
dapat dapat direalisasikan melalui amalan penjagaan pemakanan dan aktiviti riadah
seperti bersenam, joging, aerobik, bermain badminton dan sebagainya.

Mesr
a
alam
sema
sa
mem
basu
h
Mesr
a
alam
di
dapu
r

Mesr
a
alam
di
bilik
tidur
Gaya
hidup
lestari
di
rumah
Mesr
a
alam
di
ruan
g
tamu

Mesr
a
alam
di
bilik
mand
i
Mesr
a
alam
di
tanda
s

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Mesr
a
alam
sema
sa
berke
bun
Mesr
a
alam
sema
sa
bercu
ti

6.3: Gaya Hidup Lestari di Rumah


Mesr
a di
dala
m
keret
a

Mesra
alam di
luar
rumah

Mesr
a
sema
sa
menc
uci
keret
a

Mesr
a
alam
di
temp
at
kerja
Mesr
a
alam
sema
sa
mem
beli
belah

6.4: Gaya Hidup Lestari di Luar Rumah


Mesra Alam di Dapur
Antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan.
1. Gunakan tuala kain dan bukannya kertas tisu dapur.
2. Gunakan sudu untuk menanggal sisa makanan dari pinggan bukannya
menggunakan air paip (air lalu).
3. Cairkan cecair pencuci pinggan sebelum membasuh.
4. Mengasingkan sampah organik (sisa makanan) dengan sampah bukan
organik.
5. Mewujudkan taman mini untuk keperluan dapur seperti daun limau purut,
daun kesom dan lain-lain.
6. Mengurangkan buka pintu peti ais melalui perancangan awal menu harian.
7. Keluarkan barangan beku dari peti ais lebih awal dan bukannya defros
dengan menggunakan mikrowave.
8. Jangan meletakkan makanan yang masih panas di dalam peti ais.
9. Menyimpan botol-botol bekas makanan untuk dihantar ke pusat kitar semula.
10. Menyimpan sisa minyak masak untuk dihantar ke pusat pengumpulan.
11. Menggunakan air basuhan beras untuk siram pokok.
Mesra Alam di Bilik Mandi dan Tandas
Antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. Tutup air paip semasa menggosok gigi, bersabun dan semasa mengenakan
syampu.
2. Elakkan menggunakan barangan pakai buang (pisau pencukur)
3. Elakkan mandi menggunakan tab mandi dan jika perlu jangan isikannya
penuh.
4. Menggunakan syampu yang mesra alam yang diperbuat dari bahan-bahan
asli
5. Kurangkan penggunaan gel mandian, syampu dan perapi.
6. Elakkan menggunakan pewangi semburan aerosol.
7. Memasang pam tandas yang mempunyai dua pilihan sama ada untuk
pengepaman penuh atau separuh.
8. Memasang alat pemanas air yang menggunakan tenaga suria.

Mesra Alam di Bilik Tidur


Antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan.
1.
2.
3.
4.
5.

Kurangkan penggunaan alat pengering rambut.


Menggunakan mentol lampu yang menjimatkan tenaga.
Tidak memasang penyaman udara sehingga ke pagi.
Tidak memasang penyaman udara pada suhu yang paling rendah.
Derma atau menjual semula pakaian yang tidak digunakan.

Mesra Alam Semasa Berkebun


Antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan.
1.
2.
3.
4.

Membuat baja kompos sendiri dari buangan sisa makanan dari rumah.
Menadah air hujan untuk tujuan penyiraman pokok.
Elakkan menyiram pokok pada waktu tengah hari.
Tanam pokok hiasan yang boleh dimakan atau digunakan seperti pokok

pegaga, lidah buaya dan lain-lain.


5. Menanam pokok yang memberi teduhan secara semula jadi disekeliling
rumah.
Mesra Alam Semasa Membeli Belah
Antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan.
1.
2.
3.
4.
5.

Meletakkan beg kain di dalam kereta untuk tujuan membeli belah.


Membawa beg membeli belah sendiri.
Membawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan.
Elakkan membeli makanan yang diisi di dalam bekas polisterin.
Membeli barangan pembersih (sabun dan pencuci) dan barangan kosmetik
dalam bentuk isian semula.

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

6. Membaca label sebelum membeli pakaian untuk mengelakkan membeli


pakaian yang memerlukan cucian kering.
7. Membeli barangan dalam bungkusan yang besar untuk penjimatan.
8. Elakkan membeli produk yang mengandungi kloroflorokarbon (CFC).
9. Membeli barangan yang dikitar semula.
10. Membeli barangan makanan organik (sayur-sayuran dan ayam)

Mesra Alam di Dalam Kereta


1.
2.
3.
4.
5.

Mengisi minyak kenderaan di awal pagi.


Berkongsi kereta ke tempat kerja sekiranya boleh.
Membeli kenderaan yang jimat minyak seperti kereta hybrid
Pilih pusat servis kereta yang mengamalkan amalan mesra alam sekitar.
Tidak meletakkan barangan yang tidak perlu di dalam kereta untuk
mengurangkan bebanan.

Mesra Alam di Tempat Kerja


1.
2.
3.
4.
5.

Mencetak kedua-dua belah kertas.


Kitar semula kertas yang telah digunakan.
Mematikan suis penyaman udara 30 minit sebelum pulang.
Mematikan suis komputer dan pencetak jika tidak digunakan.
Membawa bekas sendiri untuk mengisi makanan bawa pulang dari kafeteria
untuk dimakan di pejabat.

Mesra Alam Semasa Bercuti/Berkelah


1.
2.
3.
4.

Menyewa hotel yang mengamalkan konsep lestari.


Percutian mesra alam melalui aktiviti ekotourism seperti jungle tracking.
Tidak menggunakan barangan pakai buang sepanjang percutian.
Tidak menggunakan bekas makanan dan minuman dari polisterin semasa

berkelah.
5. Jadikan amalan membersihkan kawasan tapak perkelahan 10 minit sebelum
pulang tanpa mengira siapa yang membuat pencemaran.

6.2.2 Penggunaan Teknologi Hibrid dan Solar


Penggunaan teknologi hibrid adalah salah satu teknologi hijau yang
dibangunkan untuk mengurangkan kepergantungan kepada sumber bahan api fosil

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, gas asli dan arang batu.
Penggunaan bahan api dari sumber tersebut juga membawa kesan pencemaran
udara melalui membebaskan karbon, plumbum dan partikel-partikel terampai
diudara. Justeru itu, para penyelidik dan saintis berusaha mencari satu alternatif bagi
mengerakkan kenderaan tanpa bergantung kepada sumber bahan api fosil yang
tidak terjamin kelangsungannya di samping mendatangkan pencemaran alam sekitar
dan harga minyak yang tidak menentu di pasaran dunia. Maka penggunaan
teknologi hibrid di negara kita adalah langkah yang sangat bertepatan.
Teknologi hibrid dibangunkan bagi menjimatkan penggunaan minyak petrol
dan diesel untuk kegunaan kenderaan melalui gabungan penggunaan kuasa elektrik
dan bahan api. Bahan api disalurkan ke enjin dan dalam masa yang sama dilengkapi
dengan bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya. Gabungan
kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin
dalam satu-satu masa dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol dan diesel.
Penggunaan kenderaan hibrid juga dapat mengurangkan 80% pelepasan karbon
monoksida di udara berbandingan dengan kenderaan yang dibangunkan secara
konvensional.
Penggunaan tenaga solar di negara kita masih baru iaitu sekitar tahun 1990an. Ekoran dari Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Alam
Sekitar dan Pembangunan (UNCED) yang dikenali sebagai Earth Summit di Rio
Janerio pada 1992, Malaysia telah menyertai World Solar Commission untuk
memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat dan tidak menyumbangkan
kepada pertambahan karbon dioksida di udara. Malaysia yang mempunyai iklim
Khatulistiwa sangat berpotensi untuk memajukan penggunaan tenaga solar kerana
mendapat sinaran cahaya matahari kira-kira 4 hingga 8 jam sehari. Kepentingan
membangunkan

tenaga

solar

di

negara

kita

ialah

dapat

mengurangkan

kebergantungan sumber tenaga fosil, dapat membekalkan tenaga elektrik di


kawasan luar bandar dan dapat membangunkan sumber alternatif yang bersih dan
mesra alam.
Penggunaan tenaga solar di kawasan bandar agak meluas melalui
pemasangan alat pemanas air di rumah-rumah kediaman. Selain itu, penggunaan

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

tenaga solar juga digunakan untuk mesin tiket di kawasan parkir kereta, papan
isyarat jalan raya dan lampu taman. Manakala penggunaan tenaga solar di kawasan
luar bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak membekalkan tenaga elektrik untuk
sekolah dan rumah kediaman. Perkampungan Orang Asli di sekitar Hutan Belum
turut dilengkapi panel suria untuk membekalkan tenaga elektrik.
Latihan
Semakan gaya hidup andai di rumah dan di luar rumah.
Amalan Lestari di Rumah

Amalan Lestari di Luar Rumah

1.

1.

2.

2.

3.

3.

4.

4.

5.

5.

6.

6.

7.

7.

8.

9
6.3

9.
Pelaksanaan Aktiviti Gaya Hidup Lestari
Warga alam sekitar boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti alam sekitar

seperti menyertai kempen, sambutan hari-hari berkaitan alam sekitar seperti Hari
Bumi, Hari Alam Sekitar, Hari Hutan Se Dunia dan Hari Air Se Dunia. Warga alam
sekitar digalakkan bersama-sama komuniti luar menjayakan pelbagai aktiviti
sempena hari-hari tersebut melalui aktiviti penanaman pokok, jungle tracking, bird
watching

dan mengadakan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar untuk

masyarakat setempat.
Selain dari aktiviti penglibatan diri secara langsung, warga alam alam sekitar
boleh mengamalkan konsep 5R dalam kehidupan seharian di rumah, di tempat kerja
dan di tempat awam. Berikut saranan konsep 5R yang boleh dijalankan di rumah, di
tempat kerja dan di tempat awam:
Lokasi

Konsep 5R

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Recycle - Kitar semula kertas surat khabar, botol


Reuse Di Rumah

Guna semula baju lama yang masih boleh dipakai

Repair - Baiki perabot-perabot lama


Reduce - Kurangkan penggunaan pelembut dan peluntur
semasa membasuh baju
Rethink - Fikir semula sebelum buang

Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran di dalam kampus,


komuniti setempat, sungai dan pantai berhampiran merupakan aktiviti yang dapat
menggambarkan kesedaran alam sekitar yang tinggi bagi individu dan kumpulan
penggerakan alam sekitar. Di dalam kawasan kampus, pelajar-pelajar boleh
mengaplikasikan konsep do it youself (DIY) dengan mengecat dan menceriakan
kelas masing-masing. Antara aktiviti gotong royong lain yang boleh dijalankan lagi
ialah mengecat, membaik pulih, menceriakan semula kawasan surau, dewan orang
ramai dan tempat permainan kanak-kanak.
Individu yang menglibatkan diri dengan persatuan yang berkaitan dengan
alam sekitar seperti Sahabat Alam Sekitar (SAM), Rakan Alam Sekitar (RAS),
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan WWF dapat memberi sumbangan
penting untuk menyebar luas konsep warga alam sekitar kepada masyarakat luar.
Begitu juga dengan usaha kolaboratif dengan agensi-agensi kerajaan, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan
Pengguna Pulau Penang (CAP) dapat mendidik masyarakat untuk sama-sama
menjaga alam sekitar melalui kempen, pameran dan ceramah yang diadakan secara
besar-besaran seperti Karnival Alam Sekitar.

Latihan
Bincangkan aktiviti-aktiviti untuk konsep 5R yang boleh dijalankan di tempat
kerja/sekolah dan di tempat awam.
Lokasi

Konsep 5R

MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1.
2.
Di Tempat Kerja

3.
4.
5.
1.
2.

Di Tempat Awam
3.
4.
5.

Rujukan
Azizi Muda (2007). Who is an Environmental Citizen? Dalam Era Hijau. No 3. 2007
Wan Maznah Wan Harun (2004). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Penghijauan Alam
Sekitar Melalui Penggunaan Tenaga Suria. (Tidak diterbitkan)
Environmental Citizenship: A Report on Emerging Perspectives in Malaysia. (2007).
A Study Conducted by WWF Malaysia.
http://autoviq.com/maksud-teknologi-hybrid-dan-bagaimana-ia-berfungsi-dalamdunia-automotif

Anda mungkin juga menyukai